Saturday, December 29, 2018

Resepi Mee/Mi Udang Paling Sedap Kalah Restaurant Hampaaa


Assalamualaikum  hampa..B4 tu nak habaq kalo hampa nak tgk Video2 rcp masakan aku,aku baru buat Utube  channel..Hampa Cari Zalieda Diari Zaliedana  na..
Kalo Tik Tok pon ada hampaa haha, Zalieda Zaliedana..
Kalo nak tgk pic2 masakan harian aku yang latest kat Ig aku na..Nama Zalieda..
Todia todiaaaa semua aku boh no..Jomla polo hampaa aii.



Arini Aku nak updates  Resepi Mee Udang Plak ..Tgk pic ni hampaa terliuq x???
Haaa klo terliuq hampa try la buat ni aku bagi rcp  kat hampaaa ..
Sumpah tak tipu menang sedap n dah byk Feedback  kata sedap tau.
Rcp ni aku pernah kongsikan di SINI  b4 private  blog dulu..Kak Azie kitchen  pon dah pernah try Rcp ni di SINI
Rcp ni juga aku ada share kan kat Dalam Majalah SAJI juga..


Haaa percaya x lagii rcp ni Antara yg paling sedap..Kalo xsedap aku  tak share tau..

**Kak Lina Pg dr Teratak Mutiara  Kasih  pon ada try dah rcp ni n bagi feedback  yg ok

Resepi Mee /Mi Udang Sedap

Mee Kuning secukupnya di bsuh ,Toskan n celur.
Udang ikut suka byk mana pong,lagi banyak,lagi sedap
ketam/Sotong( optional )
2Biji kentang @ 1 biji keledek  yg kcik digoreng @rebus hingga empuk
3 SDB Cili Kisar
3 Ulas Bawang Putih Dikisar
5 BIJI Bawang Merah Dikisar
1 SDB Udang Kering Dikisar halus(guna blend kering
*2 SDB Pes Tomyam
* 3 SDB Sos  Cili
*2 SDB Sos Tomato
*2SDB Sos Tiram
* 1SDB Serbuk Pati Ayam
*1 SDB Nampla@ Sos Ikan
4  SDB Tomato Sup kimball
*Gula,Garam secukupnya
Minyak utk menumis

Bahan Hiasan Sampingan

1Keping Tauhu yg di goreng
 Sawi Di Celur
Telur Rebus
Cili Merah
Daun Bawang
Limau Kasturi
Bawang Goreng



Cara2

1.Blend bawang putih, bawang merah dan udang kering hingga halus..
Tumis dalam minyak yang panas hingga wangi. Masukkan cili kisar dan tumis hingga garing dan pecah minyak.

2.Sementara itu, ubi kentang digoreng/ direbus sekejap dan Dikisarkan.

3.Masukkan bahan blend ini ke dalam kuali bersama bahan tumis tadi.

4.Masukkan air dan masak hingga mendidih dan sesuaikan kepekatannya. Masukkan sos tomato, sos cili,pes tomyam,tomato sup kimball,sos tiram,sos ikan/nampla gula, garam dan serbuk pati ayam.

5.Masukkan udang atau boleh juga diletakkan sekali ketam /sotong hiris jika mahu. Boleh diangkat dan hidang.

6.Masukkan mee yang dicelur ke dalam pinggan dan sendukkan kuah ke dalamnya. Kemudian letakkan bahan bahan hiasan yang disukai

*Sy letak telur rebus,cili merah,limau kasturi,tauhu goreng ,daun bawang yg dihiris halus, sawi n bawang goreng.

4 comments:

LiNa_Pg said...

Nama akak. xmo boh ka hahaaa.
Akak pun dah try Mi Udang ni tau

EmbunRosaliza said...

Sedapnya... dh welkem back CT.. akk pun tenggelam timbul haha😁😁

Zalieda Zaliedana said...

Nak kna edit boh nama kak lina gakla..blogger pemes gak tuu..tq kak lina sudi singgah n drop komen

Zalieda Zaliedana said...

Alhamdulillah sedap kak liza..Hihi ok gak kak liza timbui gal.sy ni dah kat 5 taun tenggelam.Tq na kak Liza sudi singgah n drop komen