Friday, March 11, 2011

Roti Jala&Daging Kashmir


Baru dapat update menu minum petang yg merangkap menu mkn mlm sekali nih,dek kerana kebizian melayan kerenah puteri2..Waduh capek betoi,tgh kirai roti jala,syifa duk nangis,syazana lak cam besa la ashik duk memunggah sana sini,sambil2 kirai lari2 kejab g tgk syifa dlm bilik,sambil juga simpan segala brg yg di punggah syazana,budak2 sementara nak besar mmg menguji kesabaran juga la..Rini aku try buat daging kashmir resepi dari blog kak dayang lak,utk di gandingkan ngan roti jala,komen dari hubby,sedap juga,tapi dia lebih prefer kari besa aku buat yg boh kerisek n santan tuh,,Aku xkisah ler,semua ok jer,sedap daging kashmir nih,da masam cikit,okla,xpedas,coz aku letak cili kisar..hehe..Sry kak dayang,derhaka ckit..Tengs kak dayang utk resepi nih,n nak letak resepi kat sini lak yer..Eh kak dayang xkata pa pong,aku dah cnp gak,ngee,muahhh sayang kak dayang..


Nak khabaq la,dah beli acuan mayo serampang 3 tu,tapi kejadiannya xcung gakla,disebabkan byk sgt kjadian yg berlaku arini,huhu..

Roti Jala

Bahan:-
Tepung gandum(Aku wat lbh kurang 2cawan tepung kut)
Santan+Air(Nak guna susu segar or sejat pun ok ,agak2 pekat la,aku xsukat pun)
1 biji telor
1 sudu teh garam halus
beberapa titik pewarna kuning@kunyit pun blh

Cara Menyediakan:-
Aku Masukkan semua bahan dalam blender. Blend sampai semua sebati,masukkan dlm acuan roti jala@botol mayonis yg serampang 3 tu n Kirai atas belanga @kuali leper non-stick Gunakan api perlahan yer. Tgk dah masak,angkat dan gulung atau lipat ikut suka.Senang jer kan..



Ayam Kashmir
Sumber Resepi:-Kak Dayang Jack

bahan-bahan :

* 1/2 kg ayam (dipotong ikut suka dan digoreng 1/2 masak jika suka)(Aku guna daging)

bahan A :

* 6 biji bawang merah (dihiris)
* 1/2 labu bawang besar (dihiris)
* 3 bawang putih (dihiris)
* 1 inci halia (dihiris)
* 1 batang serai (diketuk)
* rempah 4 sekawan
* sedikit daun kari

bahan B :

* 3 sb puri tomato
* 1 sb serbuk cili
* 2 sb rempah beriyani
* 2 sb rempah kari daging
* 4 biji tomato (dipotong kecil)
* garam dan gula secukup rasa
* minyak masak secukupnya
* 2 biji ubi kentang (dipotong)

Cara-cara :

1. Panaskan minyak dan tumis semua bahan A hingga terbit bau. Satukan serbuk rempah, puri tomato dan serbuk cili di dlm mangkuk dan bancuhkan dengan sedikit air. Kemudian masukkan ke dalam bahan A tadi dan tumis lagi hingga pecah minyak.
2. Masukkan ayam, ubi kentang dan air secukupnya. Gaulkan. Biarkan ia masak.
3. Masukkan tomato, garam dan gula secukupnya.
4. Hidangkan setelah masak.



Sambal sardin

1 tin kecil sardin di lenyek smpai hancur(aku guna cap ayam)
2 Biji bawang merah dihiris
1 ulas bawang putih di tumbuk
1/2 biji cili merah di hiris halus
1 sudu besar cili kisar
1/4 biji buah tomato didadu
1 Sudu besar sos plum(aku dah gila meroyan ngan sos plum)
Air asam jawa@air limau nipis
Sos ikan@nampla

Cara:-
Tumis bawang putih n merah hingga terbit bau n layu,masukkan cili kisar,kacau n biarkan sehingga garing n pecah minyak(aku xmsk air,kalu takut hangit leh la letak air ckit)Pastu blh la masukkan tomato yg di dadu n terus masukkan semua bahan,perasakan dengan nampla@garam.Bolehla di mkn bersama roti jala,capati dsb..



Jemput mkn yer..

12 comments:

mamawana said...

Assalam

Cantiknyer roti jalan dia hijau kuning sedapnyaaaa cicah kuah tuuu...... meleleh ayaq liyoq ceq

Unknown said...

wah memang mabeles betoi tgk gulai kashmir tu...kena lak dgn roti jala yg kala hijau kuning tu..perghhh sedap sungguh tu...lama tak menjala ni...hehe

Zalieda Zaliedana said...

Mamawana,Aippp baik2 yer nanti jatuh dlm kari nih,ngee..Btw,teng eks jenguk dapo saya..

Zalieda Zaliedana said...

Nieza,
Try la masak kashmir nih,sedap..Kita pong dah lama xmnjala,rini merajinkan diri,coz nak try masak kashmir resepi kak DJ nih,ngee..

maz said...

Za...ada umah ke xdak ni..kmaz msuk ikut pntu dpur trus la ye...nk amik msk kashmir tu..npak sdpnyeee..ada plak rti jala..ckup syarat...

Zalieda Zaliedana said...

Kak maz,
Tuan umah dah masuk bilik,ngee..Masuklah,daging kashmir da lam peti yo,ambik ckit dah tau,smpan kat tuan umah ckit nak wat cicah roti canai lak pgi esk,roti jala,dah abis,kak maz g mnjala sendrik yer,muahaha..

Umm Mymoonah said...

Roti jala and Kashmir chicken looks very delish. That meat with oozing oil on top looks very tempting.

Zalieda Zaliedana said...

Umm Mymoonah

Thanks a lot! Always love having you drop by here...Yours also tempting and make me stuck on when visiting your blog...

HaSue said...

nampak sodap jek daging iteww..kalo hb akak pung sama..nak ngetest resepi baru tu kena pk 2x la kalo nak bg dier berselera cam biasa..hahaha..dia menu kari2 nih mmg peberet..tp suka yg very da basic jek..huhu..bagi akak semangkuk xpe..akak ok je mana2 resepi leh masuk..hak hak


re:kalo nk resepi kek lapis berkaya tu akak rekemen sumer je sbb sumer sdp.haha..lagi ct pandai buat kaya sendiri tu sng la nak ejas kemanisannya nanti..tp akak rasa cuba ct try kek lapis bumi..siap2 dah share yang resepi sparuh adunan tu..kurang manis la kalo bnding resepi org dulu2..n kek tu perisa nescafe..

Zalieda Zaliedana said...

2la kak kita nih nak la mengetes len2 resepi,dia suka yg mcm selalu juga..hehe..Kita sama lah kak,sume okja,hehe..
Tengs ats info kak,nnti insyaAllh nak try juga..

Mas said...

amboii sedappnya set roti jala tu....
tergoda kak mas tengok..

Zalieda Zaliedana said...

Kak mas,hehe,ritu tergoda nengok kashmir kat umah akak la,tu yg buat juga,ngee.