Showing posts with label Udang. Show all posts
Showing posts with label Udang. Show all posts

Friday, August 3, 2012

Udang Seri Rampai


Assalamualaikum..

Mood tgh ok,update ari2..klo xok,ermm pakai 1 n3 pon xde smpai berminggu n berbulan,huhu...Akceli sejak berpuasa nih mmg msk ari2 jer,coz ptg bru msk kan,so ok jerlah,klo xberpuasa dulu,selalu hb kena tapau,coz pagi2 teruk morning sickness..Tapi skng nih dah 5bln++ morning sickness ke hape lagi kan,hehe..Alhamdulillah skng nih dah chat..

Wokeylah udang nih hasil intai2 skodeng dapo kak nor,pstu cri rcp udang n berkenan utk menerai udang nih,coz bhn2 semuanyer ade kat dapo..Sedap rsa udang ni,ala2 rendang yg simple gitu,sbb xde letak lengkuas n santan bagai kan..wat kering2 lak,mmg best..

Jom Intai rcp kut2 ade yg nak menerai,klo xde pon xper,leh gak wat rujukan ank2 nnti kan,huhu..B4 tuh tq bebanyak wat kak ayu,kak nor n tuan punya rcp asal yer..

 UDANG SRI RAMPAI
sumber: Ucu Bakery via Kongsi Resepi
sumber : Ayu S'pore & K.Nor



Bahan:-
1 kg Udang - saiz L (lgi bagus XL) -(Ayu gunakan udang galah)
6-7 batang serai - dihiris nipis2-(Ayu gunakan 4 batang serai diblender)
3-5 helai daun kunyit -dihiris nipis2-(Ayu gunakan 3 helai)
3-4 ulas bawang merah - dikisar
3 ulas bawang putih - dikisar
2 biji bawang besar - dipotong bulat
1 inci kunyit hidup - dikisar
sedikit belacan/anak udang kering -dikisar-(Ayu gunakan belacan)
6-7 biji cili padi - dihiris-(Ayu gunakan 5 biji untuk diblender + 10 biji untuk dihiris)
air asam/asam keping
garam/perasa



Cara2nya :-
Tumis bahan2 yang dikisar, tunggu sehingga naik bau
Masukkan bahan yg dihiris nipis tadi...teruskan kacau
Kemudian masukan udang - gaul lagi sehingga mesra
Masukkan garam/perasa/air asam.Tunggu sehingga mendidih( Tak perlu bubuh air..sebab udang ni akan mengeluarkan air dgn sendirinya)Dah boleh dihidang....Senangkan masak udang sri rampai ni....

*K.Nor gaul udang dgn sedikit garam dan serbuk kunyit. Pastu goreng seketika udang sehingga warna udang bertukar kemerahan. Angkat dan toskan.(Aku pon ikut cam kak nor)



Tuesday, July 24, 2012

Udang Garing Daun Kesum,Simple Tapi Menyelerakan.

Assalamualaikum...

Alhamdulillah dah kenyang berbuka..Syukur sgt diatas rezeki yg dikurniakan..
Arini msk sup tulang,pastu dah alang2 wat sup tulang celur ler bihun sekali,jadi ler satu lagi menu kan,erm pastu wat udang goreng nih ler..Goreng ikn masin,sambal belacan n ulan raja juga pucuk ubi...Da juga wat kuih,hehe esk tayang eks..
Skang nih cam xbape selera nk mkn nasi,ashik nk mkn western n merapu2 ke kuih2 jer,erm tadi selera lak mkn nasi panas2 gaul ngan udang ni,aku xambik dah sup tulang,mkn udang nih 2ekor ngan nasi jer,masyaAllah sedap betui..Laling pon ckp sedap udang ni,pastu aku tanya ler erm udang nih yg sedap ke,bini abg yg msk sedap,hihi..pastu dia jwb bini abg msk sedap..hehe..siap tanya lagi erm abg nk ambik lagi sekor leh x udang nih,adoiiiyaiiii ambik ler abg..Hehe..

Resepi nmpk kak ayu tayang,terus save,pagi tadi pesan kat hb suh beli udang besar kat market,sekbek rini udang fresh gak,klo x,kdang tuh xla fresh sgt..Daun2 lak mmg da jer tanam kat umh,hehe..Terima kasih berjuta kali wat kak Ummi,kak Ayu n chef kamarul juga ya..Moga Allah jua yg mmbalas perkongsian ini,Amin..
Psttt aku copy dari umh kak ummi jer,coz kat umh kak ayu xleh nk copy..

