Showing posts with label Serikaya. Show all posts
Showing posts with label Serikaya. Show all posts

Wednesday, January 30, 2019

Resepi Sangkaya Ala Boat Noodle Yg Sedap Giler


Assalamualaikum n selamat pagi hampaaa..Baru sempat nk update rcp Sangkaya ni kat sini..Padahal dah byk kali dah buat n menu fav anak2 ni..
Hampa pernah mkn Roti Sangkaya ni di Boat Noodle  x..Hehee act aku prnah la p 1 kali.
Hehee Kira p tu pon sbb nak merasa jer.lepas tu kalo terasa nk mkn mmg buat sendri jer,lagi brbaloi n sebab aku kedek ckitt kann..Hihii yerla weh ank dah ramai kna la buat sndri kann.
Okla membebel pnjng plak aku ni.. 
Moh la tgk rcp..Nanti hampa try la buat na..Kalo Nak lagi paham blh la tgk video  step by step kat utube channel  aku di sini na..


Jgn lupa klick  button subscribe na..



Resepi Sangkaya  Ala Boat Noodle Yg Sedap Gile

Bahan-Bahan 
4-5 Helai  Daun Pandan
150 Ml air
250Ml santan
 3 biji kuning telur
 3Sudu Besar Gula 
1Sudu Besar Gula Melaka@nisan di hancurkan
2 Sudu Besar Tepung Kastard  
Secubit garam 
Beberapa Titis Pewarna Hijau (Jika Perlu) 

 Bahan Lain
 Roti Benggali 
Pengukus@Microwave

 Cara-Cara
Kisar Daun pandan dengan air n santan.
Tapis ambk jusnya..Kalo xckup tmbh air lagi bgi ckup 400ml..
 Tuangkan  ke dalam kuali/periuk Masak api kecil hingga pekat dan kelihatan ada letupan2 kecil.
Serikaya sedia utk xgunakan.. 

 Cara Hidang 
Ceduk serikaya ltak dalam mangkuk kecil,tuang susu cair Diatas.. 
Potong roti, kukus sekejap bersama dengan Serikaya  (Blh juga masukkan ke dalam microwave ) Sedia dinikmati bersama serikaya. 
Kena  Makan panas2 baru sedap..


Friday, April 12, 2013

Resepi Banana Kaya Pizza Ala Domino..

Assalamualaikum..
Update lagi di ptg arini..Banana Kaya Dessert ala domino nih dah 2kali wat n menu yg tah bape bln dah,baru arini nk update rcpnya..Hehe..Anak2 mmg suka pizza pisang nih,diorang panggei pizza hijau,hehe..

Wat sendri mmg lebih berbaloi2 n lebih sdap sbb leh letak cheese ke pisang ke byk2 kan..Aritu prnh wat juga pizza nih kat kg utk mak n ank2 sedara..

K lah jom zasss tgk rcp lah eh..B4 tuh tq utk CMG n ros utk rcp doh pizza n serikaya tuh ya..

Sumber Resepi:-Cik Mat Gebu
BAHAN-BAHAN DOH PIZZA :-)

300 g tepung gandum
6 g instat yeast
20 g mentega
10 g gula halus
1 camca teh bread improver (optional)
1/4 camca teh garam
1 1/2 camca besar madu
170 ml air
Sedikit tepung untuk ditabur




Cara Membuatnya:-
 UNTUK DOH PIZZA :-
  Satukan semua bahan untuk doh dalam satu bekas, kecuali mentega dan tepung untuk ditabur, gaul rata hingga bersatu. Tambah mentega dan terus meggaul hingga menjadi doh yang kenyal, jika melekit, tambah sedikit tepung. Kemudian bulat2kan dan biar 45 minit hingga naik sekali ganda. KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan untuk dok kecuali tepung untuk ditabur, ke dalam bread maker, pilih setting untuk doh dan tekan "ON", buat hingga siap.


