Thursday, August 1, 2019

Kek Batik Indulgence Viral Cara Paling Mudah Tanpa Oven & Sedap Sangat


Assalamualaikum  skang tgh viral pula kek batik indulgence  ni @ kek batik cheese  ni..
Rasa serius la sedap sgt gabungan kek batik tu ngan cheese..
Ada coklat Ganache  pula sebagai topping ...Perghh lagi la heaven  layan sejuk2..
Bonda tgh viral harus juga la kita try kan..Memang xrugi mencuba sebab rasa yang sungguh sedap..
Lapisan biskut  merie  pon lembut jer..
Kut ada yg nak try blh la tgk rcp di bawah ya..


Blh juga tgk kat utube channel  aku Ada step by step cara nak buat..Supaya hampa lebih Mudah faham..

 Utube Channel Aku

Resepi Kek Batik Indulgence

Bahan2
Lapisan Biskut

1/2 Cawan Milo
2SDB Serbuk Koko
125 Gram Mentega
 1/2 Cawan Susu Pekat
 2Biji Telur
1/4 Cawan Susu Cair/ Susu Segar
1SDT Esen Vanila
 200 Gram Biskut Merie

Cara2
Campurkan  kesemua Bahan kecuali biskut merie..
Masak atas dapur gunakan api yg kecil sambil terus mengacau Supaya Tidak hangus dah berketul..
Dah pekat boleh la masukkan biskut merie yang Telah di patah2 kan..
Gaul Sebati biar smua biskut Bersalut Bahan coklat..
Tuang Dalam bekas pilihan Dan tekan padat  biskut merie  tadi .
Ketepikan dahulu Dan Sambung buat lapisan cheese..



Bahan2
 Lapisan Cheese

 250 Gram Cream Cheese
 2@3 SDB Gula Aising
 1/2 Cawan Whipping Cream
 Esen Vanila
 50 ML Air Panas Mendidih
2 SDT Gelatin

Cara2
Pukul cream cheese  Dan Gula Aising Sampai Sebati  Dan licin Tidak berketl..
Masukkan  whipping cream...Pukul Sampai Sebati.
Masukkan  Esen vanila..
Masukkan  pula Gelatin ke Dalam air panas mendidih  Dan kacau rata sampai Gelatin Betui2 larut.Boleh jugs masukkan ke Dalam microwave  Sekejab,supaya cepat larut.
Tuangkan laritan Gelatin ke Dalam adunan cheese, kacau rata biar Sampai Sebati
Tuangkan ke Dalam bekas yang Berisi Kek biskut merie  tadi.
Masukkan  ke Dalam peti ais Supaya lapisan cheese  mengeras,lebih kurang 3 jam ke atas.

Bahan2
 Lapisan Coklat

 150 ML Whipping Cream
 200 Gram Dark Chocolate
 1SDB Mentega

Cara2
Panaskan whipping  cream.Masukkan dark coklat ..
Kacau rata Sampai Sebati  Dan coklat larut..(Masa masukkan coklat ke Dalam whipping cream,api dapur ditutup)
Masukkan Mentega.gaul sebati
Tuang di atas lapisan cheese
Simpan di Dalam peti sejuk dahulu
Sedap di makan sejuk.

Friday, July 12, 2019

Resepi Lengkap & RAHSIA Bihun Sup Utara &Sambal Merah Terlajak Sedap



Assalamualaikum n selamat pagii hampaa.Pagi ni curi2 masa sat update blog kesayangan  aku ni..Skang ni tiap ari makin bertambah bz jer ngan mcm2 keja.. Ngan nak msk mkn kat umah,nak ambk antaq ank2 sek dan kafa lagi..
Pergh 1 ari suntuk mcm2 kja ..Tapi ada masa juga nak ber soc med .wakakaa.




Arini aku nak share rcp bihun sup utaqa  kat hampaa.Bihun Sup Utaqa ni WAJIB kale kuning n WAJIB ada sambal Merah bkn sambal kicap tau hampaa..Pastu nak lagi sempoii syahdu n kick kena laa ada lobak masin,tokua(tauhu) , daun Bawang dun sup n Bawang goreng..
Pergh hirup sup yg panas2 tu plak adoii makan x hengett hampaa aii.
Wokey  dari aku melalut mcm2 lagi mehla kita tgk rcp na hampaaa.




