Tuesday, January 8, 2019

Resepi Kueyteow Kungfu Yang Paling Sedap Dan Mudah Sangat Nak Buat



Assalam semua yang sudi singgah kat sini..Byk ari ni bz bebenor ngan ank2 Masuk ke sek..
Arini baru dpt update latest rcp kat blog kesayangan ku ni..
Arini aku nak share kat hampa resepi KueyTeow Kungfu yang paling sedappp n paling senang nak buat..


Resepi Kueyteow  Kungfu Yang Paling Sedap

 2Biji Telur
 2Genggam Kueteow (ni utk 2org mkn)
Garam
 Lada Putih secubit

Cara2
 kueteow dibahagikan kepada 2 bahagian Cara Penyediaan Kueteow:
 1. Panaskan minyak sehingga betul-betul panas. Pukul telur dan letakkan lada putih.
 2. Basuh Kueteow kemudian toskan dulu hingga kering. Ambil 1 bahagian kecil kueteow dan masukkan ke dalam telur yang telah dipukul tadi,Kacau rata biar telur bersalut dekat kueteow..
3.Goreng Kueteow Biarkan hingga perang sebelah dan terbalikkan sebelah lagi(mcm goreng telur dadar)
4. Kemudian, angkat dan ketepikan. Letak tisu untuk menyerap  minyak.
5.Ulang kaedah yg sama jika nk buat byk..

Bahan Kuah:
2 biji bawang putih ditumbuk
 1biji bawang merah hiris nipis
 Udang Secukupnya
 Sotong Secukupnya
 Isi ayam Secukupnya
 3biji cili padi diketuk
Serbuk Nasi goreng Adabi@ serbuk pati ayam Secukupnya
1/2 sudu kecil lada putih ajishio
1/2sudu kecilada hitam ajishio
2Sudu besa2 sos Seafood @ Sos Tiram
Sedikit garam
 2 sudu tepung jagung dibancuh dengan air
1biji putih telur
 Sayur2 pilihan
 Tomato Carrot Baby corn Sayur kailan Bunga Kubis

Cara Penyediaan Kuah:

 1. Panaskan 1 sudu makan minyak masak. Masukkan bawang merah yg dihiris,kacau sebentar masukkan bawang putih dan kacau hingga keperangan.
 2. Masukkan sos tiramsos seafood dan cili padi yg di ketuk..Kacau sebentar,kemudian masukkan air dan serbuk pati ayam.
 3. Masukkan isi ayam, sayur2 pilihan,udang dan sotong. Masak sehingga agak mendidih..
4. Kemudian Masukkan 1/2 sudu lada putih dan hitam ajishio berserta sedikit garam. Akhirnya, masukkan bancuhan tepung jagung. Bergantung kepada kepekatan kuah yang anda mahu.
5.Masukkan juga putih telur sambil terus mengacau kuah..
6.Bila sudah siap, boleh curahkan kuah tadi ke atas Kueteow yg telah digoreng asing tadi..
7.Hidangkan bersama cili padi potong.

*untuk melihat  cara2 yang lebih complete boleh la tgk kat utube channel  aku kat s
https://youtu.be/8CfzO8eazqo  sini ya

No comments: