Thursday, February 14, 2019

Ayam Goreng Kunyit Sedap & Mudah Ala Gerai Tomyam


Assalamualaikum n selamat ptg hampaa.Arini curi2 masa sat update blog kesayangan  aku ni..Skang ni tiap ari makin bertambah bz jer ngan mcm2 keja.. Ngan nak msk mkn kat umah,nak ambk antaq ank2 sek dan kafa lagi..
Pergh 1 ari suntuk mcm2 kja ..Tapi ada masa juga nak ber soc med .wakakaa.
Mana nak update FB,IG BLOG &UTUBE CHANNEL  lagii hahaa pndai2 laaa no dah hg gatai sangat nk ada smua..Eh lupaa plak TIK TOK pon ada weh..Jom la hmpa pakat polo aku .Ada yg sudi x🤣..

Kat FB Zalieda  Zaliedana
IG Zalieda
Utube  Channel  Zalieda Diari Zaliedana
Blog Diari Zaliedana
Tik Tok Zalieda Zaliedana

Wokeylah hampa b4 aku melalut ngan mcm2 ,aku share kat hampa rcp ayam goreng kunyit yg sedap gila ni na..
Sure ada yg kata alaa Ayam Goreng  Kunyit  ja pon..
Eh hampaa tau dak, ada jaaa yg xtau nk masak camna..Hampaa yg dah pndai tu duk diam2 sudah..


Resepi Ayam Goreng  Kunyit Sedap& Mudah  Ala Gerai

https://youtu.be/a1F93o1heRk

Dada Ayam Potong Dadu
1/2Sudu Teh Garam
1Sudu Teh Serbuk Kunyit
3/4 Sudu Teh Rempah Kari Daging
1/2 Sudu Teh Serbuk Cili
Serbuk Pati Ayam
Serbuk  Lada Sulah Ajishio
1Sudu Besar Tepung Beras@Tepung Jagung

Bahan Lain
2 Ulas Bawang putih Ditumbuk
1inHalia Hiris Halus

Bahan sampingan
Carrot
Bawang Holland  Potong Bulat
Bunga Kubis
Kacang Panjang
Cili Besar Merah dan Cili Padi
Minyak Masak Secukupnya

Cara2
Gaulkan Ayam yg telah di potong dadu dengan garam,serbuk kunyit rempah kari,serbuk cili,serbuk Pati ayam,lada sulah ajishio dan Tepung Beras/Tepung Jagung..
Goreng ayam hingga garing,ketepikan buang sedikit minyak dan tumis bawang putih dan halia..
Masukkan Carrot,Ayam yg telah  di goreng, bawang Holland,bunga kubis,kacang panjang,cili merah dan cili padi..
Toskan minyak yg berlebihan dan sedia utk di makan..

TIPS
 Goreng ayam minyak kena Byk.
Goreng api Besar baru la luar rangup ckit n dlm lmbut juicy.
Guna bawang Besar Holland baru manis dan bertambah sedap
Tepung Beras@Tepung jagung  utk rangup dan garingkan ckit ayam tu..
Letak serbuk cili utk lbh pedas ckit dan warna lagi menarik

Tuesday, February 12, 2019

Coconut Shake Paduu,Sedap Giler &Senang Jer Nak Buat



Assalamualaikum hampaaa..Petang2 ngan cuaca panas camni kalo dapat Coconut  Shake yg sedappp Paduuu pekat camni perghh sedap sungguh kan..Nyaman Tekak weh..Heaven  sungguh..
Kalo nak beli pon mahai juga Coconut  Shake ni,kalo family  yg ramai comfirm la kna beli byk ..
Bila wat sendri ni lagi la brbaloi..Anak2 pon puas minum n save bajet weh..
Tapi kalo sesekali p berjalan tu xkisah la kalo nak beli kan..
Aku ni kalo  p Melaka wajib juga la beli..Klo duk umah ni aku buat sendri  ja..Anak2 dah la semua suka jnuh nak beli hampaa..
Wokey lah pnjng plak smbng no..Jom la tgk rcp kut2 hampa nak buat..



Resepi Coconut Shake Paduuu,Sedap Giler

Boleh tgk video kat utube channel  kami kalo nak lbh faham..

