Assalamualaikum n salam sejahtera buat semua..pagi jumaat yg penuh barokah,moga kita semua sentiasa dibawah lindunganNya...
Apa
khabar semua pengujung2 DZ..Harap2 semua sihat2 ajer ya..Alhamdulilah
arini dah msk 39weeks dah..Huhu dah xlma lagi dah si bb nk klr jumpa
ummi,abah n kakak2,hehe..Hope dipermudahkan time nk bersalin n bb juga
ummi sihat2 ajer..
Akceli
skng nih time kali isnin n khmis,hubby berpuasa sunat,aku..????Erm dah
xlarat dah nk berpuasa lam keadaan yg sarat sgt dah nih..hubby berpuasa
sorang2 jerk lah,huhu..Pastu dah hb tersayang puasa kan,aku pon nk lah
juga msk something yg special n ofcoz yg mmg kna ngan selera tekak
dialah kan,hihi..Cari punya cari rcp akhirnya jumpalah rcp Nasi
Mandy,sbb kambing mmg dah beli kat 2mggu dah,huhu.mmg dah plan nk
panggang jerk n mkn ngan nasi berperisa..
Pagi2 siap perap bagai,kul 6 camtuh baru bako kambng lam pemanggang ajaib n ayam lak bako lam oven..
Selalunya
klo aku da try rcp 2 baru,sure aku tnya hb sedap ke x,kli nihxsmpat aku
nk tnya hb dah kata,erm sedap sgt nasi arini,antara nasi yg sedap yg
pernah abg mkn,tq sayang,pastu dia smbung lagi ayat dia,ermmm jgn kain
syg terkoyak lak na,mmg serius sedap sgt,hahhaah..aku pon senyum lebaq
smp ke telinga ke hapa xtau lagi ler,hahahah..Dia siap ckp lagi tadi abg
dah tmbah nasi lam peyuk juga,hihi..alhamdulillah aku suka sgt2 klo apa
yg aku msk ank2 n hb sukan berselera..aku rsa hilng penat n peluh tiak
aku time msk tuh,ahahhaa..
K
lah meh layan rcp lak eks..Tq sesangat utk kak noor masri,sbb berkongsi
rcp yg telah ditokok tmbah dri beberapa rcp sehingga mnjadinya rcp set
nasi mandy yg sedap nih..tq juga utk puan raidah..Pasnih mmg aku akn wat
n wat lagi rcp nih..Mohon dihalalkan rcp nih ya..Moga Allah jua yg
mmbalasnya..
Nasi Arab @ Nasi Mandhi
Sumber rujukan:- Kak Noor Masri
Bahan-bahan:3 cawan beras basmathi PUSA -dicuci dan direndam selama 20 min
4.5 cawan air rebusan/stok ayam - atau kuantiti air mengikut jenis beras
garam jika perlu sbb stok/rebusan ayam dah letak garam
sedikit zaffran -akak guna pewarna kuning(Aku letak serbuk kunyit ajer)
Bahan utk menumis:1 sudu besar minyak sapi
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
Kulit Kayu Manis n bunga lawang( aku add)
3 ulas bawang merah - dimayang halus (Aku blend n mayang bwang merah,putih n halia)
1 ulas bawang putih- dimayang halus
1in Halia (Aku add )
2 Helai Daun Pandan Disimpul (Aku add )
2/3Pokok Daun Ketumbar (Aku add )
Cara membuat:
Beras dicuci kemudian ditoskan
Panaskan minyak sapi dlm periuk. Masukkan bahan tumis
Goreng hingga naik bau/kekuningan
Masukkan stok ayam, apabila didih masukkan beras.
Tanak hingga kering, kemudian masukkan pewarna kuning. Biarkan seketika
Kemudian gemburkan nasi guna garpu
Sedia dihidangkan bersama lauk pauk
Beras dicuci kemudian ditoskan
Panaskan minyak sapi dlm periuk. Masukkan bahan tumis
Goreng hingga naik bau/kekuningan
Masukkan stok ayam, apabila didih masukkan beras.
Tanak hingga kering, kemudian masukkan pewarna kuning. Biarkan seketika
Kemudian gemburkan nasi guna garpu
Sedia dihidangkan bersama lauk pauk
Stok Ayam (utk masak nasi)
1 ekor ayam saiz sederhana- dipotong 4
2 inci halia - diketuk
1/2 sudu kecil serbuk zafran (ganti kunyit je)
1 sudu kecil lada hitam biji
1 sudu kecil serbuk jintan putih
1/2 sudu kecil buah pelaga
1/2 sudu kecil cengkih
2 helai daun Bay
garam secukup rasa
air secukupnya (supaya ayam tenggelam)
Cara membuat:
Rebus ayam selama 45 minit bersama bahan2 diatas.