Resepi Serikaya Pandan
Sumber Resepi:- Rosmarlina

350ml santan pekat
3/4 cawan gla (Aku kurng kan lgi)
1 1/2 sudu besar tepung kastard ( boleh ganti dengan tepung gandum)(Aku letak 1sdb jer)
3 biji kuning telur ( ros guna saiz telur saiz M)
1 helai daun pandan di simpul
beberapa titik esen pandan ( nak guna pandan emulco pun boleh)
beberapa titik pewarna hijau
Cara-caranya
1. Campurkan santan, kuning telur, gula, esen pandan dan pewarna hijau di dalam bekas, kacau sebati menggunakan whisker.
2. Kemudian ambil tepung kastard dan bancuh dengan 2 sudu besar air, selepas itu curahkan bancuhan tepung kastard di dalam bekas berisi adunan santan tadi, kacau lagi, kemudian tapis adunan ke dalam periuk dan masukkan daun pandan yang disimpul.
3. Masak dengan api perlahan, dan perlu di ingat, perlu kacau selalu jangan ditinggalkan, kacau sehingga kaya pandan menjadi pekat dan berkilat, masa mengacau lebih kurang 20-25 minit, setelah pekat, angkat dan sejukkan, barulah boleh di simpan di dalam bekas kaca dan di letakkan di dalam peti ais.  Selamat Mencuba.
- Walaupun tepung kastard boleh diganti dengan tepung gandum namun disarankan supaya menggunakan tepung kastard kerana tekstur kaya akan lebih licin dan elok pekatnya, ini berdasarkan pengalaman ros lah : )



*Utk buat pizza banana Kaya:---

Serikaya Pandan Secukupnya
Pisang berangan/Emas secukupnya dihiris nipis
Gula Aising secukupnya utk ditabur diatas pizza
Mozarella cheese secukupnya..

Cara Membuat:-

Panaskan oven pada suhu 190C, sediakan 2 dulang pizza berukuran 9 inci, sapu dengan sedikit mentega. Ketepikan. Keluarkan doh, bahagikan doh tadi kepada 2 bahagian sama besar. Ambil satu, tabur sedikit tepung dan canai bulat. Alihkan ke dalam dulang pizza, tekan2 dengan hujung jari hingga memenuhi dulang tadi dan biarkan kelilingnya sedikit tebal .
Ratakan sebahagian serikaya pandan tadi dan susun hirisan pisang yg dihiris di atasnya dan diakhiri dengan keju mozzarella. Bakar 20 - 25 minit hingga keju mencair dan roti kelihatan kuning keemasan. Keluarkan dari oven dan Taburkan dgn gula aising. Buat kaedah sama juga untuk yang sebiji lagi.Sedia utk dihidang n dingap..

Tuesday, March 8, 2011

Serikaya



Pagi tadi merajinkan diri wat serikaya,selalunya aku men order2 dari mak aku jer,nila 1st time aku buat sendiri,ngee,suka2..Mehla kita tgk resepi yer..kalu da yg nak mncuba,sila la yer..



Bahan2 nyer..Pic ni kena letak gak,satgi da yg kata aku propa jer lbh,serikaya beli,tapi bgitau buat sendiri..kan kan kan..Psstt telur tu aku dah siap putar yer..

SERIKAYA

Sumber :Resepi Dari Ibuku

Bahan-bahan :

3biji telur gred A
11/2cawan santan pekat
1cawan gula
1 sudu besar tepung gandum


Aku masak gula utk jadikan karamel nih dalam koli besar yg non stick jer,senang aku nak humban bebahan len lak nanti,gpun xteruk sgt aku nak kacau,sebab xmelekat,ngee..

Cara :

1. Pukul telur dengan 1/4 cawan gula hingga kembang.
2. Masukkan santan kelapa dan tepung. Kacau rata.
3. Di dalam bekas yg lain masak gula,yg baki lagi 3/4 cawan hingga menjadi karamel.
4. Tuangkan bancuhan telur ke dalam karamel,dan masakkan di atas api yang sederhana sehingga pekat,
5.Seterlah masak blend adunan tadi supaya tidak berketul2.
6.Sejukkan n simpan di dalam bekas tertutup,sedap di mkn bersama roti,hehe..
*kena simpan dlm peti sejuk,coz xda pengawet,takut xtahan lak..