Wednesday, November 30, 2011

Roti/Pau Goreng 3 Inti..


Assalamualaikum..

Pau goreng nih dah seminggu lbh kut aku wat,tah ari apa,smp dah lupa dah..Pau nih pon mmg la semestinya dah licin..Punyalah perap lama pic nih,rini baru nak n3 kan..Sorry mama hawa eks..Mama amik resepi dari blog kak anim..Kak Anim lak amik dari ilham dapur,kak maz..Nih pon aku update gara2 kak nur tanya resepi kat fb,baru tingat rcp xletak kat blog lagi,adoyaiii..
Wat nih gara2 tergodaaa sgt bila nmpak kat umah mama hawa..Adeeiii mmg xtahan nmpak yg mama wat,punyalah montok2,ngalahkan pakai botox weh..Tima kasih byk ya utk semua yg terlibat di atas resepi ni..

Aku wat 3versi,1 inti kacang merah,1inti sardin n inti kacang merah..Inti sardin semestinyalah utk my laling terchenta..

Versi inti kacang merah..

Inti sardin,khas utk laling tersayang..

Versi inti kentang n daging.

Bahan-bahan
  • 1/2 cawan air suam* (-/+)
  • 2 cawan tepung gandum (-/+)
  • 2 sudu kecil yis kering (kita guna brand mauripan)*
  • 3 sudu besar susu tepung
  • 2 sudu besar butter cair
  • 1/4 sudu kecil garam
  • 1 sudu besar gula*
  • inti red bean paste secukupnya - simpan dalam peti dulu baru senang nak bulatkan - kita beli yg dah siap kat bakeri - mama pun
  • minyak untuk mengoreng

Cara-cara

1. Dalam mangkuk satukan bahan-bahan yang bertanda *. Biarkan seketika (1-2 minit) kemudian masukkan butter cair, kacau sebati.
2. Satukan tepung, garam dan susu tepung. Masukkan sedikit-sedikit kedalam no 1 sambil dikacau guna garfu (kacau buat bulatan jam) sehingga adunan tadi bersatu (menjadi seketul) tapi tidak keras. Kemudian boleh la diuli dengan tangan sehingga adunan menjadi licin dan tidak melekat pada tangan (adunan ni mesti lembut, kalau lembik tambah tepung sikit-sikit je, sapu kat tangan gtuw).
3. Tutup mangkuk dengan plastik wrap atau kitchen towel dan biarkan selama 30 minit. Kemudian tumbuk-tumbuk sedikit doh yang telah naik tadi.

4. Ambil sebesar bola golf pastu leperkan sedikit, letak inti yang telah dibulatkan tadi dan tutup elok-elok. Bila nak goreng leperkan sedikit dulu
6. Panaskan minyak dalam kuali dan boleh lah digoreng sebiji-sebiji sambil simbah minyak panas ke atasnya (supaya ianya jadi kembang dan lembut). Goreng sampai habis. Siap..sedap makan yang panas2

SMECC Entah Kali Yg Keberapa..

Assalamualaikum..
Selamat pagi..Moga ceria2 selalu ya wat semua pengujung2 Diari Zaliedana..
Aku sengaja letak shortform,sbb tajuk panjang sgt,hihi..
Kek yg sgt sodap nih akceli dah byk kali wat dah,sbb mmg secukup rasa lamak n rasa moist kira mmg sedap kat tekak kamilah..Nak wat pon senang bangat,kejab jer dah siap..Kat sini pon dah 3kali aku inteprem..Leh tgk kat sini eks..
Ekceli aku wat utk bawa sebagai buah tangan ke kenduri umah kakak aku friday lepas,pastu sbb aku n nana cuma rasa sorng sebiji jer,aku pon wat lagi 2ari yg lepas,haha dasar nak ngap lbh la ni..Mmg berbaloi aku wat,nana seperti biasa,mmg suka sgt kek resepi kak dayang nih..
Dahla nak wat senang,cuma kacau2 jer,pastu lak telur pon jimat beb,sbb xyah guna telur,hihi..Nih ayat kedekut ke ape eks..
Apa pon tima kasih byk ya kak dayang utk resepi nih..Sy tempek lagi kat sini,walaupon mmg dah pernah tempek,hihi..

Jari sapa tah nak juga inteprem,adeiiii..

Super Moist Eggless Chocolate Cake
Sumber resepi:-Kak Dayang jack

bahan-bahan : loyang 6-7 inci

* 1 cawan tepung gandum
* 1 sudu kecil baking powder
* 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
* 1/2 cawan serbuk koko (DJ guna Cap Kijang)
* 2 sudu besar susu tepung
* 1 1/4 cawan air sejuk (dari peti ais)
* 1 cawan gula perang
* 1 sudu kecil esen vanilla
* 1/2 sudu kecil coffee emulco atau chocolate emulco
* secubit garam
* 1/2 cawan minyak masak sayuran atau minyak jagung
* 1 sudu kecil cuka atau jus lemon

Tekstur kek sgt halus n mmg moist,lembut n secukup rasa jer..Manis pon sedang2 ajer,kira mmg ngam n sedap bagi selera kami lah..
Cara-cara :

1. Panaskan oven pada suhu 160C. Sediakan loyang kek. Griskan dengan mentega. Jika ingin menggunakan paper cup pun boleh juga.
2. Ayakkan tepung bersama baking powder, soda bikarbonat dan serbuk koko di dalam bekas besar. Masukkan tepung susu, garam dan gula perang. Kemudian dikacau rata-rata.
3. Masukkan air sejuk, minyak masak, esen vanila dan coffee emulco/chocolate emulco. Kacau perlahan-lahan dengan whisk. Pastikan adunan tidak berketul.
4. Akhir sekali masukkan cuka atau jus lemon. Terus dikacau serta merta sehingga sebati.
5. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 30-40 minit atau hingga masak.
6. Sejukkan kek setelah masak. Boleh juga dihiaskan dengan topping kegemaran.











