Friday, June 17, 2011

Takoyaki, Ke Jepun lah pulak^_^

Assalam semua,hehe meh nak tayang menu mkn mlm semalam,sampai bf pagi tadi hehe..Ci takoyaki..Kalo nak ke jepun betoi,pakai lam mimpi lah kut kan,so sambil ngap si cekodok jepun yg bolat2 nih,sesambil lah berangan yg duk da di jepun,hehe,blh gitu..Lunch nih gantung koli,hehe best gak sekali sekala,hubby xblk,Ptg2 karang bru nak masak..Nih 2nd percubaan aku mem"bolat"kan si tako ni..kALI NIH SAJA XGUNA TEPUNG TAKO,WLPONG DA BERBAKI LAGI CIKIT,Aku guna resepi dari dapo kak madiha,resepi asal dari ilhamusafir..Pada aku mmg sedap ajer,sama jer ngan guna tepung tako..Yg pastinya,kalo nak wat lagi tako aku nak guna rsp nih ajer,sbb sedap n yg penting lbh jimat belanja,sbb tepung tako tuh xsmp 500gm dah 10++aku beli kat jusco dulu..Hehe..Tima kasih byk yer wat kak madihaa cayang n ilhamusafir..

Takoyaki
Sumber : Ilhamusafir
Sumber Resepi : MaDiHaA a.k.a Ratna

Bahan2 Sos Takoyaki (boleh juga digunakan untuk Okonomiyaki)
1 cawan sos tomato
1 cawan worcestershire sos
2 cm halia ~ diparut halus
1 ulas bawang putih ~ diparut/tumbuk halus
¼ cawan gula

Cara2 Menyediakan Sos
Masukkan semua bahan ke dalam periuk dan dimasak sehingga sos menjadi agak pekat.
Sejukkan sebelum dimasukkan ke dalam botol sos (yang biasa kita letak mayonis yang senang nak picit tu)
Nota dari Ilhamusafir: Untuk pengetahuan tuan tuan dan puan puan sos ni bertahan selama sebulan jika disimpan di dalam peti ais..

Bahan2 Batter Takoyaki
1 cawan tepung gandum
300 ml air (MaDiHaA tambah lagi 50 ml air)
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil garam..
1 biji telur

Bahan2 Isian Takoyaki
Boleh dipelbagaikan isiannya walaupun Takoyaki merujuk kepada Octopus Ball.
Antara bahan2 yang sesuai ialah :
Tuna/Octopus/Isi Udang/Crab fillet (MaDiHaA guna isi udang & Crab fillet)
Daun bawang ~ dipotong halus
Kubis dicincang halus2 (mcm nak buat coleslaw)

Bahan2 Taburan
Serbuk ikan bilis (MaDiHaA tak letak)
Serbuk nori (seaweed)
Katsuoboshi.. (hirisan ikan bonito nipis macam kertas )

Yg nih akunyer ,versi xda bonito flakes,aku xsuke letak,sbb bau dia agak kuat,pastu letak sos cili sedap cikit pedas2 gitu,tekak melayu lah katakan..Tahla aku mmg xbape gemar ngan bonito nih,Pstt da sapa yg nak ke,aku nak bagiiii..Byk peket juga nih yg kecik2 lam 1pek besaq yg aku beli..