Bahan2

2 Gelas Ais Ketul
1/2 Gelas Air Kelapa
1/4 Cawan Susu Pekat
1/4 Cawan Susu Cair
Isi kelapa Secukupnya

Cara2 
Hampa boh ja smua lam blender n blend smpai  halus
Pastu hampa boh la aiskrim kat atas tu..
Nak lagi padu tabur coklat urai n oreo ..
Perghh sedap giler hampaaa.

Ok tips utk arini
Hampaa kena guna AisKrim Vanila tau.Jgn plak gna Aisjrim lain xsdap satgi..
Aiskrim Vanila Walls terbaik kalo hampa nak guna..

Friday, February 8, 2019

Puding karamel Yg Sedap Giler dan TIPS supaya puding x hanyir



Assalamualaikum dan Selamat pagi hampa..Dah kenyang  bf  ke  tuu..Kami arini masak Nasi lemak Lauk Sambal udang n Ayam Goreng  berempah ..
Lama xbuat nasi lemak ,mula la anak2 bersungut..
Tapi memang berbaloi la masak Nasi lemak  arini..Anak2 pnya la pulun n berselera makan..
Tima kasih kami ucapan kat hampa yg sudi singgah ke DZ ni..Tanpa hampa2 semua kami xmampu nak terus bertahan sampai skang..Walaupon  5 taun kami private  Kan DZ ni,tapi Alhamdulillah  skang masih ada yg sudi singgah..
Kami salunya share kat DZ ni rcp2 yg terbaik n sedap2 yang pernah kami try n error dan  kami RnD.




Wokey arini kami nak share salah 1  rcp puding karamel  fav kami..
Kira menang wajib la buat puding karamel  ni time bln puasa..
Suka sgt dengan rasanya yg lemak manis,lembut tuu.
Doulu2 zaman bujang2 pernah la beli puding ni kat Pasar Ramadhan..
Aduhaii sekali bila mkn rsa n bau telor tu kuat la..Terusla jadi rezeki  Cik Tong..
Ermm  skang ni mana la layan puding karamel beli lagi weh.Aku dah pandai buat dgn sedap,wakakkaa..


Boleh tgk video step by step kat utube channel kami utk hampa yg lbh paham..Jgn Lupa subscribe  sama na..

https://youtu.be/F6hhRonYf-w

Resepi Puding Karamel

Bahan Gula Hangus:

 3/4 Cawan Gula Pasir
11/4 Cawan Air

Cara cara:
Goreng gula hingga perang.
Bila gula cair dan bertukar warna, baru masukkan air.
Masak sehingga menggelegak dan gula hangus menjadi cair semula.
Tutup api dan biarkan sejuk dan disimpan dalam peti ais. Ketepikan..
Air Gula yg telah sejuk,Masukkan ke dalam bekas bekas kecil.

Bahan-Bahan  Puding

  1 Cawan Susu Cair
 3/4 Cawan Air
 1/2 Cawan Susu  Pekat
 3 Bbiji Telur
 1/2Sudu Teh Esen Vanilla 

Buang Lendir yg ada pada telur
Pukul telur tetapi jangan sampai berbuih.
Masukkan semua bahan lain.
Kacau sehingga sebati.
Tuang ke dalam bekas kecil yang telah diisi dengan air gula hangus.

Panaskan periuk pengukus sehingga air mendidih. Kukus selama 15 - 20 minit atau sehingga masak dengan api sederhana.
Sentiasa di lap penutup pengukus supaya permukaan karamel menjadi cantik. Atau dibalut penutup pengukus dengan tuala.
Bila masak, buka tutup pengukus dan biarkan selama 2-3 minit tanpa penutup supaya air permukaan Karamel sedikit kering.
Angkat dan sejukkan. Setelah sejuk, simpan dalam peti ais.
Sedia untuk dinikmati.

*TIPS
 Buang Lendir yg terdapat dekat telur supaya tidak hanyir
Tapis telur yg telah di pukul ke dalam susu supaya  teksture
puding lebih halus..
Kukus dengan api sederhana supaya cantik smooth teksture puding
Gunakan susu pekat jangan gunakan gula supaya adunan puding lebih lemak n halus teksture.


Thursday, February 7, 2019

Choco Jar Leleh Yg Sedap,Mudah &TIPS Kekal Rangup Lama



Assalamualaikum n selamat pagi  hampaaa yg sudi singgah  ke DZ..Sat ja rasa cuti sek no,arini dah khamis dah pon..Cuti kali ni kami xp mana pon..Cuma balik kat jer kejab..
Sambil2 duk umah layan  anak2 tu buatkan kat depa Choco Jar ni..
Depa ni kalo tak sek manjang jer lapaq,ashik nak ngunyah jaa..
Buat choco Jar ni pon xdan kejab ja dah licin.. 
Actually  memang sedap la dan mak pak pon layan sbb tu abis cepat wakaaaka..
Kut2 hampa nak try buat kat sini kami letak rcp na..