Utk lbh paham cara2 nak masak blh tgk kat utube channel  aku di sini na hampaa..

Bihun Sup Utara Sedap

Resepi  Bihun Sup Tulang Utara

Untuk Kuah Sup Tulang

Kuah Sup Tulang
1Biji  Bawang Besar Di Hiris
 2 Pek Sup Bunjut Tulang
5 Biji Bawang Merah*
3 Ulas Bawang Putih*
 2 Inci Halia *(*Di kisar)
 1 Pek Rempah Sup
 600gm Tulang Lembu
 Air Secukupnya
 Kiub Pati Lembu
 Garam Kasar
Gula Batu (Yg ni RAHSIA utk dapatkan kuah sup yg marvelous
 Batang & Daun Bawang
 Daun Sup

Cara2
Tumis Bawang Besar yang Telah Dihiris..
Masukkan sup bunjut tulang ..Tumis Sampai Bawang layu Dan naik bau..
Masukkan pula bahan kisar..Bahan Kisar dah garing masukkan tulang Lembu..
Kacau Sebati dan  masukkan semua Bahan..
Biarkan sehingga daging  empuk..

TIPS gunakan gula batu  Supaya sup mnjadi lebih sedap..

 Bihun Kuning

 Air Secukupnya
 1Sdt Serbuk Kunyit
 400Gm /1 Bungkus Bihun

Cara2
Didihkan air Secukupnya  lbh kurang 2@3 liter..Masukkan serbuk kunyit..Kacau rata Dan masukkan pula bihun..
Kacau2 biar Sebati  ,cepat2 angkat Dan Toskan Supaya bihun x lmbik.


 Sambal Merah

 1/2 Cawan Cili Boh /Cili Giling/Cili Kisar
1/2 Cawan Serbuk Cili
 Gula melaka/Gula Nesan
/Gula merah Gula Pasir,
Garam
Serbuk Pati Ayam
 Air Secukupnya
 Asam Jawa (Optional)

Cara2
Masukkan semua Bahan kacau Sampai pekat dengan api Perlahan.. Biar 2 kali tambah air baru lah Cili masak sempurna..

 Bahan Lain

 Utk Taburan
 Tauhu Yang Digoreng
 Lobak Masin yg di Celur @Goreng sebentar
 Bawang Goreng
 Daun Bawang
 Daun Sup

Tuesday, July 9, 2019

Resepi lengkap Nasi Daging Utara Dan Air Asam Kerisek Yang Terlajak Sedap


Assalamualaikum  n selamat tghri ampaa..Allahuakbar  dah berbulan kami x update blog kami ni no..Bz sungguh  kami skang ni ampa aiii..
Raya aji pon dah xlama lagi ..Ampaa semua msti besa mkn nasik daging utara n ayaq asam kerisek  ni kan..Menu yg pemes time raya aji sbb time tu kan kita dapat byk daging,wakakkaka..
Lagi pon ramai yg Masuk korban kan,so ada la segala mak nenek dari bhgian Lembu tu.. So ni la Salah 1 menu yg pemes ..
Rasa nasi Daging ni memang sedap n trbaik..Ada plak Ayaq asam yg boh kerisek  ni plak,pergh lagi laaa bertambah2 kesedapannya..
Ayaq asam tu kalo buat pedas2 memang sempoi n layan abis ar..Tapi kalo ada yg xmakan pedas tu ampa kurangkan lah Cili Padi  tu..
Wokey jom tgk rcp..



Nasi Daging Utara  Dan Air Asam Kerisek

Blh tgk Tutorial lengkap di utube channel aku..

