Friday, March 29, 2013

Feather Light Cheese Cake ^_^

 Assalamualaikum..
Jumaat Yg terakhir utk bln Mac nih..Jab jerk sekarang nih masa berlalu begitu pantas sekali,Rasa cam baru jerk ari jumaat,dah jumaat lagi arini..
Safiyya pon dah 3bulan++ dah.terasa baru jerk melahirkan dia..Skang nih dah pndai meniarap,main2 sembang2,gelak ngekek2,ermmm tuh yg wat ummi,abah n kakak2 gerammmm sgt nk gomol2 tium2 tuh..Nih pon ummi menaip sambil main2 n bf ank ummi..
Alhamdulillah syukur sgt dpt menyusukan ank2 n dpt melihat ank2 mmbesar di depan mata..Anugerah terindah n moment yg x boleh dibeli dgn wang ringgit,wahupon segunung emas permata..Anak2 kadang2 menjadi penawar,kadang2 mnjadi sumber menaikkan kemarahan juga ngan kerenah diorang yg mcm2 nih,huhu biasalah ank2 yg tgh nk mmbesar nih kan,mmg kna banyak2 bersabar ler..

Adehhh melalut pnjng2 lak,maaf klo de yg boring baca ngomelan mokcik nih yo..K lah berbalik pade kek nih,baru pagi tadi jerk godek2,wak klr dari oven jerk,ank2 bru bgn tido,huhu,trus jerk nak kek..Mmg xsmpt sejuk dah potong ckit bagi diorang mkn..
Yg plg wat aku suka sgt,mula2 msuk mulut jerk Kakak n syifa ckp,ermmm sedapnyer kek ummi masak,Alhamdulillah pandai betul ank2 ummi bodek ummi,hihi.

Tpi mmg pon kek nih sedap,rsa mmg sama ngan slice cheese kek n Cotton japanese tuh..Yg nih kiranya sepupu sepapat n sepeot jugalah ler nih..
Rcp amk kat umh kak lina,bru jerk nmpk kak lina tyng,trs on projek pagi tadi,sbb cis mmg da 1ketul lam esbok,nih pon da berbaki lagi half ketul..

Tima kasih ya kak lina,n semua yg trlibat juga tuan punya rcp asal..Meh tgk rcp n pkat2 wat lak pasnih,hehhe..Marble versi xmarble aku punya tuh,hihi..

RESEPI FEATHER LIGHT CHEESE CAKE

Sumber :  Kak Lina pg
( Sila rujuk pada link sifu2 kat atas yea..resepi kat bawah ni ikut methode Kak Lina buat)
*Aku ikut Cam kak Lina Jerk*
Bahan-bahan
  • 250ml susu segar/susu cair
  • 20g butter
  • 125g cream cheese - suhu bilik
  • 60g tepung Hong Kong (tepung gandum/tepung kek pun ok)*Aku guna gandum,Ayak 3kali
  • 3 biji kuning telur
  • 1 tsp esen vanila
  • 3 biji putih telur
  • 1/8 tsp cream of tartar
  • 80gm gula
  • 1sk jus lemon
  • secubit garam
  • 1sk coklat emulco
  
Cara-cara
  1. Panaskan oven suhu 175'C. Gris loyang 8in dan taburkan sedikit tepung
  2. Panaskan susu dan juga butter ke dalam periuk. Masukkan cream cheese. Kacau sentiasa menggunakan whisk sehingga agak likat@pekat.Masukkan jus lemon.Ketepikan dan biarkan suam sebentar.Boleh juga dilakukan kaedah double boiler
  3. Pukul kuning telur dan juga esen vanila sehingga berkrim. Masukkan tepung dan juga campuran cheese tadi. Kacau menggunakan whisk sebati. ketepikan.
  4. Mangkuk lain, putar putih telur dan krim tartar sehingga berbuih. Masukkan gula sedikit demi sedikit dan pukul lagi dengan kelajuan tinggi hingga soft peak. (terbalikkan adunan tak jatuh)
  5. Ambil 1/4 bahagian putih telur dan campurkan ke dalam adunan kuning telur dan creamcheese tadi. Gaul menggunakan spatula. Kemudian tuang ke dalam baki adunan putih telur secara perlahan2. Gaul sebati tp jangan sampai over mix.
  6. Ambil secawan adunan dan campurkan dengan choc emulco.Tuang adunan plain ke dalam loyang. Kemudian marblekan dengan adunan koko.
  7. Bakar secara waterbath selama 50-60min. Sejukkan baru potong.





Thursday, March 28, 2013

Cheese Tart n Hadiah GA Tun Telani


Assalamualaikum..
Selamat pagi n salam sejahtera..Moga2 anda semua sihat2 belaka ya..Alhamdulillah Syukurrr,seterlah lamaaa sgt lemau nak mengupdate arini rajinnn sikit nak update..Jari2 yg xbape nk runcing nih gataai2 jerk nak mengetuk n menari2 diatas keyboard..hihi..


