Showing posts with label Snack. Show all posts
Showing posts with label Snack. Show all posts

Tuesday, December 6, 2011

Penkek Kentang &Ayam Goreng Rangup

Assalamualaikum..

Penkek kentang ni bkn menu ari nih eks,tapi mgu lepas punya menu,baru nak tayang n update resepi arini..Menu yg simple,tapiiiii mmg sedap,betui ckp kak madihaa,cam rasa mkn kentang putar n lain bentuk ajer..Sgt2 lembut penkek kentang ni..
Owh ya,penkek kentang nih bkn cam penkek biasa yg letak bking pwder n tepung tuh ya..
Disebabkan mmg lembut adunan tuh,so aku xda lah nak terap2 bagai,aku tuang n padatkan adunan kat atas acuan telur yg dimask terus atas non stick pan ajer,sonang koje..Hihi..Pas betui2 masak,baru aku buang acuan tuh n terbalikkan penkek..

Tima kasih byk ya kak madihaa n chef Mohd Suhaimi yg sudi berkongsi resepi ni..

Penkek Kentang
Resepi : Majalah Rasa (Chef Mohd Suhaimi Suratman)


Bahan2
3 biji ubi kentang (besar/sederhana)
60 ml susu cair/susu segar
¼ sudu kecil garam(Aku xletak n ganti serbuk pati ayam)
1 sudu besar marjerin/butter
1 sudu besar tepong gandum
Aku add lada sulah n serbuk lada hitam cikit

Bahan tambahan
1 biji telur
Marjerin untuk menggoreng
Mayonis

Cara menyediakan
1. Kentang dikupas, dibersihkan & belah dua lalu direbus hingga empuk. Angkat, tos & biar suam2 sikit sebelum diparut kasar. (guna pemarut utk buat kerabu mangga tu.. bukan pemarut kelapa ye!)
2. Didihkan susu cair, garam & marjerin/butter dengan api perlahan. Bila marjerin cair.. masukkan kentang parut. Gaul sebati & biarkan adunan masak sempurna. Padamkan api kemudian taburkan dengan tepong gandum & kacau lagi hingga sebati.
3. Bila adunan dah suam2 tu.. bolehlah bentukkan adunan kentang tadi menggunakan acuan berbentuk bulat seperti penkek. (guna acuan benjo pun boleh... MaDiHaA bentukkan guna penutup peanut butter jer...). Atur kentang yg siap dibentuk di atas dulang beralas plastik supaya mudah nak diambil nanti. Buat sehingga habis.


Aku wat juga ayam rangup,resepi kak diana,asalnya ayam mentega rangup,leh tgk disini,resepi asal,tapi aku wat kali nih xsalut mentega n letak cili padi,dun kari bagai,just perap n add juga tepung beras,mmg rangup n sedap..

Ayam Goreng Rangup

Paha Ayam 3ketul
Tepung jagung secukup kegunaan
Tepung Beras Secukup kegunaan
1/2 Tbsp serbuk cili
Garam secukupnya

Bhn² Perap
1/2 tsp perencah pati ayam Tumix
1tbsp sos tiram
1 biji telur
1 tbsp tepung jagung
1/2 tsp serbuk lada hitam
1/2 tsp serbuk lada putih
Garam secukup rasa


Cara²
  1. Ayam d gaul bersama bhn² perap dan perap selama 20 minit@lebih.
  2. Satukan tpng jagung,tepung beras,serbuk cili n garam,Saluti ayam tadi dengan tepung tadi.. Goreng.. Setelah ayam masak angkat dan bolehlah dihidangkan.

Thursday, December 1, 2011

Onion Ring,Dinner Kami Malam Tadi..


Assalamualaikum..

Alhamdulillah bertemu lagi di ari pertama dibulan yg baru..Kejab jer dah disember kan,pastu taun 2012 lak akan menjelma..Begitulah juga peningkatan usia yg makin tua nih..Harap semakin meningkatnya usia,semakin mematangkan diri ini dalam melayari bahtera rumahtangga n melayani kerenah anak2 tersayang..


Akceli onion ring nih mmg dah terpikat time kak ratna post n3 lagi,semalam baru berkesempatan nak terai..Alhamdulillah resepi yg simple nih mendapat pujian hubby..Mmg licin jer hubby mkn..Termasuklah kepak tuh pon hubby kata sedap..cuma salad jer,sbb dah kenyang sgt,xabis,pastu aku msk freezer ajer,ptg karang leh wat smootie..

Jutaan terima kasih diucapkan kpd kak ratna sbb rajin mencari resepi2 yg best n terima kasih yg xterhingga juga wat kak nani..Lum sempat berkenalan lagi nih,hihi..Jab2 nanti nak p berkenalan..Hanya Allah saja yg dapat membalas perkongsian akak berdua nih ya..Maceh...

Yg nmpak kale oren serbuk kat atas sayur tuh,cheese powder yg mcd punya,pas aku grill brokoli capcicum bagai tuh,aku tabur jer cis powder tuh..