Yg nih aku wat utk bawa pegi kenduri arwah n bersunat kat umah kakak aku friday lepas,mmg mendapat sambutan n pujian dari ramai..Mmg licin kejab ajer,smp kakak aku kata awat bawa sikit sgt,Adeeiii 80biji tuh..Pasni dia kata kalo nak balik kg,wat lagila kek ni,hihi..

Tuesday, November 29, 2011

Kuih Bingka Suji..

Assalamualaikum..

SALAM Sejahtera n selamat malam semua..Maaf sesangat dah lama xde n3 terbaru..Ari jumaat seperti telah diberitahu kami sekeluarga blk ke alor setar,pastu semalam lak hubby kan bercuti lagi,so mmg xda peluang la nak on lappy,bz jer,huhu..
Akceli dari ptg tadi duk upload pic,tapi xleh nape tah,so malam nih try lagi,alhamdulillah dah boleh..Nih pon ank2 tgh main ngan hubby,curi time jab update bingka(bengkang panggilan kat utara) yg mmg sedap sgt..
Aku wat bingka nih tghri klmarin,sbb nak bawa ke rumah maklong hubby kat blk pulau ptg klmarin..Yerla org tua2 mesti suka kuih yg lembut n lemak 2 manis nih kan..

Yg nih bawa g umah maklong hubby..6Biji coz maklong n kazen hubby jer yg da pon..Pastu aku bagi juga lah utk jiran sikit yg potong tuh..
K lah xnak bebel panjang2,b4 anak2 kacau,nak update cpat2,hihi..Tq ya utk Along n Cmg atas resepi nih,juga tq utk Datin jun..Sy copy paste kat sini utk rujukan akan datang pula ya..

Resepi :-Along Roz
Sumber Resepi:-Jun Yummylicious &Cmg

BAHAN-BAHANNYA :-)
3 biji telur gred A
110 gram gula (boleh tambah sedikit lagi jika suka manis)
160 gram suji @ semolina
250 ml santan pekat
435 ml air
1 camca teh pes pandan
1/4 camca teh garam
90 gram mentega
30 gram tepung gandum
Sedikit bijan untuk hiasan (resipi asal tak letak)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Alas tin berukuran 8 inci x 8 inci x 3 inci dengan aluminium foil, biar lebih sedikit dibahagian kiri dan kanan, lenser dengan mentega pada dasar dan tepinya (tujuan melebihkan aluminium tadi ialah supaya kueh mudah diangkat keluar). Panaskan juga oven pada suhu 190C.
  2. Satukan semua bahan2 diatas kecuali mentega. Kacau rata dan tuang dalam bekas tahan panas, kemudian tenggekkan atas air mendidih dan kacau dengan whisk sehingga bancuhan pekat seakan2 bubur (seperti dalam gambar). Alihkan dari dapur dan masukkan mentega, kacau rata hingga sebati.
  3. Tuang dalam tin yang telah disediakan. Tabur bijan rata dan bakar dalam oven selama 1 jam, 5 minit sebelum akhir waktu membakar, tukar api oven pada fungsi grill. Ini akan menghasilkan permukaan kueh bingka perang keemasan. Biar betul2 sejuk baru dipotong. Boleh hidangkan untuk minum petang...
Kuih yg lembut n lemak manis..Mmg secukup rasa..

*Peringatan utk aku:-
Aku letak gula 100gm,mmg mns dah ok,
Pastu Mntega aku letak 80gm/tapi agak berminyak juga,maybe sbb aku guna santan pekat yg fresh,so nx time kalo guna santan pekat yg fresh,aku nak kurangkan mentega..

Thursday, November 24, 2011

Apam Mentega,Memang Sedap^_^

Assalamualaikum..

Menu minum ptg kami arini apam mentega gula hangus yg mmg sedap n lembut..Patutlah tun Telani puji melambung,mmg berbaloi2 wat ptg nih,hubby mkn 5biji yg lebiu2 nih,blk kja xsat,aku dah siap hidangkan apam nih,hihi..
Mula2 tuh igt nak wat apam yg mcm kak Rosaliza tayang,xpon yg yana tuh,tapi bila baca komen tun kat n3 yana dia suka yg resepi kak sofea nih,so aku pon tanpa pikir2 lagi,terus wat jer resepi kak sofea nih..Mmg xrugi sbb sedap..Esk pagi cadang nak wat lagi utk bawa blk sbgai buah tangan selain kek..
Tima kasih byk utk tun yg promote baik punyer,kak sofea cayang n juga kak liza ya,sy letak resepi disini pula ya,utk rujukan akan datang..

Merasmikan mould lebiu yg baru di beli,Adoyaiiii org len dah berkurun da mould nih,aku jer ygbaru beli..Nak wat camner baru jumpa,hihi..Xperlah kan aku nih ketinggalan cikit,org len dah pon guna mould2 yg canggih2..

Terus terang ckp apam nih mmg sedap,lembut sgt..Kira mmg berpuas hatilah..

Apam Mentega
Sumber: Kak Sofea@after6am, kakfiza@myr
Sumber Resepi:-Tun Telani

Bahan-bahan ( +-50 biji )

  • (A) Bahan2 utk gula hangus:-
  • 11/2 cawan gula pasir
  • 1 cawan air
  • 250 gm mentega
  • (B)
  • 3/4 cawan gula castor(Aku xletak dah)
  • 4 biji telur
  • 3 cawan tepung gandum ayak besama
  • 2 sudu teh soda bikarbonate
  • 1 tin susu cair(Aku ltk 200ml utk half adunan)
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 2sdb Susu pekat aku add

Cara-cara

  1. Cara membuat gula hangus: masukkan gula dlm periuk, masak dgn api perlahan hingga gula larut dan berwarna perang.
  2. Padamkan api (utk mengelakkan air gula terpercik semasa kita tuang air) dan masukkan air. Nyalakan semula api dan kacau hingga semua larut dan masukkan mentega,kacau rata dan ketepikan.
  3. Putar gula, telur dan esen vanila hingga kembang dan masukkan gula hangus yg masih panas tadi.
  4. Kemudian masukkan susu selang selikan dgn tepung.gaul semua hingga sebati.
  5. Perap selama 1/2 jam.
  6. Panaskan pengukus dan acuan lompang. Tuangkan adunan ke dlm acuan. Adunan ni jika dituang penuh kedlm acuan pun x mengapa sbb semasa masak dia x akan melimpah.
  7. Jika guna acuan lompang kukus selama lebih kurang 15 min - 20 min. Tutup pengukus dgn kain supaya wap tidak jatuh ke bawah.
  8. Selamat Mencuba.......
Aku wat juga dlm acuan lompang nih,senang kecik2,nana nak ngap pon sng,sekali mkn 4biji licin..
*Versi malas n nak cepat ajer,syifa dah nangis,aku blend semua bhn B kecuali tepung hingga sebati,lepas tuh baru lak aku msukkan bhn A n tepung, blend lagi..Sng cite,Haha..Pastu aku perap 1jam,(Yerla sementar duk layan dak berdua dulu)..

Angel Hair Aglio Olio

Assalamualaikum..
Selamat pagi..Dah nak msuk tghri dah nih..Tgh watpe tuh,dah msk ke,mesti ibu2 yg xbekerja tgh bz kat dapur kan,yerla anak2 yg tgh bercuti tuh mesti da mcm2 permintaaan yg nak suruh mak diorang masak kan..Mak2 pula,kadang tangan xsempat nak kering lagi,anak2 dah tanya menu pa pula utk minum ptg,adoyaiiii anak omak..Tapi yg pasti aku sendri sebagai ibu mmg suka sgt kalo anak2 n hubby suka apa yg kita masak n mkn ngan penuh selera sekali,rasa penat n peluh ketiak time masak tuh hilang terus,hihi..
Oklah panjang pula intro kan,mcm xda kja lak,padahal mmg byk kja sungguh arini,coz esk dah nak blk kg.Angel hair nih menu dinner mlm tadi,bagi aku mmg sedap,coz aku da letak cili flakes n cili padi,pastu lada itam,mmg pedas n terangkatlah..
Aku da tgk yana wat angel hair lebih kurang gini,ni kes nmpak sedap n terliur yg yana punyalah ni..Pastu aku wat la ala2 yg yana wat,tapi klmarin xsempat lak nak tgk n usha betoi2 resepi yana,bila tgk bhn2 dia tadi,mmg lbh kurang yana jer,so inilah resepinya,yg aku edit2 dari resepi yana..Nih versi aku wat semalam la eks..Tq ya yana cayang,muahhhhss..

BAHAN-BAHAN:-

Pasta Angel Hair Secukupnya..
2 ulas Bawang Putih ( Di Cincang )
1/2Biji Bawang Besar(Di Dadu)
1Biji Tomato (Di Dadu)
10 Ekor Udang Sederhana
1Ketul Paha Ayam (Dibuang Tulang n Di potong)
1/2 sudu besar serbuk lada hitam
Serbuk Lada Sulah Ajishio
1/2 Kiub Pati Ayam
1/2 sudu besar dry oregano@Mix Herb
1Sudu Teh Chili Flakes
2,3 Cili Padi (Diketuk)
Brokoli/Celery/Capcicum hijau n kuning
Minyak zaitun Utk Menumis
Garam Secukup rasa

Antara Bahan2 yg aku gunakan..

Cara-Cara:-
Angel hair di rebus dengan sedikit minyak n air sehingga lembut,tos n ketepikan.
Panaskan Kuali,Masukkan minyak zaitun,tumiskan bawang putih,bawang besar hingga kekuningan.
Masukkan ayam,seterlah separuh masak,masukkan udang,lada hitam,chili flakes,cili padi,lada sulah,pati ayam,garam,brokoli,celery,capsicum n oregano..Gaul2 sebentar sehingga semua bahan masak,masukkan pula angel hair,gaul biar mesra n rasakan,jika ok,bolehlah dihidangkan..

