Friday, September 30, 2011

Slice Cheese Cake,Mmg Sedap..

Assalamualaikum n selamat pagi semua,alhamdulillah berjumpa lagi di pagi jumaat yg indah ini,hari nih adalah hari terakhir dalam bulan september,huhu kjab ajer kan dah nak msk bln oktober lak..Jab tadi hujan turun punya lah lebat..Arini awal bersiaran,Sebenarnya aku nih xleh tido,Agaknya sbb duk teringat kek kak izah kut,muehehe,sbb tuh memalam buta wat kek ni,pastu masak nasi lemak bagai,sidai baju,jabgi pas hubby g kja mmg nak continue tido lah..Mata pon dah mula rasa ngantuk ni..

Slice cis kek nih aku punya tergoda gila2 n teruja sgt nak merasa kesedapan kek ni bila kak izah kata sepanjang syawal nih ajer dia dah 6 , 7 kali wat kek ni..
Mula tu igt nak wat yg light cis kek dulu,memandangkan telur lam peti saiz beso,tapi aku msg hubby ptg tu suh beli telur saiz kecik,mesti laki aku heran,tetiba bini dia nak teluq kecik lak,selalu nak yg besaq ajer,ngee..
Ingat tuh nak wat pas budak2 tido,pastu ngan aku2 sekali tetido,alih2 sedar2 jer kat kul1 pagi dah,Pastu g toilet,bagi nenen kat syifa,nak continue tido,pusing kanan xkena,kiri xkena,last2 bgn g godek kek ni..

Alhamdulillah hubby rasa jer suapan pertama tadi terus cakap,ermm sedap kek nih..1slice kat atas nih xabis la,sbb dia mkn nasi lemak bf jab tadi,ptg karang blk kja leh la dia continue mkn..
Kak izah cayang toche2 ya sbb promote baik punya,Mmg lembut n sedap,tq juga utk ros atas resepi ni..

SLICE CHEESE CAKE
Sumber Resepi:-Kak Izah

4-5 keping slice cheese ( slice cheese kalau kt mesia leh guna jenama kraft)Aku guna kraft 5keping
200 ml susu segar
70 gram butter atau marjerin
70 gram tepung gandum (diayak dahulu)
70 gram gula
4 biji telur saiz M
beberapa titik esen vanila

Cara-cara


1. Carikkan slice cheese kecil-kecil dan campurkan dengan susu segar.

2. Kemudian masukkan dalam periuk, gunakan api perlahan dan biarkan slice cheese tadi cair. kacau sentiasa.

3. Masukkan butter dan kacau hingga larut, tutup api dan sejukkan sebentar.

4. Asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula hingga menjadi meringue.

5.Didalam bekas lain pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan kedalam adunan cheese tadi, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul.

6. Akhir sekali campurkan meringue sedikit demi sedikit ke dalam adunan tadi dan beberapa titik esen vanila, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata. gliss acuan kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas. Curah adunan kek di dalam acuan .

7. Bakar pada suhu 170 darjah selama 20 minit dan turunkan suhu 140 darjah selama 40 minit, gunakan acuan kek berukuran 18cm dan letakkan sedikit air di bawah dulang pembakar, cara bain marie, untuk mendapatkan kek yang elok teksturnya.

8.Hias ikut kreativiti sendiri atau dimakan begitu sahaja. kek ini lembut dan ringan. tak rugi mencubanya.


Peringatan- Pastikan meringue betul betul kental, cara nak tahu meringue dah kental ialah dengan cara menterbalikkan bekas adunan dan meringue takkan jatuh. Kalau tak guna cara bain marie tu pun takpe, janji ikut suhu tu betul-betul ya.

*Hubby dah g kja,aku nak cantinue tido puas2..Lunch karang msk 1jenis lauk dah la,mkn ngan nasi lemak tuh juga la..K daaa..