Onion Ring
Resepi : Nani
Sumber : Kak MaDiHaA a.k.a Ratna

2 ~ 3 biji bawang besar (bawang besar merah bukan yg kuning)
3 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
1½ sudu besar tepung kastard
1½ sudu kecil lada sulah
1½ sudu kecil lada hitam kisar (sukat yg dah dikisar)
120 ml air
1 sudu kfc garam
minyak utk menggoreng


Cara2 Menyediakannya
1. Bancuh kesemua bahan (kecuali bawang & minyak masak) menggunakan whisker (handwisk) sehingga rata. Ketepikan.
2. Bawang besar dikopek, cuci bersih kemudian dimayang bulat. Lerai2kan lapisan bawang satu persatu sehingga habis.
3. Panaskan minyak. Celupkan hirisan gegelung bawang yang dihiris tadi dalam bancuhan tepong (batter) & masukkan ke dalam kuali satu persatu supaya ia tak melekat antara satu sama lain. Goreng sehingga garing, angkat & toskan. Goreng sehingga habis.
4. Sedia dihidangkan bersama sos, mayonis atau dimakan begitu saja. Sedapp!!

Nota MaDiHaA: sukatan tepong tu MaDiHaA sukat sedang2 ye.. tidak diratakan & tidak pula membumbung.. just sedang2 gitu..

Salad yg xdigaul ngan yogurt lagi,buah epal ijo,buah lai,limau n carrot jer,yogurt lak perasa blueberry..

Monday, November 21, 2011

Masalodeh Rangup..

Assalamualaikum n selamat pagi..
Berjumpa lagi diminggu yg baru..Harap semua ceria2 ajer pagi ini ya..Kalo dari pagi bad mood@xceria jer,Mesti 1 arini rasa gitu jer,so pa kata kita senyum2 n jgn moody2 eks..Moga pagi ini membawa seribu keberkatan utk kita semua,InsyaAllah..
Pagi nih seawal 5lbh aku dah on lappy,uii awal bebenor kan,hihi sekali sekala on pepagi buta kan,yerla sementara menunggu En hubby kat toilet tgh mandi2 n nak bersiap ke masjid,aku pon on9 la dulu kan.Hubby aku kalo ke toilet,paling2 sat pon 30minit,kalo plg lama adoiyaiii letih wei nak nunggu,1jam++,sekbek toilet da 2,huhu..
Oklah dari melalut mcm2 kan,meh kita tgk resepi yg aku amik dari Myresepi nih ya,bagi tekak aku,mmg sedap,nak2 pula bila ditambah udang kering yg dikisar,lagi terangkat rasa dia,nana pon suka mkn,mmg byk juga yg dia mkn,seronok bila tgk dia mkn dgn penuh selera sekali,tapi yg xseronoknya,dia malas nak kunyah,akula yg tlg kunyahkan n suap dia,adeiii anak dara aku sorang nih..Nana nih kalo mkn pa,yg agak keras/rangup,mesti malas nak kunyah,adoii tapi nak mkn.Aku kata kat hubby nana nih igt kita gobek dia ka,haha..Hubby lak kureng suka masalodeh nih,dia mkn cikit jerla,xper kan nana,kita leh mkn byk kan,hihi..
Tima kasih byk ya isya utk resepi ni,izinkan sy berkongsi di sini pula..

Resepi Masalodeh Rangup
Sumber Resepi:-Isya_Irfan@My Resepi
  • 2 genggam kacang dal - direndam semalaman
  • 1/2 bii bawang besar-didadu
  • Cili padi/cili kering/cili merah/cili hijau-dihiris
  • Daun kari -dihiris
  • 1/2 kiub pati ikan bilis
  • 1/2 sudu kecil jintan manis-ditumbuk kasar(Aku add juga jintan putih)
  • 1/2 biji telur(Aku xletak)
  • secubit tepung ubi -untuk melekatkan adunan, jangan banyak sangat, nanti liat, tp kalau adunan dh agak boleh dibentuk, tak payah letak tepung ubi pun takpe..(Aku letak tpg beras)
  • Aku add juga 2sdb udang kering yg dikisar
Tgh tggu turn nak digoreng..Aku letak atas daun pisang jer,sng nak angkt.

Cara-cara

  1. Kacang dal ditumbuk atau kisar -jangan letak air.Kalau tak hancur sume pun takpe.
  2. Dalam satu bekas, campurkan kacang dal, bawang, daun kari,cili serbuk ikan bilis, jintan manis, telur, tepung.
  3. Perasakan dengan sedikit garam dan aji. Jangan risau kalau rasa adunan tu pahit sikit, nanti goreng ok lah dia.(garam jangan banyak sbb serbuk pati ikan bilis dh masin)
  4. Gaul rata bancuhan dan kepal2 kan. Bahagi kepada 6 atau 8 biji
  5. Ambik satu biji, kepal2 biar padat dan goreng dalam minyak panas. Semasa menggoreng biar bahagian bawah garing dulu baru terbalikkan, kalau tidak kuih ni cepat berderai. Goreng hingga garing/masak.
  6. Selamat mencuba.
Mmg sedap,berbaloi2 wat,sbb nana suka mkn..

Friday, November 18, 2011

Yorkshire Pudding Bersosej

Asssalamualaikum n selamat pagi semua..
Curi time letak n3 kejab pagi2 ni b4 nak klr jab lagi..Arini mmg banyak sungguh aktiviti yg telah dirancangkan n byk tmpat yg nak kami p..Biasalah kan aktiviti wajib tiap weekend..
Minggu ni ok lagi xda lagilah panggilan kenduri,nx week lak nak blk kg,sbb kakak aku da wat knduri arwah/tahlil/bersunat sekali,lagilah weekend xda umah..
Cuti2 sek nih biasalah kan,mmg ramai yg mengambil peluang nak wat kenduri,pastu nak bersunat pon ramailah,sbb cti panjang..