Wokeylah b4 panjang lebar lagi aku nak menaip,kat sini aku nak ucapkan terimaaa kasih yang xterhingga utk Tun Telani,sbb aku dah Menang GA yg tun wat baru2 nih,hihi..Alhamdulillah menang gak GA Nasi Mandhi febret food aku tuh,hihi..
Selain dri buku yg Awesome,Tun yg cantik manis juga de kirimkan spatula n brush silicon,alahai sukaaaaa sgtlah aku menerimanya..Senyum smp ke tinga mokcik,hihi..

Berbalik pada resepi yg nk di kongsikan arini,resepi tart oleh kak azita nih mmg dah byk kli aku wat n gna rcp nih,malah utk tempahan juga aku guna rcp nih..
Alhamdulillah mmg sedap n byk tips yg dikongskan oleh kak azita zain..Tima kasih byk kak ita,hanya Allah saja yg membalasnya..Izinkan sy letak rcp disini pula utk rujukan semua yg berkunjung ke sini..


Tart Crust / Shell

Bahan-bahan :
170gm marjerin
50gm gula aising
1 biji telur Gred C
290gm tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara :

  1. Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu. Jangan putar lama sangat.
  2. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu.
  3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
  4. Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar.
  5. Bakar pada suhu 170oC sehingga masak.

Nota :
Jika guna telur Gred B, buang sedikit putih telurnya untuk mengelakkan crust menjadi keras sangat.



Cream Cheese Filling

Bahan-bahan :
250gm cream cheese
50gm gula kastor / gula halus
1 biji telur Saiz B
½ sudu teh esen vanilla / esen lemon

Cara-cara :
  1. Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.
  2. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.
  3. Masukkan filling ke dalam kulit tat.
  4. Tuang cream cheese ke atasnya. Bakar selama 5 minit pada suhu 170oC. Sentuh cream dengan hujung jari. Jika tidak melekat, maknanya telah masak. Jika tidak, bakar dalam seminit lagi.

Filling :
Blueberry, strawberry, kiwi, oren, dll.

Cara-cara ( rujuk gambar ) :Disini
  1. Tart crust yang sedia untuk dibakar.
  2. Tart crust yang telah siap dibakar dan disusun ke dalam loyang untuk proses seterusnya.
  3. Isikan filling ke dasar crust. Lebih banyak filling..lebih sedap!
  4. Picitkan adunan cream cheese filling ke atas filling tadi.
  5. Untuk melorek, ambil sedikit adunan cream cheese dan titikkan dengan beberapa titik pewarna.
  6. Kacau rata2 hingga mendapat warna yang diinginkan.
  7. Dengan menggunakan pencungkil gigi, buat garis kecil2 di bahagian tepi.
  8. Bilangan garis2 kecil tersebut mengikut citarasa sendiri (lebih banyak lebih cantik...)
  9. Kemudian dengan menggunakan bahagian yang tajam, tarik daripada atas ke bawah untuk mendapatkan bentuk tersebut.
  10. Bakar selama 5 minit. Siap!!!

Tips untuk dapatkan cistat yang gebu dan montok(mengikut pengalaman saya...) :
  1. Jangan simpan cream cheese di tempat sejukbeku (frozen).
  2. Keluarkan cream cheese 20 ~ 30 minit sebelum digunakan. JANGAN biarkan cream cheese mencapai ke suhu bilik.
  3. Isi adunan cream cheese ke dalam piping bag untuk memudahkan proses mengisi adunan ke dalam crust.
  4. Picitkan adunan hingga penuh...hingga sampai ke bahagian sisi crust.
Antara order yg sempat di snap..

Sunday, March 3, 2013

Kuih Talam Gula Merah


Assalamualaikum..Lagi n3 dimalam hari..
Kuih talam gula merah rcp kak yatie nih mmg salu sgt dah aku wat,kdang xsnap pic,kdang tuh mmg da snap,tapi sbb duk igtkan dah pernah kongsikan rcpnya disini,maka aku pon wat dek xnah nk letak rcp,huhu..jab tadi bila check2 blk msa nk joint GA tun tu tgk2 resepi talam nih aku xnah letak lagi,huhu..
Wokeylah rcp utk rujukan ank2 trsayang juga anda2 semua yg sudi utk menerai..Tq utk kak yatie ats perkongsian rcp kuih talam yg sgt2 sedap n secukup rasa nih..lembut sangat,semenjak dah pndai wat nih,mmg aku xlagi beli kuih ni,klo dlu xsdap n keras pon bli juga sbb kuih febret punya pasal,huhu..Aku suka sgt kuih yg lembut n terasa lemak santannya cam kuih nih,nyum2..

