Showing posts with label Kambing. Show all posts
Showing posts with label Kambing. Show all posts

Tuesday, November 12, 2013

Resepi Kambing Masak Kari Pakistan

Assalam semua..Ade lagi n3 di pagi2 buta nih..rajin sikit arini lagi pon byk sgt rcp yg nak diupdate..baik update jerk tumpng xngantuk lagi ni..
Ok rcp seterusnya nih Resepi kambing yg aku msk mggu lps wat lalink trchenta aku tu..lma dah ummi maria hakem duk suh aku try rcp nih,bru smp seru nk try..Ummi kata utk detail rcp tgk ajer kat blog kak amie...
So nilah hasilnya kari pakistan Ala Zaliedana...Xrugilah msak sbb hb mmg puji melambung n rmai lak yg trjangkit virusnya lps aku msk,rmai lak yg mnta rcp n buat juga..
Mmg sdap sgt lah kari pakistan ni..selalunya rcp2 dari ummi mmg malatopppp lah..
Jom tgk rcp truslah eh..Mek fiyya nih pon dah rengek cikit dah tu,nak susu lah tu..
 
Resepi : Ayam Masak Kari Pakistan
 
Sumber : Ummi Maria Hakem

Bahan-bahan:
1 ekor ayam - potong 16 bahagian (Aku Guna kambing,nak tukar kpda daging pon sdap gak)
4 biji bawang besar - cincang
4 biji tomato merah - cincang
1 sudu makan halia kisar
1 sudu makan bawang putih kisar
1 sudu teh serbuk kunyit
2 sudu makan serbuk cili
1 sudu teh serbuk ketumbar
2 cawan air
garam
1/2 cawan minyak
garam masala - jika suka (tak bubuh pun tidak apa - Amie tidak bubuh)
hirisan cili padi dan daun ketumbar untuk hiasan
Aku Add 2sdb Yogurt Asli seperti saranan Ummi Maria Hakim

Cara:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang besar cincang hingga kekuningan.
2. Masukkan tomato cincang dan teruskan tumisan hingga sebati.
3. Tambahkan halia dan bawang putih kisar, serbuk cili serta serbuk kunyit.
4. Kacau hingga sebati dan masukkan air. Biarkan bahan tumisan masak sehingga bawang dan tomato hancur. (Menurut Kak Maria, menumis bahan ini boleh memakan masa selama 1 jam!)
5. Masukkan ayam dan gaul rata. 
6. Tidak perlu tambah air kerana daging ayam akan mengeluarkan air. Perasakan dengan garam (Amie tambah sedikit serbuk pati ayam).
7. Kacau sebati dan masak sehingga kuah kering. (sebaiknya jangan sampai kering).
8. Hidangkan bersama taburan cili padi hiris dan daun ketumbar.

Friday, November 30, 2012

Nasi Mandhi/Nasi Arab & The Geng ^_____^..


 

 Assalamualaikum n salam sejahtera buat semua..pagi jumaat yg penuh barokah,moga kita semua sentiasa dibawah lindunganNya...
Apa khabar semua pengujung2 DZ..Harap2 semua sihat2 ajer ya..Alhamdulilah arini dah msk 39weeks dah..Huhu dah xlma lagi dah si bb nk klr jumpa ummi,abah n kakak2,hehe..Hope dipermudahkan time nk bersalin n bb juga ummi sihat2 ajer..

Akceli skng nih time kali isnin n khmis,hubby berpuasa sunat,aku..????Erm dah xlarat dah nk berpuasa lam keadaan yg sarat sgt dah nih..hubby berpuasa sorang2 jerk lah,huhu..Pastu dah hb tersayang puasa kan,aku pon nk lah juga msk something yg special n ofcoz yg mmg kna ngan selera tekak dialah kan,hihi..Cari punya cari rcp akhirnya jumpalah rcp Nasi Mandy,sbb kambing mmg dah beli kat 2mggu dah,huhu.mmg dah plan nk panggang jerk n mkn ngan nasi berperisa..
Pagi2 siap perap bagai,kul 6 camtuh baru bako kambng lam pemanggang ajaib n ayam lak bako lam oven..
Selalunya klo aku da try rcp 2 baru,sure aku tnya hb sedap ke x,kli nihxsmpat aku nk tnya hb dah kata,erm sedap sgt nasi arini,antara nasi yg sedap yg pernah abg mkn,tq sayang,pastu dia smbung lagi ayat dia,ermmm jgn kain syg terkoyak lak na,mmg serius sedap sgt,hahhaah..aku pon senyum lebaq smp ke telinga ke hapa xtau lagi ler,hahahah..Dia siap ckp lagi tadi abg dah tmbah nasi lam peyuk juga,hihi..alhamdulillah aku suka sgt2 klo apa yg aku msk ank2 n hb sukan berselera..aku rsa hilng penat n peluh tiak aku time msk tuh,ahahhaa..

K lah meh layan rcp lak eks..Tq sesangat utk kak noor masri,sbb berkongsi rcp yg telah ditokok tmbah dri beberapa rcp sehingga mnjadinya rcp set nasi mandy yg sedap nih..tq juga utk puan raidah..Pasnih mmg aku akn wat n wat lagi rcp nih..Mohon dihalalkan rcp nih ya..Moga Allah jua yg mmbalasnya..

 

Nasi Arab @ Nasi Mandhi

Sumber rujukan:- Kak Noor Masri


Bahan-bahan:3 cawan beras basmathi PUSA -dicuci dan direndam selama 20 min
4.5 cawan air rebusan/stok ayam - atau kuantiti air mengikut jenis beras
garam jika perlu sbb stok/rebusan ayam dah letak garam
sedikit zaffran -akak guna pewarna kuning(Aku letak serbuk kunyit ajer)

Bahan utk menumis:
1 sudu besar minyak sapi
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga

Kulit Kayu Manis n bunga lawang( aku add)
3 ulas bawang merah - dimayang halus (Aku blend n mayang bwang merah,putih n halia)
1 ulas bawang putih- dimayang halus

1in Halia (Aku add )
2 Helai Daun Pandan Disimpul (Aku add )
2/3Pokok Daun Ketumbar  (Aku add )

Cara membuat:

Beras dicuci kemudian ditoskan
Panaskan minyak sapi dlm periuk. Masukkan bahan tumis
Goreng hingga naik bau/kekuningan
Masukkan stok ayam, apabila didih masukkan beras.
Tanak hingga kering, kemudian masukkan pewarna kuning. Biarkan seketika
Kemudian gemburkan nasi guna garpu
Sedia dihidangkan bersama lauk pauk


 Stok Ayam (utk masak nasi)

1 ekor ayam saiz sederhana- dipotong 4
2 inci halia - diketuk
1/2 sudu kecil serbuk zafran (ganti kunyit je)
1 sudu kecil lada hitam biji
1 sudu kecil serbuk jintan putih
1/2 sudu kecil buah pelaga
1/2 sudu kecil cengkih
2 helai daun Bay
garam secukup rasa
air secukupnya (supaya ayam tenggelam)

Cara membuat:

Rebus ayam selama 45 minit bersama bahan2 diatas.
Kemudian angkat dan toskan ayam. Tapiskan air rebusan utk masak nasi.

Ayam Panggang

Bahan Perapan:

1 sudu teh zaffran - akak ganti dgn skit serbuk kunyit
1/2 sudu teh serbuk ketumbar
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu teh serbuk rempah kabsah (lihat bawah utk resepinya)
1/2 sudu teh serbuk jintan manis

1 sudu kecil garam

Aluminium foil utk balut/bungkus

Cara membuat:

Ayam yg telah direbus tadi dilumurkan dgn bahan perapan.
Letakkan atas aluminium foil, balut kemas2.
Bakar dlm oven selama 1 jam pd suhu 180C utk menghasilkan ayam yg lembut.
 
Sos Salata:

Bahan-bahan:

2 biji tomato
1/2 biji bawang besar
2 biji cili besar
5 tangkai cili padi
sedikit daun ketumbar
sedikit garam
Jus dari buah lemon.
Gula secukup rsa aku add

Cara penyediaan:

Kisar semua bahan dengan perahan air lemon, sekejap sahaja.
Jangan sampai terlalu hancur.

HomeMade Rempah Kabsah (Sumber Raidah)
(Rempah nih aku dah wat lama dah,mmg wat lebih smpan lam bekas kedap udara n simpan lam esbok)
Bahan - bahan:

1 sudu makan bunga cengkih **
1 sudu makan lada hitam **
1 sudu makan jintan manis **
1 sudu makan jintan putih **
2 sudu makan biji ketumbar **
1 sudu makan buah pelaga **
1 sudu buah pelaga hitam (black cardamom pods) **
1 sudu makan serbuk cili
1 sudu teh kunyit

Cara penyediaan:

1. Goreng tanpa minyak bahan2 yg bertanda ** sehingga naik bau dan angkat.
2. Kemudian kisar semua bahan sehingga hancur.
3. Simpan rempah yg telah dikisar didalam bekas yg kedap udara.

Jika tiada buah pelaga hitam, boleh gantikan dgn buah pelaga biasa.
Serbuk rempah ini boleh juga digunakan pada semua masakan ala arab termasuklah ayam dan daging.



 Kambing panggang nih lak,aku perap ngan lada itam tumbuk,cajun,dried rosemary,serbuk paprika,rempah 5spice,sos tiram,serbuk pati ayam n Lea & Pearin,pastu panggang lam pemanggang ajaib jerk..Nak kick lagi perah cikit lemon time nk mkn tuh..Hubby ckp mmg sdp sgt,heheheh..


















Jom jemput makan wat pengunjung2 DZ semua...Sampai berjumpa lagi di lain N3 ya..Selamat berhujung minggu wat semua..


















Wednesday, May 16, 2012

Nasi Ayam Bakar Ala Mediterranean

 Assalamualaikum..