UDANG GARING DAUN KESUM
Resepi: Chef Kamarul @ Majalah Saji
Dicuba rasa : Ummi @ Home Sweet Home
Sumber rujukan:- Kak Ayu

Bahan:-
  • 500 gm udang (sederhana besar)
  • Minyak masak untuk menggoreng
Bahan Perap:-
  • 1 sudu kecil serbuk cili(Aku guna cili kisar)
  • 1 sudu kecil serbuk kari
  • 1/2 sudu kecil lada hitam kisar
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • sedikit garam
Bahan Cincang:-

  • 6 ulas bawang putih
  • 3 cm halia
  • 1 tangkai besar daun kesum
  • 1 tangkai kecil daun selasih
  • 1 tangkai kecil daun kari
  • 1 tangkai cili merah(Aku add cili padi juga)
  • 1/2Biji bawang besar dihiris aku add


Cara Memasak:-
  1. Kelar bahagian belakang udang dan bersihkannya.
  2. Gaul udang bersama bahan perapan. (*akak perap 20 minit).
  3. Panaskan minyak dan goreng udang sehingga benar-benar garing. Angkat dan toskan.
  4. Keluarkan sebahagian minyak dan tinggalkan lebih kurang 3 sudu besar sahaja. Tumiskan bawang putih dan halia sehingga agak garing.
  5. Masukkan pula cili merah dan diikuti daun kesum dan daun selasih. Sentiasa kacau supaya tidak hangus.
  6. Masukkan semula udang tadi dan gaul rata sebentar. Tutup api dan hidangkan bersama nasi panas....Memang enak seehhh! ^____^





Tuesday, January 10, 2012

Butter Prawn Ku Xjadi..

Butter prawn yg serdaknya xbape nak jadi,adeii,nih nak salah sapa eks,time aku tgh tuang telur sambil kcau2 ngan chopstick nih syifa tengah nangis sbb berebut menan ngan nana,pastu nana tolak si syifa nih,adeiii,aku men kacau cepat 2,terus ttp api n tapis jer,mmg xpuas hati sungguh ngn rupa B/P aku nih..Adoyaiii anak omak..Time2 nih lah nak berebut menan bagai,rini depa bgn awai lak,selalunya mmg kul10 keatas baru bgn..

Tapi walaupon rupamu xmenawan,rasa tuh mmg walla,sedap sih,heaven la time ratah,pastu kolestrol kalo check mmg mncanak naik,ngee..

Kalo nak tgk rupa serdak telur yg menawan,sila2 lah ke dapo kak nor n kak izah eks..
Tq utk semua diatas resepi nih ya..

BUTTER PRAWN
resepi: Nita
di edit n tips : kak Nor @ SGN67
Sumber resepi:-Kak Izahdaut

Bahan2:

12 ekor udang saiz besar(Aku letak 10ekor)
2 sudu butter
3 biji kuning telur ~ Aku K.Nor guna 2 bj sahaja
sedikit daun kari
sedikit cili padi
serbuk kunyit & garam
minyak utk menggoreng
Serbuk Pati ayam n bawang yg dicincang(aku add)

Adeiii nak raya cina nih udang pon naik rega sungguh la,tapi nak mkn punya pasai,kita pejam mata dah la eks..

Cara2:

Lumur serbuk kunyit & garam kat udang. Goreng sehingga masak.Bila udang hampir masak tu, masukkan daun kari & cili padi.Gaul seketika sebelom diangkat. Bila dah msak,ketepikan. Dengan menggunakan minyak yg sama, biarkan minyak dikuali anggaran dlm 1/2 cawan cenggitu. Panaskan minyak dan masukkan butter. Biarkan butter cair & minyak betul2 panas.Sementara tu,kacau2 telur bagi rata dan masukkan telur kuning dalam bekas roti jala.


Matikan api bila minyak tu panas2. Dengan menggunakan 2 tangan, tgn kiri pegang telur kuning ..tgn kanan pegang garfu...tuang perlahan2 telur sambil tgn kanan mengacau dlm bentuk pusingan. Biar dia bertali2. Kemudian bila dah selesai, angkat telur tu dah buh dlm tapis utk membuang minyak berlebihan.

Pastu perangat jer kari ikan yg wat klmarin,sbb msk byk,rini xyah msk mcm2 dah,hehe..

# K.Nor guna acu jala gak, tp kuning telur ni kan dia pekat skit dan acu jala K.Nor tu yg stail lama (tembaga) dan lubang dia kecik jd K.Nor tambahkan sedikit putih telur utk mencairkannya cuba tuang dulu dlm bekas lain, kalau boleh keluar dgn elok tak perlu tambah lg putih telur tu, tp kalau masih payah nak keluar, tambah skit lg putih telur.

