Friday, July 12, 2019

Resepi Lengkap & RAHSIA Bihun Sup Utara &Sambal Merah Terlajak Sedap



Assalamualaikum n selamat pagii hampaa.Pagi ni curi2 masa sat update blog kesayangan  aku ni..Skang ni tiap ari makin bertambah bz jer ngan mcm2 keja.. Ngan nak msk mkn kat umah,nak ambk antaq ank2 sek dan kafa lagi..
Pergh 1 ari suntuk mcm2 kja ..Tapi ada masa juga nak ber soc med .wakakaa.




Arini aku nak share rcp bihun sup utaqa  kat hampaa.Bihun Sup Utaqa ni WAJIB kale kuning n WAJIB ada sambal Merah bkn sambal kicap tau hampaa..Pastu nak lagi sempoii syahdu n kick kena laa ada lobak masin,tokua(tauhu) , daun Bawang dun sup n Bawang goreng..
Pergh hirup sup yg panas2 tu plak adoii makan x hengett hampaa aii.
Wokey  dari aku melalut mcm2 lagi mehla kita tgk rcp na hampaaa.




Utk lbh paham cara2 nak masak blh tgk kat utube channel  aku di sini na hampaa..

Bihun Sup Utara Sedap

Resepi  Bihun Sup Tulang Utara

Untuk Kuah Sup Tulang

Kuah Sup Tulang
1Biji  Bawang Besar Di Hiris
 2 Pek Sup Bunjut Tulang
5 Biji Bawang Merah*
3 Ulas Bawang Putih*
 2 Inci Halia *(*Di kisar)
 1 Pek Rempah Sup
 600gm Tulang Lembu
 Air Secukupnya
 Kiub Pati Lembu
 Garam Kasar
Gula Batu (Yg ni RAHSIA utk dapatkan kuah sup yg marvelous
 Batang & Daun Bawang
 Daun Sup

Cara2
Tumis Bawang Besar yang Telah Dihiris..
Masukkan sup bunjut tulang ..Tumis Sampai Bawang layu Dan naik bau..
Masukkan pula bahan kisar..Bahan Kisar dah garing masukkan tulang Lembu..
Kacau Sebati dan  masukkan semua Bahan..
Biarkan sehingga daging  empuk..

TIPS gunakan gula batu  Supaya sup mnjadi lebih sedap..

 Bihun Kuning

 Air Secukupnya
 1Sdt Serbuk Kunyit
 400Gm /1 Bungkus Bihun

Cara2
Didihkan air Secukupnya  lbh kurang 2@3 liter..Masukkan serbuk kunyit..Kacau rata Dan masukkan pula bihun..
Kacau2 biar Sebati  ,cepat2 angkat Dan Toskan Supaya bihun x lmbik.


 Sambal Merah

 1/2 Cawan Cili Boh /Cili Giling/Cili Kisar
1/2 Cawan Serbuk Cili
 Gula melaka/Gula Nesan
/Gula merah Gula Pasir,
Garam
Serbuk Pati Ayam
 Air Secukupnya
 Asam Jawa (Optional)

Cara2
Masukkan semua Bahan kacau Sampai pekat dengan api Perlahan.. Biar 2 kali tambah air baru lah Cili masak sempurna..

 Bahan Lain

 Utk Taburan
 Tauhu Yang Digoreng
 Lobak Masin yg di Celur @Goreng sebentar
 Bawang Goreng
 Daun Bawang
 Daun Sup

No comments: