Tuesday, August 7, 2012

Tahu Anura...

Assalamualaikum..
Selamat pagi semua...wah kejab jer dah lbh dari pertengahan ramadhan kan..mesti semua dah bz mengukis n dah mai mood nak raya kan..erm aku pon alhamdulillah dah wat 4jenis sekut rya,termasuk frambrozen kenari dkt bawah nunnn..Pastu wat juga kuih siput..kuih peberet tuh,tapi mak aiiii nak gentel tuhadeii punya lemah,bab mkn laju jer masyukkk molot..ank2 pon suka jer..Mcm dah xsmpt nk smpan rya jer kuih yg 1 nih,huhu..dah la mmg xrajin dah nk gentel,aritu pon nsib ank sedara yg tlg gentelkan..huhu..

Adoiiiyaiii pnjang lak intro psai kuih siput kan,hehhe..sowiiiiii...erm oklah berbalik pada TAHU ANURA nih,aku mula terpikat n ternmpak kat umh kak madihaa ,bila baca cita dari akak madihaa lagilah membuatkan aku xsabo nk menerai n merasa sendri kesedapan tahu anura nih..menurut kak madihaa,rcp nih hasil air tangan n rcp oleh kak azian,yg mna tahu nih pemes kat psr  ramadhan tmn melawati,mmg selalu kak azian g bli kt bazar,pastu mnta rcp,sapalah nak kasi kan,yerlah org nega kdang da yg kedekut kan,pastu kak azian nih selalu g beli sbb nak kaji selidik pe bhn n rcp rahsia tahu nih,heeheheh..

Akhirnya seterlah byk kli bli n menerai,maka terhasillah rcp tahu anura yg mnjadi peberet family kak azian nih..gtulah serba sedikit cite pasal tahu nih..
 
Penangan nmpk kak madihaa post tahu nih,watkan aku terliur gile uuu,pastu terus ler mulakan projek marin,sbb bb lam peyut nih pon dah xsabo2 nk merasa,(yerlah sgt.padahal ummi yg lebih),hihi..Alhamdulillah mmg sodap..kuah aku wat ahd mlm lagi,coz sng ler nak tau rsa kuah tu kan,klo wat siang ssh gak nak agak.

 
Aku wat klmarin tauhu nih utk berbuka puasa,wat 10bji tahu,bila dipotong2,erm dptlah 20potong,aku mkn 5potong time berbuka,terus kenyang n xmkn nasi dah.Da byk lagi nih,berbuka karang leh perangat n mkn lagi kan..
 
Terima kasih byk2 wat kak azian yg sudi mengongsi rcp special nih n juga kak madihaa yg berjaya menggoda aii utk menerai rcp ni..Klo da yg berkenan nk menerai rcp nih,silalah yer,jgn malu2,heheh..

TAHU ANURA 

BAHAN A
Tahu kering secukupnya (MaDiHaA guna 1 peket besar yg harga RM3.50 tu  & pastikan yang ada logo halal ye..)Tauhu pok.
(tahu utk tahu bakar)
4-5 biji kentang
1Keping dada ayam didadu kecil(Aku add)
1/2 cawan Frozen mix vegetable
2-3 ulas bawang putih
2ulas bawang merah dihiris(aku add)
1 cawan air
Lada itam Ajishio n serbuk pati ayam(aku add)
2-3 biji telur
lada sulah
garam secukup rasa
minyak untuk menggoreng 