Detail step by step  blh tgk kat utube channel sy di sini na..
https://youtu.be/inOrAjGpInc
Jgn lupa klick  button  subscribe..

Resepi Choco Jar Leleh Sedap Giler

Bahan2
100Gm Mini Crunch
100Gm Bubble  Rice ( Goreng @Masukkan  dlm oven kejab tujuannya utk bagi bertambah rangup).

300 Gm Coklat Beryls
150 Gm Cadbury  Milk Cairkan dalam microwave  @Double  boil Kan hingga coklat cair
50-70 ml Minyak Jagung/Minyak Masak biasa

Cara2
Goreng@Bakar sekejab Bubble Rice dan Mini Coco Crunch ,ketepikan biar sejuk sebentar..
Cairkan Coklat Compaund  Milk Beryls  n Cadbury..
Satukan kedua2 coklat apabila telah cair..
Masukkan  minyak  ,gaul sebati dan sedia utk di gunakan..
Layer atau gaulkan bubbles  rice ,mini coco crunch  yang telah sejuk dengan coklat..
Siap,sedia utk di ngap . Tak Payah rendam air panas dan tak payah letak peti sejuk.

Tips Gunakan coklat Milk utk lbh sedap..
Kalo guna dark takut pahit ckit.
Coklat yg di cairkan dan Bubble  Rice kena dalam keadaan sejuk baru blh di gaulkan utk tahan lama kerangupannya..
Tak payah letak peti sejuk,tahan byk ari kat luaq..

Kalo nak tgk step by step blh la singgah utube channel  sy di sini   https://youtu.be/inOrAjGpInc

Wednesday, January 30, 2019

Resepi Sangkaya Ala Boat Noodle Yg Sedap Giler


Assalamualaikum n selamat pagi hampaaa..Baru sempat nk update rcp Sangkaya ni kat sini..Padahal dah byk kali dah buat n menu fav anak2 ni..
Hampa pernah mkn Roti Sangkaya ni di Boat Noodle  x..Hehee act aku prnah la p 1 kali.
Hehee Kira p tu pon sbb nak merasa jer.lepas tu kalo terasa nk mkn mmg buat sendri jer,lagi brbaloi n sebab aku kedek ckitt kann..Hihii yerla weh ank dah ramai kna la buat sndri kann.
Okla membebel pnjng plak aku ni.. 
Moh la tgk rcp..Nanti hampa try la buat na..Kalo Nak lagi paham blh la tgk video  step by step kat utube channel  aku di sini na..


Jgn lupa klick  button subscribe na..



Resepi Sangkaya  Ala Boat Noodle Yg Sedap Gile

Bahan-Bahan 
4-5 Helai  Daun Pandan
150 Ml air
250Ml santan
 3 biji kuning telur
 3Sudu Besar Gula 
1Sudu Besar Gula Melaka@nisan di hancurkan
2 Sudu Besar Tepung Kastard  
Secubit garam 
Beberapa Titis Pewarna Hijau (Jika Perlu) 

 Bahan Lain
 Roti Benggali 
Pengukus@Microwave

 Cara-Cara
Kisar Daun pandan dengan air n santan.
Tapis ambk jusnya..Kalo xckup tmbh air lagi bgi ckup 400ml..
 Tuangkan  ke dalam kuali/periuk Masak api kecil hingga pekat dan kelihatan ada letupan2 kecil.
Serikaya sedia utk xgunakan.. 

 Cara Hidang 
Ceduk serikaya ltak dalam mangkuk kecil,tuang susu cair Diatas.. 
Potong roti, kukus sekejap bersama dengan Serikaya  (Blh juga masukkan ke dalam microwave ) Sedia dinikmati bersama serikaya. 
Kena  Makan panas2 baru sedap..


