Friday, February 3, 2012

Ayam Masak Bawang Berempah


Assalamualaikum,update lagi arini..Besalah line tenet ok n mood pon ok,anak2 tgh tido..Ayam masak bawang berempah resepi dari mamak Haji,yg di korek resepi n diterai test pleh kak wattie..Rajin sungguh kak wattie terai pelbagai menu masakan dari ayam,semua yg aku terai,mmg sedap n memenuhi citarasa tekak kami sekeluarga..

Kebanyakan resepi dari mamak haji,menggunakan serbuk kas kas,oleh sbb kat umh mmg da serbuk nih,so aku pon mmg dah save resepi nih awal2 masa kak wattie post tuh,biasalah kan,kalo dah org penang nih,mestilah xleh lari dari masakan berempah ala2 nasi kandaq tuh,ngee..
Alhamdulillah resepi nih mmg xrugi dicuba,seperti yg dilihat n dijangka,sgt2 sedap n memenuhi selera kami sefamily,yg plg xsangka sekali,nana mkn nasi punyalah byk n siap ratah lak lagi seketui ayam,mmg dia pon dah sebati ngan masakan berempah n sedap sgt lah kat tekak dia kut,dak nih kadang ssh juga nak mkn..Pasnih mmg akan ada siaran ulangan ayam ni,hehe..

Owh ya,utk jintan manis n putih,aku guna yg biji,pastu blend guna blender kering,utk lbh wangi n sedap..

Jutaan terima kasih utk kak wattie n mamak haji ya,moga Allah saja yg membalasnya..Izinkan sy share disini pula ya,wat rujukan diri sendiri,anak2 n teman2..

Mmg sedap n pasti mnjilat jari,ngan aroma bawang goreng yg digoreng sendri,pasti menambat selera..

RESEPI AYAM MASAK BAWANG BEREMPAH.
Resepi-Mamak Haji
Sumber Resepi-Kak Wattie

Masakan untuk 250 -300 orang.(Bahan2 pandai2 agak sendri lah eks..Aku wat 3/4 ekor ayam)

BAHAN-BAHAN:
Ayam 250 ketul dibasuh dan bersihkan.
1 1/2 guni Bawang Merah labu (segundi dlm 5-6 kg)
125gm Serbuk Cili (1/2 pkt dari bungkusan 250m).
50gm Serbuk Jintan Manis ( 1/2 pkt dari bungkusan 100gm)
50gm Serbuk Jintan Putih (1/2 pkt dari bungkusan 100gm)
125gm Rempah Kari (daging) (1/2 pkt dari bungkusan 250gm)
100gm serbuk kas-kas ( 1pkt)
1 botol Sos Tiram (480gm – 500gm).
1 pkt Sos Cili (kimball 500gm).
1 pkt Sos Tomato (kimball 500gm).
6 biji bawang merah labu dikisar halus dan jadikan airnya satu balang pengisar. Boleh tambah sekiranya anda inginkan kuah yang lebih sedikit.
1 cawan pes bawang putih-halia.
2 sudu besar (tbsp) serbuk garam masala atau boleh gunakan kayu manis, buah pelaga, cengkih dan bunga lawang.
4 helai daun pandan dipotong 4 inci sehelai.
3 sudu besar gula pasir.
Garam secukup rasa.
Cili merah dipotong memanjang (hiasan).
Daun Kari (hiasan).

CARA-CARA:
1. kupas bawang merah labu, hiris halus dan goreng. Bila warna bawang bertukar kepada warna perang keluarkan dari kuali dan sejukkan. Bawang goreng tak perlu ranggup agak kering sudah memadai. Minyak bekas gorengan disimpan untuk menumis rempah kelak. Nota: Untuk pengetahuan, sekiranya ingin menghasilkan bawang goreng yang rangup boleh dihasilkan dengan mengeringkan terlebih dahulu hirisan bawang di cahaya matahari dan goreng.