Air Asam Kerisek

 Bahan Kisar

1biji buah tomato
1 Biji Bawang besar
2 cm Belacan bakar
10 Biji cili padi Merah +Hijau
1 Biji cili merah
 1 SDB Kerisik
1 SDT Pes Asam jawa

 Bahan B (Hiris)
1 biji tomato
1/2 Biji bawang besar
5 biji cili padi Merah + Hijau

Bahan Lain
Garam
Gula
 Kiub Pati Ikan Bilis
Jus limau Kasturi

Cara2
Kisar jgn trlampau halus bahan2 kisar
Gaul Sebati bahan kisar dengan Bahan hiris.Perasakan dengan Gula,garam,kiub Pati bilis Dan Jus Limau Kasturi.

Nasi Daging Utara
 3 Cawan Beras Basmathi
(cuci bersih,rendam 30 minit Dan Toskan Airnya)
500Gm Daging Yang Telah Di rebus dengan 2inci Halia Dipotong Nipis..
Air Rebusan simpan untuk Masak Nasi.

Bahan Tumis
 2 SDB Mentega
 1SDB Minyak Sapi
Rempah 4 Sekawan
Daun Pandan
 1 Batang Serai Di ketuk
1/2Biji Bawang Besar Hiris

 Bahan Kisar
 5 biji Bawang Merah
 2 Ulas Bawang Putih
 2 Inci Halia

 Bahan2 Lain
 1/2 SDB Rempah Sup
1SDB rempah Kurma
Air Rebusan Daging
1/4 Cawan Susu Cair
 Kiub Pati Lembu
 Garam
 Gula

Cara2
Tumis smua Bahan tumis..Masukkan Bahan kisar..
Bahan Kisar dah garing masukkan  pula bahan2 lain..

Tuang Dalam Periuk nasi Elektrik Dan Sambung masak seperti  biasa..
Nasi dah masak blh la di gemburkan dengan Garfu.
Siap di hidangkan dengan air asam,Sedap juga di makan dengan sup @ dalca.

Friday, April 5, 2019

Apam Pisang Yg Sedap, Lembut,Gebu dan Mudah

Assalamualaikum hampa..Selamat Pagii
.Sat saja no dah pon jumaat..Xlama dah nak Menyambut Bln Ramadan Al Mubarak  pula..Mudah2an  taun ni makin bertambah la amalan Aku.
Actually  share rcp ni pon saham akhirat n penambah pahala juga..Mudah2an  Allah terima la sedikit kebaikkan yg aku buat ni ..

Amacam gebuu x apam pisang yg aku buat ni..??Bkn saja gebus tapi sedap juga hampa tau x ..
Makan masa suam2 pas kukus tu,pergh nikmat sungguh  hampaaa.
1 Adunan dpt byk juga..Aku siap antaq kat jiran n 
 frozenkan ckit apam ni..
Nak buat pnya la senang giler,sedap plak tuu..Kalo hampa xcaya blh la try buat nti..



Resepi Apam Pisang Sedap, Gebus ,Mudah &Lembut
Apam Pisang  Aku kat YouTube 

Bahan A
7/8 Biji Pisang Emas / 6 biji Pisang Berangan 
 3/4 Cawan Gula
 2 Sudu Teh Soda Bikarbonat
 1 Sudu Teh Double Action Baking Powder
Secubit garam

Bahan B
3 Biji Telur
1 Cawan Minyak Jagung / Minyak Masak
2 Cawan Tepung Gandum

Hiasan
Pisang yg di hiris nipis

 Cara2
Pukul Telur hingga berbuih
Masukkan Minyak,gaul sebati
Masukkan pula  tepung gaul hingga sebati,dan ketepikan dahulu.
Pisang Dilecek hingga halus..
Satukan semua bahan A dan ketepikan dahulu
Tuangkan adunan bahan  A ke dalam Adunan B,Gaul hingga Sebati secara kaup balik.
Perap atau biarkan selama 30 minit..
Sudukan adunan ke dalam acuan/loyang kecil. (Sapukan sedikit minyak pada acuan terlebih dahulu)
Letak hirisan pisang  sebagai hiasan
Kukus dengan api sederhana selama 15 minit. (kalau gunakan loyang besar masa mengukus adalah 40 - 45 minit).

 TIPS .. Boleh tambah coklat urai ke dalam adunan jika suka.
 ... Jika guna acuan kecil2 dan comel2, kurang masa mengukus. 15 minit sudah memadai. 
Hirisan pisang utk hiasan kena nipis,barula pisang tak tenggelam ke dalam.

Wednesday, April 3, 2019

Resepi Kari Ayam Yang Sedap,Pekat ,Mudah &Senang Nak Buat

Hi hampaa rajin plak aku pagi ni nak post rcp kari plak weh.Hahaa mudah2an aku nk terus rajin n istiqomah  no..Tapi tuhla kalo bz mmg xdan aih n mood pon malaih ja nak update blog..
Tapi hampa jgn risau kat Utube  Channel  aku salu ja update.. Hampa singah2 la kat sini salu na.. YouTube Channel Aku

Wokey hampa xdan nak senang pnjng2 byk bnda nk kna buat lagi ni..
Kat bawah ni rcp kari ayam pekat yg sedap cara aku na hampa..

Resepi Kari Ayam Yang Sedap,Pekat Dan Senang Jer nak Buat

Kari Ayam Aku Kat YouTube

1/2 Ekor Ayam
3 Biji Kentang
Minyak Masak
4 sekawan
1 Biji Bawang  Besar  DiHiris
Daun Kari
1@ 2 Batang Serai Di Ketuk
3 Ulas Bawang Putih *
5 Biji Bawang Merah *
1inci Halia*
1 Inci Lengkuas*
(Yg bertanda* di tumbuk@di blend)
4 Sudu Besar Rempah Kari
1 Sudu Besar Serbuk  Cili
1/2 Sudu Besar Serbuk Ketumbar
1/2 Sudu Besar Serbuk  Jintan Manis
Santan Secukupnya
Air Secukupnya
1@2 Sudu Besar Kerisek
Gula Gerek/Nisan Sedikit
Serbuk Pati Ayam
Garam Secukup  Rasa

Cara2
Alaaa xkan hampa xtau kut.Tumis 4 sekawan dengan sedikit minyak.
Masukkan  Bawang  Besar hiris. Dah layu ckit letak la daun kari.pastu Serai
Pastu hampa masukkan bhn * yg ditumbuk tu..
Dah Garing ckit hampa masukkan  rempah kari n serbuk cili yg telah di bancuh dgn sedikit air.
Masukkan juga serbuk ketumbar  dan serbuk Jintan manis..
Tumis sampai garing dan pecah  minyak.
Masukkan Ayam.Gaul data n biar ayam klr air dahulu baru masukkan santan cair..
Masukkan kentang,kerisek.gula Gerek dan santan pekat.
Letak Garam Secukup  Rasa
Siap
Nak lebih detail cara nk memasak.Blh tgk di Utube Channel  aku na..YouTube Channel Aku

Resepi Roti Jala Sedap Yang Kekal Lembut Seharian & Tak Mudah Basi


Assalamualaikum n selamat pagi hampaa semua yg sudi singgah Ke DZ ni..Adess punya la baloq n bz xdan nk update resepi2 kat sini..Padahal kat utube channel  aku di sinun YouTube Channel Aku ada ja aku upload video  baru salu..
Kalo la hampa nk resepi apa2 boleh ja ke utube channel  aku tu.Senang video  masak step by step gituu.Walaupon aku xla pndai mana nak buat video  n edit video bagai..Tapi boley laa janji tujuan asal nak berkongsi resepi tu sampai kann..



