Friday, April 9, 2010

N3 Sepanjang Minggu Lepas

Salam..Uii pejam jelik,pejam jelik sat jer dah pun bulan4..Rupa2 nyer dah lama aku xhapdet blog nih..Utk bln nih langsung xda..Bz betoi lar ngan Baby Syazana lani (ishk,syazana gak d persalahkn,ahaks)..Ermm tapi mmg betoi pun,sjak dia besaq ckit nih makin byk akai la dia..K meh kita tgk pa yg aku msk mggu pas..


Bihun Singapore

Bahan-bahan
1/2 peket bihun di rendam sehingga lembut
2 ulas bwg merah-di tumbuk
3 ulas bwg putih-di tumbuk
Daging cincang,udang,sotong,telur
lada sulah
serbuk maggie cukup rasa
minyak utk tumis
kicap sotong
Carrot di potong nipis memanjang
sawi@kubis


Cara2
Panaskan minyak tumis bwg masukkan daging,Pas daging dah masak baru masukkan udang n sotong..Biarkan masak seketika n masukkan kesemua bahan kecuali,telur n sayuran..Pas bihun dah lembut masukkan sayuran n telur,kacau2 n biarkan sebentar,dah pun siap..Sedia dihidangkan



DONUT PESONA
Sumber : Donut@myresipi.com

Bahan-bahan:

3 cwn tepung gandum
2 tbs gula castor
11 gm instant yis mauripan
2 tbs air suam
3/4 cwn susu cair
1 biji telur
3 tbs mentega
1/2 tsp garam halus
1 titik esen vanila (opt.)... tak bubuh
1 titik esen ros (opt.)... tak bubuh
1 1/4 tsp pelembut (Aku gantikan dengan bread improver)

Cara-cara :

1. Di dalam mangkuk pengadun, larutkan yis ke dalam air suam dan apabila telah rata (pekat), tuangkan susu dan ratakan. Biarkan 2 minit.
2. Masukkan gula, telur dan mentega. Campur sehingga sebati dengan memukul atau gunakan mixer letrik.
3. Ayak tepung bersama garam dan bread improver. Masukkan separuh tepung ke dalam bancuhan yis dan gaulkan sekurang-kurangnya tiga puluh saat. Tambah lagi tepung baki dan uli sehingga rata (10 minit). Taburkan sedikit tepung jika perlu untuk memudahkan ulian. (Rinn putar dengan mixer letrik jer.. )
4. Tutup mangkuk dan biarkan selama lebih kurang 30 minit (atau apabila ulian doh sudah berganda)
5. Uli doh sekali lagi sehingga ulian menjadi pejal (4 atau 5 minit).
6. Terap doh menjadi lapisan kurang sedikit dari setengah inci. Tabur sedikit tepung untuk memudahkan pengendalian doh.
7. Gunakan pencetak doh atau ciptaan sendiri untuk menebuk doh tadi.
8. Sapu hanya sedikit minyak pada bekas untuk mengelakkan doh melekat. Perap selama 25 minit atau apabila doh sudah naik secukupnya.
9. Goreng pada api yang sederhana dan balikkannya dengan kerap. Goreng sehingga kuning keemasan. Sekiranya hendak dibekukan, memadai kuning pucat sahaja.
Donut nih lembut n gebuss sgt..Dapat byk biji gak coz aku wat kecik2.so aku frozen jer setengah tu..



Kek Pisang

Bahan-bahan ( - )

  • 4 biji pisang sederhana besar
  • 3 biji telur sederhana besar
  • 1 3/4 cawan tepung naik sendiri
  • 1/4 cawan tepung jagung
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan minyak
  • 1 sudu teh bicarbonat soda
  • secubit garam
  • Aku +walnut 50gm

Cara-cara

Pukul telur dan gula hingga kembang

Masukkan pisang yang telah dilenyek dan gaul

Kemudian masukkan tepung dan gaul lagi.

Akhir sekali masukkan minyak dan kaup balikkan adunan hingga sebati

Masukkan dalam acuan yang telah disapu sedikit margerin dan dialas dengan kertas minyak

Bakar hingga masak selama 45mins dengan api sederhana atau pastikan kek telah masak dengan mencucukkan lidi dan jika lidi bersih bermakna kek telah masak


Kek nih aku wat xbape nak jadi,Tapi hubby n semua puji kata sedap,wlau camner pun,habis la gak coz jamu Abah Usop(bapa sedara hubby)n family datang n ptg tu jamu plak adik hubby yg mai ngan anak beranak dia..

Time depa semau mai aku xambik la plk gmbaq,coz bz ckit..Untuk Abah Usop n Family(3org jer yg mai)aku jamu kek pisang nih n murtabak n popia yg aku wat seksiap frozen ittew..KAT ADIK HUBBY N FAMILY PUN SAMA LA GAK AKU JAMU..hEH HeH hEh..