Monday, October 17, 2011

Kek Karamel Yg Ku Idamkan..

Assalamualaikum n salam sejahtera semua..Selamat ptg isnin juga wat semua yg masih sudi singgah n tinggalkan komen di teratak usang ini ya.Berapa hari sudah xberupdate,adakah yg masih sudi singgah sini...
Sebenarnyer puan tanah dlm mood kemalasan nak update,biasalah kalo vitamin M menyerang,mmg malas ajer nak update,lagi best golek2,baring2,sambil layan puteri2 tersayang yg makin membesar nih..Syifa lak makin lasak,nana lak makin kuat jeles kat adik n kedua puteri tersayang mkin lah suka memunggah n menyemakan bilik n umah nih.huhu..Betoilah kata org anak2 adalah penawar n pemening kadang2..Kalo tgk depa tido rasa kesian sgt,kekadang time diorang wat hal,mrh xhengat dunia,haha..
Ermm panjang pulak intro arini kan,sebenarnyer nak kongsi kegembiraan aku,sbb alhamdulillah menjadi kek karamel ku ni,walaupun 1st trial,ngee mmg happy sesangat..Kek nih lah membuatku termimpi2,mmg dah lama hajat hati nak try,tapi bila pikir sapa lak nak mkn kalo wat nanti,so tangguh dulu lah,sabtu mlm2 buta dlm kul 1lbh pas anak2 tido wat kek ni,sbb niat hati nak jamu family adik hubby klmarin,hehe..
Alhamdulillah sgt,bila potong n hidang kat hubby,komen positif,dia kata sedap n yg plg syok sgt dia puji cantik,kale sweet ajer,hihi,suke2..Family adik hubby pulun mkn,tinggai cikit lagi jer utk kami,sekbek depa suka,hehe..Mmg berbaloi menerai,sbb kejadian kek nih,wat aku happy sgt..

Masa lam oven tuh aku igt habislah kek aku nih,sbb naik punya tinggi,aku guna loyang 8in,Kira mmg suspen sgh la ai,hihi..Kalo lenkali wat,karamel tebal cikit,mmg lagi best ni,mkn sejuk2 ,pergh mmg sodap..
Tq utk puan punya resepi asal n kak ita,atas resepi n penerangan panjang lebar tuh ya..

KEK KARAMEL
Resepi : Puan Munira Baharum
Sumber: Kak Azlita @ Masam Manis

Bahan:-

A - Gula Hangus
  • 2 sudu besar gula pasir
  • 2 sudu besar air panas
Cara-Cara:-
  1. Sediakan loyang bulat 8 inci.
  2. Tabur gula dalam loyang dan masak atas api perlahan. Biar gula hancur dan warna tukar jadi perang.
  3. Ratakan gula dgn menyenget2 kan loyang kiri dan kanan. Biar gula sejuk. Gula yg sejuk ni akan keras dan akan retak2 dan berbunyi spt kaca pecah bila dah keras. Ketepikan.
B - Adunan Karamel
  • 1/2 tin susu cair (susu sejat)
  • 70 gram gula castor
  • 1/2 sudu teh esen vanilla
  • 3 biji kuning telur
Cara-Cara:-
  1. Kacau susu dan gula hingga gula larut.
  2. Dalam bekas berasingan, kacau telur dan esen perlahan.
  3. Satukan kedua2 bahan dan kacau rata perlahan aje. Kemudian tapis ke dalam loyang gula hangus tadi. Ketepikan.
  4. Kalau nak dapatkan lapisan karemel yg tebal gandakan sukatan susu dan kuning telur.
  5. (Adunan ni tak perlu di bakar dulu ye! kita akan bakar adunan ni bersama adunan kek nanti )
C - Adunan Kek
  • 70 gram gula kastor
  • 3 biji telur kuning
  • 135ml air
  • 45ml minyak masak
  • 140 gm tepung gandum
  • 1 sudu teh baking powder
Cara-Cara:-
  1. Pukul telur kuning, minyak dan air sampai gebu dan tukar ke warna putih.
  2. Kemudian masukkan gula kastor dan pukul lagi sampai naik sekali ganda.
  3. Matikan mixer dan masukkan tepung dan baking powder yg telah diayak.
  4. Masukan sikit2 dan kacau perlahan secara kaup balik hingga kesemua bergaul sempurna.
  5. Ketepikan.
D - Bahan Meringe
  • 6 biji putih telur - pastikan jgn tercampur sedikit pun telur kuning
  • 70 gram gula castor
  • 1 sudu teh serbuk cream of tar-tar
Cara-Cara:-
  1. Pastikan semua peralatan dalam keadaan kering. Masukkan putih telur dan pukul sebentar hingga berbuih.
  2. Masukkan gula dan tatar dan terus memukul dgn speed tinggi hingga adunan kental dan kaku. (soft peak - kalau kita terbalikkan loyang adunan, putih telur tu tidak jatuh.)
  3. Masukkan 1/3 bahan merinque kedalam adunan tepung tadi. Gaul rata secara kaup balik.
  4. Kemudian masukkan semua baki adunan merinque dan ratakan dgn kaedah kaup balik hingga bergaul sempurna. Kacau perlahan sahaja.
Cara Menyediakan Keseluruhan Kek Karamel:-
  1. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian yg sama banyak dalam bekas berasingan.
  2. Letakkan pewarna yang anda sukai, kacau warna sebati.
  3. Bermula dari tengah, sudukan 3 sudu besar adunan purple, diikuti 3 sudu besar pink atas lapisan purple, dan 3 sudu besar adunan biru atas pink lapisan pink. (Nota - adunan yang awal2 mmg akan terapung2 di atas karamel...sehingga adunan dah hampir separuh diletakkan dan sampai ke tepi loyang, baru adunan berkedudukan tetap...no worries ok!)
  4. Buat begini sehingga 3/4 adunan, kemudian buat pula cara yg sama dgn sukatan 2 sudu besar pula setiap lapisan warna
  5. Akhir sekali dengan 1 sudu besar setiap lapiasan warna.
  6. Lorekkan atas adunan dengan lidi.
  7. Panaskan oven terlebih dahulu (*Ita panaskan pada suhu 170C terlebih dahulu. Bila dah masukkan kek dalam oven, Ita tukar pada suhu 160C. Gunakan api bawah saja)
Kaedah Steam Bath:
  1. Tuangkan air panas dalam loyang yg lebih besar dari loyang kek tadi.
  2. Letakkan loyang yg berisi kek dalam loyang yg berisi air panas tadi
  3. Letakkan pada rak bawah dalam oven.
  4. Bakar kek pada suhu 160 C dengan api bawah selama 1 jam atau sehingga kek benar-benar masak.
  5. Jangan buka pintu oven semasa proses pembakaran 1/2 jam pertama.
  6. Selepas masak ita biarkan kek kekal dalam oven sehingga kek renggang di tepi loyang.
  7. Terbalikkan kek atas pinggan dan biarkan kek turun sendiri. (lap-lapkan air karamel yang turun di bahagian tepi kek - elok letak kek atas jaringan rasanya, so x terendam)
  8. Potong kek bila ia benar-benar telah sejuk.
  9. Simpan kek dalam peti ais untuk tahan lebih lama. Kek ni juga sedap di makan dikala sejuk.

