Cerita tentang segalanya...Hasil Masakkan Aku,Resepi2 yang aku telah cuba,family Aku dan segalanya di sini❤
Showing posts with label Lauk pauk. Show all posts
Showing posts with label Lauk pauk. Show all posts
Thursday, February 14, 2019
Ayam Goreng Kunyit Sedap & Mudah Ala Gerai Tomyam
Assalamualaikum n selamat ptg hampaa.Arini curi2 masa sat update blog kesayangan aku ni..Skang ni tiap ari makin bertambah bz jer ngan mcm2 keja.. Ngan nak msk mkn kat umah,nak ambk antaq ank2 sek dan kafa lagi..
Pergh 1 ari suntuk mcm2 kja ..Tapi ada masa juga nak ber soc med .wakakaa.
Mana nak update FB,IG BLOG &UTUBE CHANNEL lagii hahaa pndai2 laaa no dah hg gatai sangat nk ada smua..Eh lupaa plak TIK TOK pon ada weh..Jom la hmpa pakat polo aku .Ada yg sudi x🤣..
Kat FB Zalieda Zaliedana
IG Zalieda
Utube Channel Zalieda Diari Zaliedana
Blog Diari Zaliedana
Tik Tok Zalieda Zaliedana
Wokeylah hampa b4 aku melalut ngan mcm2 ,aku share kat hampa rcp ayam goreng kunyit yg sedap gila ni na..
Sure ada yg kata alaa Ayam Goreng Kunyit ja pon..
Eh hampaa tau dak, ada jaaa yg xtau nk masak camna..Hampaa yg dah pndai tu duk diam2 sudah..
Resepi Ayam Goreng Kunyit Sedap& Mudah Ala Gerai
https://youtu.be/a1F93o1heRk
Dada Ayam Potong Dadu
1/2Sudu Teh Garam
1Sudu Teh Serbuk Kunyit
3/4 Sudu Teh Rempah Kari Daging
1/2 Sudu Teh Serbuk Cili
Serbuk Pati Ayam
Serbuk Lada Sulah Ajishio
1Sudu Besar Tepung Beras@Tepung Jagung
Bahan Lain
2 Ulas Bawang putih Ditumbuk
1inHalia Hiris Halus
Bahan sampingan
Carrot
Bawang Holland Potong Bulat
Bunga Kubis
Kacang Panjang
Cili Besar Merah dan Cili Padi
Minyak Masak Secukupnya
Cara2
Gaulkan Ayam yg telah di potong dadu dengan garam,serbuk kunyit rempah kari,serbuk cili,serbuk Pati ayam,lada sulah ajishio dan Tepung Beras/Tepung Jagung..
Goreng ayam hingga garing,ketepikan buang sedikit minyak dan tumis bawang putih dan halia..
Masukkan Carrot,Ayam yg telah di goreng, bawang Holland,bunga kubis,kacang panjang,cili merah dan cili padi..
Toskan minyak yg berlebihan dan sedia utk di makan..
TIPS
Goreng ayam minyak kena Byk.
Goreng api Besar baru la luar rangup ckit n dlm lmbut juicy.
Guna bawang Besar Holland baru manis dan bertambah sedap
Tepung Beras@Tepung jagung utk rangup dan garingkan ckit ayam tu..
Letak serbuk cili utk lbh pedas ckit dan warna lagi menarik
Friday, January 18, 2019
Resepi Asam Rebus/Asam Pedas Utara Paling Mudah Dan Sedap
Assalamualaikum Salam jumaat penghulu segala hari hampa.Erm sat ja dah jumaat pulak no..Arini kami masak Asam Pedas utaqa stail ni..Jenis ceroi @ada yg panggil Asam Rebus..
Sesekali layan asam pedas yg jnis gini sdap tau..kat bawah ni kami ada sharekan rcp Asam pedas cara kami na..
Rcp besa2 ja,tapi InsyaAllah sedap..