Kemudian angkat dan toskan ayam. Tapiskan air rebusan utk masak nasi.
Ayam Panggang
Bahan Perapan:
1 sudu teh zaffran - akak ganti dgn skit serbuk kunyit
1/2 sudu teh serbuk ketumbar
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu teh serbuk rempah kabsah (lihat bawah utk resepinya)
1/2 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu kecil garam
Aluminium foil utk balut/bungkus
Cara membuat:
Ayam yg telah direbus tadi dilumurkan dgn bahan perapan.
Letakkan atas aluminium foil, balut kemas2.
Bakar dlm oven selama 1 jam pd suhu 180C utk menghasilkan ayam yg lembut.
Sos Salata:
Bahan-bahan:
2 biji tomato
1/2 biji bawang besar
Kisar semua bahan dengan perahan air lemon, sekejap sahaja.
Jangan sampai terlalu hancur.
Jom jemput makan wat pengunjung2 DZ semua...Sampai berjumpa lagi di lain N3 ya..Selamat berhujung minggu wat semua..
Bahan-bahan:
2 biji tomato
1/2 biji bawang besar
2 biji cili besar
5 tangkai cili padi
5 tangkai cili padi
sedikit daun ketumbar
sedikit garam
Jus dari buah lemon.
Gula secukup rsa aku add
Gula secukup rsa aku add
Cara penyediaan:
Kisar semua bahan dengan perahan air lemon, sekejap sahaja.
Jangan sampai terlalu hancur.
HomeMade Rempah Kabsah (Sumber Raidah)
(Rempah nih aku dah wat lama dah,mmg wat lebih smpan lam bekas kedap udara n simpan lam esbok)
Bahan - bahan:
(Rempah nih aku dah wat lama dah,mmg wat lebih smpan lam bekas kedap udara n simpan lam esbok)
Bahan - bahan:
1 sudu makan bunga cengkih **
1 sudu makan lada hitam **
1 sudu makan jintan manis **
1 sudu makan jintan putih **
2 sudu makan biji ketumbar **
1 sudu makan buah pelaga **
1 sudu buah pelaga hitam (black cardamom pods) **
1 sudu makan serbuk cili
1 sudu teh kunyit
Cara penyediaan:
1. Goreng tanpa minyak bahan2 yg bertanda ** sehingga naik bau dan angkat.
2. Kemudian kisar semua bahan sehingga hancur.
3. Simpan rempah yg telah dikisar didalam bekas yg kedap udara.
Jika tiada buah pelaga hitam, boleh gantikan dgn buah pelaga biasa.
Serbuk rempah ini boleh juga digunakan pada semua masakan ala arab termasuklah ayam dan daging.
Kambing panggang nih lak,aku perap ngan lada itam tumbuk,cajun,dried
rosemary,serbuk paprika,rempah 5spice,sos tiram,serbuk pati ayam n Lea
& Pearin,pastu panggang lam pemanggang ajaib jerk..Nak kick lagi
perah cikit lemon time nk mkn tuh..Hubby ckp mmg sdp sgt,heheheh..
Jom jemput makan wat pengunjung2 DZ semua...Sampai berjumpa lagi di lain N3 ya..Selamat berhujung minggu wat semua..
8 comments:
adoi, akak pun ikut kembang kuncup gak ni perasaanya untuk mencuba... terima kasih CT, pas ni takyahlah bayar mahal2 nak makan nasi arab, boleh masak sendiri 7 tambah dua kali, hihi..
as-salam
sedapnye nasi Mandhi..lagi2 dgn adanye kambing tu...sedap!!!!
ambaoii bila huby dh puji sedapp.. akk bertambah2 yakin lg sedap la kan..he hehe..ada kamben tu yg wt lg terangkat..hubby akk peminat no 1 kamben..smoga bb n umi dia sihat yer..smoga semuanya selamat aminn..:)
rasanya bukan senang nak buat nasi mandhi ni...terliur tgk ada kambing lagi...aduh sedapnya...
resepi begini memang ada kelainannya kan Dana... Kak Amie dah cuba hari tu, memang nak buat lagi!
Salam Kak..adussss sedapnya set hidangan ni...teringin nak buat jugaaaaa...
salam CT..
akak memang tabik ngan CT.. kalau msk apa2 mesti nampak sgt yummy.. & memang betul2 sedaplah tu bila dah dpt pujian dr hubby kan. mmg bertuah sungguh hubby & anak2 CT.. agaknya tika ni CT dah slmt bersalin ye.. akak doakan moga semua slmt..
Alamak,ini feveret suami saya gak ni..tapi tak pernah cuba masak lagi... teringin juga nak buat satu hari nanti...
Post a Comment