Thursday, September 29, 2011

Marble Chocolate Banana Cake

Assalamualaikum semua,mari2 dengar ini cerita,org lain wat kuda belang,ai pon nak wat juga,alih2 kuda belang kita xbape cun,sbbnya belang si zebra nih terlalu rapat,last sekali huduh la jadinya.Xperlah kan,janji leh juga nmpak belang2 tuh kan,ayat nak sedapkan hati..
Bila terpandang belang yg kak ita wat,fuhh tersangatlah cantiknya,mmg sebiji rupa ngan zebra yg aku tgk kat zoo taipg baru2 nih,kalo xcaya leh lah terjah dapo kak ita eks..


Resepi asal dari chef zubaidah,kak wattie telah ubahsuai,pastu kak nieza copy,kak ita lak copy n bagi penerangan lbh detail lagi kat blognya,aku lak copy dari kak ita..Terima kasih utk semua yg terlibat ya..

Sejak pas raya nih kira kek pertama lah,duk terasa2 jer nak mkn kek,disamping nak menerai n memecah dara petal mould yg kakak ipar bagi nih..Sukeeee yg amat sgt kat petal mould nih,Terima kasih banyak2 kak lah tersayang,muahhsss,nanti kalo da apa2 mould lagi blh la bagi lagi eks..Hikhik...Cantik sgt n mmg Ct suka sgt..

MARBLE CHOCOLATE BANANA CAKE
By: Chef Zubaidah
Sumber: Kak Nieza ,Kak Azlita

250 gm pisang dilecek
250g tepung kek
1st baking powder
200g gula castor
6 biji telur
1 sb ovellette
2 sb susu pekat manis
50 g fresh milk atau susu cair
90 g minyak
1 sb choc emulco

1 sk esen pisang


"DO IT YOURSELF"


Leser loyang berukuran 10 x 10 inc dgn butter dan alaskan tapaknyer dgn kertas minyak.
Panaskan oven 170C.


Lenyek atau kisar pisang dan esen pisang hingga halus. Ketepikan
Satukan semua bahan dalam mixer kecuali
  • minyak
  • choc emulco
  • pisang
  • esen pisang
dan pukul dgn kelajuan max hingga adunan pekat dan gebu. Masukkan pisang dan putar lagi dgn kelajuan perlahan hingga semuanyer sebati.
Masukkan minyak dan gaul dgn spatula hingga adunan rata dan sebati.
Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.
1 bahagian diletakkan choc emulco dan satu bahagian dibiarkan pada warna asal.
Masukkan 3 sudu besar warna asal betul2 ditengah2 loyang. Kemudian tuang pula warna coco betul ditengah dan di atas warna putih sebanyak 3 sudu besar juga. Buat begini hingga 3/4 adunan kemudian buat pula dgn 2 sudu besar dan akhir sekali 1 sudu.
Kemudian bakar pada suhu 170 C selama 1 jam atau sehingga masak.

Wednesday, September 28, 2011

Ketam Goreng Pedas Bertelur

Assalamualaikum jumpa lagi kita eks..Nak tayang lauk yg dimasak klmarin utk digandingkan ngan kari ikan ala mamak di bawah nun..Kalo ketam,selain msk lemak,aku suke wat goreng pedas,kali nih saja tambahkan telur kat dalam tuh,mmg lagi sedap,Aku suke bangat..K lah meh layan resepi eks,xleh nak bebelsss panjang2,da kecik nih duk nyibuk,nih pon jenuh bertepis,dia pon nak tekan2 lappy nih gak,huhu..

KETAM Goreng Pedas(My Style)

Bahan2:
3Ekor ketam, dibersihkan dan dipotong 2,di gaul garam kunyit,goreng hingga masak n ketepikan

*5 biji bawang merah
*2 ulas bawang putih
*1 inci Halia
*2 Batang Cili Merah
*3 biji Cili padi Merah (Di kisar)

2sdb Cili Kering yg diblend
1 batang Serai(Di titik)
Sos cili+Sos Tomato+sos tiram+Sos Plum
1Biji Telur
Garam & gula secukup rasa
Minyak utk menumis
Sedikit Air jika perlu

Kari ikan n ketam nih lauk kelmarin eks..Pagi tadi dah tayang kari ikan..