# boleh aje nak kacau telur tu dgn garfu atau chopstick, terpulang, tp kena sentiasa mengacau sehingga telur habis dituangkan

# buangkan tali pusat telur, kalau tak lubang acu roti jala mudah tersumbat yg menyebabkan telur payah nak turun

# jgn menggoreng telur dlm minyak yg sedikit, nanti tak jd cantik jurai2 dia

Tuesday, November 22, 2011

Jantung Pisang Ala Peranakan&Masak Lemak Labu Berudang

Assalamualaikum..
Dah ptg2 gini baru dapat bersiaran..Pagi tadi sakit kepala,rasa xlarat ajer,pas hubby g kja continue tido blk..Bgn kul10,haha..Puas tido..Bgn2 msk simple2 n hangatkan lauk yg xabis klmarin ajer..
Sebenarnya aku xsabar nak blk kg jumaat ni,sbb knduri umah kakak aku,pastu nak menziarah pak su aku yg baru pulang dari Tanah Suci semalam..Kul 12lbh juga baru turun flight,aku x p pon kat byn lpas,coz dah lewat sgt anak2 dah tido,nanti kalo pegi juga takut meragam,so blk kg nanti baru menziarah sekali..Segoga beliau,maksu n jemaah yg lain mendapat Haji yg mabrur..InsyaAllah 1ari nanti aku juga nak menjejakkan kaki ke sana..
Oklah meh layan kerabu n masak lomak yg best ni,yg menbuatkan hubbyku memuji n makan ngan penuh selera sekali,hihi..Tq utk kak yatie n Cmg atas resepi nih ya..



Resepi:CMG
Sumber Resepi :-Kak Yatie

BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 2 biji jantung pisang
  • 15 ekor udang saiz sederhana
  • 1 kuntum bunga kantan, hiris halus
  • 1 batang serai, ambil bahagian putih, hiris halus
  • 2 helai daun limau purut muda, hiris halus
  • 2 biji cili padi, hiris halus (untuk hiasan)
  • 4 biji limau kasturi, perah jusnya
  • 5 biji bawang merah, hiris halus
  • 100 ml pati santan
  • 2 biji cili merah*
  • 3 biji cili padi*
  • 1 inci belacan*(*ditumbuk halus)
  • Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Jantung pisang dibuang sedikit kulitnya, rebus hingga lembut. Tos dan sejukkan, kemudian buang lagi lapisan kulit hingga dapat bahagian yang lembut. Belah dua, hiris dan toskan, kalau berair, perah sedikit dan letak dalam bekas.
  2. Santan dimasak bersama bahan tumbuk halus, guna api kecil, kacau rata dan masukkan udang, tambah garam dan gula secukup rasa. Bila udang masak, matikan api dan sejukkan.
  3. UNTUK KERABU JANTUNG PISANG :- Masukkan hirisan daun limau purut, serai, bunga kantan dan bawang merah ke dalam bekas berisi jantung pisang tadi. Gaul rata dan masukkan no. 2, gaul lagi dan tambah jus limau kasturi, sesuaikan rasa, jika kurang garam tambah sedikit lagi. Tabur hirisan cili padi sebelum dihidangkan..
Feberet En hubby nih..Makan ngan penuh selera..Aku pelik cikit,kalo labu masak2 gini xsuka pula,kalo wat kuih tuh mmg suka ajer,hihi..

Resepi Masak Lemak Labu Berudang


Sumber Resepi:-CMG

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 biji labu manis, saiz sederhana(Aku msk 1/4biji jer)
8 tangkai panjang, dikerat pendek(Aku xletak)
2 batang serai
2 helai daun kunyit
1 biji bawang besar, hiris
3 ulas bawang putih diketuk
1 liter santan cair
300 ml pati santan
1 camca besar udang kering, rendam 10 minit, tos dan tumbuk kasar
Garam dan gula secukup rasa
Aku add juga udang basah n sedikit cili padi kisar)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Labu dibelah, buang biji, kupas kulit dan potong kiub saiz besar, cuci dan toskan. Kacang dipatah pendek2, cuci dan toskan.
  2. Masukkan labu dalam periuk bersama serai, hirisan bawang besar, bawang putih dan udang kering. Masukkan juga santan cair, kacau rata dan masak hingga mendidih. Masukkan kacang panjang dan daun kunyit.
  3. Tambah pati santan, tambah garam secukup rasa, lada hitam tumbuk dan secubit gula, kacau perlahan dan biar mendidih dengan api kecil, bila labu sedikit lembut dan rasa kuahnya seimbang, boleh matikan api. Hidang dengan nasi panas, sambal belacan dan ikan goreng/ikan masin....


Tuesday, October 11, 2011

Ayam Goreng Berempah Beriani Again..

Sebab menjadi feberet ayam nih,wat lagi utk hidangan lunch arini,pastu gandingkan ngan msk lemak pucuk paku bersama udang,pastu celur bendi,da juga ulam kubis,sambal belacan,tempoyak n cencaluk..
Hubby mkn dengan penuh selera kalo msk gini,sbb mmg feberet dia lah menu2 gini,walaupon simple..Dulu pon pernah wat ayam nih,sbb sedap mestilah di ulangtayang kan..Aku perap pagi tadi 6ketul ayam nih,tadi goreng 3ketul ajer,coz mlm karang xmkn nasi dah,so cukuplah byk tu..kan,Yg lagi 3 tu,esk2 pulak ler,lagi lama perap lagilah sedap..Tima ksh utk kak dayang..Aku copy lagi skali lah resepi nih ya..
Dak ber2 xtido lagi nih,so xleh nak BW..