Jemput makan semua..Yum yum..!

Wednesday, November 23, 2011

Ayam Mentega Rangup^_^

Assalam semua,
Adeeiii kebizian dengan anak2 n line tenet tiba2 xda pagi tadi,cadangnya nak mskkan rcp lain pagi tadi,xperla nanti2 aku masukkan..Adoyaiiii geram sungguh..Nih pon nak update menu lunch kami rini kalut2,sbb ank2 dah bgn tido..Kalo mek 2 org tuh bgn mmg ssh cikit nak lama2 depan lappy nih..Nih pon nana dah mula memberontak nak tarik perhatian ummi yg tgh menaip,taip pon kalut2 jer nih..Malam2 karang aku BW eks..Maaf sesangat..
Ayam mentega rangup nih sedap kata En hubby,yer mmg sedap n simple resepinya..Tima kasih utk kak diana yg berkongsi rcp,aku kalo nak cari rcp ayam mmg selalu jengah blog kak diana ajer,coz mmg kena ngan tekak kami..

Set Nasi lemak lunch kami arini..Plate nih laling terchenta punya..Bila tanya sedap ke x,jawapannya SEDAPPP..Hihihi..

Sumber Resepi:- Kak Diana

Bhn²
2 keping dada ayam _ d hiris
2 tangkai daun kari _ d hiris
4 biji cili padi _ d cincang
60 gm mentega ( Boleh d tambah jika hendak kuahnya bersalut banyak kat ayam tu yer )
1/2 biji bawang besar _ d cincang
Tepung jagung secukup kegunaan
Minyak untuk menggoreng
Sedikit gula

Bhn² Perap
1/2 tsp perencah pati ayam Tumix
2 tsp gula
1 biji telur
1 tbsp tepung jagung
1/2 tsp serbuk lada hitam
1/2 tsp serbuk lada putih
Garam secukup rasa


Cara²
  1. Ayam d gaul bersama bhn² perap dan perap selama 20 minit.
  2. Saluti ayam tadi dengan tepung jagung.. Goreng.. Setelah ayam masak angkat dan ketepikan.
  3. Cairkan mentega dan masukkan bawang besar, daun kari dan cili padi.. Tumis sehingga naik baunya.
  4. Kemudian masukkan ayam dan gula.. Gaul sebati.
  5. Angkat dan hidang.
Sambal sotong kembang nih dah lama aku teringin nak mkn,2 3 kali g pasar xda,kalo g giant mmg da,tapi terlupa lak,pastu weekend baru nih barulah teringat time g giant,adeiii sedap sungguh..Nyumyum..

Saja nak tayang telur burung puyuh yg xrebus lagi nih,Akceli aku beli 10biji jer telur nih,mmg dah niat nak rebus n mkn ngan nasi lemak,pas blk pasar,siap cuci2 kulit telur nih,aku simpan peti ais,pastu bila aku buka peti ais,nana nmpak telur nih terus dia ckp nak bola,nak bola,aku pon tanyalah,mana bola?dia boleh tunjuk kat telur burung ni n ckp bola,bola,Adeiii anak aku..Pastu bila hubby buka peti ais pon sama gak dia duk gaduh nak bola,smpai kena sembunyi,sementara nak msk arini.Aku n hubby tergelak terbahak2,adoiiiyaiii,lawak sungguh si nana nih..

Tuesday, November 22, 2011

Jantung Pisang Ala Peranakan&Masak Lemak Labu Berudang

Assalamualaikum..
Dah ptg2 gini baru dapat bersiaran..Pagi tadi sakit kepala,rasa xlarat ajer,pas hubby g kja continue tido blk..Bgn kul10,haha..Puas tido..Bgn2 msk simple2 n hangatkan lauk yg xabis klmarin ajer..
Sebenarnya aku xsabar nak blk kg jumaat ni,sbb knduri umah kakak aku,pastu nak menziarah pak su aku yg baru pulang dari Tanah Suci semalam..Kul 12lbh juga baru turun flight,aku x p pon kat byn lpas,coz dah lewat sgt anak2 dah tido,nanti kalo pegi juga takut meragam,so blk kg nanti baru menziarah sekali..Segoga beliau,maksu n jemaah yg lain mendapat Haji yg mabrur..InsyaAllah 1ari nanti aku juga nak menjejakkan kaki ke sana..
Oklah meh layan kerabu n masak lomak yg best ni,yg menbuatkan hubbyku memuji n makan ngan penuh selera sekali,hihi..Tq utk kak yatie n Cmg atas resepi nih ya..



