Thursday, April 5, 2012

Nasi Ayam Penyet...Lamanyer Menyepi...


 Buat semua yg masih sudi singgah di DZ nih  TERIMA KASIH ku ucapkan..Apa khabar korang2/hampa semua,sihat2 ajer ke?Aku n family,alhamdulillah sihat2 saja..
Seterlah 2bulan lbh menyepi rasa agak janggal n kekok sungguh nak memulakan bicara n menyusun kata disini..Jari2 pon agak kekok nak menari2 ataih keyboard nih..Pastu rasa kekok sungguh ngan blog sendri lak skang nih,adeiii,pelan2 kayuh lah noh,jgn tenggelam lagilah no..
Terima kasih yg xterhingga wat sahabat2yg sudi bertanya khabar ya,da juga gosip2 baru tentang punca aku xupdate blog n menyepikan diri nih,Alhamdulillah mmg masin sungguh mulutmu wahai Kakak Izahdaut,klmarin baru check,haha rasa nak tergelak pon ya juga,rezeki yg xsangka..Alhamdulillah n syukur padaMu Ya Allah..

Sebenaqnya saja2 jer melayan perasaan malaih nak update tuh lelama sikit,hehe..Nak kata bizi pon da jugalah cikit2,huhu..Besalah ngan ank2 dara berdua tuh,mmg kekadang xcukup time n xmenang tangan gak..

Oklah sebagai tatapan aku wat yg sudi singgah sini,hamba persembahkan resepi pertama Nasi ayam penyet yg 1st time aku wat n rasa,adeiii jakun sungguh..
Utk 1st time kali rasa nih hb pon ckp sedap,hehe..Alhamdulillah mmg sedap..
Tq ya utk Ijan blogresepi,atas resepi nih..Aku amik kat Myr jer..


 
  • Untuk Ayam
  • 1 ekor ayam – potong 8 bahagian, rebus selama 10 minit dan toskan (simpan air rebusan ayam untuk buat sup)-kite guna air nie jgk utk masak nasik
  • ½ sudu besar Jintan Manis – goreng tanpa minyak hingga naik bau
  • ½ sudu besar Jintan Putih – goreng tanpa minyak hingga naik bau
  • 3 sudu besar Biji Ketumbar – goreng tanpa minyak hingga naik bau
  • 1 sudu besar Serbuk Kari Ayam
  • 1 sudu besar Serbuk Kunyit
  • ½ sudu besar Serbuk Lada Putih
  • 3 ulas Bawang Putih
  • 1cm Halia
  • Sedikit Air
  • 1 sudu kecil Garam
  • Minyak masak untuk menggoreng. 

Cara-cara

  1. Untuk Ayam Penyet
  2. Masukkan kesemua bahan (kecuali minyak masak) dalam pengisar, kisar hingga halus.
  3. Lumur bahan yang telah dikisar pada ayam dan perap semalaman.-perap lama2 cenggini best.
  4. (Simpan bahan kisar yang berlebihan untuk goreng tempe dan tahu.)- kite tadak tauhu/tempe. Tak buat.
  5. Setelah perap semalaman, golek-golekkann pada tepung beras.
  6. Panaskan minyak dan goreng hingga garing.



  • Untuk Nasi
  • 3 cawan beras dibasuh dan ditoskan
  • 3 ulas bawang putih
  • satu btg kayu manis
  • 4 biji buah pelaga
  • 2 kuntum bunga lawang
  • sedikit butter
  • garam
  • kiub pati ayam/daging
  • 6 cawan air rebusan ayam (yg disimpan td) 

Cara2 Utk Nasi
  • Panaskan butter. Tumis bawang putih, kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sehingga wangi.
  • Masukkan beras yg dah ditoskan. Kacau lebih kurang 3-5 minit.
  • Masukkan air rebusan ayam, garam dan kiub ayam/daging. Tunggu sehingga menggelegak sedikit.
  • Pindah ke periuk nasi letrik dan masak macam biasa.

  1. Untuk Sup
  2. Masukkan garam secukup rasa pada air rebusan ayam.-kite tambah ayu manis, bunga lawang, pelaga dan ketumbar (boleh masukkan terus sup bunjut kalo ade).
  3. Panaskan sebelum dihidangkan. Tabur hirisan daun sup dan daun bawang pada sup semasa disajikan.(Aku wat sup kaki ayam+cendawan)


Sedap betoi sambal nih. 
  • Untuk Sambal
  • Sedikit minyak masak
  • 10 batang Cili merah (lebihkan jika mahu lebih pedas)
  • 10 biji Cili padi
  • 10 biji Bawang kecil/merah, hiris
  • 3 biji Bawang putih, hiris
  • 5 biji Tomato, potong 4
  • 5 cm Belacan
  • 2 sudu Ikan Bilis-kite lebihkan cikit
  • 3 sudu gula merah/secukup rasa 
Cara2 Utk Sambal

  1. Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing/rangup. Angkat dan ketepikan.
  2. Goreng belacan seketika Angkat dan ketepikan..
  3. Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili. Setelah layu, masukkan tomato. Gaul rata dan tutup api. Angkat dan ketepikan.
  4. Sejukkan semua bahan yang telah digoreng pada suhu bilik.
  5. Masukkan kesemuanya ke dalam pengisar atau lesung batu. Kisar atau tumbuk sehingga separa halus.
  6. Masukkan semua bahan tumbuk ke dalam periuk dan panaskan.
  7. Masukkan gula merah dan gaul rata.
  8. Rasa sambal yang terhasil, tambah garam atau gula merah jika perlu mengikut citarasa.* Sambal boleh disediakan sehari sebelum hidangan sajian. Simpan sambal dalam peti sejuk. Panaskan sambal sebelum disajikan.


3 comments:

Unknown said...

Assalam Ct,salam windu!! amboi lama sepi patutla tak nampak dapur berasap..haha ada berita gumbira rupanya. tahniah dari akak yer.semoga sihat dan selamat semuanya..amin.

sedap tgk nasi ayam ni..lapar lak rasa.
nanti singgah blog akak ambil kad dan bunga yer..tq:)

Amie said...

Assalamualaikum Dana.
tahniah dengan berita gembira tu, jaga diri dab jaga kesihatan ye.
Kakak pun lama dah tak buat Nasi Ayam Penyet, memang sambal dia kena sedap, kerana sambal tu turut mempengaruhi keenakan resepi ini.

EmbunRosaliza said...

Assalam CT, patut la lama menyepi, tahniah dari akk, muda2 ni tak apa CT, jaga diri ya, macam mana syifa ok ke dia tak majuk2 ke, harap2 dapat lah adik lelaki ya syifa heheh.