Friday, April 12, 2013

Resepi Banana Kaya Pizza Ala Domino..

Assalamualaikum..
Update lagi di ptg arini..Banana Kaya Dessert ala domino nih dah 2kali wat n menu yg tah bape bln dah,baru arini nk update rcpnya..Hehe..Anak2 mmg suka pizza pisang nih,diorang panggei pizza hijau,hehe..

Wat sendri mmg lebih berbaloi2 n lebih sdap sbb leh letak cheese ke pisang ke byk2 kan..Aritu prnh wat juga pizza nih kat kg utk mak n ank2 sedara..

K lah jom zasss tgk rcp lah eh..B4 tuh tq utk CMG n ros utk rcp doh pizza n serikaya tuh ya..

Sumber Resepi:-Cik Mat Gebu
BAHAN-BAHAN DOH PIZZA :-)

300 g tepung gandum
6 g instat yeast
20 g mentega
10 g gula halus
1 camca teh bread improver (optional)
1/4 camca teh garam
1 1/2 camca besar madu
170 ml air
Sedikit tepung untuk ditabur




Cara Membuatnya:-
 UNTUK DOH PIZZA :-
  Satukan semua bahan untuk doh dalam satu bekas, kecuali mentega dan tepung untuk ditabur, gaul rata hingga bersatu. Tambah mentega dan terus meggaul hingga menjadi doh yang kenyal, jika melekit, tambah sedikit tepung. Kemudian bulat2kan dan biar 45 minit hingga naik sekali ganda. KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan untuk dok kecuali tepung untuk ditabur, ke dalam bread maker, pilih setting untuk doh dan tekan "ON", buat hingga siap.


Resepi Serikaya Pandan
Sumber Resepi:- Rosmarlina

350ml santan pekat
3/4 cawan gla (Aku kurng kan lgi)
1 1/2 sudu besar tepung kastard ( boleh ganti dengan tepung gandum)(Aku letak 1sdb jer)
3 biji kuning telur ( ros guna saiz telur saiz M)
1 helai daun pandan di simpul
beberapa titik esen pandan ( nak guna pandan emulco pun boleh)
beberapa titik pewarna hijau
Cara-caranya
1. Campurkan santan, kuning telur, gula, esen pandan dan pewarna hijau di dalam bekas, kacau sebati menggunakan whisker.
2. Kemudian ambil tepung kastard dan bancuh dengan 2 sudu besar air, selepas itu curahkan bancuhan tepung kastard di dalam bekas berisi adunan santan tadi, kacau lagi, kemudian tapis adunan ke dalam periuk dan masukkan daun pandan yang disimpul.
3. Masak dengan api perlahan, dan perlu di ingat, perlu kacau selalu jangan ditinggalkan, kacau sehingga kaya pandan menjadi pekat dan berkilat, masa mengacau lebih kurang 20-25 minit, setelah pekat, angkat dan sejukkan, barulah boleh di simpan di dalam bekas kaca dan di letakkan di dalam peti ais.  Selamat Mencuba.
- Walaupun tepung kastard boleh diganti dengan tepung gandum namun disarankan supaya menggunakan tepung kastard kerana tekstur kaya akan lebih licin dan elok pekatnya, ini berdasarkan pengalaman ros lah : )



*Utk buat pizza banana Kaya:---

Serikaya Pandan Secukupnya
Pisang berangan/Emas secukupnya dihiris nipis
Gula Aising secukupnya utk ditabur diatas pizza
Mozarella cheese secukupnya..

Cara Membuat:-

Panaskan oven pada suhu 190C, sediakan 2 dulang pizza berukuran 9 inci, sapu dengan sedikit mentega. Ketepikan. Keluarkan doh, bahagikan doh tadi kepada 2 bahagian sama besar. Ambil satu, tabur sedikit tepung dan canai bulat. Alihkan ke dalam dulang pizza, tekan2 dengan hujung jari hingga memenuhi dulang tadi dan biarkan kelilingnya sedikit tebal .
Ratakan sebahagian serikaya pandan tadi dan susun hirisan pisang yg dihiris di atasnya dan diakhiri dengan keju mozzarella. Bakar 20 - 25 minit hingga keju mencair dan roti kelihatan kuning keemasan. Keluarkan dari oven dan Taburkan dgn gula aising. Buat kaedah sama juga untuk yang sebiji lagi.Sedia utk dihidang n dingap..

10 comments:

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

wahhh.. kreatif! nampak sedap sgt2... nnt bolehlah try... agak2 anak2 anak boleh terima tak.. kot2 mak dia yg puluh lebih... haha.. tq sharing idea... buat sendiri lagi berbaloi2 kan... teringat dulu rajin buat apple pie ala mcD tu.. kekeke...

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

*anak2 akak*
silap taip la pulokks...

Zalieda Zaliedana said...

Kak MadihaA,try ler kak,mna tau ank2 akk suka kan,ank2 sy sume suka,ank2 sedara lagi ler pulun mkn,serikaya tuh klo mls nk wat,leh ajer bli ready made kan..sy ritu saja wat sbb nk mkn ngan roti juga..
Pstt akk pie mcd akk wat kulit dia rsa cam kulit karipap ke rsa cam mcd kak,tingin betul nk wat yg cam mcd kan,salu duk tgk rcp kulit cam karipap tuh..

asyifamustaffa said...

nmpk sedap...tp bole pandang je la....huhuhu....

tun_telani said...

ehhh??? wujud ye pizza pisang nih?? sgt jakun! haha.. tun suka makan sandwich pisang, so kene ngan tekak tun nih.

Rohah said...

Versi baru ni..tembam kulit pizzanya, puashati tengk

Amie said...

Hebatnya Dana! Memang cantik betul... kita je yang kejakunan hi hihiiii... kalaulah dapat sepotong!

Cheq Sue said...

i tak pernah masuk or makan dominos, percaya tak? sebab tu la blank langsung pasai pizza ni cik siti... boleh la jugak menerainya nanti. base pizza tu dah pernah cuba, memang sedap

Cendana Kasih said...

aduh...sedapnyer...pasti dicuba nanti...

Ayu said...

Assalam ct, wah first time ni akak dengar pizza berkaya..pasti anak2 suka..ia bagai roti gitu ke ct?..