Masak lemak udang dan pucuk paku,best sgt..


Aku wat sambal belacan,pastu cencaluk n tempoyak cikit,hubby mkn licin semua nih,aku mkn 1 jer bendi,sbb tgk hubby pulun mkn,maybe dahlama aku xwat sambal belacan kut..Sambal belacan mmg wat byk2 seksiap,pastu letak lam bekas tertutup,msk peti ais jer ,yg nih mmg amik cukup2 nak mkn jer..

Nih jer lauk yg aku msk rini,oklah tu,utk mkn berdua jer..

Ayam Goreng Berempah Beriani

bahan-bahan :
  • 1 ekor ayam saiz sederhana (dipotong dan dibersihkan)
  • 2 tangkai daun kari
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 2 sudu besar rempah beriani
  • 1 sudu besar rempah kari ikan
  • 1 sudu besar rempah kari daging
  • 1/2 sudu makan serbuk kunyit
  • 1/2 sudu besar serbuk cili
  • sedikit air sejuk (jika perlu)
  • garam dan gula secukupnya
bahan-bahan kisar :
  • 6 batang serai
  • 6 biji bawang merah
  • 1 inci halia
  • 4 ulas bawang putih
Cara-cara :
  1. Gaulkan ayam bersama semua bahan di atas dan perapkan 1 jam atau semalaman (simpan dalam peti sejuk).
  2. Sediakan minyak untuk goreng terendam. Apabila sudah cukup panas, gorenglah ayam hingga masak keemasan.
  3. Hidangkan bersama nasi putih atau apa-apa sahaja jenis masakan nasi.

Thursday, August 18, 2011

Udang Lilit Ala Ketuk2 Ramadhan

Assalamualaikum,salam sayang utk semua yg masih lagi sudi berkunjung ke sini n tinggai komen ya..Walaupun xdi balas,tapi mmg semuanya telah dibaca.
Curi time jab update blog kesayangan nih,jabgi nk BW jab,b4 nak titon,semalam tido pon hampir jam 3pagi,pastu kul 5,bagun lagi utk sahur,org memalam tido,aku lak memalam buta baru panas enjin nak mengukis,nak wat camner kan da anak yg masih kecik2 cam tulah,nak tggu depa nih tido dulu,barulah sng cikit..
Udang lilit nih aku tgk shiela rusly masak lam ketuk2 ramadhan,tgk time tgh2 hari buta,terus terliur n teruja nak wat,nak test market wat 6ekor,sorang 2ekor hubby,aku n mak..Tgk2 syazana pnyalah suke,uishh cam xcukup lah pulak..Xper nanti ummi wat lagi ya nak yer..
Terus terang ckp,udang nih mmg sedap,tapi,agak muak cikit kalo mkn camtu ajer,kalo cicah sos,mmg marbeles lah..Sos cili padi cam shiela aku xda,so belasah sos cili n mayo ajer..Resepi aku xsalin lak time tgk tuh,so aku main agak2 jerla..Jom tgk resepi udang yg sedap n rangup nih..

Udang aku nih sebenaqnya xbesaq mana pon,tapi pas lilit2 n salut bagai,hubby pon terkejut nengok..Siap tanya eh bila bini abg beli udang yg besaq nih,haha..

Udang Lilit

6Ekor Udang Besar
1 Cup Mee Segera (Direndam air panas sehingga lembut n di toskan)
1 Biji Putih Telur
Serbuk Roti Secukupnya
Minyak Utk Gorengan Terendam

Bahan Utk Diperap
3 Biji Bawang merah
1 Ulas Bawang putih
1Sdb Cili Kisar
1Sdt Serbuk Jintan Manis
1/2Sdt Serbuk Lada Sulah
1/2 Sdt Cajun
1/2 Kiub Ayam

Dah kena lilit ngan mee segera dah ni..Lilit jgn xlilit,jgn kita yg terbelit udah eks..

Aku wat 6ekor jer,jadi lah kan utk merasa,xsangka,sambutan sungguh menggalakkan,InsyaAllah akan di buat lagi nanti.

Cara:-
Udang dikupas kulit,tinggalkan bahangian kepala n ekor,perap seketika bersama bahan perapan,Perap dalam 30minit.
Lilit mee segera yg telah lembut di bahagian badan udang,lilit sehingga habis.
Celup udang yg dililit tadi kedalam putih telur.Kemudain golek2 keatas serbuk roti,biarkan kena keseluruh badan udang.Kemudian goreng dalam minyak yg terendam,goreng hingga betul2 masak,baru di terbalikkan,seterlah kedua belah masak,boleh lah diangkat,toskan minyak n dicicah sos kegemaran anda,mmg SEDAP..