Friday, January 25, 2019

Resepi Kerabu Kerang Ala Thai Yang Sedap Dan Pelbagai Tips






Assalamualaikum n selamat ptg hampa..Arini kami nak share rcp Kerabu Kerang Ala Thai kat hampa..
Aritu pernah viral kann. Actually  memang sedap sgt n kami suka la..Rasa madam,manis,pedas n sedikit masin yg seimbng..
Pastu plak bau aroma daun ketumbar  yg harum menggoda tu menusuk hidung.. Fuhhh sekali dah try msti akn trgoda ngan rasa kerabu ni..
Jom tgk rcp hampa.. Jgn lupa baca tips yg kami share sma tau.

Mcm biasa klo nak lbh paham blh la tgk video  step by step kat utube channel kami tu di sini na..

https://youtu.be/OEN-zFjpjyk
Jgn lupa klick button subscribe ya..


Resepi Kerabu Kerang  Ala Thai

Bahan- Bahan
1 kilo kerang
1@2Batang Serai Di Ketuk
3@4 Ulas Bawang Putih- Ditumbuk
5 Biji cili api - Ditumbuk
1 inci belacan dibakar dan - Ditumbuk
1Biji Tomato -Ditumbuk skli bhn di atas..

Bahan2 Lain(Gaul Bersama Kerang)

Jus Limau Kasturi
1/4 Sudu Teh Asam Jawa Xtra Adabi
Kicap Sotong/Sos Ikan
Gula Somtam/Gula Thai/Gula Pasir
Daun Ketumbar  diHiris

Bahan Hiris Nipis
Cili  padi merah dan hijau
Cili Merah Jika Suka
1 biji tomato dipotong dadu
1 Biji Bawang Besar  Di hiris Nipis

Cara-Cara
1.Letak sedikit saja air,masukkan Serai Yg Diketuk,Masukkan pula kerang yg dah di basuh bersih n Ditoskan..
2.Rebus kerang sehingga terbuka/masak.
3.Buang air rebusan kerang dan segera letak kerang dalam bekas berisi  ais dan air sejuk dari peti ais .
4. Buang sebelah cengkerang  yg 0 dan gunakan sebelah lagi yang ada isi untuk dibuat kerabu  5.Satukan semua bahan dan  gaulkan bersama kerang sehingga mesra.
6.Akhir sekali perahkan limau kasturi , bawang Besar yang dah dihiris dan daun ketumbar serta gaul hingga sebati.  
7. Siap dan sedia untuk dinikmati.

Tips
 kerabu ni kena ada rasa masin, pedas, manis, masam dan boleh la  boleh adjust ikut selera masing-masing2 ya..

Rebus Kerang Sekejab Sja n kena tutup  kuali tu,supaya cepat msak n msk sekata..

kerang yg di rebus kena  segera letak  dalam bekas berisi  ais dan air sejuk dari peti ais ..untuk elakkan kerang jadi kecut dan kerang kekal nmpk segar.

Gunakan Gula somtam thai tu supaya kerabu lbh sedap.

Thursday, January 24, 2019

Resepi Kuih Tepung Bungkus Yang Paling Sedap Dan Pelbagai Tips Menarik



Assalamualaikum n selamat pagi hampaa..Arini kami nak share kat hampa gud news kami..Alhamdulillah  syukur sgt rezeki  Allah rcp Tepung Boko Ubi Kayu yg kami share aritu telah Di share kat Page Sirap Limau di Fb..
Teruih la utube channel  kami naik..Ramai yg sudi Subscribe  Channel  kami ..Alhamdulillah syukur  sgt2..
Wokey sebab mood kami manyak baik n happy,so kami update la Blog kesayangan  kami ni dgn rcp n tips baru..
Ada yg suka mkn kuih tepung bungkus x..Sure la ada Kan.. Kuih tradisional  yg sedap n kami suka sgt..
Kuih ni kalo nk beli payah la nk jmpa yg Betui2 sedap mcm org tua2 kat kg buat..
So jln penyelesaian nya mmg kna buat sndri  juga la baru puas hati..
Rcp kat bawah ni kami dah RnD n kami sgt puas hati dgn Kuih Tepung  Bungkus  kami ni..
Rasa lembutt,lemakkk manis yg perghh mmg meletup lah..

Blh tgk video  step by step kat utube  channel kami  di sini na..https://youtu.be/Z9ar2uOlq8Q
Jgn lupa klick button subscribe na..