Cara2:
1. Panaskan minyak dan tumiskan semua bahan kisar n cili kering yg di kisar, Kacau dan masak sehingga cili benar2 masak dan kelihatan garing.
2.Masukkan semua sos, air,garam n gula..
3. Masukkan ketam yg di goreng, kacau hingga rata,pastu pecahkan telur,gaul biar sebati n telur masak.
4. Rasa,jika ok,blh la padamkan api n dihidangkan,jika kurang leh la tmbh apa yg patut.
5. Gaul rata biar mesra,angkat n hidangkan..

Kari Ikan Jenahak Ala Mamak,Berbaloi-Baloi ^_^

Assalamualaikum
Xretilah nak wordless Harini pagi2 lagi dah tayang kari kan,besalah dah duduk penang,kari mmg xdapat dipisahkan,kalo kari kepala ikan mmg sinonim ngan mamak kan,kalo mamak lak,mesti kita teringat nasi kandaq kan,kalo nasi kandaq lak,apalagi,mesti lah ingat Penang kan..Ermm kalo Penang,agak2 hampa semua igt kat aku x?? mesti igt aku kan,yerla walaupon aku bkn org penang,tapi tinggal kat penang,InsyaAllah sampai mati tinggal kat sini kut.
Nih Cheq nak habaq mai lah sbb kari nih sedap sgt,diulang ya,sedap sgt,hubby mkn nasi bertambah time lunch,pastu mlm mkn lagi,pastu da lagi balance dia suh simpan esbok,lunch rini nak mkn lagi,siap ckp kat aku lagi,nih kalo bini abg buka kedai,sure laku nih,huk alah,bkn nak pasan eks,kenyataan ikhlas sang suami,mmg aku percaya dari pujian org2 len..
Hubby sorang jer melantak,seperti sedia maklum,aku xmkn ikan,so aku rasa seksiap kuah b4 masuk ikan,dah msk ikan mmg ai xrasa dah,xtaulah camner sedapnya kari nih..
Kari mamak mmg seperti semua org tau,xda santan bagai ek..Sengaja aku mskkan kas2 sedikit,bagi lagi sempoi,ala2 kedai nasi kandaq..Pastu aku letak juga sos tiram.
Kat sini aku abadikan resepi nih,utk rujukan anak2 aku nanti,mana tau ummi dah xda nanti,abah nak mkn kari mcm ummi wat,blh lah rujuk kat sini..Kalo da sudi menerai resepi nih,silakan lah..Apapun mmg hubby puji meleleh n hatiku tersangatlah girangnya klmarin..

Resepi Kari Ikan Ala Mamak
Kepala ikan@apa2 bahagian yg suke(Aku guna bahagian ekor ikan Jenahak)
2 Sdb Rempah Kari Ikan (Aku guna Babas)
1/2Sdb Serbuk Cili (Aku Guna Babas)

Bahan2 Kisar
5 Biji Bawang Merah
3 Ulas Bawang Putih

2 Biji Bawang Merah Dimayang
1Ulas Bawang Putih Dimayang
1Sdt Halba Campur
1/2Sdt Kas Kas
Air Asam Jawa Secukup Rasa(Aku letak yg adabi 1/2sdb)Mmg kena bagi rasa masam2 cikit
1Sdb Sos Tiram
Garam Secukup Rasa

Daun kari 2 Tangkai (Jangan Di leraikan)
Air Secukupnya

Bahan Sampingan
Bendi
Cili Hijau(Ala xDa Stok lah plak)
Buah Tomato
Terung(Xletak hb xsuke)

Menu kami klmarin,aku rebus juga 1biji telur masin,lupa nak snap sekali.