2. Ketulan ayam telah dibasuh, masukkan garam dan serbuk kunyit. Ketulan ayam yang digoreng jangan terlalu masak sehingga garing. Gorengan perlu 3/4 masak kerana 1/4 lagi akan masak semasa masak dengan campuran rempah. Selepas goreng asingkan.

3. Panaskan kuali, dan masukkan minyak bersama dengan minyak gorengan bawang. Bila minyak panas masukkan rempah empt serangkai (sekiranya tidak gunakan garam masala). Masukkan pes halia bawang putih. Bila haruman naik kecilkan api dapur dan masukkan kesemua rempah-rempah di atas. Bila bau rempah mula mengeluarkan haruman masukan air bawang dan besar sedkit api dapur. Bila air bawang bersama rempah mula didih, masukkan sos cili, sos tiram dn sos tomoto.

3. Kecilkan api dapur dan masukkan gula dan garam secukup rasa. Masukan semua ketulan ayam yang telah goreng tadi. Kacau rata untuk kuah rempah bersalut pada ayam goreng. Masukkan bawang goreng dan kacau lagi untuk bawang goreng sebati pada ketulan ayam. Biarkan ayam masak 1/4 bahagian lagi. Ia cuma memerlukan sekitar 10-15 minit saja dengan api yang kecil. Bila wap mula reda, matikan api dapur dan masukkan kedalam tray hidangan.

4. Taburkan cili merah yang dihiris dan juga daun kari di atas hidangan anda.


Lama betoi xwat telur masak sos gini,wat 5 biji,licin..Anak sedara pon da kat umah..Hehe..

Lauk Lunch kami,wat juga bilis goreng tempoyak,kali nih guna bilis yg plg halus tuh,pastu goreng bendi kicap ajer..

Mee Sanggul Goreng Kari&Tahniah Yana Shaiful


Assalamualaikum n selamat pagi..

Semoga dihari jumaat penghulu segala hari ini kita semua sentiasa dibawah lindungan N Rahmat dariNya..Terlebih dahulu aku ingin memohon maaf buat semua,kerana sekarang nih semua komen2 aku dah xreply..Maaf sangat2 ya,TAPI semua komen2 dari anda semua sangat2 dialukan n MMG semua aku baca..Siapa yg xsuka kalo org sudi tinggalkan komen di blognya kan..Jutaan terima kasih juga aku ucapkan wat semua yg sudi singgah ke DZ ni ya..

Alhamdulillah,masih da yg sudi,walaupon pic2 hanya besa2 kalo nak dibandingkan ngan org lain,pastu lak,balik2 guna piring,pinggan mangkuk yg sama jer,alas pon kadang yg tuh ajer,maaf sesangat andai mata anda sakit@jemu melihatnya,kalo xsuka,pejam2 lah mata xyah tgk ya..Sebenarnya terus terang aku cakap,aku malu sgt ngan pic n blog aku yg serba kekurangan nih,kadang rasa cam xnak berblog dah,coz rasa rendah diri yg amat,tapi aku tebalkan jugalah muka,sbb bukan org nmpk pon muka aku yg tebal kat dalam blog nih kan,ngee..
Macam kak Ct Delima katalah,biarlah guna piring yg sama pon,janji piring Ai wokey,bkn piring curi Or pinjam..Pastu lak,pic2 nih walaupon yg tgk rasa nak nangis,Tapi aku xcuri hasil kerja org len n tempek disini ya..

Wokeylah sebenarnya nak ucap Tahniah kat seorang member Blog Masak2 jugalah,Yana Shaiful,sbb dah peknen lagi sekali..Aku nak reply tahniah kat Fb,nape tah xleh..Xsangka masin sungguh mulut aku,tetiba teringat kat yana,sbb agak lama xnmpk n3 yana,pastu bertanya khbr kat fb 3,4 ari lps,aku sajalah usik2 yana kata damia nak dapat adik n yana alah2 ke,sbb menyepi ajer,pastu mlm tadi yana baru reply kata ya mmg mulut aku masin n dia tgh alah,hehe..Tapi xtau lak bape usia kandungannya,walau camner pon,ct sentiasa doakan yana n baby sihat walafiat n pas dah xalah nih update blog lagi eks,ct rindu kat yana,Muahhhh,jaga diri,baby n damia leklok ya..Terus terang ckp,walaupon xpernah bertemu muka,tapi persahabatan yg terjalin di alam maya nih sangatlah bermakna bagi Ct..