Resepi Asam Rebus/Asam Pedas Utara
Ikan Pari/Kembong /Selar Secukupnya
Kacang Bendi
2-3 Asam Keping
1 Batang Serai - ketuk
Daun Kesum
Serbuk Pati Ikan Bilis(optional)
Garam
Gula
Bahan Tumbuk/ kisar:
1Biji Cili Merah
5 tangkai cili padi
3Biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1inci Belacan
Serbuk Kunyit @1 inci kunyit hidup
Cara cara:
1. Masukkan air , masak sampai mendidih, masukkan pula bahan tunbuk/kisar
2.Masukkan serbuk kunyit,serai,serbuk Pati ikan bilis,gula dan garam.
Dah mendidih masukkan pula daun kesum,ikan pari dan bendi.
3.Tabur lagi daun kesum sblm dihidangkan.
Tuesday, November 12, 2013
Resepi Kambing Masak Kari Pakistan
Assalam semua..Ade lagi n3 di pagi2 buta nih..rajin sikit arini lagi pon byk sgt rcp yg nak diupdate..baik update jerk tumpng xngantuk lagi ni..
Ok rcp seterusnya nih Resepi kambing yg aku msk mggu lps wat lalink trchenta aku tu..lma dah ummi maria hakem duk suh aku try rcp nih,bru smp seru nk try..Ummi kata utk detail rcp tgk ajer kat blog kak amie...
So nilah hasilnya kari pakistan Ala Zaliedana...Xrugilah msak sbb hb mmg puji melambung n rmai lak yg trjangkit virusnya lps aku msk,rmai lak yg mnta rcp n buat juga..
Mmg sdap sgt lah kari pakistan ni..selalunya rcp2 dari ummi mmg malatopppp lah..
Jom tgk rcp truslah eh..Mek fiyya nih pon dah rengek cikit dah tu,nak susu lah tu..
Resepi : Ayam Masak Kari Pakistan
Sumber : Ummi Maria Hakem
Olahan : Amie's Little Kitchen
Bahan-bahan:
1 ekor ayam - potong 16 bahagian (Aku Guna kambing,nak tukar kpda daging pon sdap gak)
4 biji bawang besar - cincang
4 biji tomato merah - cincang
1 sudu makan halia kisar
1 sudu makan bawang putih kisar
1 sudu teh serbuk kunyit
2 sudu makan serbuk cili
1 sudu teh serbuk ketumbar
2 cawan air
garam
1/2 cawan minyak
garam masala - jika suka (tak bubuh pun tidak apa - Amie tidak bubuh)
hirisan cili padi dan daun ketumbar untuk hiasan
Aku Add 2sdb Yogurt Asli seperti saranan Ummi Maria Hakim
Cara:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang besar cincang hingga kekuningan.
2. Masukkan tomato cincang dan teruskan tumisan hingga sebati.
3. Tambahkan halia dan bawang putih kisar, serbuk cili serta serbuk kunyit.
4. Kacau hingga
sebati dan masukkan air. Biarkan bahan tumisan masak sehingga bawang dan
tomato hancur. (Menurut Kak Maria, menumis bahan ini boleh memakan masa
selama 1 jam!)
5. Masukkan ayam dan gaul rata.
6. Tidak perlu
tambah air kerana daging ayam akan mengeluarkan air. Perasakan dengan
garam (Amie tambah sedikit serbuk pati ayam).
7. Kacau sebati dan masak sehingga kuah kering. (sebaiknya jangan sampai kering).
8. Hidangkan bersama taburan cili padi hiris dan daun ketumbar.
Thursday, August 4, 2011
Menu Iftar Day 3:-Keema&Menu Ulang Tayang