Uikks dah cite byklah pula kan,meh kita tgk resepi pula lah eks,resepi yg aku amik dari kakak cantik manis,kak diana..
Tima kasih byk ya kak diana n tuan punya resepi asal,hubby kata pasni kalo nak wat,watlah bagi manis n cicah ngan jem bagai lak,hihi...Nana pon suka sgt mkn,aku wat 1adunan n wat xtebal sgt,so dplah 2kpng,1 keping aku letak sosej,1 lagi letak Scallop Ayam..

:: Resipi Asal Food.com ( TQ )
:: Sumber Resepi ~Kak Diana Sky Blue's Kitchen( TQ )

Bhn²
1 cawan telur yang d pukul ringan(Aku letak 3/4cup=3biji telur)
1 cawan tepung gandum _ d ayak
1/2 cawan susu segar
1/2 cawan air
Garam secukup rasa(Aku add cikit serbuk pati ayam)
Serbuk lada hitam
Sedikit minyak
10 batang Ayamas koktel sosej ayam berkeju(Aku guna sosej ayam Ramly &Scallop ajer,pastu potong2)
2 ulas bawang merah _ d hiris

Yg nih versi letak scallop ayam..

Cara²
  1. Masukkan tepung, garam dan serbuk lada hitam secukup rasa ke dalam mangkuk.. gaul rata.
  2. Buat lubang d tengah²nya dan masukkan telur dan pukul hingga sebati.
  3. Satukan air dan susu segar.. Masukkan bancuhan susu dan air tadi ke dalam adunan tepung dan telur sedikit demi sedikit d samping d pukul d setiap kali menambah bancuhan susu dan air tadi.. Pukul sehingga sebati.(Versi aku lak,pas tpng diayak,aku msk semua lam blender kecuali telurn sosej,pastu blend smp sebati,pastu baru aku mskkan telur yg dipukul manja,pas dah campur telur tuh aku biar ajer lam blender tuh sejam,haha,dasar malas sungguh kan)
  4. Tutup adunan dan rehatkan selama 1 jam.
  5. Pukul lagi seketika semasa hendak d bakar.
  6. Panaskan oven pada suhu 240°C dan masukkan acuan yang telah d isi dengan sedikit minyak ( sapukan juga d seluruh permukaan acuan tu ).
  7. Panaskan selama 3 - 5 minit ( sehingga minyak cukup panas ).. masukkan sosej dan bakar selama 3 minit.
  8. Kemudian keluarkan dari oven dan terus tuangkan adunan pudding tadi hingga memenuhi acuan dan taburkan bawang merah d atasnya.
  9. Bakar semula selama 10 - 15 minit atau sehingga ianya masak.
  10. Angkat dan makan bersama sos kegemaran.
Jemput makan semua,opss kalo teringin kenalah cuba try test eks..DAH NMPK CAM PIZZA LAK KAN.

Thursday, October 20, 2011

Nasi Goreng Kampung&Wantan Goreng

Assalamualaikum

Pagi nih aku sajikan dengan nasi goreng kampung yg membuatkan hubbyku menambah smpai 2pinggan ya,Mmg berbaloi wat nasi goreng nih,sbb hubby aku mkn selicin2 nya..Agak2 sebab apa eks,ermmmm....



Sebab apa lagiiiiiiii,Sebab SEDAP LAH TUUUUU..hihi..


Erm bkn lah nak msk lam lift n tekan butang sendri,atau pas mkn cuci tgn sendri,tapi mmg dah mmg hubby ckp sedap,hahaha..
Hubby aku mmg peminat tegar nasi goreng kampung,kalo g mkn selalu jugalah dia order nasi goreng kampung n selalu jugalah bini dia wat nasi goreng kampung nih,kali ni aku ada add udang kering,haissshhh skng nih semua masakan letak udang kering,sajalah nak pelbagaikan masakan kan,ternyata mmg bertambah sedap..
Pastu bila aku usha2 dapo kak mas,xsangka lak mmg lbh kurng jer resepi kak mas ngan resepi aku,sbb aku nih mls nak taip g dah n nak senang aku copy ajer dari kak mas,Btw tq kak mas ya..

Wantan Goreng nih menu minum ptg klmarin,mmg sedap mkn time panas2,sbb inti nih mmg best,hihi..Tapi bila dah sejuk,kulit wantan nih mmg liat,lagi liat dari kulit popia,huhu..Rasa cam kulit popia lak lagi sedap,rapuh2 gitu..

