Thursday, April 4, 2013

Resepi Nasi Komok..


Assalamualaikum..

Wokeylah arini nak tayang nasi komok yg aku msk siang tadi utk santapan Laling trchenta n ank2..Tnya hb nak mkn pe utk berbuka,dia kta nk mkn yg special sikit,hehhe,so aku pon try ler rcp nih,b4 nih dah prnh msk nasi komok nih,tapi versi mkn ngan dalca bagai n aym goreng berempah,erm tapi xnah letak kat blog lagi...


Rempah nasi komok nih mmg byk sgt2 lam stok,sbb aku kirimkan byk trus ngan yana,mmber blog gak nih,yerlah nk mnta tlg org belikan,xkan nk suh selalu kan,bekla kirim byk trus n simpan lam peti ais..yer x..hehehhe..TQ TAU YANA,tlg belikan rempah nih..

Bagi tekak aku trus terang ckp,mmg sdap nasi nih,tapi bila tnya big boss,dia kata mmg sdap,tapiiiii xleh lawan nasi mandhi yg dah jadi trademark aku dah tuh,sbb salu sgt wat,hihi..Erm en hb mmg suka sgt nasi mandhi air tgn bini dia tuh,agaknyer mmg dah serasi sgt kut ngan tekak dia,yerlah citarasa setiap org mmg xkan sma kan..

Oklah meh tgk rcp pula eh..aku letakkan link kak ayu juga,sbb mula2 tgk kat umh kak ayu,pastu tgk pula kat umh kak azian,tuan punya rcp asal,rcp yg latest nih kak azian de ubah2 cikit..so trpulanglah nk try yg mna 1..Klo sapa yg xde rempah komok leh ler tgk rcp rempah homemade kat umah kak ayu ya..

Utk sos aku da add sos cili lingham n bwng putih,juga xletak cuka,n aku gantikan ngan jus limau kasturi,sbb hb kureng suka..

Tq utk kak ayu n kak azian diats perkongsian rcp nih..

 Nihla rupa rempah komok yg aku kirim kat yana..Mmg wangi betul bau dia..


NASI KOMOK
Resepi Asal :-Kak Azian
Sumber resepi :-Kak Ayu Singapore

BAHAN-BAHAN
1 ekor ayam 
3 sudu besar rempah Komok
4 cawan beras basmathi
6 cawan (cwn sama ukuran beras)+ 1 mangkuk air
rempah penumis
(1 kayu manis, 3 bunga lawang, 3 pelaga, 5 cengkih)
6 ulas bawang merah*
(2 ulas di mayang halus)
3 ulas bawang putih*
(1 ulas dimayang halus)
1 1/2 inci halia
(1/2 inci dimayang halus)
2 sudu minyak sapi
2 sudu marjerine(Aku letak Butter)
2 sudu minyak masak(Aku xletak)
1/2 tin susu cair
BAHAN UNTUK SOS
 8-10 ulas cili padi
2-3 biji cili merah
5 tangkai daun ketumbar
2 sudu cuka(aku letak jus limau kasturi)

garam dan gula secukup rasa
*Aku add sos cili lingham n seulas bwang putih

Set utk en hubby berbuka..Da juga kambing panggang,kambing tuh nti aku share rcp,mmg sdap n time panggang tuh masyaAllah mmg wangi,smpkan hubby yg tgh baca paper kat meja mkn kat dpo,lari masuk bilik,sbb dia kata takut trbatal puasa dia,hehhe.. 

CARA PENYEDIAAN:-
1. Potong ayam(selalunya saya potong 16) cuci dan toskan. Cuci juga beras basmathi, rendam selama 10 minit dan toskan.
2. Kisar bahan yang bertanda *.
3. Panaskan minyak sapi, marjerine. dan minyak. Bila dah cair masukkan rempah penumis dan bahan yang telah di mayang halus masak sehingga kekuningan.
4. Masukkan pula rempah komok yang telah di bancuh bersama sedikit air. Kacau rata dan masukkan air.
5. Apabila air menggelegak, masukkan ayam. (saya masukkan juga batang, akar  serta sedikit daun ketumbar)
6. Apabila ayam telah hampir masak, keluarkan dari periuk dan biarkan sejuk. Bila dah sejuk, gaulkan dengan sebuk kunyit dan garam (kali ini saya lumurkan juga dengan sedikit rempah komok)
7. Goreng ayam kekuningan tetapi jangan terlalu garing nanti ayam menjadi agak kering.
8. Keluarkan semangkuk air rebusan ayam untuk sos. 
9. Masukkan beras kedalam periuk nasi dan curahkan kesemua bahan dan air rebusan ayam tadi.
10. Masukkan juga susu cair dan garam secukup rasa. Biarkan nasi masak dan kering.
11. Kisar cili dan daun ketumbar bersama air rebusan ayam yang di ketepikan tadi. 
12. Masak di atas api perlahan sehingga mendidih. Apabila telah mendidih, masukkan cuka, gula dan garam secukup rasa. Renihkan sehingga kuah agak pekat.
13. Hidangkan Nasi Komok bersama daun salad, ketumbar dan timun.
# Enak juga dimakan bersama kerabu mangga.
Penggunaan marjerine melembutkan lagi nasi.

*Utk Ayam,Pas keluarkan dri air rebusan,aku gaulkan dengan bwng merah,bwang putih,halia kisar,serbuk rempah komok , Serbuk Cili n serbuk pati ayam..pastu aku goreng ngan api plg perlahan,Ayam nih mmg lebut n juicy..


4 comments:

Yana Shaiful said...

huhuu..Bestnya..nnt bleh try ns komok bergandingan dgn kambing panggang plak..mkin bertambah ns mkn hihii..



Seri Kandi Tanah Jauhar said...

ooooo.. ada rempahnya rupanya. Nak buat sendiri, oh, tidaklahhhhhhhh... lain kali kalu Ct buat sila post sepinggan kat akak ya..

Mas said...

mehhh kat akak seperiukk...kikikiki
terliurr lak nengoknya

Bunda_nora said...

assalam dari bunda,

sedapnyer...belum pernah dengar lagi
nasi komok nih..