Panjang sungguh n3 arini eks,maaf sekali lagi kalo da yg boring ya,kalo boring xyah baca,tiada paksaan ya..Hehe..


Mee sanggul goreng kari yg best amik resepi kat umh kak mas,kak mas amik kat umh kak izah,kak izah lak amk kat umh kak nor..Alhamdulillah mmg sedap,walaupon baru 1st time mmbeli n memasak mee sanggul ni,mmg jakun sungguh,walaupon selalu duk nmpak mee ni,tapi xpernah beli..Tq ya utk akak2 cayang n cun bertiga..Sy kopipes ya..


Mee Sanggul Goreng Kari
Sumber : Kak Izahdaut & Kak Mas

Bahan :
3 keping mee sanggul melayu
udang atau boleh guna isi ayam
1 labu bawang besar - dihiris nipis
3 ulas bawang putih - diketuk dan dicincang
2 tangkai daun kari
1 sudu besar cili mesin
1 sudu besar rempah kari
5 bj cili padi - dihiris (lebihkan jika suka pedas)
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap manis
kobis @ sawi
1 bj tomato
1 bj telur
garam dan gula secukup rasa
sedikit air
minyak
daun saderi - dihiris
limau kasturi @ limau nipis

Cara Memasak :
Rendamkan sekejap mee sanggul dan toskan.
Panaskan 1 sudu minyak dlm kuali dan pecahkan telur dlmnya.
Kacau goreng hingga menjadi scramble egg. Angkat dan ketepikan.
Masukkan sedikit minyak dan tumis bawang besar hingga layu.
Masukkan bawang putih dan daun kari, goreng lg hingga wangi.
Masukkan cili mesin dan rempah kari dan cili padi.
Lepas tu bolehlah dimasukkan sos tiram, kicap manis, garam, gula dan sedikit air.
Masak hingga pecah minyak dan masukkan udang, kobis dan tomato.
Bila udang hampir masak masukkan pula mee yg dah ditoskan serta scramble egg.
Kacau dan goreng hingga mee masak.
Angkat dan hidangkan. Tabur hirisan daun saderi dan perahkan limau sebelum dimakan.

Selamat mencuba..

Wednesday, February 1, 2012

Puding Som Som Pandan.


Assalamualaikum..

Selamat ptg n salam sejahtera semua..Dah lunch ke tu..Kepala tgh berdenyut sakan,tapi gagahkan juga utk update resepi puding yg sedap n enak bangat dimakan time cuaca panas cam skng nih..

Lemak berkrim,mmg ngam sgtlah makan ngan kuah gula merah yang wangi jer tuh..Terus terang ckp,aku mmg suka sgt puding2 gini,nana pon suka sgt,bila suap jer,mmg mnta lagi n lagi,hehe..Wat klmarin ptg half adunan,mmg dah licin..Saja lah wat klmarin ptg lepas nmpak kak ct tayang puding bunga dia yg comey sgt,terus jatuh cinta pandang pertama,hehe..

Rasa lbh kurang jer ngan lompat tikam,kedua2 jenis nih mmg sedap n aku suka,hehe..
Tq ya utk kak ct,kak lina n kak fida utk resepi best ni..