Nasi Goreng Kampung
Resepi : MasDuniaku


  • 2 cawan nasi sejuk - lerai2kan
  • 1 sudu besar udang kering, rendam kejap dan toskan - ditumbuk
  • 10 biji cili padi - ditumbuk(Aku Letak 4biji ajer)Aku letak juga cili merah yg dihiris)
  • 1 ulas bawang putih - ditumbuk
  • 1 biji bawang merah - ditumbuk
  • 2 biji bawang merah - dihiris
  • 6 batang kacang buncis - dipotong2(Aku letak kubis ajer)
  • 1 biji telur
  • 1 sudu besar Sos tiram maggi
  • sedikit kiub ikan bilis
  • ikan bilis yang digoreng dan ayam goreng dipotong(Aku tambah udang basah juga)
  • sedikit lada sulah aji shio(Aku letak juga sos ikan)
Cara memasak :
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang merah yang dihiris hingga layu dan masukkan bahan tumbuk dan tumis hingga harum. Masukkan kiub ikan bilis dan sos tiram, kacau sebati dan masukkan telur dan biar mengeras sikit , kacau dan gaul bersama bahan2 lain.
  2. Masukkan nasi dan gaul sebati dan terus besarkan api dan gaul pantas. Renjiskan sedikit air panas atas nasi supaya nasi goreng tu tak terlalu kering dan kacau lagi. Masukkan ikan bilis goreng dan ayam goreng yang dipotong dan sebatikan, masukkan lada sulah aji shio, kacau lagi , rasakan dan jika ok boleh tutup api...
Antara bahan2 utk inti wantan,tauhu diracik,bawang besar dicincang,daun bawang dicincang,udang basah,isi ayam,keju cheddar parut,cili merah,carrot diparut,udang kering kisar dan bawang putih,yg xde lam pic telur ayam n tepung jagung ..Semua bahan aku gaul sebati,perasakan dengan garam n sedikit sos tiram,pastu tambah juga serbuk lada sulah n lada hitam,siap ler,pastu leh la bungkus wantan nih..Malas betoi nak taip resepi,sbb aku men campak jer tanpa sukat2..

Jom Jemput mamam,sedap bangat bila dicicah sos gini..

Wednesday, October 5, 2011

Paratha Paf Daging

Assalamualaikum n salam sejahtera..

Pagi ni bf ngan paratha paf daging berinti sedap nih,Mmg betoi inti nih sedap,patutlah kak ummi dah byk kali wat inti resepi ni..
Akceli klmarin wat paf nih utk dijamu kat family maklong yg kata nya nak singgah umah memalam buta dah pas hantar paksu kat umah abg di sg ara,paksu aku nak berlepas ke Tanah Suci kul4 ptg nanti..Blk dari umah abg semalam dah azan maghrib,tapi ckp kat hubby singgah la kjab giant sbb nak beli paratha,inti mmg dah siap wat,coz kami minum ptg pon ngan paratha ni,kelam kabut blk umah pas smbhyang maghrib sambil wat paf,sambil juga godek2 mee goreng utk dinner,ngan syifa duk nagis nak nenen,sekbek hubby da..Alih2 pas kami dinner abis n siap bancuh air letak lam peti ais,boleh Diorang ckp xjadi nak mai,nak blk aloq staq teruih,Huhuhu erghhhh..Mmg aku rasa bengang gila n nak mrh gakla,yerla kalut2 siap mknan n air bagai org xjadi mai..Mee goreng pon da juga lautk diaorang,nsb mee tuh goreng cikit jer..So arini hubby bf ngan mee goreng,aku lak mkn 2biji paf,masih banyak lagi weh paf yg duk da nih,nmpaknya smp lunch la aku kna melantak paf ni..Karang lunch msk utk hubby dahla,huhu..Geram mmg geram sgt janji beria2,tapi xjadi mai,kononnya dah ngantuk,sabaq jerla..
K meh tgk resepi lak yerseterlah aku berleter panjang lebar,resepi amik kat umah kak ummi,tq utk kak ummi n noreen atas resepi nih ya..

SAMOSA DAGING INTI SEDAP
Resepi: Noreen
Sumber Resepi: Kak Ummi @ Home Sweet Home

Bahan-bahan:
  • 1 frozen puff pastry dough - dipotong kiub/kecil (*akak guna onion paratha puff jenama Kawan( Aku guna plain paratha puff)
  • 450gm daging cincang (minced beef) - boleh digantikan dengan ayam atau lamb cincang
  • 2 biji ubi kentang saiz besar - dikupas kulit
  • 1 cawan kacang peas(Aku xletak)
  • 2 camb minyak untuk menumis
  • 1/2 camt jintan putih (cumin seeds)
  • 1 helai bay leaf - crushed
  • 2 labu bawang besar - dipotong dadu atau dicincang
  • 4 ulas bawang putih - crushed
  • 1 camb chopped/minced ginger - yang siap dijual dalam botol kalau tak ada bolehlah ditumbuk sehingga halus
  • 1/2 camt serbuk lada hitam
  • 1 1/2 camt garam atau secukup rasa
  • 1 camt serbuk jintan putih (ground cumin)
  • 1 camt serbuk ketumbar (ground coriander)
  • 1 camt serbuk kunyit (ground turmeric)
  • 1 camt serbuk cili (chili powder)
  • 1/2 camt serbuk kulit kayu manis (ground cinnamon)(Aku gantikan ngan rempah kabsa)
  • 1/2 camt serbuk buah pelaga (ground cardamon)(Aku gantikan ngan rempah kabsa)
  • 2 camb daun ketumbar yang telah dihiris halus
  • 2 camb lada hijau yang telah dicincang halus