14 comments:

HaSue said...

Memang betul laa ct..kdg2 tu g best golek2 sesambil layan anak2 yg membesar ni.layan karenah diorg smpai x nyempat2 nk ngupdate. padahal boleh je nak wat auto publish..M yg lebih kot..tu akak ler tu.ekeke

cantik je kejadian kek karamel tu ct.akak x terbuat2 lg karamel ni.masih duk terbyg puding karamel nya tu aje yg abis dmakan kang.hihi..apa2pun lenkali nak gak try

Zalieda Zaliedana said...

Kak Hasue,
Tuhla kak,sy pon kekadang wat autopublish ajer,wat mlm2 pas ank2 tido,tapi kdang pas depa tido,kita sekali jalan kak..Sbb siang2 cam xsempat ajer,pastu komen@nak bw wat siang2 n time free,hihi..Kek ni moist kak,maybe sbb da puding karamel tuh,xla kering..TANG KARAMEL TUH YG BEST..

tun_telani said...

wallaaaa.... tu diaaaa.... akhirnya kak CT pun dh tayang kek yg glemer nih.. tun je laa yg buat dlm mimpi je.. huhu...
cantiknyer kek akak.. kaler pun cantik. meh nk rasa sepotong.. nk kasi yg dlm pinggan tu pun ok gak ^^

EmbunRosaliza said...

Assalam CT, akk nak gak cuba, tulah ngan dak kecil rasa mcm susah je takut jadi separuh jln heheh, nk buat mlm2 mamanya sekali jln heheh.

Memang cantik sangat kek tu,puas hati berjaga ke pagi heheh

Liza said...

Salam Ct..cantik kek puding tu..Liza pin dh buat ari tu..mmg sedapkan..jemput ziarah blog Liza yer..

Nuwairani said...

kalau buat kek yang leceh macam ni tapi menjadik kan, rasa happy taktau nak cakap mcm mana..nani buat hari tu senyum sepanjang hari bila kek menjadi...adoi....sedap sangat2 kek ni...cantik la kek kak ct ni...nanti nk try buat lagilah...

anymz said...

aduuuuuuuh cantiknya kejadian marblenya tu ct payung oi..awat tak habaq nak buat kek karamel ni.boleh akak tumpang sekaki...hehe

quinnie said...

tahniah kek nya menjadi....lepas ni boleh buat lagi ek...:)

Kak Sam said...

Huahhhhhh jelesnya. Napa akak punya tak secantik ni?. Hehehe tunggukan kemuculan hijau purple esok hari. Oppsss kalau vitamin R ada lagi le. Kalau vitamin M yang datang lambat lagi le jawabnya. Pergi le bergolek2 ngan budak berdua tu

cik cek said...

WoW!...lawo...lawonya kek lapis karamel ni...nak buat asyik tertangguh2 je...ntah bilala sampai serunya...he he :D

Wattie said...

Salam Dana,
Cantik nampak kejadian kek karamel Dana, sayang lak nak makan....

Ayu said...

Assalam ct, waduh memang ramai yang dah mencuba kek karamel ni ya..akak juga masih belum cuba..sebab seru belum datang ler..hahah..

Unknown said...

lawanya kek ct ni...menarik warnanya tu. kek ni memang sedap...akak pun suka bangat...hehe

Anonymous said...

mmg cantik kek tu...renyah jugakan nak buat...tapi rasanya mmg berbaloi kut dgn rupa dan rasanya...:)