Resepi Kuih Tepung Bungkus Yang Paling sedap

Daun Pisang yg dipotong dan dilayur secukupnya

BAHAN A
 INTI KELAPA

1Biji Kelapa Parut Putih
2 Keping Gula Gerek/1ketul Gula Melaka
2Sudu Gula Merah (Blh letak Cikit Utk warna yg lebih hitam menawan)
1Sudu Besar Gula Pasir
11/2Cawan Air
1Sudu Besar Tepung Gandum
Daun Pandan Simpul

Cara-cara
Masukkan Semua bahan,masak hingga Hampir kering.Salu Kacau supaya tak hangit..
Masukkan pula tepung gandum,Gaul sebati dan masak kan inti sampai kering.
Sejukkan inti sebentar , dan buat bebola kecil,ketepikan inti dahulu...

BAHAN B
UNTUK BALUT INTI

1cawan Tepung Pulut Air secukupnya Cara-cara Gaul sebati tepung pulut dengan air.
Uli hingga lembut dan tidak melekat di jari. (Ala2 nak buat kuih buah melaka tu).
Doh Sedia di gunakan..
Doh ni nanti kita akan ambil dan balut nipis inti yang kita bulat2 kan tadi..

BAHAN C
BADAN KUIH
1Cawan Tepung Beras
4Cawan Santan(Sy salu letak 4cawan sbb nak kuih yg lembut)
Garam Secukup Rasa
Daun Pandan Simpul

Cara-cara
Masukkan Semua bahan kacau smp pekat..

Bentang kan Daun pisang ,ambil 2sudu Besar adunan Badan kuih,letak 2Biji bebola inti yang dah dibalut ngan tepung pulut tadi..
Bungkus kemas Daun pisang.. Kukus kuih sehingga masak lebih kurang 15 ke 20minit. Sedia untuk dinikmati 😁

Selamat mencuba Na semua

****kalo nak lebih paham blh la tgk video step by step kat utube channel  kami di sini

https://youtu.be/Z9ar2uOlq8Q

*Tips Utk air gula kna campor dengan Gula Merah timbang baru la warna inti cantik,x pucat.
Inti yg xabis boleh di frozenkan.
Sebelum bulat2 kan inti,masukkan inti ke dlm peti ais sekejab supaya inti senang di bntuk.
4 Cawan santan utk kuih yg lembut,blh juga dikurangkan
Kuih Tepung Bungkus  blh juga di frozenkan. Nak mkn msuk microwave  sekejab@ kukus sekejab.

Wednesday, January 23, 2019

Tomyam Campur Yang Sedap Dan Tips Menjadikan Tomyam Sedap.

  

Assalamualaikum n morning hampa.Dah siap masak ke tuu..Ke awal lagi n xmasak lagi..Aku arini msk awal ckit sebab nti kna antar ank g sek awal pula klo ari isnin n rabu..
Kalo menu tomyam ni blh kata tiap minggu juga la aku masak.Anak2 n suami suka sgt..Lagipon senang klo masak tomyam ni,sbb cepat jer dah siap..Xyah nk teruk2 nak menumbuk,menumis bagai..Semuanya main campak2 jer dah pon siap..
Ok arini aku nk share kan rcp n tips supaya kuah tomyam hampa rasa sedap mcm kat restaurant  Thai tu..


Utk video  step by step blh tgk kat utube channel kami  di sini na..
Jgn lupa klick button subscribe na.. 

Resepi  Tomyam Campur/Campoq Yang Sedap Ala Thai Restaurant dan Tips

Air Secukupnya  dalam 3@4 Cawan 
Daun Ketumbar dan Akarnya 
4@5 Helai Daun Limau Purut
             2 Sudu Besar Pes Tomyam 
1 Sudu Besar Thai Chili Pes 
 2 Batang Serai -Di ketuk  
2 @3 Keping lengkuas - Dihiris  
  1/4 Cawan Santan  
3 Sudu Besar Kicap Sotong
Udang Sotong
Dada Ayam Dipotong kecil
Jus Limau Nipis@Kasturi
3 biji Cili Padi Vietnam 
1/4 Biji Bawang Holland Potong wedges
Bunga Kubis
Putik Jagung
Cendawan tiram 
Tomato 

-
 Cara-Cara  

1.Masukkan air masukkan Serai yg diketuk,Akar ketumbar ,lengkuas dan Cili Padi..
2.Dah mendidih masukkan pula pes tomyam dan cili pes dan gula somtam, Kacau rata .
3.Masukkan daun limau purut, kicap sotong. 4.Masukkan pula udang..Ayam  dan sayur2..
.Kacau rata,kemudian masukkan Sotong  dan Jus limau kasturi, dan biarkan kuah mendidih ..
sesuaikan rasa (tambah kicap sotong dan perasa jika perlu)
5.Tabur daun ketumbar. Siap..