Resepi Kuih Talam Gula Merah
Sumber Resepi :- Kak Yatie

Bahan utk lapisan bawah
* 200gm gula merah
* 2 sudu gula pasir
* 2 1/2 cwn air biasa
* 1 cwn tepung gandum
* 1 sudu besar tepung ubi
* 1 sudu besar air kapur

Cara-cara
1. Masak gula merah dan gula pasir bersama2 dngn air. Sejukkan.
2. Sementara itu panaskan pengukus dan balut dngn kain penutupnya.
3. Satukan semua bahan, kacau sehingga semuanya larut dan tapiskan. Masak sebentar di atas api sederhana dan sentiasa kacau.
4. Tuangkan dalam loyang yang telah disapu sedikit minyak.
5. Kukus selama 20 minit. Setelah masak,cakar2 sedikit di atas permukaannya dan tuang adunan lapisan atas.

Lapisan Atas
* 3 cwn santan pekat
* 1 cwn tepung beras
* Sedikit garam

**Lapisan ats nih klo nk letak lam mould kecik,aku add lagi santannya jadi 4cawan,sbb nk lagi lembut,tapi klo nk potong2 n kukus lam talam yg besar,memadai sukatan yg 3cwan tuh..Tuh pon mmg dah lembut..

Cara-cara
1. Satukan semua bahan, kacau sehingga sebati dan tapiskan.
2. Kacau atas api sederhana sehingga adunan hampir pekat.
3. Tuang atas adunan bawah dan kukus sehingga masak (selama 20 minit)
4. Sejukkan dahulu sebelum di potong.

Tun Telani's 1st Giveaway - My Favourite Food

                         


Assalamualaikum..Selamat malam...
Seterlah sebulan lbih xberupdate yeayyyy arini merajinkan diri update sbb nak menjointkan diri dlm 1st GA tun.. Anak2 semua dah tido awal rini,sooooo mmg sempat ler nak mengarang kan,hihi..Sape2 yg berminat nak joint leh tgk  kat link yg aku letak kat bwah tuh ya..

  Tun Telani's 1st Giveaway - My Favourite Food

K b4 tuh meh kita tgk syarat2 nyer eh,

Syarat2 penyertaan:
1. Terbuka kepada semua follower lama dan baru 
2. Buat n3 bertajuk -Tun Telani's 1st Giveaway - My Favourite Food
3. Copy paste gambar di atas dan linkkan ke blog tun
4. Tuliskan apa makanan kegemaran anda ^^ kalau ada gmbr letak gambar, kalau ada resepi blh tulis resepi, tp x wajib. cerita la sket kesedapan makanan tu. hihi
5. Tinggalkan link penyertaan di ruangan komen.. **** tun menghadapi masalah utk komen di EMBEDDED komen ye, cuma dpt komen di pop-up window, harap maklum.
6. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 17 Mac 2013.
Wokey pas dah tgk syarat2 tuh,meh kita terus ke makanan feberet/Favourite aku n family,dah 5 ke 6kli dah ler aku masak..Ok makanan yg 1st tuh ialah
 Nasi Mandhi/Nasi Arab...
Kiranya rcp pon mmg aku dah hafal dah ler,sbb dah salu sgt wat kan..Kalo aku msk nasi nih,sure hb pon makan bertambah2..Kiranya cam dah jadi trademark aku lak ngan nasi mandhi nih,smpkan kawan aku pon pernah kata,klo mkn ke tgk nasi mandhi,sure tingat kat aku,sbb salu sgt dah tgk aku msk nasi nih,hihi..k meh layan pic eh..
Yg nih, Nasi Yg 1st time aku msk.
 Yg nih lak pic yg kali kedua aku msk kut,aku pon dah xingat sbb de juga yg xsnap pon..

 Yg nih pon dah xingat kli yg keberapa wat,tapi yg pasti time aku lam pntng,pastu aku msk lbh n bgi family abg juga utk merasa..Alhamdulillah Mak aku pon dpt juga merasa n xabis2 memuji kesedapan nasi nih..

 Yg nih lak aku msk last week,lawankan juga ngan sweet sor n spict chicken mango,sedap x terkata uu...So apelagi tun n yg lain2 juga,jgn lupa utk memasak sendri nasi mandhi nih dirumah anda,pasti yg tersayang mkn sehingga menjilat jari..Resepi blh rujuk di sini ya..Tapi utk ayam n kambing panggang tuh,aku salu tuka2 rcp..yg latest nih aku wat ayam panggang Yogurt..

Psttt manelah tau kut2 ler ade rezeki nk dapat buku rcp yg tun tawarkan tuh..InsyaAllah ..