Cara-Cara_

Tumis Bawang merah n putih yg dimayang bersama halba campur hingga layu,masukkan bawang2 yg dikisar,tumis sehingga kekuningan,masukkan serbuk kari,serbuk cili,daun kari,serbuk kas2,tumis sehingga garing.
Seterlah garing,masukkan air n pati asam jawa,kalo guna terus air asam jawa pon ok.Masukkan sos tiram , ikan,biarkan sehingga ikan masak,Gunakan api yg kecil,supaya pecah minyak,seterlah ikan telah masak,Masukkan bendi,cili hijau n tomato,seimbangkan rasa,tutup api n leh la mkn bersama nasi@roti.

Monday, September 26, 2011

Menu Lunch Semalam

Assalamualaikum,lambat bersiaran,pagi tadi pas hubby g keja,konon2 baring2 sambil nak tidokan syifa,pastu ngan sejuk2 ujan lebat,sekali ngan ummi syifa pon tido sekali,jaga2 jer dah kul9++am,kelam kelibut jugalah nak masak,coz kena siap msk b4 dak berdua bgn sng cikit..
Menu arini mlm2 karang@esk aku tayang eks..

Ketam Masak Lemak cili padi.Xsempat dah nak hias bagai,cedok dari periuk terus hidang..Masak 3ekor..Wat msk lemak nih sbb jeles org2 yg p ampang dapat mkn masak lomak kak nim yg best tuh,haha..

Sayur kailan goreng belacan sbgai pelengkap,letak udang kering,udang basah yillek..

Ayam goreng nyonya nih aku da la amik resepi time kak izah tayang,pastu igt dah save,mggu lpas kan lappy wat hal asik off jer,pastu klmarin tgk2 rcp tuh xda,nak buka blog kak izah tgk rcp lagi,hujan lbat n guruh kilat,takut lak,pastu msg kak izah tanya rcp,malu gak nak msj kacau kak izah tanya rcp nih,tapi xperla xtgk muka pon,so tebal muka pon dia xnmpk la,haha..
Mmg sedaplah ayam nih,time goreng tuh mmg wangi ajer,ala2 sate n rendang pon da juga,sbb guna lengkuas halia serai bagai,pastu tepung jagung sengaja aku lbhkan,utk dapatkan lbh kerak2 yg rangup..Kalo xwat sos pon mmg dah sedap dah..
K lah meh tgk resepi eks,tq utk kak izah yg sudi sms resepi,wat kak ayu yg sudi berkongsi resepi nih n wat kak nor yg promote..Mmg best ok..


AYAM GORENG NYONYA

Sources:-From Citarasa Istimewa Berasaskan Ayam
sumber : Ayu S'pore
sumber : kak Nor @secubitgaram&Kak Izah
Bahan2:-
500g ayam -dipotong sederhana
8 biji cili padi -diketuk
1 biji bawang besar -dipotong bulat
1 sudu besar sos plum masam-(Ayu gunakn sos plum aje tak masam)
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos tomato
sedikit daun kari
garam & perasa secukupnya
minyak - untuk menggoreng

Ayam yg sedang diperap.

Bahan Perap:-

1 batang serai*
4 ulas bawang merah* ~ k.nor letak 1bj jer
3 ulas bawang putih*
2cm lengkuas*
sedikit halia *
(*dikisar halus)
1 sudu kecil sebuk kunyit
1 biji telur
1 sudu besar tepung jagung
sedikit garam


Cara membuatnya:-
Bersihkan ayam dan keringkan dengan kain.
Gaulkan dengan bahan perap hingga rata. Biarkan selama 20 minit
Panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan. Angkat dan tos.
Panaskan minyak dan goreng bawang besar, cili padi dan daun kari hingga naik baunya.
Masukkan ayam, sos plum masam, sos tiram dan sos toamto. Kacau sebati.