Resepi:CMG
Sumber Resepi :-Kak Yatie

BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 2 biji jantung pisang
  • 15 ekor udang saiz sederhana
  • 1 kuntum bunga kantan, hiris halus
  • 1 batang serai, ambil bahagian putih, hiris halus
  • 2 helai daun limau purut muda, hiris halus
  • 2 biji cili padi, hiris halus (untuk hiasan)
  • 4 biji limau kasturi, perah jusnya
  • 5 biji bawang merah, hiris halus
  • 100 ml pati santan
  • 2 biji cili merah*
  • 3 biji cili padi*
  • 1 inci belacan*(*ditumbuk halus)
  • Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Jantung pisang dibuang sedikit kulitnya, rebus hingga lembut. Tos dan sejukkan, kemudian buang lagi lapisan kulit hingga dapat bahagian yang lembut. Belah dua, hiris dan toskan, kalau berair, perah sedikit dan letak dalam bekas.
  2. Santan dimasak bersama bahan tumbuk halus, guna api kecil, kacau rata dan masukkan udang, tambah garam dan gula secukup rasa. Bila udang masak, matikan api dan sejukkan.
  3. UNTUK KERABU JANTUNG PISANG :- Masukkan hirisan daun limau purut, serai, bunga kantan dan bawang merah ke dalam bekas berisi jantung pisang tadi. Gaul rata dan masukkan no. 2, gaul lagi dan tambah jus limau kasturi, sesuaikan rasa, jika kurang garam tambah sedikit lagi. Tabur hirisan cili padi sebelum dihidangkan..
Feberet En hubby nih..Makan ngan penuh selera..Aku pelik cikit,kalo labu masak2 gini xsuka pula,kalo wat kuih tuh mmg suka ajer,hihi..

Resepi Masak Lemak Labu Berudang


Sumber Resepi:-CMG

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 biji labu manis, saiz sederhana(Aku msk 1/4biji jer)
8 tangkai panjang, dikerat pendek(Aku xletak)
2 batang serai
2 helai daun kunyit
1 biji bawang besar, hiris
3 ulas bawang putih diketuk
1 liter santan cair
300 ml pati santan
1 camca besar udang kering, rendam 10 minit, tos dan tumbuk kasar
Garam dan gula secukup rasa
Aku add juga udang basah n sedikit cili padi kisar)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Labu dibelah, buang biji, kupas kulit dan potong kiub saiz besar, cuci dan toskan. Kacang dipatah pendek2, cuci dan toskan.
  2. Masukkan labu dalam periuk bersama serai, hirisan bawang besar, bawang putih dan udang kering. Masukkan juga santan cair, kacau rata dan masak hingga mendidih. Masukkan kacang panjang dan daun kunyit.
  3. Tambah pati santan, tambah garam secukup rasa, lada hitam tumbuk dan secubit gula, kacau perlahan dan biar mendidih dengan api kecil, bila labu sedikit lembut dan rasa kuahnya seimbang, boleh matikan api. Hidang dengan nasi panas, sambal belacan dan ikan goreng/ikan masin....


Monday, November 21, 2011

Ayam Harum Wangi (K.Diana)^_^

Assalamualaikum semua,oklah utk n3 kali nih,aku nak kongsikan resepi yg memang best kat tekak kami 1family,resepi yg dikorek dari dapo kak diana cantik manis,mmg marbeles sgt rasa ayam nih..Seindah nama n seperti yg digambarkan dgn namanya,ayam nih mmg harum ngan bau daun limau,ditambah pula dengan haruman dari serai tuh kan,mmg memukau selera,hidung n tekak betoi..Xrugi mencuba..
Time nmpk kak diana post resepi nih,terus ajer aku save resepi nih,pastu ari ni baru jalankan projeknyer,hihi..Gara2 semangat nak msk ayam nih,semalam lagi aku suh hubby petik daun limau pokok jiran,wakaka..Akceli mmg jiran sebelah aku tuh suh jer amik daun tuh bila2 masa ajer,dia lak selalu mai amik daun kari n pandan kat depan umah aku,begitulah kan adat berjiran,sama2 kongsi eks..
Oklah sapa2 yg nak menerai resepi nih leh la cuba eks,mmg sempoi bila letak celery yg diblend tuh..Kak diana cayang,sy c/p resepi utk rujukn akn datang ya kak,tq..

Resepi Ayam Harum Wangi

Sumber Resepi :- Kak Diana Sky Blue
Bhn²
600 gm dada ayam _ d hiris(Aku guna 3ketul paha ayam yg dipotong kecil)
3 biji ubi kentang _ d kupas dan d potong 4
2 batang serai _ d titik
1 inci halia _ d tumbuk
1 inci lengkuas _ d tumbuk
1 biji bawang besar _ d potong dadu
4 helai daun nlimau purut _ d carik²
4 biji cili padi ( boleh d tambah jika suka pedas ) _ d potong 2
1 tbsp minyak sapi
Sedikit air
Sedikit mentega
Minyak secukup kegunaan

Bhn² A ( D Kisar Halus )
2 biji cili merah
10 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1/4 biji bawang besar
4 inci seleri

Bhn² B
1 1/2 tbsp Sos Plum Loon Kee(Aku guna life)
3 tbsp sos cili thai Kimball
1 tbsp sos tiram Maggi
1 tbsp kicap cair
1/2 tsp perencah pati ikan bilis Tumix
1 tbsp serbuk ketumbar
1/2 tsp jintan manis
Gula secukup rasa

Bhn² Perap
1 tsp perencah pati ayam Tumix
1 tsp Maggi Seasoning
Gula
Garam

Nmpak ayam aku warnanya gelap cikit dari kak diana,maybe sbb aku xletak kcp cair,tapi kicap campur kak mas.
Cara²
  1. Perap ayam bersama bhn perap selama 30 minit.. Ketepikan.
  2. Panaskan sedikit minyak dan sedikit mentega.. Goreng ubi kentang sehingga masak.. Angkat dan ketepikan.
  3. D dalam kuali yang lain.. panaskan sedikit minyak dan minyak sapi. Tumis bahan kisar, halia, lengkuas dan serai sehingga garing dan pecah minyak.
  4. Kemudian masukkan ayam dan masak seketika.
  5. Tambahkan sedikit air dan biarkan ayam sehingga empuk.
  6. Masukkan bhn B dan masak sehingga pekat.
  7. Setelah itu masukkan bawang besar, daun limau purut dan cili padi.. Masak seketika.
  8. Akhir sekali masukkan ubi kentang goreng dan gaul rata.
  9. Angkat dan hidang bersama nasi putih panas.