Monday, July 25, 2011

Ayam Goreng Bawang&Udang Ros Pandan

Assalamualaikum,xleh pot pet byk2,jom layan resepi n pic lauk pauk yg sedap nih dulu,Anak2 xtido lgi..Syifa lak merap cikit,menaip pon sblh tgn,coz duk pegang dia sebelah lgi,punyalah terkedek2..
Daa jumpa lgi nnti2 ya..

Ayam Goreng Bawang
Sources:-From Kak Paty@Paty's Kitchen
2nd Sources:- Kak Ayu Singapore
INGREDIENTS
1 whole chicken cut into 12 / 1 ekor ayam potong 12
1 cup yogurt / 1 cawan yogurt atau tairu
3 tbsp meat curry powder / 3 sdb serbuk kari daging
2 tbsp paprika / 2 sdb serbuk paprika
3 tbsp garlic-ginger paste / 2 sdb pes halia-bawang putih
1 tbsp turmeric powder / 1 sdb serbuk kunyit
salts and sugar to taste / garam dan gula secukup rasa
sufficient oil to fry chicken / Minyak untuk menggoreng ayam.

Mix all ingredients. Marinade well and keep for 12 hours or overnight. Deep fried till brown, drain oil and keep aside./ Campurkan semua bahan dan perap slama 12 jam atau semalaman.

Aku perap ayam nih 2ari 2mlm,haha,rasa mmg sedap gila,sbb semua bhn perapan sebati..

For the caramelized onions

3 large onions - slice thinly see the process below / 3 biji bawang besar potong nipis - lihat langkah menyediakan di bawah
1 tsp honey / 1 sdt madu
5 strand curry leave / 5 tangkai daun kari

Methods for caramelized Onions:-
  1. To caramelize an onion, we used 3 medium onion, 6 tablespoons cooking oil or butter, a pinch of salt, a pinch of black pepper (optional), and a pinch of sugar (optional).
  2. Slice the top off of your onion. Cut the onion in half from top to bottom and peel it.
  3. Place half of the onion, flat side down, on a clean, flat cutting surface. Slice the onion into half-rings. The thickness of the slices is not important, although thinner slices will cook faster. If you prefer a more rustic look and feel, make the slices very thick.
  4. Place a large skillet or saucepan on the stove and add a small amount of fat. Heat the oil to a medium-high temperature.We used 6 tablespoons of oil. Butter is also delicious, but it tends to burn more easily, so be sure the pan doesn't get too hot.
  5. When the fat begins to ripple, the oil is hot enough.
  6. Add the onions to the hot oil.
  7. Stir the onions until they are coated with oil.
  8. Adding a pinch of salt seasons the onions at the same time it speeds up the caramelizing process. The salt will suck moisture out of the onions and eventually evaporate. Be cautious not to add too much salt. If you would like, add a pinch of ground black pepper and a very small amount of sugar or honey.
  9. Continue to stir the onions. After a minute or so, you will notice that they might have begun to stick to the bottom of the pan and turn dark in color. This is okay--in fact, it's what should happen.
  10. Continue stirring and watch as the onions' color turns darker and darker.
  11. If you feel that the onions are sticking to the bottom of the pan too much, add a very small amount of water, broth, or wine to the pan and stir vigorously; this is called "deglazing." The water will evaporate almost immediately while loosening the onion slice.
  12. Continue this process of cooking and deglazing until the onions have reached the color, flavor, and texture you desire. Caramelized onions are perfect to use as the flavor-base of an onion soup, or to garnish sandwiches and other dishes. For this recipe at in the curry leaves at this stage.

Malay version (yang sudah digooglekan)..
1.Untuk caramelize bawang, kita menggunakan 3 bawang saiz sederhana, 6 sudu masak minyak atau mentega, sedikit garam, secubit lada hitam (optional), dan secubit gula (optional).

2. Hiris bawang.Hiris bulat ikut ketebalan sendiri, ketebalan tidak penting, walaupun nipis akan lebih cepat masak. Kalau nak lebih terasa hiris tebal lah.
3. Panaskan minyak didalam kuali besar atau periuk, dengan menggunakan api sederhana besar. Masukkan 6 sudu besar minyak. Boleh gunakan mentega(dikatakan lagi sedap), tapi ia akan cepat hangit dan pastikan kuali tidak terlalu panas.

4. Bila minyak sudah panas, masukkan bawang yang telah dihiris tadi Kacau rata hingga semua hirisan bawang disalut minyak.

5. Tambahkan secubit garam diwakktu yang sama untuk mempercepatkan 'caramelizing', garam
akan menyedut kelembapan daripada bawang dan akhirnya menguap. Berhati-hati untuk tidak menambah terlalu banyak garam. Jika anda mahu, tambahkan secubit lada hitam dan jumlah yang sangat kecil gula atau madu

6. Terus kacau bawang. Selepas satu minit atau lebih, anda akan dapati bahawa bawang mungkin telah mula melekat pada bahagian bawah periuk dan berwarna gelap. Ini adalah okay - sebenarnya, apa yang sepatutnya berlaku.