RESEPI BUBUR SOM-SOM
by: kakfida myR
sumber: linapg.blogspot.com& Kak Ct Delima

Bahan-bahan ( tergantung acuan atau loyang )

  • 1/2 cawan tepung beras
  • 1/2 cawan tepung jagung
  • 800 ml santan
  • 1 cawan susu cair
  • 1 sk garam atau secukup rasa
  • sedikit pewarna hijau
  • sedikit pandan emulcho
SIRAP GULA MELAKA :-aku xikut resepi utk sirap gula.
  • sekeping gula melaka
  • 1 cawan air
  • 2 helai daun pandan - disimpul

Tq kak Ct delima utk inspirasi wat puding lam mould comey gini..Kak ct wat lagi comey lam mould bunga,hehe..

Cara-cara

  1. Masak sirap gula hingga gula larut dan tapis.Ketepikan.
  2. Satukan kesemua bahan2 dalam periuk dan gaul rata.Masak hingga pekat dan kilat,hingga adunan meletup-letup.
  3. Tuang adunan ke dalam loyang atau acuan dan sejukkan.
  4. Sajikan bersama sirap gula melaka.

Nah sapa nak,aku dah siap tuang sirap gula merah..
Sorrylah kan kalo ahik2 guna piring yg sama n pic2 xcun,yerla kamera cabuk n guna nset ajer..Yg pnting nawaitu n ikhlas xmenunjuk2 kan..

Tuesday, January 31, 2012

Ayam Vietnam..

Assalamualaikum..

Punyalah berejam nak update n3 nih,coz tenet kejab ada kjab xda,cam sekut chipsmore lak,kalo sekut chipsmore,blh gak ngap n sedap,yg nih wat tambah angin jer,adeiiii geram sungguh,sob sob..
Aku update n msuk pic cepat2 lah eh,nnti2 maybe xsmpat nk on9,sbb hubby da umah,coz mc,sakit tekak n selsema yg teruk,so sbgai isteri mithali,ai kenalah berada disisi sang suami yg kureng sihat ittew,hehe..

Oklah ayam yg sedap nih aku amik resepi dari umh kak wattie jer,kak wattie amk kat sajionline..Mmg sedap sgt2,tarak tipu wokey,rasa sebiji lak ngan kam heong yg wat aritu,bebahan pon lbh kurang jer..Cuma yg nih pedas cikit jer,coz da cili padi yg dikisar..Tq ya kak wattie..

Ayam Vietnam

Resepi:- Sajionline
Sumber Resepi:- KakWattie

Bahan-bahan:
7 ketul paha atau kepak ayam - dipotong kecil(Aku guna paha ayam yg dibuang tulang n kulit,pastu dipotong kecil)
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar gula
1 sudu besar kicap
1 biji telur
4 sudu besar tepung ubi
Minyak untuk menggoreng dan menumis

Bahan-bahan Tumis:
(Ditumbuk kasar)

3 batang serai
10 tangkai cili padi
4 ulas bawang putih
6 ulas bawang merah

3 labu bawang besar - dibelah 8
4 tangkai daun kari

Bahan-bahan Perasa:
1 sudu besar serbuk kari daging
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos ikan
1 sudu besar kicap
1 sudu besar gula
1 sudu kecil kicap pekat

Sengaja aku wat kering sedikit..Yg kak wattie wat nmpk berkuah..

Cara Menyediakan:

1. Ayam dibersihkan kemudian diperap dengan sos tiram, gula, kicap dan telur selama dua jam sebelum digaul dengan tepung ubi.

2. Panaskan minyak dan goreng aam hingga masak. Angkat dan ketepikan.

3. Tuangkan minyak dan tinggalkan anggaran tiga sudu besar di dalam kuali kemudian masukkan bahan-bahan menumis. Kacau sehingga rata dan masukkan bahan-bahan perasa. Kacau lagi.

4. Masukkan ayam dan kacau lagi sebelum diangkat.


Menu klmarin ya..Wat juga daging goreng berlada..Arini aku wat bubur jer utk laling terchenta,coz dia kan sakit tekak..

Monday, January 30, 2012

Nasi Lemak Tumis


Assalamualaikum..