Cara-cara:
  1. jerangkan air di dalam periuk dan taburkan sedikit garam
  2. biarkan sehingga mendidih
  3. kemudian masukkan ubi kentang dan kacang peas
  4. rebus sehingga kedua2nya lembut
  5. setelah itu toskan dan lecekkan kedua2nya sehingga hancur. ketepikan
  6. panaskan minyak di dalam kuali
  7. tumiskan bay leaf dan jintan putih sehingga keperangan
  8. kemudian masukkan bawang besar dan daging cincang
  9. gaulkan rata sehingga daging bertukar warna lebih kurang 5 min
  10. masukkan pula bawang putih, halia dan gaulkan rata
  11. setelah itu masukkan serbuk lada hitam, garam secukup rasa, serbuk jintan putih, serbuk ketumbar, serbuk cili, serbuk buah pelaga dan serbuk kulit kayu manis
  12. gaulkan semua bahan sehingga sebati
  13. masukkan pula ubi kentang dan kacang peas yang telah dilecekkan tadi
  14. gaulkan rata
  15. akhir sekali taburkan daun ketumbar dan cili hijau
  16. gaulkan sebati dan angkat letakkan ke dalam mangkuk
  17. biarkan sejuk
  18. taburkan sedikit tepung di atas papan pencanai
  19. ambil satu kiub puff pastry yang telah dipotong secara kecil
  20. canaikan menjadi bentuk empat segi
  21. letakkan satu sudu besar inti dan lipatkan bucu ke bucu
  22. basahkan jari dengan sedikit air dan tekankan supaya melekat dan tidak terbuka apabila di bakar
  23. lakukan sehingga habis dan susunkan di atas baking tray yang telah digris atau dilapikkan dengan non-stick paper
  24. bakar pada suhu 180C selama 25 min atau sehingga keperangan
  25. bolehlah dihidangkan panas2 untuk minuman petang
note: inti memang sedap. kalau tidak mahu menggunakan puff pastry bolehlah digantikan dengan samosa sheet. cara membungkus ikut suka masing2.

Saturday, October 1, 2011

Roti Sardin Gulung Kulit Popia.

Assalamualaikum n selamat pagi..Erm dah bf ke,kalo belum,jom yuk sarapan ngan roti sardin kulit popia nih yuk..Sodap n rangup sgt dimakn ketika panas..

Resepi xyah lah eks,semua org pasti tau buat kan,mula2 gulung jer sardin ngan roti yg digelek nipis,pastu balut plak ngan kulit popia,pastu gorengkan ajer..Selalu salut telur n breadcrumb bagai kan,kira sesekali tuka selera lak,apa salahnya kan..Mmg best lah..

Utk aku n nana,aku gulung ngan burger +crab stick,sbb aku kan xmkn sardin,so wat 2 versi lah..Nana pon suke betoi mkn nih,xsangka lak berminat toi dia..

Thursday, August 18, 2011

Udang Lilit Ala Ketuk2 Ramadhan

Assalamualaikum,salam sayang utk semua yg masih lagi sudi berkunjung ke sini n tinggai komen ya..Walaupun xdi balas,tapi mmg semuanya telah dibaca.
Curi time jab update blog kesayangan nih,jabgi nk BW jab,b4 nak titon,semalam tido pon hampir jam 3pagi,pastu kul 5,bagun lagi utk sahur,org memalam tido,aku lak memalam buta baru panas enjin nak mengukis,nak wat camner kan da anak yg masih kecik2 cam tulah,nak tggu depa nih tido dulu,barulah sng cikit..
Udang lilit nih aku tgk shiela rusly masak lam ketuk2 ramadhan,tgk time tgh2 hari buta,terus terliur n teruja nak wat,nak test market wat 6ekor,sorang 2ekor hubby,aku n mak..Tgk2 syazana pnyalah suke,uishh cam xcukup lah pulak..Xper nanti ummi wat lagi ya nak yer..
Terus terang ckp,udang nih mmg sedap,tapi,agak muak cikit kalo mkn camtu ajer,kalo cicah sos,mmg marbeles lah..Sos cili padi cam shiela aku xda,so belasah sos cili n mayo ajer..Resepi aku xsalin lak time tgk tuh,so aku main agak2 jerla..Jom tgk resepi udang yg sedap n rangup nih..

Udang aku nih sebenaqnya xbesaq mana pon,tapi pas lilit2 n salut bagai,hubby pon terkejut nengok..Siap tanya eh bila bini abg beli udang yg besaq nih,haha..

Udang Lilit

6Ekor Udang Besar
1 Cup Mee Segera (Direndam air panas sehingga lembut n di toskan)
1 Biji Putih Telur
Serbuk Roti Secukupnya
Minyak Utk Gorengan Terendam

Bahan Utk Diperap
3 Biji Bawang merah
1 Ulas Bawang putih
1Sdb Cili Kisar
1Sdt Serbuk Jintan Manis
1/2Sdt Serbuk Lada Sulah
1/2 Sdt Cajun
1/2 Kiub Ayam

Dah kena lilit ngan mee segera dah ni..Lilit jgn xlilit,jgn kita yg terbelit udah eks..

Aku wat 6ekor jer,jadi lah kan utk merasa,xsangka,sambutan sungguh menggalakkan,InsyaAllah akan di buat lagi nanti.

