Thursday, August 1, 2019

Kek Batik Indulgence Viral Cara Paling Mudah Tanpa Oven & Sedap Sangat


Assalamualaikum  skang tgh viral pula kek batik indulgence  ni @ kek batik cheese  ni..
Rasa serius la sedap sgt gabungan kek batik tu ngan cheese..
Ada coklat Ganache  pula sebagai topping ...Perghh lagi la heaven  layan sejuk2..
Bonda tgh viral harus juga la kita try kan..Memang xrugi mencuba sebab rasa yang sungguh sedap..
Lapisan biskut  merie  pon lembut jer..
Kut ada yg nak try blh la tgk rcp di bawah ya..


Blh juga tgk kat utube channel  aku Ada step by step cara nak buat..Supaya hampa lebih Mudah faham..

 Utube Channel Aku

Resepi Kek Batik Indulgence

Bahan2
Lapisan Biskut

1/2 Cawan Milo
2SDB Serbuk Koko
125 Gram Mentega
 1/2 Cawan Susu Pekat
 2Biji Telur
1/4 Cawan Susu Cair/ Susu Segar
1SDT Esen Vanila
 200 Gram Biskut Merie

Cara2
Campurkan  kesemua Bahan kecuali biskut merie..
Masak atas dapur gunakan api yg kecil sambil terus mengacau Supaya Tidak hangus dah berketul..
Dah pekat boleh la masukkan biskut merie yang Telah di patah2 kan..
Gaul Sebati biar smua biskut Bersalut Bahan coklat..
Tuang Dalam bekas pilihan Dan tekan padat  biskut merie  tadi .
Ketepikan dahulu Dan Sambung buat lapisan cheese..



Bahan2
 Lapisan Cheese

 250 Gram Cream Cheese
 2@3 SDB Gula Aising
 1/2 Cawan Whipping Cream
 Esen Vanila
 50 ML Air Panas Mendidih
2 SDT Gelatin

Cara2
Pukul cream cheese  Dan Gula Aising Sampai Sebati  Dan licin Tidak berketl..
Masukkan  whipping cream...Pukul Sampai Sebati.
Masukkan  Esen vanila..
Masukkan  pula Gelatin ke Dalam air panas mendidih  Dan kacau rata sampai Gelatin Betui2 larut.Boleh jugs masukkan ke Dalam microwave  Sekejab,supaya cepat larut.
Tuangkan laritan Gelatin ke Dalam adunan cheese, kacau rata biar Sampai Sebati
Tuangkan ke Dalam bekas yang Berisi Kek biskut merie  tadi.
Masukkan  ke Dalam peti ais Supaya lapisan cheese  mengeras,lebih kurang 3 jam ke atas.

Bahan2
 Lapisan Coklat

 150 ML Whipping Cream
 200 Gram Dark Chocolate
 1SDB Mentega

Cara2
Panaskan whipping  cream.Masukkan dark coklat ..
Kacau rata Sampai Sebati  Dan coklat larut..(Masa masukkan coklat ke Dalam whipping cream,api dapur ditutup)
Masukkan Mentega.gaul sebati
Tuang di atas lapisan cheese
Simpan di Dalam peti sejuk dahulu
Sedap di makan sejuk.

4 comments:

Unknown said...

Assalam sis...tq for sharing bout this kek batik indulgence...sis blh share x hrga per/box brp rm?

عبده العمراوى said...



شركة تنظيف خزانات بالخبر
شركة تنظيف منازل بسيهات

Zalieda Zaliedana said...

Wsalam .sori baru tgk..yg ni bekas saiz kcik jer saiz SQ250 Dalam rm8 atau rm10

HDVOGO said...

Very Nice Information Thank you keep it up Regard
watch online hindi dubbed movies
hollywood movie in hindi
watch movies online free