Friday, February 3, 2012

Ayam Masak Bawang Berempah


Assalamualaikum,update lagi arini..Besalah line tenet ok n mood pon ok,anak2 tgh tido..Ayam masak bawang berempah resepi dari mamak Haji,yg di korek resepi n diterai test pleh kak wattie..Rajin sungguh kak wattie terai pelbagai menu masakan dari ayam,semua yg aku terai,mmg sedap n memenuhi citarasa tekak kami sekeluarga..

Kebanyakan resepi dari mamak haji,menggunakan serbuk kas kas,oleh sbb kat umh mmg da serbuk nih,so aku pon mmg dah save resepi nih awal2 masa kak wattie post tuh,biasalah kan,kalo dah org penang nih,mestilah xleh lari dari masakan berempah ala2 nasi kandaq tuh,ngee..
Alhamdulillah resepi nih mmg xrugi dicuba,seperti yg dilihat n dijangka,sgt2 sedap n memenuhi selera kami sefamily,yg plg xsangka sekali,nana mkn nasi punyalah byk n siap ratah lak lagi seketui ayam,mmg dia pon dah sebati ngan masakan berempah n sedap sgt lah kat tekak dia kut,dak nih kadang ssh juga nak mkn..Pasnih mmg akan ada siaran ulangan ayam ni,hehe..

Owh ya,utk jintan manis n putih,aku guna yg biji,pastu blend guna blender kering,utk lbh wangi n sedap..

Jutaan terima kasih utk kak wattie n mamak haji ya,moga Allah saja yg membalasnya..Izinkan sy share disini pula ya,wat rujukan diri sendiri,anak2 n teman2..

Mmg sedap n pasti mnjilat jari,ngan aroma bawang goreng yg digoreng sendri,pasti menambat selera..

RESEPI AYAM MASAK BAWANG BEREMPAH.
Resepi-Mamak Haji
Sumber Resepi-Kak Wattie

Masakan untuk 250 -300 orang.(Bahan2 pandai2 agak sendri lah eks..Aku wat 3/4 ekor ayam)

BAHAN-BAHAN:
Ayam 250 ketul dibasuh dan bersihkan.
1 1/2 guni Bawang Merah labu (segundi dlm 5-6 kg)
125gm Serbuk Cili (1/2 pkt dari bungkusan 250m).
50gm Serbuk Jintan Manis ( 1/2 pkt dari bungkusan 100gm)
50gm Serbuk Jintan Putih (1/2 pkt dari bungkusan 100gm)
125gm Rempah Kari (daging) (1/2 pkt dari bungkusan 250gm)
100gm serbuk kas-kas ( 1pkt)
1 botol Sos Tiram (480gm – 500gm).
1 pkt Sos Cili (kimball 500gm).
1 pkt Sos Tomato (kimball 500gm).
6 biji bawang merah labu dikisar halus dan jadikan airnya satu balang pengisar. Boleh tambah sekiranya anda inginkan kuah yang lebih sedikit.
1 cawan pes bawang putih-halia.
2 sudu besar (tbsp) serbuk garam masala atau boleh gunakan kayu manis, buah pelaga, cengkih dan bunga lawang.
4 helai daun pandan dipotong 4 inci sehelai.
3 sudu besar gula pasir.
Garam secukup rasa.
Cili merah dipotong memanjang (hiasan).
Daun Kari (hiasan).

CARA-CARA:
1. kupas bawang merah labu, hiris halus dan goreng. Bila warna bawang bertukar kepada warna perang keluarkan dari kuali dan sejukkan. Bawang goreng tak perlu ranggup agak kering sudah memadai. Minyak bekas gorengan disimpan untuk menumis rempah kelak. Nota: Untuk pengetahuan, sekiranya ingin menghasilkan bawang goreng yang rangup boleh dihasilkan dengan mengeringkan terlebih dahulu hirisan bawang di cahaya matahari dan goreng.

2. Ketulan ayam telah dibasuh, masukkan garam dan serbuk kunyit. Ketulan ayam yang digoreng jangan terlalu masak sehingga garing. Gorengan perlu 3/4 masak kerana 1/4 lagi akan masak semasa masak dengan campuran rempah. Selepas goreng asingkan.

3. Panaskan kuali, dan masukkan minyak bersama dengan minyak gorengan bawang. Bila minyak panas masukkan rempah empt serangkai (sekiranya tidak gunakan garam masala). Masukkan pes halia bawang putih. Bila haruman naik kecilkan api dapur dan masukkan kesemua rempah-rempah di atas. Bila bau rempah mula mengeluarkan haruman masukan air bawang dan besar sedkit api dapur. Bila air bawang bersama rempah mula didih, masukkan sos cili, sos tiram dn sos tomoto.

3. Kecilkan api dapur dan masukkan gula dan garam secukup rasa. Masukan semua ketulan ayam yang telah goreng tadi. Kacau rata untuk kuah rempah bersalut pada ayam goreng. Masukkan bawang goreng dan kacau lagi untuk bawang goreng sebati pada ketulan ayam. Biarkan ayam masak 1/4 bahagian lagi. Ia cuma memerlukan sekitar 10-15 minit saja dengan api yang kecil. Bila wap mula reda, matikan api dapur dan masukkan kedalam tray hidangan.

4. Taburkan cili merah yang dihiris dan juga daun kari di atas hidangan anda.


Lama betoi xwat telur masak sos gini,wat 5 biji,licin..Anak sedara pon da kat umah..Hehe..

Lauk Lunch kami,wat juga bilis goreng tempoyak,kali nih guna bilis yg plg halus tuh,pastu goreng bendi kicap ajer..

21 comments:

Liza said...

mmmmm...telan ayaq liuq sat...hihhihii
ayam tu rasanya kalau mkn ngan nasi berperisa pun best gak kan...sesuaiiii (ala2 sengal gitu)...ekekekeekke

izahdaut said...

akak pun ternampak lauk ni kat blog kak wattie. nampak sedap tu. tapi tak leh buat la skrg, en suami tak makan nasi. huhuu.. ku pasrah.. best nyer lauk ko ct..

Mas said...

ct....masuk list resepi ayam ni...
pasti ku buat nanti..
sedappnya tengokkkkk...

perh..rajinnn betoi makcik sorang ni..
banyakkknya laukk...

tun_telani said...

wah! resepi dia utk 2-3ratus org tuuu.. dasat2.. jenuh jugak nk pk nk msk sikit2 tu. tun xpenah mkn nasi khandar.. hehe. kagum x? susah wey nk cari nasik kandar kt ganu, kt bintulu ni lagii la xde.

nOOrsha said...

salam ct..special btol gk bhn2 masak bawang ni..nmpak sedap sgt..tu telur masak sos tu pun suka! best kan..hihi

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

kalau CT dah kata sedap tu kompem la sedap lauk ni.. kat umah pun ada lagi serbuk kaskas tu... tp mak oiii.. resepi ni byk betulll... kena berfikir sejenak nak kecikkan resepi.. kekekee...

Patyskitchen - Exploring Global Flavor Around The World said...

Mula terkezut akak tenguk masak pakai bawang seguni....tapi memang nampak sedap CT

Nuwairani said...

wah! meriahnya lauk2 tu! dah terfikir2 ni esok nk makan pe...adei...

suri solehah said...

ct,,akak terliur dengan bilis tempoyak tu,,ada share resipi tak sebelum ni?

cik cek said...

CT sedapnya...macam2 menu ada tu...:)

Sue @ Nenie said...

Salam CT...Sedapnya ayam ni mesti wangi semerbak bau rempah ratusnya kan..makan ngan nasi minyak mesti sedap ni, tapi gandingan ngan nasi putih pun pasti hebat juga kannnnn

Sheery Dream Cakes said...

Assalamualaikum ct...
wah mmg nampak sedap ler ayam tu ct... lauk2 yg d hidang tu semua nya nampak menyelerakan... sedaap sgt ..

Wattie said...

Assalamualaikum dan salam maulidur rasul Ct,
Waaaa Ct dah buat ayam goreng tu ya, nak tergelak bila anak2 CT makan bertambah2, macam anak akak jugak. Kalau dah nama dok Penang tu, wajib kena makan masakan nasiq kandaq kan...kalau tak tak sah heheheh

hazila said...

Singgah cari resepi....

maz said...

Salam CT...bru kmaz pngil nama betul ye..muahhh...kmaz ni bru nk pnaskan enjin blik...huhuu..sdpp mnu Ct tu...

Love2cook Malaysia said...

Laparnyaaaaa...oops tgh vegetarian ni. So tgk2 je la kan..kikiki.

Ayu said...

assalam ct..
rindu sama kamu..dah lama sunyi aje dapur ct ni..lauk ni memang dah lama masuk list akak tapi belum sempat mencuba lagi..sedappnya akak tengok..

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

kemana menyepi????

Wattie said...

Assalamualaikum CT......,
Manala perginya cikpuan dapur, nampak tak berasap asap lagi ni.
Pekabar CT??? harap CT sekeluarga sihat sihat saja ya...

Amie said...

Assalamualaikum Dana,
mana hilangnya dia... lama sangat menyepi, tak meriahlah dapur kita... moga baik-baik saja ye.

~Pastries Delight~ said...

fuhh meleleh air liur dah lah ari tak lunch mkn roti aje kat opis.tengok ni dah mula lapar pulak td izah tayang roti mkn roti lah ni tayang ayam nampaknya kena mkn ayam gak kot