Cara:-
Udang dikupas kulit,tinggalkan bahangian kepala n ekor,perap seketika bersama bahan perapan,Perap dalam 30minit.
Lilit mee segera yg telah lembut di bahagian badan udang,lilit sehingga habis.
Celup udang yg dililit tadi kedalam putih telur.Kemudain golek2 keatas serbuk roti,biarkan kena keseluruh badan udang.Kemudian goreng dalam minyak yg terendam,goreng hingga betul2 masak,baru di terbalikkan,seterlah kedua belah masak,boleh lah diangkat,toskan minyak n dicicah sos kegemaran anda,mmg SEDAP..

Thursday, July 28, 2011

Popia Basah Versi Amatur

Assalam wat semua pengunjung yg sudi singgah di DZ yg xseberapa ni..Uiii lagi bape ari ajer kita semua bakal menyambut Ramadhan Al Mubarak,Moga kita semua diberi kesihatan,kesempatan n semua amalan kita diterima hendaknya,InsyaAllah..
Ptg klmarin pas anakanda berdua tido,aku pon ligatlah gogel resepi utk wat kulit popia,disebabkan inti pai tee masih ada,kulit popia yg kejung b4 bersalin aritu mmg da lam frezer,tapi xmo lah,ai nak popia basah ,hehe..
Pastu menerai lah resepi nih,aku wat half adunan ajer,dpt 13biji,kira utk family kecik cam kami nih,puas mkn lah kan,Rasanya not bad,kira sedap lah juga,tapi mmg xleh tandingi popia basah yg selalu beli kat psr mlm yg mamak juai tuh,sedp betoi,kuah dia pon best sgt..Yg nih pon best juga,lagi2 1st time wat kulit popia sendri,lagi lah bertambah teruja kan.. Kalo nak tgk step by step silalah ke myresepi ya..Daa..

Sumber Resepi:-Umi_e@Myresepi.Com
  • Bahan untuk kulit*
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 biji putih telor
  • 3/4 cawan air
  • 2 sudu makan cuka
  • secubit garam
  • Bahan untuk inti** (boleh buat inti ikut suka atau cara tersendiri)
  • 1/2 biji kobis - diricih halus
  • 3 biji sederhana besar carrot - disagat halus
  • 1 biji sederhana bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu makan udang kering
  • garam secukupnya
  • minyak untuk menumis
  • **Blend bawang besar+bawang putih+udang kering. Panaskan sedikit minyak dan masukkan bahan blend tadi. Kemudian masukkan sos tiram + garam. Kemudian masukkan sayuran dan masak hingga layu.
  • Bahan untuk sambal***
  • 15 tangkai cili kering
  • 1 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 sudu besar gula perang
  • 2 sudu besar kicap manis
  • minyak untuk menumis
  • garam, perasa dan bawang goreng secukupnya
  • *** blend cili kering+bawang besar +bawang putih. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan blend hingga garing. Masukkan kicap dan gula perang + garam dan perasa.

Cara-cara

  1. campurkan kesemua bahan dalam mangkok adunan
  2. gaulkan (macam buat cokodok) kemudian tutup dan biarkan sebentar sekurang-kurangnya 1/2jam
  3. ambil sejemput dan lenserkan ke atas kuali leper (contoh seterusnya - lihat gambar)
  4. buat dari arah jam
  5. mulakan dari tepi dulu
  6. kemudian sapukan bahagian tengah dengan sisa tepung yang masih ada di tangan
  7. setelah rata - bulat >>> biarkan sampai tepung masak sebentar
  8. angkat tepung yang telah masak dan letakkan dalam pinggan . Boleh disusun berlapis2 (tak lekat)
  9. ambil sekeping kulit popia dan sapukan dengan sedikit sambal
  10. Letak satu sudu besar inti dan taburan bawang goreng
  11. lipat macam biasa dan gulung
  12. sedia untuk dimakan :)

Cendawan Goreng Hot &Crunchy



Sedap sgt cendawan resepi dari kak nor nih..


CENDAWAN GORENG HOT & CRUNCHY

Bahan2:
400 gm cendawan tiram
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung beras
1 cup/bekas yogurt plain
1/2 sudu besar serbuk cili ~ lebihkan jika ingin lebih pedas
1 sudu besar serbuk cili kasar
1 1/3 cawan air
1 sudu kecil garam
minyak utk menggoreng


Cara2:
Siatkan cendawan ikut saiz yg dikehendaki.
Basuh bersih dan toskan. Lapkan dgn paper towel sekiranya ada lg lebihan air pd cendawan.
Bancuh kesemua bahan2 lain kecuali minyak hingga sebati.
Panaskan minyak dgn api yg kuat.
Bila minyak dah cukup panas, celupkan cendawan ke dalam batter dan goreng hingga masak/garing.
Angkat dan toskan.
Boleh lah dihidangkan dgn sos cili thai atau sos cili kegemaran masing2.
Selamat mencuba :)

* proses menggoreng cendawan mmg perlu menggunakan api yg kuat supaya cendawan tidak menyerap minyak dgn banyak atau lebih dikenali dgn panggilan kembang minyak :)

Wednesday, July 27, 2011

Pai Tee (Rupa Tiada,Tapi Sedapp)

Assalamualaikum n salam penuh keceriaan di pagi rabu ini..Senyum sokmo tau..Senyum Senyum,xperlu kata apa2,senyum senyum,kalo nana dia kata eyum,dengar jer lagu tuh,syoklah dia..
Tapi bila aku tgk rupa paras pai t aku nih,mmg xbape nak senyum,pas ngap tuh,mmg senyum meleret lah.sbb sodap,hehe..
Seumur hidup,ni la 1st time wat kulit pai t nih,mkn lak,rasa2 nya las masa sek ren kut,tu dia dah berbelas taun xmkn,walaupon kat ciken rice shop da,tapi xpernah lak menerai..