Nasi Lemak Hujan Panas


Assalamualaikum,dah bf lum,bkn bf anak eks,tapi melantak la..Aku dah bf dah,nih sesambil masuk n3,sesambil msk,saja msk awai2,nanti panaskan ajer,kalo sayur,kat2 hubby nak blk baru goreng,agak2 lam kul12:05pm gitu.Hubby selalunya smp umah utk lunch lam kul12:10pm..Mkn panas2 baru sedap sayur2 ni kan,kalo lauk,okla dipanaskan semula,tak kan sayur pon nak panaskan semula,nehi2..
Eh duk tggu org2 yg p gader2 msk pic xlagi,jeles toila,tapi nak juga tgk pic yg gempak2 tuh,huhu..
Meh layan nasi lemak dulu meh,tah ari pa msk nih,haha,baru nak tayang..RESEPI xyah lah eh,sama jer mcm msk nasi lemak biasa,cuma letak kale male ajer..

Gatai2 letak kale pepel bagai,sudahnyer nasi nih jadi makin hodoh kalenya,Hubby pon tanya eh nasi apa nih,uii takutnya nak mkn,kata beliau,last,dlm takut2 tuh habis juga 1plate nih..Hehe..

Timun xda,mkn ajer nasi ngan lauk pauk nih,ayam tu mmg da perap lama n difrozenkan..

Saturday, September 24, 2011

Muffin Pisang Versi Kukus & Bakar

Assalamualaikum semua,tgh buat apa tuh,tgh golek sambil tgk tv eks,ke da yg keluar shoping moping,ataupon da lagi yg sibuk g kenduri..Ketika n3 nih di publish,InsyaAllah kami dah selamat smp ke taiping..Sengaja nak bawa anak2 jalan2,yerla ashik terperuk jer kat umah kan.Harapkan weekend jerla barulah leh klq bebas dari kandang..Nak harapkan ummi depa,huhu,gigit jari jerla..Sian betoi kan aku xpandai nak wak keta,kalo hubby g keja,tersadailah keta yg 1lagi kat depan umah,huhu..Nak wat camner,nak belajar n amik lesen pon xsempat g,duk bz ngan dak berdua ni..

Versi kukus.

K lah berbalik pada mapin nih,sengaja aku wat 2versi,dua2 sedap,yg versi kukus dah jadi cam apam lak,sebelah atas melekat,cam leh letak klpa parut,hehe..Dua2 versi aku suke,nana suke,hubby pon suke..Berbaloi2 wat,sbb sdap..Kalo nak tgk versi da inti coklat kat sini eks..

MUFFIN PISANG INTI COKLAT
Sumber Resepi:-Kak IzahDaut

Bahan-bahannya
2 cawan tepung gandum
1 1/3 cawan gula
*izah guna 3/4 cawan
2 biji pisang yang ranum
*izah letak 200gm(Aku guna 3biji utk half adunan)
1\2 cawan minyak masak
2 biji telur
1\3 cawan susu segar
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 1/2 sudu kecil baking powder
beberapa titik esen vanila
beberapa ketul coklat dairy milk ( ros guna jenama meiji)xletak kali nih,cuma letak coklat chip kat atas jer


Cara-caranya
1. Hancurkan pisang dengan menggunakan gelas dan letakkan 1/2 sudu kecil garam.
2. Ayak tepung gandum bersama baking powder dan soda bikarbonat, kemudian pukul telur hingga berbuih baru masukkan gula, pukul lagi hingga kembang.
3. Selepas itu, masukkan pisang dan kacau sebati, kemudian masukkan minyak, dan tepung sedikit demi sedikit, titik kan beberapa esen vanila, akhir sekali masukkan susu segar, masa ni jangan guna mixer ye, guna spatula atau senduk kayu je.
4. Cedokkan adunan tadi didalam papercup muffin ( isikan 3/4 papercup) dan letakkan coklat di tengahnya, bakar pada suhu 170darjah selama 18 ke 20 minit, *izah bakar 25minit, sejukkan atas redai dan tabur sedikit dengan sugar powder. Sedia untuk dihidangkan. Selamat Mencuba.