Alhamdulillah diberi kesihatan n peluang utk mengupdate lagi disini sebagai rujukan utk anak2 nanti n juga utk diri sendiri..
Update cepat2 skng nih masa amat jeleskan aku,hehe..Akceli ank2 kurang sihat sejak balik bercuti n balik dari kg nih..Nana dah ok dah,cuma syifa masih selsema skang nih..Hubby lak,dah kena sakit tekak yg teruk juga n selsema..Harap lekas2 ler sembuh..

Nasi lemak nih aku wat ari jumaat lagi,kebetulan mmg xda timun n stok bahan basah,sbb dah nak blk kg,so msk jer apa yg ada..
Sebenarnya,sebelum nih kalo aku wat nasi lemak,mmg aku akan tumis dahulu bawang merah,halia,serai,daun pandan,4sekawan,n halba dengan butter @marjerin,pastu masukkan juga sedikit gula,tahla mmg dah terbiasa msk gitu,kalo mak aku dulu2,tumis ngan mnyak msk ajer..Tpi kali nih,cuma yg bezanya tumis ngan mnyak sapi,mmg aroma lagilah wangi,ala2 nasi mnyak pula..Pastu letak pula serbuk kunyit,utk menambah seri nasi lemak nih..

Nasi aku punyalah terang kale kuningnya..Letak xla byk sgt pon serbuk kunyit ni..
Mmg dah ramai yg mncuba nasi nih,antaranya kak mas,kak nor,kak anymz,maybe ramai lagi,maaflah aku xletak link..Aku 1st time nmpk kat umh kak yati,tapi aku copy dari umh kak izah jer..Tima kasih ya kak jun n semua yg terlibat dalam menyebarkan virus resepi nasi lemak tumis ni..

NASI LEMAK TUMIS
resepi: kak Jun
sumber: Mamasya, kak Yatie, Noorsha & Kak IzahDaut

Bahan-bahan ( 5-6 orang )
3 cawan beras
2 cawan santan
2 cawan air
1/2 sudu besar halba
1 daun pandan
1 cm halia-hiris halus
1 batang serai-titik
2 biji bawang merah-hiris
garam secukup rasa
Gula 1sdt(Aku Add)
1 sudu minyak + 1 sudu minyak sapi(Aku letak mnyk sapi jer)


Makan nasi lemak nih ngan sambal tumis udang kecik,mmg best..

Cara-cara
Panaskan kedua-dua minyak, tumis bawang dan halia hingga garing.
Masukkan air dan santan, kacau hingga pecah minyak.
Bila mendidih, masukkan beras, daun pandan, halba, serai dan garam.
Pastu masak seperti nasi lemak biasa..
Hidangkan bersama sambal tumis ikan bilis/udang/sotong, timun, telur dan ikan bilis goreng.

Nota Dapurmamasya
Utk nasi lemak kuning ni , tambah 1 sb kunyit semasa masukkan santan dan air.

Daging Goreng Jintan.

Daging goreng jintan nih dah 2kali wat baru nk tayang kat sini..Yg 2nd time wat masa kat kg weekend bebaru nih..Mak aku n semua yg mkn cakap sedap..Hubby lak,Ofkozzz lah puji sedap,sbb tuhlah dah 2kali ulang tayang,hehe..
Tq sangat utk kak ayu,sbb share resepi yg simple n best nih..Kak ayu lak amik kat mesra.net..Kak Ayu pon dah byk kali dah wat daging nih,(uishh pepandai jerk aku nih kan,padahal baru 2kali jer kak ayu tayang daging jintan nih)hehe..InsyaAllah pas ni aku akan wat lagin lagi daging nih..


Owh ya utk jintan n lada tuh semua aku blend ajer yg biji,sbb nak terasa lbh rempah tu..Terpulang pada citarasa tekak uollsss lah eks..Daaaa..