Masalodeh Rangup..

Assalamualaikum n selamat pagi..
Berjumpa lagi diminggu yg baru..Harap semua ceria2 ajer pagi ini ya..Kalo dari pagi bad mood@xceria jer,Mesti 1 arini rasa gitu jer,so pa kata kita senyum2 n jgn moody2 eks..Moga pagi ini membawa seribu keberkatan utk kita semua,InsyaAllah..
Pagi nih seawal 5lbh aku dah on lappy,uii awal bebenor kan,hihi sekali sekala on pepagi buta kan,yerla sementara menunggu En hubby kat toilet tgh mandi2 n nak bersiap ke masjid,aku pon on9 la dulu kan.Hubby aku kalo ke toilet,paling2 sat pon 30minit,kalo plg lama adoiyaiii letih wei nak nunggu,1jam++,sekbek toilet da 2,huhu..
Oklah dari melalut mcm2 kan,meh kita tgk resepi yg aku amik dari Myresepi nih ya,bagi tekak aku,mmg sedap,nak2 pula bila ditambah udang kering yg dikisar,lagi terangkat rasa dia,nana pon suka mkn,mmg byk juga yg dia mkn,seronok bila tgk dia mkn dgn penuh selera sekali,tapi yg xseronoknya,dia malas nak kunyah,akula yg tlg kunyahkan n suap dia,adeiii anak dara aku sorang nih..Nana nih kalo mkn pa,yg agak keras/rangup,mesti malas nak kunyah,adoii tapi nak mkn.Aku kata kat hubby nana nih igt kita gobek dia ka,haha..Hubby lak kureng suka masalodeh nih,dia mkn cikit jerla,xper kan nana,kita leh mkn byk kan,hihi..
Tima kasih byk ya isya utk resepi ni,izinkan sy berkongsi di sini pula..

Resepi Masalodeh Rangup
Sumber Resepi:-Isya_Irfan@My Resepi
  • 2 genggam kacang dal - direndam semalaman
  • 1/2 bii bawang besar-didadu
  • Cili padi/cili kering/cili merah/cili hijau-dihiris
  • Daun kari -dihiris
  • 1/2 kiub pati ikan bilis
  • 1/2 sudu kecil jintan manis-ditumbuk kasar(Aku add juga jintan putih)
  • 1/2 biji telur(Aku xletak)
  • secubit tepung ubi -untuk melekatkan adunan, jangan banyak sangat, nanti liat, tp kalau adunan dh agak boleh dibentuk, tak payah letak tepung ubi pun takpe..(Aku letak tpg beras)
  • Aku add juga 2sdb udang kering yg dikisar
Tgh tggu turn nak digoreng..Aku letak atas daun pisang jer,sng nak angkt.

Cara-cara

  1. Kacang dal ditumbuk atau kisar -jangan letak air.Kalau tak hancur sume pun takpe.
  2. Dalam satu bekas, campurkan kacang dal, bawang, daun kari,cili serbuk ikan bilis, jintan manis, telur, tepung.
  3. Perasakan dengan sedikit garam dan aji. Jangan risau kalau rasa adunan tu pahit sikit, nanti goreng ok lah dia.(garam jangan banyak sbb serbuk pati ikan bilis dh masin)
  4. Gaul rata bancuhan dan kepal2 kan. Bahagi kepada 6 atau 8 biji
  5. Ambik satu biji, kepal2 biar padat dan goreng dalam minyak panas. Semasa menggoreng biar bahagian bawah garing dulu baru terbalikkan, kalau tidak kuih ni cepat berderai. Goreng hingga garing/masak.
  6. Selamat mencuba.
Mmg sedap,berbaloi2 wat,sbb nana suka mkn..

Sunday, November 20, 2011

AYAM BAKAR MAYONIS

Assalamualaikum..
Aku nih sebenarnya dah kering idea nak mengarang,adeiii,camner tuh eks..Jadi meh ler kita usha2 ayam n ambik bau dari jauh dah la eks,kalo da yg nak merasa tuh,kenalah wat sendri ya..
Menu ayam bakar yg simple resepinya,tapi hasilnya,mmg sedap..Yg penting kena perap lama,lagilah bertambah sodap..Aku perap sehari semalam,hihi..
Nih pon menu yg dah licin,tapi baru nak tayang,huhu..Berbanyak terima kasih utk tuan punya resepi ya..


Bakar 1/2 ekor,sbb dinner hubby dah xmkn nasi,smp esk tuh lah baru abis ayam ni,huhu..

