Yg nih bagi kat jiran sebelah,hehe..Xletak karamel banyak2,org tua2 kan xsuke manis,so letak karamel cikit ajer lah..Kalo aku,mmg suke ajer karamel tuh..
Bahan:-
Karamel :
- 1/2 cawan gula pasir
- 1/2 cawan air panas
Cara-cara :
Hanguskan gula sehingga keperangan dan masukkan air panas. Kacau segera supaya tidak berketul. Kemudian ratakan pada loyang/bekas yang bersesuaian. Sejukkan seketika.
Hanguskan gula sehingga keperangan dan masukkan air panas. Kacau segera supaya tidak berketul. Kemudian ratakan pada loyang/bekas yang bersesuaian. Sejukkan seketika.
Puding :
- 2 keping roti sandwic (disiat-siat)
- 1/2 cawan kentang rebus yg dilecek
- 1 1/2 cawan susu cair
- 1/2 cawan air suam
- 1/4 cawan susu pekat (kalau nak manis lagi bolehlah tambah)
- 1 sk esen vanilla
- 3 biji telur (dikacau perlahan dan jangan sampai berbuih sekiranya ingin memiliki kulit yang licin dan gebu)
Cara-cara : Blend semua bahan ( kecuali telur) sehingga sebati. Kemudian disatukan dengan telur. Kacau perlahan-lahan. Kemudian tapiskan. Tuangkan ke dalam karamel tadi. Sediakan loyang/bekas yang agak besar dan berisi air panas. Kemudian letak loyang puding tadi di tengah-tengahnya. Bakar dengan suhu 160C selama 50 minit atau sehingga masak keperangan. Setelah masak, sejukkan terlebih dahulu sebelum diterbalikkan. Hidangkan sebagai pelengkap makan makan siang/malam anda.
11 comments:
memang nyaman ni mkn sejuk2 kan CT
sedap ni...sy suke karamel puding... bubuh roti lg bes ye x..hehee
waduh bestnyeeee.. berkilat2 tu sakit mato denn..huuhhhh
salam sdi ni akk pun dah try buat yg bekentang...tp ak jugak rasa yg dana buat...jum tukar gan kek chesee 5 potong nak yg bintang tu
Assalamualaikum ct...
sedapnya nie kalau dapat makan puding nie ct... ada lg x nie? akak nak ckit.. n irfan pun nak kata hai kat anak ct... comel jer mereka kan.. hehehee
puding berkaramel gini kalau pelawa memang tak tolak punya (walaupun tau ianya manisss..hehehee) yg ni versi ada roti & kentang yer.. lom pernah rasa lagi ni.. tp bagus resepi ni sbb jimat telur kan.. bulan puasa boleh try.. hehe.. tq ye resepinya..
Assalam Dana,
tengahari begini ni.... dapat sepotong puding karamel yang sejuk.... alangkah nyamannya melintasi tekak!...yummy...yummy...
kak punya ada dak?
Salam, ct...
sedapppnya puding tu... K nrl suka sangat puding karamel, tapi yang ni ader letak kentang... lain tuuu...
:)
Salam Kak!! Td umah Kak ita pun pudding ninjutsu hihihi Waaaaaa nmpknyer kita kena buat jugak nii Kak hihihi... Selamat ari raya!! :D
kak zal : 1st time tengok puding karamel ada letak kentang. kalau sy jd jirang tu mesti tak suke, sebab dapat 2 keping kecik je (demand pulak jiran ni) heheh....sedapnye makan sejuk2...
Post a Comment