Aku letak kuah lebihan mkn sate bebaru nih,yg telah di oter cikit,kuah sate nih stg lak nak buang,ekceli kat utara panggei singa popeye n yg aku igt2 lah kuah dia mmg kuah kacang..Pastu inti lak lebih kurang sama jer ngan popia..
Resepi kulit nih aku amik dari myresepi,mmg rapuh ajer,cam kerak2 goreng pisang lak rasa kulit tuh bila kruk krak..Inti aku wat versi sendrik ajer,tapi aku letak jugalah resepi ngan pic2 aku angkut dari sana,utk rujukan anak2 aku dimasa depan,tengs ya zaliana..Jgn marah n halalkan pic cara2 kat bawah yg sy angkut sekali ek..

Sumber Resepi:-Zaliana@Myresepi
  • KULIT PAI:
  • 1/2 cawan tepung beras -guna cawan penyukat (update: bersamaan 75 gm) jika guna cawan minum lebih kurang 3/4 cawan
  • 125 ml air
  • 2 sudu besar telur (lebih kurang 1/2 biji)
  • 1/2 sudu teh kapur makan
  • 1/2 sudu teh garam
  • Acuan pai tee
INTI:
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 30 gram udang kering-rendam dan tumbuk halus
  • 1/2 sudu teh garam
  • Sayuran potong memanjang /parut:
  • - 1 batang lobak merah
  • - 1 biji sengkuang
  • - 1 batang timun
  • ********
  • 1/4 cawan kacang tanah (bakar dlm oven)
  • Sos pencicah

Cara-cara

  1. UNTUK KULIT PAI:
  2. Satukan semua bahan-bahan -tepung beras,air,kapur,telur dan garam, gaul hingga sebati.
    Dsc01361
  3. Panaskan minyak cukup untuk merendamkan acuan pai.Panaskan juga acuan pai dalam minyak.
  4. Celupkan acuan pai dalam adunan kulit pai.Jangan sampai penuh,tinggalkan sedikit ruang di atasnya.-lihat gambar
    Dsc01410

  5. Masukkan ke dalam minyak panas. Pastikan api sederhana kecil.
  6. Biarkan seketika.Jangan keluarkan sampai ia agak masak,jika tidak kulit pai akan terlipat. Bila sudah keras sedikit tolakkan keluar dari acuan menggunakan garfu. Balikkan sekali-sekala hingga kekuningan barulah diangkat.Biar sampai kekuningan supaya kulitnya garing. (Dlm gambar ni tak nampak kuning pula).Toskan minyak dan simpan dalam bekas kedap udara.
*Nak tgk step by step,silalah ke myresepi eks..

UNTUK INTI:
Tumis bawang putih dan bawang besar..Bila garing masukkan udang kering dan garam. Tutup api.
Masukkan lobak merah,sengkuang dan timun.Gaul rata. Kemudian isikan inti ke dalam pai tadi.Tabur sedikit kacang tanah keatasnya dan tuangkan sos pencicah. Makan segera.

Friday, July 22, 2011

Cempedak Goreng Crispy Again^_^

Assalamualaikum n salam penuh keceriaan wat semua pengunjung yg sudi singgah disini..Maaf sesangat semalam xdapat nak BW,tgh taip komen kat blog kak CT Delima,tetiba xda tenet,membawa smpai ke mlm juga,tah la nape,tuh pun mlm tadi suh hubby godek2 mana yg patut baru ok,tapi nak dijadikan cite lak,klmarin juga badan xbape sihat,rasa seram sejuk ajer nape tahla,berselimut juga lah kejab,pastu hubby smp amik half day juga,rasa angin pon da juga,maybe mkn nangka n cempedak kut,b4 nih xpernah lak jadi gini,ni la 1st time,pas hubby picit2 n tido rasa ok sikit,pastu 6lbh kak mimi cll kata otw nak mai umah,tgh mamai2 angkat tepon,las2 suh hubby jer klq bagi barang cikit dari melaka kat kak mimi,sorry sgt kak,Sekbek mlm tadi dah ok,sian lak kat hubby,klmarin lunch n dinner hubby tapau ajer..Xpa ya baby nanti arini ayang masak ya baby,Tengs sgt sbb baby tlg picit2,tlg jagakan anak2,tlg basuh baju,tlg tapaukan mkn,tlg suapkan ubat,sila jgn muntah itam ya,hihi..Uish kalo kak ipaq baca nih,mesti dia kata aku buli adik dia..Kak Lah,adik akak mmg lelaki yg terbaik,suami terbaik n abah yg terbaik..Time gini lah kita nak tgk hubby sayangkan kita ke x..Kalo sakit cikit2,kita lbih2 lah cikit,muahaha..