Sumber Resepi:-vdia@Myresepi
  • 8 ketul drumstick(Aku wat Half ekor ayam)
  • 1 sudu besar mayonis
  • 1 kiub ayam
  • 1 sudu besar kicap manis(Aku letak kicap campur kak Mas Ajer)
  • 1 sudu besar sos tiram
  • Lada hitam secukupnya-tumbuk
  • 2 ulas bawang putih-tumbuk
  • 1/2cm halia-tumbuk
  • 11/2Sdb Sos Lada Hitam& 1Sdb Sos Cili(Aku add)

Set lunch kami aritu,nasi ayam ,sup ayam bersama cendawan..Snap kalut2 jer ni,hubby dah lapar sgt dah,huhu..


Cara-cara
  1. Perap dengan semua bahan-bahan di atas dalam 1/2 jam. Kemudian bakar. Lagi lama perap, lagi sedap.(AKU REBUS DAHULU UTK AMBIL AIR REBUSAN,COZ NAK MSK NASI AYAM,PASTU Perap semalaman)


Friday, November 18, 2011

Yorkshire Pudding Bersosej

Asssalamualaikum n selamat pagi semua..
Curi time letak n3 kejab pagi2 ni b4 nak klr jab lagi..Arini mmg banyak sungguh aktiviti yg telah dirancangkan n byk tmpat yg nak kami p..Biasalah kan aktiviti wajib tiap weekend..
Minggu ni ok lagi xda lagilah panggilan kenduri,nx week lak nak blk kg,sbb kakak aku da wat knduri arwah/tahlil/bersunat sekali,lagilah weekend xda umah..
Cuti2 sek nih biasalah kan,mmg ramai yg mengambil peluang nak wat kenduri,pastu nak bersunat pon ramailah,sbb cti panjang..

Uikks dah cite byklah pula kan,meh kita tgk resepi pula lah eks,resepi yg aku amik dari kakak cantik manis,kak diana..
Tima kasih byk ya kak diana n tuan punya resepi asal,hubby kata pasni kalo nak wat,watlah bagi manis n cicah ngan jem bagai lak,hihi...Nana pon suka sgt mkn,aku wat 1adunan n wat xtebal sgt,so dplah 2kpng,1 keping aku letak sosej,1 lagi letak Scallop Ayam..

:: Resipi Asal Food.com ( TQ )
:: Sumber Resepi ~Kak Diana Sky Blue's Kitchen( TQ )

Bhn²
1 cawan telur yang d pukul ringan(Aku letak 3/4cup=3biji telur)
1 cawan tepung gandum _ d ayak
1/2 cawan susu segar
1/2 cawan air
Garam secukup rasa(Aku add cikit serbuk pati ayam)
Serbuk lada hitam
Sedikit minyak
10 batang Ayamas koktel sosej ayam berkeju(Aku guna sosej ayam Ramly &Scallop ajer,pastu potong2)
2 ulas bawang merah _ d hiris

Yg nih versi letak scallop ayam..

Cara²
  1. Masukkan tepung, garam dan serbuk lada hitam secukup rasa ke dalam mangkuk.. gaul rata.
  2. Buat lubang d tengah²nya dan masukkan telur dan pukul hingga sebati.
  3. Satukan air dan susu segar.. Masukkan bancuhan susu dan air tadi ke dalam adunan tepung dan telur sedikit demi sedikit d samping d pukul d setiap kali menambah bancuhan susu dan air tadi.. Pukul sehingga sebati.(Versi aku lak,pas tpng diayak,aku msk semua lam blender kecuali telurn sosej,pastu blend smp sebati,pastu baru aku mskkan telur yg dipukul manja,pas dah campur telur tuh aku biar ajer lam blender tuh sejam,haha,dasar malas sungguh kan)
  4. Tutup adunan dan rehatkan selama 1 jam.
  5. Pukul lagi seketika semasa hendak d bakar.
  6. Panaskan oven pada suhu 240°C dan masukkan acuan yang telah d isi dengan sedikit minyak ( sapukan juga d seluruh permukaan acuan tu ).
  7. Panaskan selama 3 - 5 minit ( sehingga minyak cukup panas ).. masukkan sosej dan bakar selama 3 minit.
  8. Kemudian keluarkan dari oven dan terus tuangkan adunan pudding tadi hingga memenuhi acuan dan taburkan bawang merah d atasnya.
  9. Bakar semula selama 10 - 15 minit atau sehingga ianya masak.
  10. Angkat dan makan bersama sos kegemaran.
Jemput makan semua,opss kalo teringin kenalah cuba try test eks..DAH NMPK CAM PIZZA LAK KAN.

Ayam Serai Kasturi

Assalamualaikum..
Dah lunch ke belum..Ke ada yg baru nak msk..Kalo tgh berfikir2 nak msk pa,Ayam serai kasturi nih eloklah dijadikan pilihan,sbb mmg marbeles,cukup segala rasa..
Tapi kan kalo rasa serai xda stok tuh elok ajer simpan dulu resepi nih smp da serai eks..Kalo aku nak bagi serai tuh boleh ajer,sbb stok serai mmg byk nih aku beli . Kalo umah kita nih berjiran boleh juga aku hulur serai,pastu hampa lak hulur ayam nih kan,best gak camtukan..hihi(Marah Kak Anymz kalo baca yg aku tulis nih,haha..Ampon kak nim,sajo jo nak gurau2 ngan akak..
Mula2 terpandang ayam nih kat umah kak wattie mmg terus terpikat n save resepi,cadang nak wat klmarin lagi,tapi sbb da lauk xabis,aku panaskan ajer,so arini baru berkesempatan nak menerai resepi nih,Tup2 resepi nih dah smp Finland,lagilah wat aku xsabar nak msk ayam ni,hihi..Cepat sungguh kak nieza,pakai enjin pa kak,hihi..
Jutaan terima kasih aku ucapkan utk Cmg atas resepi best ni,juga wat kak Wattie cayang sbb kongsikan resepi nih ya..Juga utk kak nieza cayang yg watkan ai terliur n xsabar nak menerai..,
Jom semak resepi kut ada yg nak mencuba..