Friday, September 23, 2011

Kalau Dah Suka,Again n Againlah Jawabnyer..

Menu feberet aku nih,hubby pon dah bini dia suka,kena wat2 suka lah juga kalo xsuka pon..Kalo dapat nih,ratah gitu jer xsempat nak mkn nasi dah sedar2 dah licin sepinggan,adoiyaiii bini sapalah tu..Mmg sedap sgt bgi tekak aku lah,org lain xtau lah eks..
Wat juga tomyam ayam,ayam lagi,yerla ayam jer byk lam esbok..Pastu wat juga brokoli goreng campur cendawan n telur dadar yg xcun langsung,goreng sayur n telur kelam kelibut,coz hb dah blk nak lunch..Ah lantaklah,janji sodap n kenyang msk perut..

Kalo anda jenis yg suke kerabu n masam2 nih,eloklah mencuba resepi nih,mmg sedap..Ayam versi aku msh lagi salut ngan breadcrumbs.Kalo nak tgk resepi yg asal kat sini ek..

Bahan2
2 ketul dada ayam (dada ayam dari seekor ayam saiz sedang)Aku guna 1ketul paha ayam yg dibuang tulang)
1 cawan Quaker Oats Quick Cook(Aku ganti ngan serbuk roti)
½ cawan tepong jagung(Xletak)
½ sudu kecil garam
1 sudu besar sos ikan nampla (Letak Lea &pearin)
Lada sulah secukupnya(Aku tmbah juga lada hitam yg ajishio)
Aku tambah Bawang putih 1ulas n sos tiram
1 biji telur, dipukul sedikit
Minyak masak secukupnya

Bahan2 Sos
3 sudu besar Sos Chili Thai
2 sudu besar jus lemon
1 sudu besar sos ikan nampla
Secubit garam atau secukup rasa

Bahan2 Tambahan
2 ulas bawang merah ~ dihiris nipis
5 chili padi ~ dihiris halus
1 batang carrot ~ disagat/hiris halus memanjang(Aku letak Half biji jer)
1Biji Buah ManggaMuda Disagat/Hiris memanjang(Aku tambah)
1 biji oren ~ buang kulit & hiris nipis (optional)
1 sudu besar bijan (disangai terlebih dulu)(Aku Xletak)


Cara2 Menyediakan
1. Buangkan tulang ayam pada bahagian dada ayam tadi & ambil isinya saja. Hiris nipis memanjang kesemua isi dada ayam tadi. Perap bersama sos ikan, garam & lada sulah. Gaul rata & perapkan selama 5 minit. (Aku perap 3jam)
2. Sementara itu.. campurkan Quaker Oat Quick Cook bersama dengan tepong jagung & digaul rata. Ketepikan dahulu.
3. Masukkan telur yang dipukul terlebih dulu ke dalam isi ayam yang diperap.
4. Salutkan isi ayam dengan bancuhan oats dengan tepong jagung tadi. Aturkan dalam pinggan atau bekas yang sesuai.
5. Panaskan minyak secukupnya. Goreng isi ayam dikedua2 bahagian sehingga kekuningan. Angkat & tos.
6. Dalam mangkuk kecil.. campurkan Sos Chili Thai bersama dengan jus lemon & sos ikan nampla.
7. Dalam satu bekas yang sesuai.. campurkan isi ayam yang digoreng tadi, hirisan carrot, hirisan bawang merah, bijan sangai, secubit garam & cili padi. Tuangkan bancuhan sos tadi & gaul rata & biarkan secukup rasa. Letakkan di atas pinggan hidangan & hias dengan oren yang dihiris. Hidangkan segera! Sedap & menyelerakan!

