Showing posts with label berkuah. Show all posts
Showing posts with label berkuah. Show all posts

Monday, January 14, 2019

Resepi Mee Bandung Paling Sedap dan Paling Mudah Nak Sediakan





Assalamualaikum n selamat ptg hampa..Ptg2 ni curi2 masa sat update kat hampa resepi  Mee Bandung  Paling Sedap dan Paling Mudah nak buat..
Serius memang sedap tau..Hampa boley Guna Daging Fresh yg direbus empuk dulu dan simpan air rebusan..
Kalo mcm kami versi nak cepat guna jer 1tin sup daging adabi mcm dalam video step by step kat utube channel  kami di sini https://youtu.be/cjpiQKT2-NY





Resepi Mee Bandung Paling Sedap Dan Paling Mudah

 Bahan2 yg dikisar/tumbuk halus
2 Ulas Bawang Putih **
3 Biji Bawang Merah **
1sudu Besar udang Kering **

Bahan2 Lain
2 Sudu Besar Cili Giling
2 Peket Perencah Mee Bandung Adabi
2sudu Besar Sos Seafood/Sos Tiram
2Sudu Besar Sos Cili
1 kiub Ayam
Garam Gula Secukupnya
2Biji Kentang Digoreng@direbus empuk.
Udang
Sotong Daging rebus hingga empuk dan simpan air rebusan(Sy guna Sup Daging Dlm Tin adabi jer )
Telur secukupnya
Sayur Sawi
Mee Secukupnya Dicelur dan Ditoskan

Hiasan Cili Merah N Limau Kasturi



CARA2
Tumis semua bahan kisar /tumbuk hingga garing kekuningan.Tumis pula cili kisar ..Dah garing masukkan pes mee bandung adabi, sos cili dan sos Seafood/sos tiram dan air rebusan daging..(sy guna sup daging dlm tin)
Ubi kentang yg di goreng /direbus tadi dikisar halus dgn sedikit air,masukkan ke dalam kuah. Kacau sebati masukkan kiub ayam, garam gula Secukupnya..
Masukkan pula udang .Udang ,Daging yg telah direbus empuk dan Sotong jika suka.
Pecahkan telur sebiji2 Kedalam kuah tadi.

Mee bandung siap utk dihidangkan.Selamat mencuba..
**Boleh tambahkan Kacang Tanah yg ditumbuk kedalam kuah Mee Bandung

Tuesday, January 8, 2019

Resepi Kueyteow Kungfu Yang Paling Sedap Dan Mudah Sangat Nak Buat



Assalam semua yang sudi singgah kat sini..Byk ari ni bz bebenor ngan ank2 Masuk ke sek..
Arini baru dpt update latest rcp kat blog kesayangan ku ni..
Arini aku nak share kat hampa resepi KueyTeow Kungfu yang paling sedappp n paling senang nak buat..


Resepi Kueyteow  Kungfu Yang Paling Sedap

 2Biji Telur
 2Genggam Kueteow (ni utk 2org mkn)
Garam
 Lada Putih secubit

Cara2
 kueteow dibahagikan kepada 2 bahagian Cara Penyediaan Kueteow:
 1. Panaskan minyak sehingga betul-betul panas. Pukul telur dan letakkan lada putih.
 2. Basuh Kueteow kemudian toskan dulu hingga kering. Ambil 1 bahagian kecil kueteow dan masukkan ke dalam telur yang telah dipukul tadi,Kacau rata biar telur bersalut dekat kueteow..
3.Goreng Kueteow Biarkan hingga perang sebelah dan terbalikkan sebelah lagi(mcm goreng telur dadar)
4. Kemudian, angkat dan ketepikan. Letak tisu untuk menyerap  minyak.
5.Ulang kaedah yg sama jika nk buat byk..

Bahan Kuah:
2 biji bawang putih ditumbuk
 1biji bawang merah hiris nipis
 Udang Secukupnya
 Sotong Secukupnya
 Isi ayam Secukupnya
 3biji cili padi diketuk
Serbuk Nasi goreng Adabi@ serbuk pati ayam Secukupnya
1/2 sudu kecil lada putih ajishio
1/2sudu kecilada hitam ajishio
2Sudu besa2 sos Seafood @ Sos Tiram
Sedikit garam
 2 sudu tepung jagung dibancuh dengan air
1biji putih telur
 Sayur2 pilihan
 Tomato Carrot Baby corn Sayur kailan Bunga Kubis

Cara Penyediaan Kuah:

 1. Panaskan 1 sudu makan minyak masak. Masukkan bawang merah yg dihiris,kacau sebentar masukkan bawang putih dan kacau hingga keperangan.
 2. Masukkan sos tiramsos seafood dan cili padi yg di ketuk..Kacau sebentar,kemudian masukkan air dan serbuk pati ayam.
 3. Masukkan isi ayam, sayur2 pilihan,udang dan sotong. Masak sehingga agak mendidih..
4. Kemudian Masukkan 1/2 sudu lada putih dan hitam ajishio berserta sedikit garam. Akhirnya, masukkan bancuhan tepung jagung. Bergantung kepada kepekatan kuah yang anda mahu.
5.Masukkan juga putih telur sambil terus mengacau kuah..
6.Bila sudah siap, boleh curahkan kuah tadi ke atas Kueteow yg telah digoreng asing tadi..
7.Hidangkan bersama cili padi potong.

*untuk melihat  cara2 yang lebih complete boleh la tgk kat utube channel  aku kat s
https://youtu.be/8CfzO8eazqo  sini ya