Erm menu arini ialah cucur jagung berudang yg rangup,bestttt oooo..smp nana n syifa punya pulun mkn..ptg karang leh goreng lagi,coz tepung lebihan tuh simpan lam esbok,saja bncuh adunan byk cikit,sbb nk goreng 2kali,hehe..Owh ya,nih la salah 1 juadah berbuka kami semalam ya..
Akceli ni la 1st time aku wat cucur letak telor n bancuh adunan dgn air ais(aku letak juga ketulan ais),mmg terasa sungguh kerangupan cucur aku kali ni..aku xletak baking pwder,mahupon agen2 penaik yg lain..dlm rcp asal kak madihaa nih,beliau da letak baking powder,so ikut selera memasing lah eks,nak letak ke x..
Baru2 nih da smbng2 ngan kak nieza kat fb,dia pon ckp selalu wat cucur letak telor n ais utk rangupkan cucur,pastu kadang letak baking powder,kdang x letak,tapi rangup juga..erm aku pon try ler versi xde baking powder dulu utk kali ni..
Resepi asal dari kak madihaa/ratna,aku lak amik n nmpak rcp nih dari kak izah...Tima kasih byk2 wat kak izah,kak madihaa,n kak nieza yer di atas perkongsian ini..
Cucur Udang Rangup
Resepi : MaDiHaA a.k.a Ratna
Sumber rujukan:-Kak Izah
Bahan2
3 ½ cawan tepong gandum*
1 sudu besar (penuh) baking powder* (diayak bersama tepong gandum)(
Aku xletak)
Aku xletak)
2 cawan isi udang
1cawan isi jagung(aku add)
3 cawan air sejuk
2 sudu besar Knorr Pasti Sedap (jika tiada boleh gantikan dgn 1 sudu besar serbuk pati ayam)(Aku letak serbuk pati bilis)
1 ¼ sudu kecil garam (atau secukup rasa)
½ cekak daun kuchai ~ dibersihkan & hiris 2 cm
¼ biji kubis ~ dihiris halus & cuci & tos(Aku xletak)
1 ½ biji bawang besar ~ dipotong dadu
1bji cili merah didadu(aku add)
½ sudu kecil kunyit serbuk
1 biji telur
Minyak untuk menggoreng
Cara2 Menyediakan
1. Campurkan kesemua bahan2 dalam satu bekas yang besar kecuali air & telur.
2.
Gaulkan kesemua bahan2 tadi biar rata. Masukkan telur & air sikit
demi sikit sambil dikacau rata. Habiskan kesemua air & kacau rata.
3. Panaskan minyak yang banyak secukupnya dengan api yang sederhana.
4.
Ambil sesenduk kecil bancuhan cucur (sebaiknya gunakan senduk nasi yg
lebar tu) lalu cucurkan ke dalam minyak yang telah panas dengan cara
membentuk cucur menjadi bentuk yang agak lebar. Ulangi proses sehingga
cucur memenuhi kuali.
5.
Bila cucur timbul.. cerai-ceraikan cucur supaya tidak melekat antara
satu sama lain. Terbalikkan cucur & goreng sehingga garing ke dua2
belah.
6. Bila dah garing, angkat & toskan.
7.
Hidang cucur udang dengan sos cili kegemaran semasa panas2 atau suam2
untuk nikmati kerangupannya. (MaDiHaA hidang dengan sos cili lebihan
nasi ayam yang dibuat sebelumnya)