7. Teruskan kacau dan boleh lihat warna bawang bertukar menjadi lebih gelap dan gelap.

8. Jika, bawang yang melekat kepada bahagian bawah periuk terlalu banyak, tambah jumlah air yang sangat kecil, sup, untuk menyorot dan kacau dengan bersungguh-sungguh, ini dipanggil "deglazing." Air akan menyejat dengan serta-merta di samping melonggarkan hirisan bawang.


9. Teruskan proses memasak dan deglazing sehingga bawang telah mencapai warna, rasa dan tekstur yang anda inginkan. Bawang Caramelized yang sempurna untuk digunakan sebagai asas rasa sup bawang, atau sandwic hiasan dan hidangan yang lain. Untuk resipi ini masukkan daun kari pada peringkat ini. -(Setelah masak, Ayu masukkan ayam goreng tadi dan gaul rata.)

Note:-* If you don't want it hot, you can just marinate the chicken with turmeric powder and salts / Kepada yang tidak berminat dengan pedas, ayam tu boleh digoreng dengan garam kunyit aje.



Udang Ros Pandan

BAHAN-BAHANNYA :-)
Udang Besar Secukupnya
2 batang serai, dititik
2 helai daun limau purut
1 helai daun pandan, koyakkan dan simpul
1 cawan air
1 camca besar gula melaka
2 camca besar bawang goreng
Sedikit gula
Garam secukup rasa
1 batang kayu manis
Hirisan daun bawang, untuk hiasan
Bawang goreng untuk hiasan.

BAHAN KISAR HALUS :-)
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 biji tomato merah
7 biji cili merah
2 biji buah keras
1/2 inci halia
1/3 inci lengkuas
1 camca besar sos tomato

CARA MEMBUATNYA :-)
Udang dibersihkan, gaul dengan sedikit garam dan serbuk kunyit, kemudian goreng embal2 (lembap2 jangan garing sangat). Ketepikan.(Aku xgoreng dah)
Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus bersama serai, daun pandan, daun limau purut dan kulit kayu manis hingga wangi dan garing. Tuang air dan kacau rata. Masukkan udang tadi, gaul dan kecikkan api, Masak hingga pekat.
Tambah gula melaka, garam secukup rasa dan bawang goreng, kacau rata dan masak sekejap lagi hingga kelihatan sedikit kering. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan dengan taburan daun bawang dan bawang goreng..

Sebab aritu wat versi daging sedap,arini aku wat versi udang lak,ponnn sedapp sgt..

Wednesday, June 22, 2011

Hot & Spicy Mayonnaise (2 IN1) Fry

Assalamualaikum,dah kenyang nih lunch ngan udang n sotong mayonis yg pedas2 nih..Mmg sodap betoi,tarak tipu.Patutla,kelmarin kak nor duk promot baik punyer..Smapi En Abe dia Wordless,hehe..Aku pon tertunggu2 gak pa reaksi En Hubyy bila mkn udang n sotong nih,rupanya dia pon wordless cam En Tolahah kak nor gak,pas lam pulut telan abis,n lam pinggan nak abis baru lah cakap SEDAP SEDAP SEDAP,MEMANG SEDAP,SEMUA SEDAP,TOMYAM PON SEDAP,haaa,smpai bape kali kata sedap,hehe..xSia2 aku wat 2versi ok..Mmg Best..Nnti nak try versi ketam lak,ngee..Sebenaqnya aku dah terliur pas kak diana melley mey tayang lagi,baru duk cadang2 nak wat,tgk2 kak nor lagi pantas,hehe..Aku copy resepi dari kak nor ajer..Tengs bebanyak utk love,kak diana n kak nor,love u olls,muahss..

Versi sotong pon sedap ajer,b4 letak gravy pon dah sedap.



Pekena juga ngan tomyam nih,uish sodap la hirup kuah tomayam nih..

HOT & SPICY MAYONNAISE PRAWN FRY
recipe : Love2cook
source : K.Nor@SecubitGaram

Ingredients :~
(A)
1 kg large prawn ~ skinned & veined, leave the tail intact
1 egg ~ beaten
1 tbsp oyster sauce
2 tbsp cornstarch
1 tsp salt









(B)

2 cm ginger ~ chopped
5 lemongrass stalks ~ sliced lengthwise
10 - 15 nos bird's eye chilli ~ chopped ( reduce or add as you wish )
3 - 4 tbsp chilli sauce / Thai chilli sauce
1 tsp sweet soy sauce
1/2 cup water
salt
1 1/2 tbsp mayonnaise
cooking oil
Aku tambah capsicum hijau.