TIPS
 kna guna Cili Padi Merah Thai (vietnam)baru rasa kick
Sotong jgn masak terlalu lama nanti keras.
Gunakan Bawang Holland 
Jgn masukkan terlalu byk sayur na
nti rasa tomyam akn lari.


Tuesday, January 22, 2019

Resepi Nasi Goreng Seafood Yang Sedap Kalah Restaurant

Assalamualaikum n Selamat pagi hampaaa ..Tima kasih byk buat yang sudi singgah kat Blog Picisan aku..
Walaupon view xsebanyak doulu2 b4 aku privatekan blog, tapi tiap ari ada la jugaa yg sudi singgah..Tima kasih sgt n aku sgt hargainya..
Arini aku nak share kat hampa rcp Nasi Goreng Seafood Yang Sumpah Sedap dr Restaurant  hampaa.
Utk kali ni aku campurkan dgn perencah nasi goreng  adabi sama..
Yerla brg2 adabi yang aku menang kontes msk2 dari adabi  byk lagi yg ada,yg aku xgunakan lagi..
Alhamdulillah syukur sgt aku dah menang kontes masak2 utk adabi dah 2 kali..
Yg latest ni ari ahad lepas..
InsyaAllah bila2 aku share kat sini hadiah kontes yg aku menang tu..
Wokeylah byk sgt membebel Jon la kita tgk rcp Nasik Goreng ni..



Resepi Nasi Goreng  Seafood  Yang Sedap Kalah Restaurant

Bahan2

Nasi Sejuk Secukupnya

1 Biji Bawang Besar hiris
3 Ulas Bawang Putih Ditumbuk
1Sudu Besar Cili Giling
2Pek Perencah Nasi Goreng Adabi
3 Biji Cili Padi Ketuk
Ketam
Udang
Sotong
Serbuk Pati Ayam
Garam Secukup Rasa
Kicap cair@Kicap Sotong
Telur
Sawi @Sayur Pilihan

Cara2
Tumis Bawang Besar hingga agak garing n naik bau.Masukkan bawang putih goreng hingga garing,Masukkan pula cili giling..
Masukkan perencah nasi Horeng adabi dan serbuk Pati ayam..
Seterlah itu Masukkan ketam..
Ketam Dah masak baru masukkan udang..
Udang dah masak,masukkan pula sotong..
Tolakkan ketepi , pecahkan telur  ..
Telur agak mengeras,masukkan Nasi sejuk.gaul sebati n rata.
Masukkan  sawi@sayur pilihan.
Kacau goreng sebentar ,renjis kan dengan  kicap Sotong,gaul sebati..
Siap..

So kalo sapa nak senang blh  g tgk step by step  kat utube Channel  aku kat sni na..

https://youtu.be/iSEbwrKHgp8

Hampa jgn lupa subscribe  tau..


Friday, January 18, 2019

Resepi Asam Rebus/Asam Pedas Utara Paling Mudah Dan Sedap



Assalamualaikum Salam jumaat penghulu segala hari hampa.Erm sat ja dah jumaat pulak no..Arini kami masak Asam Pedas utaqa stail ni..Jenis ceroi @ada yg panggil Asam Rebus..
Sesekali  layan asam pedas yg jnis gini sdap tau..kat bawah ni kami ada sharekan rcp  Asam pedas cara kami na..
Rcp besa2 ja,tapi InsyaAllah  sedap..


Resepi Asam Rebus/Asam Pedas Utara

Ikan Pari/Kembong /Selar Secukupnya
Kacang Bendi
 2-3  Asam Keping
 1  Batang Serai - ketuk
Daun Kesum
Serbuk Pati Ikan Bilis(optional)
 Garam
 Gula

 Bahan Tumbuk/ kisar:

 1Biji Cili Merah
 5 tangkai cili padi
 3Biji bawang merah
 2 ulas bawang putih
1inci Belacan
 Serbuk Kunyit @1 inci kunyit hidup

 Cara cara:
1. Masukkan air , masak sampai mendidih, masukkan pula bahan tunbuk/kisar
2.Masukkan serbuk kunyit,serai,serbuk Pati ikan bilis,gula dan garam.
Dah mendidih masukkan pula daun kesum,ikan pari dan bendi.
3.Tabur lagi daun kesum sblm dihidangkan.