Bawang goreng secukupnya (MaDiHaA goreng sendiri bawang)
Bijan yg disangai
 
CARA MENYEDIAKAN:-
 
1. Kupas kulit kentang dan potong dadu. 
2. Tumbuk bawang putih dan tumis dengan sedikit minyak. Bila dah kekuningan masukkan air dan ubi kentang.
3. Masukkan garam secukup rasa dan masak sehingga kentang empuk. Tambahkan air jika perlu.
4. Apabila hampir kering airnya, masukkan mix vegetable dan gaul rata. Taburkan sedikit lada sulah.  Masak sehingga air agak kering.
5. Angkat dan sejukkan sebelum di sumbat ke dalam tahu kering. [cara nak sumbat tu.. MaDiHaA gunting sedikit permukaan tahu (spt dlm gambar) kemudian buka2 sikit tahu tadi biar ada ruang untuk inti..  (tahu kering tu memang agak kosong kat dalamnya) masukkan inti kentang menggunakan sudu sehingga penuh.]
6. Untuk menggoreng tahu, pecahkan telur. Perasakan dengan sedikit garam dan lada sulah. Kacau sedikit telur. 
7. Celupkan tahu dalam bancuhan telur tadi dan goreng di dalam minyak penuh yang cukup panasnya sehingga garing.
8. Angkat dan toskan minyak nya. Potong kiub besar-besar dan curahkan sosnya semasa menghidang. Taburkan bawang goreng dan sedikit bijan. (tanpa bawang goreng aroma tahu anura tidak akan naik.)
  
BAHAN B ( bahan sos)
2-3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 cawan cili kisar
1 cawan cili sos
1/2 cawan tomato sos
1sdb Sos plum(aku add)
2-3 keping gula melaka (MadiHaA guna gula merah yang dimasak dengan sedikit air & tapiskan)
1 cawan air asam jawa
(2 tbsp asam jawa)
1/2 cawan air
bijan untuk tabur.
minyak masak 
 
CARA MENYEDIAKAN:-
1. Tumbuk bawang putih dan halia hingga lumat.
2. Tumiskan sehingga kekuningan. Masukkan cili kisar dan masak sehingga cili terbit minyak.
3. Masukkan cili sos, tomato sos dan gaul rata. Tuangkan air asam dan 1/2 cawan air serta gula melaka. Masak sehingga gula larut.
4. Masukkan garam secukup rasa.  Jika kuah tidak pekat, masukkan 1-2 sudu tepung jagung yang telah dilarutkan dengan sedikit air.
5. Apabila kuah pekat taburkan bijan.
Nota Azian: Kuah Tahu Anura hampir serupa kuah Yong Tau Foo tetapi ianya lebih ke rasa masam dan manis.

11 comments:

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

aduhaiiiiiiiiii... sedapnya CT, lebih-lebih lagi disirami kuahnya tu.. menggetar jiwa akak jer pepagi ni..

Batu Adventure said...

Nice blog :)
salam kenal sobat :)
di tunggu kunjungan balik.nya ya !terimakasih ...

Mas said...

sedapppp tu....
sajerkkk tau menggoda aiiii...
kena cari tauhu ni kalau nak buat...he3

ijayuji said...

Salam kak! salam ramadhan :D dah nak masuk raya pun beskut kat bwh tu kita jakun lagi mcm leceh pulak nak buatnya ehehe... tauhu2 mcm ni mmg best kalau meratah gitu jerr, ni pun menu jakun jugak nii :D

Anonymous said...

sedapnyeee resepi nih..suke sangat dgn tauhu mee kari nih....bagus juga sekali sekala buat menu mcm ni..lain dr yg lain

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

dah menjadi pun ha... mujur 'baby' suka... hehehe....

zila norazila said...

amboii mmg rajin btl..dah cuba yer ..akk aritu skodeng jgk kt dapur kaka madiha tp x cuba2 lagi..nampak sedapp tue..:)..wahh sekut dh ada 4..best2

Unknown said...

salam ramadhan

oooo dah buat gak dah...akak tak terbuat lagi sebab terlupa nak beli tauhu pok

quinnie said...

aduiii sedapnya....kita suka tauhu goreng ni..kalau letak dlm mee kari..wallahhh..sangat lah sedap...berair je...hehehe

HomeKreation said...

Good morning.... jejalan sebelum subuh... waduh sedap ni... kita thn ni pose pun sempoi jer... takdan sgt nak berkuih-muih... shian kan. Esuk kalau buat kuih, jgn lupa hanto kat Along cikit tau.

HaSue said...

adeh,rajinnya mak yung sorg nih...akak ada stok tahu pok tu..stok rajin cam x byk nih ct.meh hulir2 sini sket belen ct tu ha..hehe