AYAM SERAI KASTURI

Resepi :-CMG
Sumber Resepi:-
Kak Wattie

BAHAN-BAHANNYA :-)


1 ekor ayam, potong ikut suka
2 batang serai, dititik
6 biji limau kasturi, perah jusnya
4 helai daun limau purut
1 cawan susu sejat (mat guna susu sejat "ideal")
1 cawan air
Garam dan gula secukup rasa
Hirisan daun bawang, untuk hiasan

8 biji bawang merah*
5 ulas bawang putih*
1 inci lengkuas, dibakar*
1 inci halia, dibakar*
3 biji buah keras*
10 biji cili merah*
5 biji cili padi (optional)*
2 batang serai, hiris halus*
1/2 inci kunyit hidup, dibakar*(*dikisar halus)

Daging goreng kunyit campur brokoli n bunga kubis,kira 2in1 la,jimat masa,coz xyah wat sayur dah,huhu malas sungguh kan..

CARA MEMBUATNYA :-)

Ayam dicuci bersih, lumur dengan sedikit serbuk kunyit dan garam, goreng embal2 (setengah masak), angkat dan toskan.
Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus bersama serai titik dan daun limau purut hingga harum dan terbit minyak (guna api sederhana).
Masukkan ayam, gaul rata dan tuang susu cair dan air. Bila mendidih, masukkan garam secukup rasa dan gula. Masak hingga pekat dan tambah jus limau kasturi, gaul rata dan biar masak 1 - 2 minit.
Seimbangkan rasa (harus ada rasa masam2 manis dan haruman serai serta limau kasturi) dan jika semua dah ok, boleh matikan api. Angkat dan hias dengan daun bawang, hidangkan bersama nasi hangat...


Jom jemput bismillah..Mmg sedap ayam nih,cam ala2 rendang lah pulak,tapi da rasa masam juga,mmg bestlah..

Tepung Bungkus


Assalamualaikum..
Tepung bungkus nih salah 1 feberet aku,suka sgt mkn kueh ni,tapi kalo yg beli mmg aku xbape gemar,sbb agak keras,kurang lemak santan tuh..Setakat nih kalo nak beli,aku beli kat member mak aku kat kg ajer,tepung bungkuih dia ni mmg terkenal sbb tersangatlah sedapnyer.Dah la sedap,murah lak tuh,3kupang jer sebiji..

Dah 2kali dah aku wat tepung bungkus guna resepi nih,mmg sedap,tapi kali nih agak kecewa cikit,sbb aku leh xpasan yg stok tepung beras dah abis,dun pisang dah layur bagai,dahla dun pisang pon nazak sgt dah..Sbb dun pisang dah nazak n tingin sgt nk mkn,aku pon guna ajer tepung beras yg aku beli kat kg(tpng beras nih diorang kisar sendri n mmg sesuai utk goreng pisang n sewaktu dgnnya,kalo kueh muih nih cam kureng sesuai,sbb agak kasar),huhu..Hasilnya walaupon sedap,tapi kueh aku xla selembik cam 1st time wat dulu n tekstur kueh agak kasar,huhu..Nasib badanlah kan,sendri punya angkara,huhu..Xperla belajar dari kesilapan,(ayat penyedap ati nih)hihi..

KUEH TEPUNG BUNGKUS
Sumber Resepi:-Kak hanieliza

Bahan
1 cawan tepung beras
2 cawan santan + sikit garam
Daun pisang

Inti(Aku xikut resepi nih pon utk inti,coz wat byk2 siap2 simpan frezer)
1/2 biji kelapa muda parut
1 ketul gula melaka
1 s/b gula
1 s/b tepung gandum
4 s/b air
1 helai daun pandan

Aku add juga

1Cawan tepung pulut
1/2Cawan Air+- (Utk balut inti jadikan bebola)

Cara:
1. Masakkan bahan inti kecuali tepung gandum sehingga agak kering.
2. Masukkan tepung gandum dan kacau sehingga kering. Sejukkan.
3. Jadikan inti bebola kecil. Ketepikan dahulu.(aku wat bebola kecil ngan tepung pulut,pastu leperkan n msukkan inti,pastu baru dijadikan bebola)
4. Bancuh tepung beras bersama santan. Masakkan hingga naik wap dan nampak agak pekat.
5. Layurkan daun pisang diatas api dan potong anggaran diperlukan.Lap dan bersihkan.
6. Ambil 3 sudu besar bancuhan tepung dan letakkan di atas daun pisang. Letakkan 2 biji inti.
7. Tutup daun pisang dan lipat kedua-dua hujung daun dan kukuskan selama 20 minit.
8. Sejukkan dan hidangkan.