Monday, January 14, 2019

Resepi Mee Bandung Paling Sedap dan Paling Mudah Nak Sediakan





Assalamualaikum n selamat ptg hampa..Ptg2 ni curi2 masa sat update kat hampa resepi  Mee Bandung  Paling Sedap dan Paling Mudah nak buat..
Serius memang sedap tau..Hampa boley Guna Daging Fresh yg direbus empuk dulu dan simpan air rebusan..
Kalo mcm kami versi nak cepat guna jer 1tin sup daging adabi mcm dalam video step by step kat utube channel  kami di sini https://youtu.be/cjpiQKT2-NY





Resepi Mee Bandung Paling Sedap Dan Paling Mudah

 Bahan2 yg dikisar/tumbuk halus
2 Ulas Bawang Putih **
3 Biji Bawang Merah **
1sudu Besar udang Kering **

Bahan2 Lain
2 Sudu Besar Cili Giling
2 Peket Perencah Mee Bandung Adabi
2sudu Besar Sos Seafood/Sos Tiram
2Sudu Besar Sos Cili
1 kiub Ayam
Garam Gula Secukupnya
2Biji Kentang Digoreng@direbus empuk.
Udang
Sotong Daging rebus hingga empuk dan simpan air rebusan(Sy guna Sup Daging Dlm Tin adabi jer )
Telur secukupnya
Sayur Sawi
Mee Secukupnya Dicelur dan Ditoskan

Hiasan Cili Merah N Limau Kasturi



CARA2
Tumis semua bahan kisar /tumbuk hingga garing kekuningan.Tumis pula cili kisar ..Dah garing masukkan pes mee bandung adabi, sos cili dan sos Seafood/sos tiram dan air rebusan daging..(sy guna sup daging dlm tin)
Ubi kentang yg di goreng /direbus tadi dikisar halus dgn sedikit air,masukkan ke dalam kuah. Kacau sebati masukkan kiub ayam, garam gula Secukupnya..
Masukkan pula udang .Udang ,Daging yg telah direbus empuk dan Sotong jika suka.
Pecahkan telur sebiji2 Kedalam kuah tadi.

Mee bandung siap utk dihidangkan.Selamat mencuba..
**Boleh tambahkan Kacang Tanah yg ditumbuk kedalam kuah Mee Bandung

Saturday, January 12, 2019

Apom/Apam Lenggang Paling Sedap ,Paling Mudah (Sukatan Cawan)


Assalamualaikum  dan selamat berhujung minggu hampaaa.. Sarapan apaa pagi ni...
Pagi nih kami  breakfast  ngan Apom Lenggang  yg sedap ni..
Selalu juga buat Apom ni sbb 1 family  sukaaa..Part rangup kat tepi masa mkn panas2 tu fuhh mmg nikmat laa.
Siap berebut anak beranak lagi kadang tuu,hahaa adess buruk pangai..


Apom ni aku kalo buat suka letak telur sama lam adunan tu.Serius lagi bertambah sedap bila letak telur ni..
Kat bawah ni aku tepek rcp kut2 hampa semua nak try,serius sdap tau.Dah la nak buat pin mudah sgt..
Kalo hampa nk tgk step by  step  video  cara nak buat blh la tgk kat utube channel  aku kat sini..  https://youtu.be/4IX6FfaH7lY

Pastu hampa jgn la lupa tekan button  subscribe  sekali na..



Resepi Apom/Apam Lenggang  Paling Sedap,Paling Mudah (Sukatan Cawan)

Bhn2
11/2 Cawan Tepung Beras
1/2 Cawan Tepung Gandum
1/2Cawan Nasi Sejuk(optional,tapi sis letak)
1 - 11/4 Cawan Air
1 Cawan Santan Sederhana pekat
1/2 Cawan Gula
2 biji Telur
1Sdt Yis
1Sdt Garam

Cara2.
 Blend Nasi bersama air hingga halus,Masukkan Tepung gandum,Tepung beras,Gula,Santan,yis dan telur
 Blend lagi hingga sebati,peram sekurang2nya 1jam hingga nmpk adunan naik..
*Bila adunan dah naik masukkan garam gaul sebati n bolehla di lenggang..