Cara2 Memasak Takoyaki
1. Bancuh semua bahan2 batter dengan menggunakan whisker sehingga sebati. Tuangkan ke dalam jug plastik yang sesuai. (supaya mudah nak menuang batter ke acuan nanti) Ketepikan sebentar.
2. Panaskan acuan takoyaki dengan api yang sederhana. Sapukan sedikit minyak masak dalam setiap lubang acuan. Bila acuan dah agak panas, tuangkan batter ke setiap lubang acuan sehingga penuh.
3. Masukkan bahan2 isian (samada isi udang/tuna/ octopus yg telah dipotong kecil/crab stick yg dipotong kecil). Kuantiti isian tu ikut suka.. kalau letak lebih lagi sedap! Kemudian taburkan dengan hirisan daun bawang diikuti dengan kobis yang telah dicincang (MaDiHaA suka sayur banyak!).
4. TIPS MEMBULATKAN TAKOYAKI CARA MaDiHaA : Bila Takoyaki dah nampak beku sikit.. bolehlah dicungkil sedikit menggunakan 2 batang lidi satay supaya kedudukannya menjadi berubah tempat tapi JANGAN TERBALIKKAN terus! Biar kedudukannya macam senget sikit. Takoyaki pada masa ini akan berbentuk separa bulat dengan keadaan berdiri. Nanti akan nampak dalam acuan ada tempat kosong lagi so tambahkan lagi batter dalam acuan yg nampak kosong tu.. Biar beku sekejap then cungkil lagi Takoyaki & ubah lagi kedudukan. Bentuk Takoyaki pada masa ni akan jadi 3/4 bulat.. isi lagi bahagian kosong dalam acuan sehingga penuh & terus pusing kedudukan Takoyaki supaya bentuk bulat sepenuhnya berada dibahagian atas & batter yang baru dituang tadi berada dibahagian bawah bermakna bentuk Takoyaki pada masa ini sudah menjadi bulat sepenuhnya. Lepas beberapa minit.. pusing2kan Takoyaki yang dah berbentuk bulat sepenuhnya tu supaya garing sekata. Semasa menunggu garing tu bolehlah ditambahkan sedikit minyak supaya lebih mudah garing.
5. Bila dah cukup garing. Cucuk Takoyaki & susun dalam pinggan hidangan. Paipkan sos takoyaki & sos mayonis secukupnya. Taburkan dengan nori halus & juga katsuoboshi. Sedia untuk dihidangkan!

Nota MaDiHaA : agak susah nak tulis cara2 membulatkan takoyaki dalam bentuk penyampaian. Cara yang paling mudah ialah dengan melihat dalam bentuk video. Jadi bolehlah cari dalam laman You Tube untuk lebih memudahkan anda.
*Pstt aku copy semua yg kak madihaA taip,hahaha..

10 comments:

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

wahhh... dah semakin cantik bulat2 takoyakinya tu.... buat takoyaki ni mmg ralit kan... walaupun kepanasan dok depan dapur tp seronokkkkk bila dpt takoyaki yg bulat2...

betul tu.. guna resepi ni lebih jimat.. akak pun guna yg ni jer tiap kali buat.. anak2 suka betul..

Zalieda Zaliedana said...

Kak madihaa,
Hehe dah pndai ckit,mmg best ajer,wlpong kjb2 duk ttp api,sbb xtahan pnas tangan,hehe..Tu la kak,gna gandum lagi save,gpon sedap sma gak..

Yana Shaiful said...

nnt nk p jepun gak lah..tgu time xde keje hehee..bestnya tgk takoyaki nii..;-)

Zalieda Zaliedana said...

YANA SHAIFUL,
HEHE,Tula nak mem"bulat"kan tako nih la leceh cikit,tapi nak mkn wat juga lah,kalo beli 3biji dah 4.50 dah yana..Try lah nnti ya..

Azlita Aziz said...

assalamualaikum zaliedana...

akak selalu tengok orang buat.. cantik dan comel2 selalu tertanya2 apalah rasa jemput2 jepun tu ye.. nak jugak cuba tapi.. nak kena tunggu bujang 2 akak balik sebab yg kat rumah ni semua jakun sikit kalau tak pernah jumpa semua tak mau makan... hihi

comel aje dana buat jadi bulat2 tu..

Unknown said...

sedapnya! nanti buatkan utk akak yer...hehe akak tak pernah buat lagi..tak dak acuan sama.tunggu blk nantila cari acuannya..:)

Ummi said...

Assalam Zaliedana, waaaah dah menjadi takoyaki dia..akak ni acuannya ada, nak buat x kesampaian lgk...mungkin bole cuba resepi Ratna nih...selamat berhujung minggu Zaliedana...

Sheery Dream Cakes said...

Assalamualaikum ct cayang...
wah baru jer makan ari tu.. tp akak x perna buat sendiri lagi... sedaapnyaa...

anymz said...

simpan je la resepi ni dulu..tako pan takde lagi..kena order dulu dgn mimi..balik arrrr..
nyamfahhhhh...

Star_Sapphire said...

makngah xpe makngah...simpan bonita flakes tu utk kakak haha...nnt kni pi sana makngah buatkn takoyaki nih, bubuh banyak2 bonito flakes tu hehe