Oklah dah melalut panjang,cite pasal cempedak nih,kali ni isi dia lbh tebal n manis yg amat,smpkan hubby dah tanam depan umah,haha,mcmlah laman tuh besaq sgt,mcm2 pokok nak tanam kat tanah yg sekangkang monyet tu..Kali nih pon aku goreng guna resepi kak madihaa lagi,sbb resepi nih mmg best,walaupon da yg kata ala takat nak goreng cempedak n pisang jer,pejam mata pon boleh,tapi,nak menghasikan gorengan yg bila sejuk pon xliat n bila suam mmg rapuh yg amat agak ssh juga,so sesapa yg nak try bolehla guna resepi nih,rasanya pasti xmengecewakan..Alhamdulillah byk pahala kak Ratna/madihaa dpt hasil perkongsian ikhlas ni..Yerla kalo kita berkongsi sesuatu nih,kalo sampai kita mati org still duk guna pakai resepi nih,insyaAllah selagi tuh la pahala nya kita terus dapat..Oklah aku letak half adunan yg aku wat ajer,kalo family yg ramai,leh la wat 1adunan mcm disini ya..

Bahan2

Cempedak Secukupnya
Minyak masak secukupnya"


Bahan2 batter

200 ml air
110 gm tepong gandum
25 gm tepong beras
50 gm marjerin
1/2 sudu kecil serbuk kunyit(Aku xletak)
3/4 sudu kecil garam

Cara2 menyediakan
1. Masukkan bahan2 batter ke dalam jug blender ikut turutan di atas. Kisar sehingga batter sebati, rata & halus. Tuangkan batter ke dalam bekas yang sesuai.
2. Panaskan minyak secukupnya dengan api sederhana masukkan cempedak ke dalam batter. Bila minyak dah panas, masukkan cempedak yang bersalut tepong ke dalam kuali berhati2 dengan menggunakan tangan. (jangan sampai terkena minyak pula yer).
3. Goreng cempedak ke dua2 belah sehingga keemasan. Angkat & tos. Hidang di atas pinggan beralas paper towel & hidangkan..

Saturday, July 16, 2011

Baked Sandwich

Assalamualaikum semua,selamat berhujung minggu bersama family terchenta ya..Baked sandwich nih menu minum ptg klmarin,Walaupon stok cis xda,ku gagahkan utk buat juga,memandangkan roti da,inti daging yg siap msk pon da ja lam esbok..Nmpak kak nieza,kak hasue pon dah try,semua xikut resepi asal utk intinya..Aku pon sama gak,inti wat versi sendri ja,inti daging n tmbah sosej..Sedap mkn time panas2,rangup ajer..Teng ya utk kak nor n kak ratna/madihaa,kak nor siap wat the making lagi,hehe..Utk step by step tu leh tgk disini ya..K lah puan umah nak klq g pasar lak,daa..

Aku wat besar,ngap sorang 3ketui ngan hubby,kenyang weyyy..Kira 1biji=1 keping roti,lebihan roti lak,tgk lah esk2 kalo rajin leh wat apa2 lak..
BAKED SANDWICH
sumber: Madiha & K.Nor

Bahan Kulit/Casing
Roti gardenia secukupnya

Bahan-bahan Inti
1 biji bawang besar, dicincang
2 biji bawang putih, dicincang
1/2 camca serbuk lada hitam
1 sudu besar sos tiram
200gm - 300gm isi ayam, dicincang
5 biji cendawan butang (dlm tin) , dipotong halus
1 biji telur
Garam & gula secukup rasa
Cheese secukupnya (MaDiHaA guna mozarella cheese) ~ k.nor guna slice cheese

Kaedah penyediaan
1. Lenyek atau gelek roti hingga nipis masukkan dlm acuan dan buangkan tepi lalu dibakar 7 – 8 minit.
2. Tumiskan bawang-bawang. Masukkan sos tiram. Kacau sebentar dan masukkan lada hitam.
3. Masukkan ayam & cendawan. Tumis sehingga masak. (jika perlu tambahkan sikit air untuk bagi ayam betul2 masak)
4. Pecahkan telur dan kacau-kacau sehingga rata dengan ayam dan cendawan.
5. Perasakan dengan sedikit garam dan gula. Biarkan sehingga kering.
6. Isikan dalam kulit roti dan taburkan cheese secukupnya. Bakar sebentar sekadar mencairkan cheese.
7. Sedia dihidangkan.. lebih enak dimakan waktu panas2 kerana roti rangup.. jika dibiarkan lama roti sedikit lemau.. tetapi masih enak dimakan

Wednesday, July 6, 2011

Panas Diluar,Sejuk Didalam

Assalamualaikum..Bersiaran lagi di petang ari,nih menu minum ptg mggu lepas,Baru nak tayang,wat ais krim goreng sbb da lebihan roti Yg hampir exp,2 keping wat puding Roti &kentang berkaramel,4keping wat ais krim goreng nih,Ngee..Sedap juga kan mkn time cuaca panas nih..Saja salut ngan serbuk roti kat luar tuh juga,hehe..

4keping roti,dapat lah sorang 1,jadilah kan,utk laling n aku..Syazana tumpang gakla,Bila jadi gini sedaplah plak,hehe..

Buat malam hari lagi,esk ptg tuh baru goreng,letak aiskrim vanila yg da campur rasberry tuh..Aiskrim pon dah lama duk membeku kejung lam frezer tuh,dah 2 3 bulan ok,haha..Mkn time panas2 mmg sedap,sbb rapuh diluar n ais kat dalam xmencair lagi..Best..