Cream puff nih aku wat ari selasa lagi,arini baru nak tayang,so mmg kompem lah dah yillek..Akceli hubby mmg suka sgt ngan cream puff,so aku kna jugalah try wat smp pandai,hehhe..Alhamdulillah skng nih dah pndai..Prnh wat xjadi n jadi habuan cik tong juga,slh sendri ler tuh kan,bkn salah resepi pon..
Utk 1 resepi nih dpt byk juga,so klo yg ahli sikit,tapi nk wat 1adunan juga,leh ler letak lam bekas kedap udara,nak mkn tinggal nak paipkan krim kastard jerk.
Masa wat tuh aku ambk rcp dri my resepi,tapi tgk kak mas pon de update kat blog dia n3 cream puff ngan rcp yg sma juga,so aku pon copy jerklah dri umah kak mas,heheh..sinang kija...Tq utk zaliana,kak mas n tun telani juga..Utk krim tuh aku copy rcp dri umah kak ita,kali nih aku wt krim kastard yg lbh creamy n sedap..Klo sapa2 yg nk try trpulang ler pda citarasa memasing nk try krim kastard yg mna 1 ya..
Cream Puff
Resepi :Zaliana@myresepi.com
Sumber : Tun Telani&Kak Mas
Bahan2 :
125 gm self raising flour atau tepung gandum + 2 sudu teh baking powder
100 gm butter
250 ml air
1/2 sudu teh gula
3 biji telur
Cara 2 :
Panaskan oven pada suhu 220 darjah C.
Satukan butter, air dan gula dalam periuk. Panaskan sehingga butter cair.
Selepas ia mula mendidih, terus masukkan tepung. Kacau dengan pantas sehingga ia kurang melekat pada dinding periuk. Konsistensi perlulah kental. biarkan adunan betul-betul sejuk.
Selepas sejuk, masukkan telur satu persatu. Kacau sehingga rata dahulu sebelum dimasukkan telur seterusnya. Mas pukul guna mixer hingga adunan licin.
Gunakan beg paip dan paipkan mengikut bentuk yang anda suka di atas dulang yang telah disapu marjerin.
Renjiskan cream puff dengan sedikit air.
Bakar dalam oven dengan suhu 200c hingga permukaan puff kecoklatan,lebih kurang 30 minit.
Suhu yang panas membantu puff naik dengan sempurna.
Pastikan puff telah benar-benar masak sebelum dikeluarkan dari oven.
Ia kelihatan ringan,bahagian bawahnya tidak melekat di dulang dan telah berwarna kuning kecoklatan sedikit.
Jika dikeluarkan sebelum cukup masak, puff akan turun dan tidak berongga di dalamnya.
Selepas dibakar. Buatlah lubang dibawah atau belah dua secara melintang dan paipkan dengan krim pastri atau sebarang krim yang anda suka dan salutkan atas dengan coklat cair atau ayakkan dengan sedikit gula icing...

Custard Filling
2 camca besar tepung kastard
2 camca besar gula kastor
1 1/3 cawan susu segar
2 camca besar gula kastor
1 1/3 cawan susu segar
30 gram mentega (kurang lebih 2 camca teh)
2 camca teh esen vanilla
Satukan semua bahan untuk kastard kecuali mentega dan esen vanilla.
Kacau rata dengan whisk dan masak dengan api perlahan sambil terus dikacau hingga pekat.
Padam api, tambah mentega dan esen vanilla, kacau rata dan biar sejuk. Ketepikan.
*Utk inti Kastard,aku guna rcp dari blog kak ita..Sbb nak inti yg lebih creamy gitu,hehhe..Aku wat half adunan jerk,sbb nanti nak campo ngan Non Dairy Whipping Cream jadi banyak lah kan..Aku msuk jerk semua bhn,kacau2 sebati n letak lam microwave jerk..
Krim Kastard
Sumber:-Kak Ita Masam Manis
1/2 cawan tepung gandum ~ 85 gm
1 1/2 sudu makan tepung kastard atau tepung jagung ~ ita tambah
1/2 cawan gula ~ ita tambah lagi anggaran 2 sudu besar
4 biji kuning telur
3 cawan susu ~ boleh guna susu segar atau susu cair
30 gm butter
1 sudu teh esen vanilla
Secubit garam
Non Dairy Whipping Cream secukupnya.
Ayakkan tepung terlebih dahulu
Satukan tepung dan gula dalam satu bekas
Masukkan 4 biji kuning telur dan 1 cawan susu.
Kacau hingga adunan sebati
Masukkan semua baki susu, secubit garam dan esen vanilla
Kacau rata
Panaskan atas dapur dengan api sederhana hingga adunan pekat.
Sentiasa kacau supaya adunan tidak hangit dan berkerak di dasar.
Bila ia dah meletup-letup segera tutup api
Tambahkan butter dan kacau hingga adunan menjadi licin dan berkilat.
Biarkan ia sejuk
Simpan dalam bekas bertutup atau balut bekas dengan plastik dan simpan dalam peti ais hingga ia dingin
Sepertimana yang ita katakan tadi, adunan ni dapat agak banyak.
Ia boleh terus di gunakan jika kita inginkan rasa kastard
Tapi jika inginkan rasa yang sedikit creamy, macam Cream Puff Beard Papa's boleh lah kita campurkan dengan Non Dairy Whipping Cream caranya:
Ambil 1 cawan Non Dairy Whipping Cream, pukul hingga mengental
Kemudian campurkan ke dalam Cream kastard kita tadi.
Kaup balik hingga adunan sebati
Jika adunan berketul, masukkan dalam mixer dan pukul sekejap aje anggaran ia sebati dan kental.
18 comments:
hahaha Ct nampak nya kita ni sehati 3 jiwa dengan Mas lagi yg ber krimpuff semalam tu, tapi sayang kita hanya di alam maya kalau dekat nak jugak gether2 tunjukkan krimpuf masing2 pastu ngopi heee
Assalamualaikum pehhhh cantik lah kejadian cream puff ni...warna pun megancanm..pernah mkn mmg sdp buat je belum lg...insyaallah perlu juga buat ni sbb dah tergoda heee
tngok pun dah terasa krim2 yg bersememeh tepi mulut...hihihii akk suka ni..
favourite kami anak beranak jugak ni, Ct!!!
Salam kak ct cayangg.... hancus diet tun ni tau.. tgk cream puff ni mmg tergoda habis.. gemuks2 je.
cream pufff 10 ketoiiiii...he3
bestkan buat cream puff ni..
makan lagi la sodapppp
patutlah..hehehh..tak sangka sama menunya di N3 hari ni..mmg sedap makan puff kan..
dah pernah buat...4 kali cuba tapi dia x naik sempurna kenapa erk..dah la leper je mcm biskut...:(
saya ada try buat cream puff tp x jd la x naik dgn gebu..nape ek??sy nk sgt buat cream puff smpai jd...
sy nk try laaa
Sis, sy amik resepi ni n buat semlm...mjadi...gebuzzzz n lembut gituu...tp x naik sangat sbb lupe nak taruk baking powder...pape pun gebuzzz :)
Sy da try kak..menjadi..gebu cream puff sy hihi
sedapnya...nak tryla
hari ni br try buat...menjadi leee...gebu dan lembut....atas prtolongan hubby...heheh
boleh tahan bape lma ek?
guna resepi ni terus jadi cream puff sy..hihih
Salam singgah, datang utk curi resepi menjelang ramadhan. Sedapnya cream puff! studioous.blogspot.com :)
Resipi ni mnjd...sgt gebuz n lmbt.tq for sharing.may Allah bless u always sis
Post a Comment