Tuesday, January 8, 2019

Resepi Kueyteow Kungfu Yang Paling Sedap Dan Mudah Sangat Nak Buat



Assalam semua yang sudi singgah kat sini..Byk ari ni bz bebenor ngan ank2 Masuk ke sek..
Arini baru dpt update latest rcp kat blog kesayangan ku ni..
Arini aku nak share kat hampa resepi KueyTeow Kungfu yang paling sedappp n paling senang nak buat..


Resepi Kueyteow  Kungfu Yang Paling Sedap

 2Biji Telur
 2Genggam Kueteow (ni utk 2org mkn)
Garam
 Lada Putih secubit

Cara2
 kueteow dibahagikan kepada 2 bahagian Cara Penyediaan Kueteow:
 1. Panaskan minyak sehingga betul-betul panas. Pukul telur dan letakkan lada putih.
 2. Basuh Kueteow kemudian toskan dulu hingga kering. Ambil 1 bahagian kecil kueteow dan masukkan ke dalam telur yang telah dipukul tadi,Kacau rata biar telur bersalut dekat kueteow..
3.Goreng Kueteow Biarkan hingga perang sebelah dan terbalikkan sebelah lagi(mcm goreng telur dadar)
4. Kemudian, angkat dan ketepikan. Letak tisu untuk menyerap  minyak.
5.Ulang kaedah yg sama jika nk buat byk..

Bahan Kuah:
2 biji bawang putih ditumbuk
 1biji bawang merah hiris nipis
 Udang Secukupnya
 Sotong Secukupnya
 Isi ayam Secukupnya
 3biji cili padi diketuk
Serbuk Nasi goreng Adabi@ serbuk pati ayam Secukupnya
1/2 sudu kecil lada putih ajishio
1/2sudu kecilada hitam ajishio
2Sudu besa2 sos Seafood @ Sos Tiram
Sedikit garam
 2 sudu tepung jagung dibancuh dengan air
1biji putih telur
 Sayur2 pilihan
 Tomato Carrot Baby corn Sayur kailan Bunga Kubis

Cara Penyediaan Kuah:

 1. Panaskan 1 sudu makan minyak masak. Masukkan bawang merah yg dihiris,kacau sebentar masukkan bawang putih dan kacau hingga keperangan.
 2. Masukkan sos tiramsos seafood dan cili padi yg di ketuk..Kacau sebentar,kemudian masukkan air dan serbuk pati ayam.
 3. Masukkan isi ayam, sayur2 pilihan,udang dan sotong. Masak sehingga agak mendidih..
4. Kemudian Masukkan 1/2 sudu lada putih dan hitam ajishio berserta sedikit garam. Akhirnya, masukkan bancuhan tepung jagung. Bergantung kepada kepekatan kuah yang anda mahu.
5.Masukkan juga putih telur sambil terus mengacau kuah..
6.Bila sudah siap, boleh curahkan kuah tadi ke atas Kueteow yg telah digoreng asing tadi..
7.Hidangkan bersama cili padi potong.

*untuk melihat  cara2 yang lebih complete boleh la tgk kat utube channel  aku kat s
https://youtu.be/8CfzO8eazqo  sini ya

Cucur Udang Yang Paling Sedap /Coq Udang Utara Stail Yang Tak Berminyak


Assalam n Hi semua..Moga semua yg sudi berkunjung ke DZ ni sihat2 hendaknya..


Arini aku nak share resepi Coq Udang Ala Utaqa yang Sedap sgt dan xserap minyak..Kalo hampa makan pon kira xmuak la..

Cicah plak ngan kuah kacang,fuhh pendek kata memang terbaik laà hampaa aii
   


Resepi Cucur Udang Paling Sedap /Coq Udang Utara Stail

11/2 Sudu Teh Yis
350  ML Air Suam
1/2sudu Teh gula (gaul sebati dan perap sampai yis kembang)

250 Tepung Gandum
1/2 Sudu Teh Soda Bikarbonat
Sedikit Serbuk Kunyit
Serbuk Pati Ayam
Garam Secukup Rasa
Bawang Besar
Kuchai
Taugeh
Carrot
Gaul semua sebati Masukkan Bancuhan yis yang telah Kembang dan gaul lagi..Perap Aduanan lebih kurang setengah jam..
Panaskan senduk,sudukan bancuhan tepung,letakkan udang di atas dan bolehla di goreng.

Boleh tgk di utube channel  sy untuk cara2 yang lebih complete  di sini ya..

https://youtu.be/FXP7f-bb3CA