Method :~
In a bowl, mix together ingredients (A) and let to marinate for 15 minutes.
Fry the marinated prawn in oil until golden. Strain on a separate plate.
Reduce oil, stir fry ginger and lemongrass until fragrant. Add bird's eye chilli and mix.
Add chilli sauce and sweet soy sauce, stir. Add water and salt, let the gravy boil.
Mix in the fried prawns.
Quickly add mayonnaise and mix thoroughly. Ready to serve. ;)

Walaupong pg hujan n redup ttp minum coklat shake nih,gara2 terliur kak hasue tayang lah nih..Hehe..Jemput semua ya,jemput tgk,hehe..

Monday, May 23, 2011

Sambal Bilis Petai&Kari Udang

Assalam n selamat sejahtera buat semua pengunjung DZ..Sekejab jer masa dah berlalu kan,dah ari isnin semula..Kelmarin xbersiaran 1ari,coz hubby tetiba jer ajajk blk kg..So aku sbgai isteri mithali ikut jerla,ngee..Blk xlama pong,sampai dah kat kul 11++pagi..Blk ptg tu jga,yerla hubby kan kja rini,hehe..




Sambal bilis petai nih lauk feberet hubby ..

Geram toi ngan daknih,duk kacau aku taip,huhu dia p tekan publish xsempat aku masuk pic habis....Dahla lappy nih duk wat hal,ashik terpadam,nape tah..Nak mnta beli baru kut,huhu..

Saturday, April 23, 2011

Udang Goreng Pedas


Assalam semua,bersiaran lagi utk n3 seterusnya..Wat udang goreng pedas nih 2 3 ari lepas..Dah pernah wat versi ketam,kali nih versi udang..Wat lah ketam ke udang ke,yg pasti mmg lazat n menjilat jari,sampai kepala2 udang sumua kunyah2,kemam sat,pastu luah,muehehe..

Udang Goreng Pedas(My Style)

Bahan2:
10 Ekor Udang,di gaul garam kunyit,goreng hingga masak n ketepikan

*5 biji bawang merah
*2 ulas bawang putih
*1 inci Halia
*2 Batang Cili Merah
*3 biji Cili padi Merah (Di kisar)

2sdb Cili Kering yg diblend
1 batang Serai(Di titik)
Sos cili+Sos Tomato+sos tiram
Garam & gula secukup rasa
1sdt Serbuk pati ayam
Minyak utk menumis
Sedikit Air jika perlu



Cara2:
1. Panaskan minyak dan tumiskan semua bahan kisar n cili kering yg di kisar, Kacau dan masak sehingga cili benar2 masak dan kelihatan garing.Masukkan serai yg di titik.
2.Masukkan semua sos,n air..
3. Masukkan udang yg di goreng, kacau hingga rata.
4. Perasakan dengan garam dan gula.
5. Gaul rata biar mesra,angkat n hidangkan..

Thursday, April 21, 2011

Kari Udang Utara


Lauk kari udang nih menu lunch utk klmarin,lama dah xmasak kari udang..Bila mkn tuh,teringat lak kari udang yg mak aku masak,fuhh mmg sedap sgt,walaupong hanya letak udang yg kecik2 jer..Doulo2 time blk skola jer,msti tgk bawah tudung saji makmasa apa,kalo lauk sedap,sure mkn dulu,baru salin baju skola.Hahaha..Tambah2 kalo mak wat kari udang,fuhh mmg xsabaq betoi nak mkn,tuang kicap kipas udang lak cikit,MasyaAllah mmg sedap xhenggat donia..Fuhh begitu lah penangan ayaq tangan ibu kan..Mak aku kalo wat kari papun,semua rempah dia giling,xmain lah rempah2 serbuk nih..Aku?Aku pernah lah 2 3 kali try menggiling,pastu huhu mcm nak tobat,penat weh..K la melalut panjang lak,aku mls nak taip resepi,coz semua org msti dah tau wat kari kan,so jamu mata dahla yer,hihi..


Wednesday, April 6, 2011

Udang Goreng 2 Versi




Assalam,baru sempat nak update menu minum ptg,dak ber2 dah tidur,hubby pong dah tidur gak,ngantuk sgt katanya..Xpala,dpt la meronggeng n merempit ke dapo kengkawan kejab,hihi..Rini goreng udang 2 versi,1 udang celup tepung,resepi di sini ya..1lagi udang bersalut oats..Tapi udang yg aku guna nih xbesar mana,ah xapa lah,jnji kenyang n sedap dah..Udang kan kolestrol tinggi,so bila di salut oat,kira turun ckit kot tahap kolestrol tuh,hihi..K la meh layan resepi yg di angkut dari dapo kak dayang eks,.Tengs kak dayang ats resepinya ya..