Apam Kentang Again

Assalamualaikum n selamat pagi jumaat semua..Uii sekejab jer dah jumaat lagi nih..Pastu sedar xsedar bulan syawal juga akan meninggalkan kita semua..InsyaAllah da umur panjang dapat lagi bertemu bulan ramadhan n seterusnya bulan syawal taun depan..
29Hb nih jemaah2 pon dah nak berangkat menunaikan fardhu haji,Moga2 beroleh Haji yg mabrur n segala amalan diterima Allah SWT,InsyaAllah.
Alhamdulillah Paksu n maksu aku juga InsyaAllah akan berangkat ketanah suci 5hb10 nanti,Moga2 selamat pergi n selamat kembali ketanah air,Moga paksu n maksu mendapat haji yg mabrur,Da rezeki InsyaAllah kami juga nak menjejakkan kaki kesana..
Paksuuu jgn lupa tlg berdoaaa depan Kaabah nanti seperti yg cheq minta tuh no..Nanti cheq tulih tau pa doa2 tu,hehe..Uishh dah melalut sakan dah ni,meh kita tgk resepi lak ek,b4 nih dah pernah wat,kali nih wat lagi,hehe..

Apam nih dah 2kali wat,kali nih dpt 6biji saiz nih n 8biji saiz kecik tu..

Tangan budak yg dah xsabaq nak mkn apam..Syazana mmg sama jer mcm abahnya,suke sgt jenis2 apam gini,aku wat pon mmg utk depa jer,aku xsuke sgt,aku adala rasa yg kecik lebiu nih 2ketui smbil2 suap syifa..Bkn sbb apam nih xsedap,siyes ckp apam nih mmg sedap,cuma aku jer mmg xbape suke kuih2 apam gini..

APAM KENTANG
Sumber : Seri
Sumber : SecubitGaramNor67
Bahan-bahan:
* 3/4 cwn gula pasir
* 200 ml air
* 1 helai daun pandan
* 2 cwn tepung beras
* 1 cwn kentang rebus
* 3/4 cwn tpng gandum
* sedikit garam
* 1 sk yeast
* 1 sk b.powder
* pewarna hijau/pandan paste
* 250 ml santan


Cara-cara:

1. Kentang rebus di blend bersama dngn santan(biarkan sebentar)
2. Masak gula bersama air dan daun pandan.
3. Dlm mangkuk lain, satukan tepung beras, tepung gandum,yeast, b.powder dan garam.
4. Satukan semuanya dlm blender dan kisar sebati.
5. Perap selama 1 jam.Sapu minyak pada bekas kecil2.
6. Kukus dalam bekas kecil2 selama 15 minit.
7. Kalau guna loyang besar, kukus selama 40 minit.
8. Apam ini boleh di makan bersama dgn kelapa parut.









Lebiu2 yg tecik nih utk syazana..

Thursday, September 22, 2011

Kuih Lompat Tikam Sagu,Sedapnyerr^_^


Akhirnya dapat juga merasa kuih yg tersangat lah sedapnya nih,lama dah hajat hati nak buat n merasa kesedapan kuih ni,baru lah berkesempatan..Mmg enak bangat..Wat ari selasa lagi,xsempat nak sejuk betoi2 lam peti,aku dah potong,coz terus terang ckp,aku mmg suke yg amat kuih2 lembut yg da sagu bagai..

Bila suap jer,mak aiii sedap nya,suap lagi ahh lazatnya,fuhh nyaman betoi,Mmg sodaplah,xkeras,lembut2 manja n goyang2..Mmg kena ngan selera..Syazana pon komain suke,suap jer nak lagi,suap jer nak lagi,sampai aku kata,uiss nanti2 plak yer sayang,Anak suke,ummi lagilah sukeeee n tersenyum girang..Xtaulah lak eks kut2 org lain try n kata xsedap,nih ikut tekak ai jerlah eks..

Potong xcantik pon hentam jerlah,janji rasanya mmg sedap..Jutaan terima kasih utk alongroz n kak ummi utk resepi nih,aku tempek disini lak,sbg rujukan dimasa akan datang..