Friday, May 20, 2011
Nasi Tomato &Dalca Tulang
Assalam lambat lagi bersiaran..Anak2 baru tido,huhu..Tadi baru smpat singgah umah kak mas ajer,komen2 mmg langsung xsempat reply,dak berdua nih besa lah kan..Ingat nak updare puding gak,tapi tgu mlm nih@esk jerla..Nih nak singgah umah org len nak usha menu2 sempoi depa sat,hihi..Resepi cam ritu gak nasi nih..Aku mls toi nak letak link,huhu..Daa..Selamat mnjamu mata,bkn mnjamu tekak yer,hihi..







Tuesday, April 12, 2011
Masak Lemak Cili Api Siput Sedut(Belitung)

Assalam semua,maaf ya,tadi aku baru nak taip,si nana duk kacau2,dia pong sibuk gak nak tekan2,dah tu terpublish..Punya la bengang aku,kena penampaq gak la sekali,Adoiyai,dahla xmo tidoq..K la layan dulu masak lemak lauk lunch arinih n air fresh oren nih ya..Aku nak settle kanbudak nih sat,nak paksa dia tido..

500Gm siput sedut(belitung)(Aku rebus dulu asing)
200gm cendawan tiram disiat
*Cili padi 3biji leh letak lbh,kalo nak lbh pedas (Aku letak ckit ja,coz,takut tersedak time nak hisap siput)
*Bawang putih 1 ulas
*Bawang merah 2Biji
*Halia 1inci
*Kunyit Hidup
Serai 1batang diketuk
Santan Pekat 1cawan
Garam secukup rasa
Daun kunyit dihiris halus
Cara-cara
1.Kisar bahan yg bertanda*,kemudian masukkan semua bahan kisar ke dalam periuk. Tambah sedikit air dan masak sehingga mendidih.
2. Setelah air agak kering, masukkan santan dan kacau sekali-sekala (untuk memastikan santan tidak pecah minyak) di atas api yg sederhana.Kemudian masukkan siput yg telah direbus.Kacau2 n biarkan sebentar,masukkan cendawan..
3.Masukkan garam,Klo sudah ok,ttp api,taburkan daun kunyit,gaul mesra,angkat n hidangkan bersama nasi putih..
3. Akhir sekali, masukkan kentang. Tambah garam jika perlu. Tutup api bila kentang telah empuk.

Chik mimi nah air segalas,wat hilang dahaga,coz bagi komen awai,wlaupong xda pic lagi..Hehe..
Monday, April 11, 2011
Nasi Dalca Versiku

Assalam,bertemu lagi utk n3 seterusnya..Rasa xlengkap jer hidup,kalo xupdate blog skang nih..Tapi tu la,kena la pandai nak bahagikan masa,masa utk bersama family mesti lah 1st kan..Rini bz melayan syifa n nana..Syifa skang nih time siang tido kejab2 jer,nana lak langsuungggg xtido,huhu..Kalo si nana tuh xtido,fham2 jerlah,mesti lah memunggah jer kjanya..HuHuu..Penat n mmg kena byk bersabar,melayan anak2 yg masih kecil nih..Syifa skang nih pantang jaga jer mesti nak main2,dah tu tersengih sakan,tu yg wat aku best sgt melayan,hihi..Ohya,nasi dalca nih menu klmarin ya,so sah2 la dah licin..Alkisahnya,ari sabtu tuh hubby nak try beli nasi dalca kat Tasya Sg Ara,ramai kata sedap,aku mmg xpernah pong mkn nasi dalca,wlpong dah bertahun tinggal kat penang..Kami beli 2bungkus nasi 0,sotong 2 ekor,daging 2 ketul,rega rm11.50,kira murah la,Tapi nasi dia hubby komplen,ckit sgt xkenyang,Sbb tula klmarin aku try wat nasi dalca nih..Alhamdulillah hubby ckp sedap..Ekceli nasi dalca nih,nasi minyak yg berwarna kuning,aku pong xtau sgt,mengikut tekak n pandangan mata dari pa yg dibeli kat tasya nasi dalca tula..Ayam aku perap ngan serbuk kari+kunyit+serbuk pati ayam+cili serbuk jer,sbb malas nak blend bawang bagai..Wat dalca sayur+daging masak hitam..Nasi dalca yg kami tgk kat tasya,cuma da bendi celur n acar timun nenas sbgai pelengkap..Aku lak nenas dah nazak sgt,coz dah 2minggu lbh bertapa lam peti,so aku celur bendi n ulam timun jerla..Mkn lak lapik daun pisang,fuhh aroma yer mmg sempoi,sedap u,hingga menjilat jari,muahaha..K daa..Jumpa lagi nx n3 ya..


*Pstt nak taip n3 nih pong dah 2jam lbh,yerla berhenti bagi nenen,dah tu lak si nana xtido lagi,so paham2 jerla..
Subscribe to:
Posts (Atom)