Friday, April 5, 2019

Apam Pisang Yg Sedap, Lembut,Gebu dan Mudah

Assalamualaikum hampa..Selamat Pagii
.Sat saja no dah pon jumaat..Xlama dah nak Menyambut Bln Ramadan Al Mubarak  pula..Mudah2an  taun ni makin bertambah la amalan Aku.
Actually  share rcp ni pon saham akhirat n penambah pahala juga..Mudah2an  Allah terima la sedikit kebaikkan yg aku buat ni ..

Amacam gebuu x apam pisang yg aku buat ni..??Bkn saja gebus tapi sedap juga hampa tau x ..
Makan masa suam2 pas kukus tu,pergh nikmat sungguh  hampaaa.
1 Adunan dpt byk juga..Aku siap antaq kat jiran n 
 frozenkan ckit apam ni..
Nak buat pnya la senang giler,sedap plak tuu..Kalo hampa xcaya blh la try buat nti..



Resepi Apam Pisang Sedap, Gebus ,Mudah &Lembut
Apam Pisang  Aku kat YouTube 

Bahan A
7/8 Biji Pisang Emas / 6 biji Pisang Berangan 
 3/4 Cawan Gula
 2 Sudu Teh Soda Bikarbonat
 1 Sudu Teh Double Action Baking Powder
Secubit garam

Bahan B
3 Biji Telur
1 Cawan Minyak Jagung / Minyak Masak
2 Cawan Tepung Gandum

Hiasan
Pisang yg di hiris nipis

 Cara2
Pukul Telur hingga berbuih
Masukkan Minyak,gaul sebati
Masukkan pula  tepung gaul hingga sebati,dan ketepikan dahulu.
Pisang Dilecek hingga halus..
Satukan semua bahan A dan ketepikan dahulu
Tuangkan adunan bahan  A ke dalam Adunan B,Gaul hingga Sebati secara kaup balik.
Perap atau biarkan selama 30 minit..
Sudukan adunan ke dalam acuan/loyang kecil. (Sapukan sedikit minyak pada acuan terlebih dahulu)
Letak hirisan pisang  sebagai hiasan
Kukus dengan api sederhana selama 15 minit. (kalau gunakan loyang besar masa mengukus adalah 40 - 45 minit).

 TIPS .. Boleh tambah coklat urai ke dalam adunan jika suka.
 ... Jika guna acuan kecil2 dan comel2, kurang masa mengukus. 15 minit sudah memadai. 
Hirisan pisang utk hiasan kena nipis,barula pisang tak tenggelam ke dalam.

5 comments:

Amie said...

Comelnya apa pisang tu.
Kalau jadi bekal ke tempat kerja, tentu rakan sebelah pun nak rasa sama hihihiiii.

isnaniict2014@gmail.com said...

Mmg terbaikkk...tqvm share resepi

Unknown said...

Enaak banget...kalau misalnya pakai ragi instant boleh nggak?

Qasim Khan said...

I have really enjoyed reading your blog posts. Attitude Shayari for girls

Manish Yadav said...

Really the best recipe for cake which i ever read..!
Dogs forum