Udang Bersalut Oats
Resepi : DapurKu SaYang@dayangjack.blogspot.com

bahan-bahan :

* 10 ekor udang bersaiz L (dibersihkan)
* 2-3 sudu makan tepung goreng KFC atau tepung goreng serbaguna
* sedikit air atau 2 biji telur yang sudah dikocok (DJ guna air sahaja)
* 2 tangkai daun kari
* Oats secukupnya
* minyak dan mentega untuk goreng terendam (DJ campur kedua-duanya)



Cara-cara :

1. Satukan udang bersama tepung goreng, daun kari dan air secukupnya. Gaul-gaulkan. Kemudian salutkan dengan oats. Sejukkan sebentar di dalam peti sejuk selama 15-20 minit sebelum digoreng.
2. Jika menggunakan telur : Gaulkan udang bersama tepung dan daun kari. Kemudian celupkan ke dalam telur dan salutkan dengan oats. Sejukkan terlebih dahulu di dalam peti sejuk.
3. Sediakan minyak dan mentega untuk goreng terendam. Apabila sudah cukup panas, gorenglah udang hingga garing keemasan. Angkat dan toskan.
4. Hidangkan bersama sos cili.


***campuran mentega untuk menggoreng akan menambahkan lagi keenakan udang selain wangi dan garing.

Versi celup tepung.

Sunday, March 27, 2011

Udang Celup Tepung

Assalam semua,arini cuaca kat penang ok jer alhamdulillah cerah jer,kemarin kedinginan coz ujan 1 ari..Meh kita makan udang celup2,cicah2 yuk..Sedap nih,aku wat half kg udang..Nana pong sampai xmnyempat nak suap,dia mmg hantu udang n ketam..Hubby n aku pong pulun gak,sampai syifa nangis pong wat dek dulu,lagi xkenyang,muahaha..Hubby tanya tadi,eh udang nih masak pa yer,aku cakap la udang celup tepung,nape sedap ke x?Hubby jawab saja tanya,erm sedap,aku pong kata la ala udang celup tepung yg mcm kita duk mkn kat kedai tomyam tu la,kalo mkn kat kedai tuh bape ekoq jer dah bape hinggit.Yg nih mkn sampai sendawa n kent*t pong bau udang,ahaks..Resepi aku amk kat dapo kak maz yg suka masak xsuka mkn tuh..Maceh lah ats resepi yer kak maz..Daa, nak g solat maghrib dulu..


Sumber Resipi : Kak Maz Ilham Dapur
Bahan-bahan (resipi anggaran)

* 20 ekor udang saiz sederhana besar - buang kulit dan tinggal ekor je(Aku xkira lak bape ekoq,tapi half kg juga la)
* 3/4 cawan tepung gandum
* 1 sudu kecil baking powder
* sedikit garam (kalau guna serbuk pati ayam lagi sedap)(aku letak kiub pati ayam)
* 1 sudu besar minyak masak(Aku xletak)
* sedikit daun sup - dicincang halus(aku letak daun bawang)
* sedikit pewarna kuning - agar warna tepung kekuningan
* air secukupnya - lebih kurang 1/2-1 cawan(aku letak 1cawan)
* minyak untuk mengoreng
Utk half kg udang yg aku buat,mmg ngam2 jer ngan 1adunan nih..



Cara-cara

1. Toskan dulu udang bagi betul-betul kering, kemudian lumurkan udang dengan sedikit tepung. Ketepikan(aku terus jelup jer,nak cepattt,ngee)

2. Masukkan semua bahan-bahan dalam mangkuk, kecuali air dan pewarna. Kemudian masukkan air sikit-sikit sambil dikacau agar adunan tidak berketul. Masukkan pewarna dan kacau sebati. Adunan ni tidak terlalu cair mcm bancuhan lemping atau kuih ketayap ye, pekat lagi sikit, kiranya bila celup udang tu..tepung akan menyaluti udang sepenuhnya. Biarkan dulu seketika dalam 5-7 minit sebelum digunakan

3. Panaskan minyak dan boleh la celup udang satu-satu dalam tepung dengan pegang bahagain ekornya, kemudian digoreng dengan api sederhana hingga kekuningan. Angkat dan toskan. Siap...

Tuesday, March 15, 2011

Nasi Lemak & The Geng


Assalam kita masak nasi lemak rini,dah lama xmasak nasi lemak,hubby sllu duk beli jer pagi2 utk bf,Kbtulan klmarin hubby da beli udang besar juga,so tanya dia wat sambal n mkn ngan nasi lemak nak x,dia kata ermm ok sgt la,nmpak syazana mkn pong byk gak,suap lambat ckit jer,smp merajuk2 dia,ishk kecik2 pong dah pandai merajuk,ikut perangai sapa tah,abah kata ikut perangai ummi lah,time peknen ummi suka merajuk,huhu..Xyah letak resepi la eh,nasi lemak n sambal udang semua org tau nak masak kan,coz senang sgt kan,hehe..Kalu da timun lagi best kan,tapi timun yillek..Kacang tanah lak,hubby mmg xsuka mkn ngan nasi lemak,so mls la nak goreng..Meh jamu mata lah yer..