Selamat petang semua..Moga anda semua sihat2 selalu ya..Dah 2mggu lbh blk dari sarawak nih la n3 1st aku utk bln 5 nih..Xsihat,pastu kemalasan n mcm2 sebab jugalah penyumbang kepada xberupdatenyer blog nih..Terima kasih yg xterhingga kpd yg masih sudi berkunjung ke sini ya..

Sekarang nih pon aku jarang2 juga memasak,rasa malas sgt2,ditambah lak ngan morning sickness yg xabis2 g ni.Sekbek hubby faham n tapau jer pa yg aku rasa nak mkn,Nasi2 nih mmg aku kurang selera sgt nak mkn,selalunyer hb tapau nasi utk dia n utk aku makanan yg len dari nasi..Ngengada sungguh tekak aku skang nih,huhu..


Erm nasi nih menu lunch arini aku masak utk hb tersayang,berselera sungguh dia mkn,siap bertambah2 lagi,anak2 pon berselera sungguh bila aku suapkan depa jab tadi,aku lak rasa semulut jer,nanti2 baru nak mkn,coz tekak rasa loya jer..Besalah kan kalo peknen nih,yg org kata sedap kita xselera lak nk mkn,tapi Alhamdulillah syukur hubby n ank2 suka sgt..

Terus terang ckp semulut yg aku rasa tuh mmg sedap,cuma tekak aku nih jer xleh terima nasi skang nih..Nasi nih da iras2 nasi tomato sikit,aku amk kuah ayam tuh sikit utk masak nasi nih,pastu ayam aku bakar asing n pas dah garing baru bakar kjb ngan nasi,bakar kejab wat syarat jer,hehe..

Tima kasih kak madihaa n semua yg terlibat diatas resepi nih ya,terutamanya puan punya resepi..Sy kongsikan disini pula ya..
Nasi Ayam Bakar Ala Mediterranean 
(Resepi Hajjah Suraya Bee M Ibrahim)
Sumber 2:- Kak MaDiHaA
Bahan A:( Lauk Ayam)
10 kpg ayam*
1 sm madu*
1 st serbuk lada putih*
1 ibu jari halia**
5 ulas bawang putih**
3 biji bwg besar**
1/2 cwn hirisan daun ketumbar
1 st serbuk ketumbar
1/2 st jintan putih.
1/2 st jintan manis
1 x 140g tin tomato puri
1 st gula perang
2 sm tairu, dipukul sebentar (MaDiHaA ganti dengan susu cair + sikit perahan limau nipis yg dibiarkan sebentar = buttermilk?)
2 sm badam kisar (MaDiHaA ganti dgn 1 sudu besar serbuk kas kas)
2 sm minyak sapi
garam dan serbuk lada putih.
Perap bertanda* selama 15-20 minit
Kisar bertanda **


 Makan juga ngan acar limau,bertambah2 en hubby ai,hehe..Kuah2 len malas lak nak msk,so mkn kering jer,time nak mkn letak juga kuah ayam yg aku letak asing tuh.

Cara:
Tumis bahan kisar dalam minyak sapi. Masukkan tomato puri, jintan putih + jintan manis + serbuk ketumbar, gula perang dan hirisan daun ketumbar. Masukkan tairu dan badam kisar, tumis lagi sehingga sebati. Kemudian masukkan kepingan ayam dan masak sampai 3/4 empuk. Tuang sedikit air di sekeliling kuali utk memudahkan minyak terbit. Tabur garam dan serbuk lada putih.

Aku wat juga kambing bakar selain dari ayam tuh..Feberet en hubby nih..

 
Bahan B:( Nasi)
750ml stok ayam (air + 3 kiub stok ayam)
500g beras basmathi, cuci bersih, toskan.
2 sm minyak ( samada ghee, canola atau olive oil)
3 biji capsicum - merah, hijau, kuning(hiris) (MaDiHaA tak letak ~ non stock!)Aku pon  xletak,just letak cili ijo jer
1/2 cawan sos tomato, 
1/2 cwn kismis
1/4 st serbuk buah pala 
1/4 st serbuk kayu manis
1/2 cwn hirisan badam bakar(Aku letak gajus)
*Aku letak juga sedikit kuah dari ayam utk memasak nasi

cara:
Didihkan stok ayam dalam periuk. Di samping itu panaskan minyak dlm kuali dan goreng beras selama 1 minit. Masukkan sos tomato, serbuk buah pala dan kayu manis serta garam. Kemudian masukkan capsicum dan kismis. Goreng sehingga bergaul rata. Padamkan api dan langsung tuang beras goreng ke dalam stok ayam yg sedang mendidih. Tutup periuk dan masak nasi hingga kembang tapi tak kering. (aku masak dalam rice cooker sampai nasi masak ~ MaDiHaA ikut sama juga)
Sesudah nasi masak alihkan ke casserol dan bakar pada suhu 180C selama 15 minit. Keluarkan dan sendukkan kuah ayam atas nasi, kemudian aturkan ayam atas kuah. Bakar lagi 15 minit atau sehingga ayam masak. Sesudah masak tabur hirisan badam. Permukaan nasi haruslah garing dan lembab di dalam. Hidang panas.