Actually  masa hari akad nikah ank sedara aku baru2 ni aku ada la masak kari ayam , kari daging n Roti Jala..
Apa yg buatkan aku trkejut tu xdan 10 minit kari aku buat dah licin.Yg tinggal cuma serai ja weh,tu pon sbb xleh ngap.Kalo blh ngap ngan serai pon licin dah, wakakkaaa ..
Wokey arini aku nk share rcp roti jala yg kekal lembut seharian,yg tak mudah basi..Rasa pon sedap tau,wahh gitchuuu


Resepi Roti Jala Yang Lembut Seharian Dan Tak Mudah Basi

Link rcp roti jala ke utube aku

3 Cawan Tepung Gandum
2 Biji Telur
5 Sudu Besar Minyak Masak
21/4 - 21/2 Cawan Air (blh letak santan dan juga susu..Tapi kalo letak air lebih tahan lama tak Mudah basi)
Serbuk Kunyit @ Pewarna Kuning Secukupnya
Garam Secukup Rasa
Gula 1 sudu Teh

Cara2
Satukan semua bahan dalam blender,blend sampai sebati dan adunan tak berketul..
Masukkan adunan ke dalam acuan botol yg hampa nak menjala tu..
Pastu hampa boleh la menjala ikut suka hampa la nak jala camna..
Lipat atau guling roti yg dah masak..
Makan ngan kari pekat yg aku buat plak,pergh nalarekkek la weh..
Nanti aku bagi rcp kari plak na..

Thursday, February 14, 2019

Ayam Goreng Kunyit Sedap & Mudah Ala Gerai Tomyam


Assalamualaikum n selamat ptg hampaa.Arini curi2 masa sat update blog kesayangan  aku ni..Skang ni tiap ari makin bertambah bz jer ngan mcm2 keja.. Ngan nak msk mkn kat umah,nak ambk antaq ank2 sek dan kafa lagi..
Pergh 1 ari suntuk mcm2 kja ..Tapi ada masa juga nak ber soc med .wakakaa.
Mana nak update FB,IG BLOG &UTUBE CHANNEL  lagii hahaa pndai2 laaa no dah hg gatai sangat nk ada smua..Eh lupaa plak TIK TOK pon ada weh..Jom la hmpa pakat polo aku .Ada yg sudi x🤣..

Kat FB Zalieda  Zaliedana
IG Zalieda
Utube  Channel  Zalieda Diari Zaliedana
Blog Diari Zaliedana
Tik Tok Zalieda Zaliedana

Wokeylah hampa b4 aku melalut ngan mcm2 ,aku share kat hampa rcp ayam goreng kunyit yg sedap gila ni na..
Sure ada yg kata alaa Ayam Goreng  Kunyit  ja pon..
Eh hampaa tau dak, ada jaaa yg xtau nk masak camna..Hampaa yg dah pndai tu duk diam2 sudah..


Resepi Ayam Goreng  Kunyit Sedap& Mudah  Ala Gerai

https://youtu.be/a1F93o1heRk

Dada Ayam Potong Dadu
1/2Sudu Teh Garam
1Sudu Teh Serbuk Kunyit
3/4 Sudu Teh Rempah Kari Daging
1/2 Sudu Teh Serbuk Cili
Serbuk Pati Ayam
Serbuk  Lada Sulah Ajishio
1Sudu Besar Tepung Beras@Tepung Jagung

Bahan Lain
2 Ulas Bawang putih Ditumbuk
1inHalia Hiris Halus

Bahan sampingan
Carrot
Bawang Holland  Potong Bulat
Bunga Kubis
Kacang Panjang
Cili Besar Merah dan Cili Padi
Minyak Masak Secukupnya

Cara2
Gaulkan Ayam yg telah di potong dadu dengan garam,serbuk kunyit rempah kari,serbuk cili,serbuk Pati ayam,lada sulah ajishio dan Tepung Beras/Tepung Jagung..
Goreng ayam hingga garing,ketepikan buang sedikit minyak dan tumis bawang putih dan halia..
Masukkan Carrot,Ayam yg telah  di goreng, bawang Holland,bunga kubis,kacang panjang,cili merah dan cili padi..
Toskan minyak yg berlebihan dan sedia utk di makan..

TIPS
 Goreng ayam minyak kena Byk.
Goreng api Besar baru la luar rangup ckit n dlm lmbut juicy.
Guna bawang Besar Holland baru manis dan bertambah sedap
Tepung Beras@Tepung jagung  utk rangup dan garingkan ckit ayam tu..
Letak serbuk cili utk lbh pedas ckit dan warna lagi menarik