Ingredients A:-


300g daging dipotong nipis
1 sudu teh jitan manis ditumbuk-Ayu gunakn serbuk aje(Aku guna yg biji)
1/2 sudu teh lada hitam ditumbuk -Ayu gunakan serbuk aje
1 sudu teh serbuk jintan putih-Ayu tambah(Aku pon letak juga)
1 sudu teh serbuk ketumbar-Ayu tambah (Aku pon ltk juga)Semua aku guna yg biji n blend guna blender kering.
sedikit kunyit
air untuk merebus daging

Ingredients B:-
3 tangkai cili api dipotong-
1 tangkai cili merah dipotong -
1 biji bawang besar dipotong bulat-
1 tangkai daun sup
1 tangkai daun bawang
2 sudu minyak menumis
sedikit cuka
sedikit kicap
garam + perasa secukupnya


Method:-
Daging digaul bersama Bahan A, Rebus sehingga empuk dan air telah kering. Didalam kuali yang sama masukkan minyak, tumiskan bawang besar, cili daun sup dan daun bawang. Masukkan garam secukup rasa. Akhir sekali masukkan sedikit cuka dan kicap untuk membangkitkan aroma yang cukup menyelerakan.


Menu dagingnih aku msk sama ari ngan ayam ala bali kak diana yg sedap sgt tuh,juga bilis tempoyak yg sempoi tuh..

Friday, January 27, 2012

Kuih Lompang..

Assalamualaikum n selamat pagi semua..Moga ceria2 selalu n sentiasa dibawah lindunganNya..
N3 terakhir di minggu ni rasanya..Esok insyaAllah nak blk kg...Weekend2 mmg bz ajer..Penat blk bercuti xhilang lagi..Nx week lak nak g berkelah ngan family hubby,so blk kg seksiap mggu nih..Nx week hb cuti 4ari,ermm bestnyer..

Kuih lompang nih mmg kira feberet aku jugalah..Mmg suka sgt jenis lembut2 cam org tua2 dulu wat tuh..Kira resepi nih mmg menepati citarasa akulah,lagipon tepung ubi,mmg aku xletak langsung,coz mmg nak tekture kuih yg lembut xkenyal..

So nx time kalo nk wat kuih lompang lagi,mmg nk guna resepi nih ajer,tapi tang sukatan gula putih mmg nk kurangkan,coz manis sgt bgi tekak kami suami isteri,tekak org lain xtaulah kan..Hubby pon siap kata,lompang nih mmg sedap,lembut ja,tapi manih sgt la..Erm dalam manih2 tuh,byk jugalah dia ngap,hehe..

Tq ya utk tuan resepi,juga kak izah n kak mas,sbb ai kopi dari kak mas..


Kuih Lompang
Sumber Resepi : Kak Izahdaut& Kak Mas
Resepi Asal : sweetlily01@myR
Bahan :
1 1/2 cawan tepung beras
1 sudu makan tepung ubi(Aku xletak,coz xnak kuih yg kenyal)
1 sudu kecil air kapur
1/2 cawan gula pasir(Nx time kena kurangkan,coz manis sgt)
1/2 cawan gula merah
2 cawan air
daun pandan
kelapa parut putih + garam + daun pandan simpul - kukus kejap

Piring antik Arwah Mil..Suka sgt,cantik..Da 2 biji..

Cara membuatnya :

Satukan gula melaka dan gula pasir dalam periuk kecil kemudian masukkan 1 cawan air bersama daun pandan. Masak atas api kecil hingga gula larut. Sejukkan sebentar
Satukan tepung beras dan tepung ubi dan tuang satu cawan air dan air kapur. Gaul rata
kemudian tuang air gula yang telah sejuk tadi. Gaul hingga sebati dan tapis adunan tadi.
Panaskan pengukus dan panaskan dulu acuan lompang yang telah disapukan minyak baru tuangkan adunan tadi ke dalam acuan lompang.
Kukus 10 minit atau hingga masak. Bila dah masak kuih akan jadi berlubang di tengahnya
hidang bersama kelapa parut yang di kukus tadi.


m