KUIH LOMPAT TIKAM SAGU
Resepi: AlongRoz @ HomeKreation
Sumber Resepi:-Kak Ummi

BAHAN-BAHAN: (loyang 9 x 12 in)
  • +/- 400g Sagu(Aku ltk 1cwn utk half adunan)
  • Pewarna Merah
Lapisan Atas:
  • 160 g Tepung Beras
  • 200 ml Santan Paket (*akak guna santan serbuk + 200 ml air)
  • 800ml Air
  • 1 sb Pes Pandan
  • 1 st Air Kapur
  • 1/2 st Garam
Kuah Santan:
  • 200ml Santan Paket (*akak guna santan serbuk + 200 ml air)
  • 250ml Susu Segar
  • 1/4 tsp Garam
Air Gula Merah:
  • 5 sudu besar gula merah (*akak adjust guna gula melaka )
  • 3 sudu besar Gula
  • Daun Pandan

CARA-CARA:
  1. Rendam sagu dgn air & pewarna merah sehingga kembang lebih kurang 10 min.
  2. Letakkan ke dlm bekas casserole & masukkan air secukup nya sehingga sagu terendam (Along lupa nak sukat air tapi agak2 dlm 3/4-1 cwn) (*akak bahagian kepada 2 loyang dan kukus berasingan - setiap satu selama 15 minit sahaja)
  3. Kukus 20 min.
  4. Campurkan kesemua bahan-bahan lapisan atas sehingga sebati. Kacau atas api perlahan sehingga pekat sedikit. Tuangkan ke atas lapisan sagu dan kukus 20 minit/bahagian atas masak elok.
  5. Sejukkan di suhu bilik dan kemudian dlm peti sejuk. Potong dan letak di dalam mangkuk-mangkuk kecil sebelum dituang kuahnya.
  6. Untuk Kuah Santan - Masak santan, susu & garam sehingga mendidih (jgn menggelegak). Sejukkan.
  7. Untuk Air Gula Merah - Masak gula merah, gula putih, sedikit air (biar nnt agak pekat) dan daun pandan hingga mendidih dan gula larut. Sejukkan.
  8. Hidangkan lompat tikam sagu bersama kedua-dua kuah tersebut. ENAAAAKK BANGAATTT!

Menu Ulang Tayang Lagi^_^

Assalamualaikum n selamat pagi semua..Terima kasih ya buat semua yg sudi singgah n tinggalkan komen,Skang nih memalam buta barulah bersenang lenang dapat mengadap lappy,Kalo siang tuh bz ngan anak2,si syifa skng nih,pantang aku buka lappy dia pon laju jer mai ketuk2 lappy,dahla huruf kat keyboard byk yg dah tercabut,huhu..N3 nih aku wat autopublish ajer..
Semalam pon sempatlah bw,byk juga umah yg aku pmemasing dah tido,huhu..Xperlah kan,janji aku ada pegi juga kan,kdang tuh bkn xp,kadang xsempat nak tinggai komen lappy nih wat hal,terpadam lak,Besalah tuh,tanda nak kna bli yg baru lah tu.

Kat penang nih,selain dari pemes ngan nasi kandaq,nasi dalca juga xkurang pemesnya..Dah nama nasi dalca kan,mestilah di makan ngan kuah dalca kan,hidangan sampingan,bendi celur,telur masin n lauk pauk kesukaan,tapi kali nih bendi n telur masin xsempat rebus,coz dah masak kelam kabut,coz syifa merap ajer..Huhu..

Ni lah hidangan utama,kuah dalca,aku wat cair2 cikit,sbb aritu wat pekat,hubby komplen kata pekat,kali nih dia mkn ok jer,xda komplen,siap kata sedap,hehe..

Kali nih aku gandingkan juga daging masak hitam ala mamak selain dalca sebagai hidangan utama..Aku wat juga ayam tandoori..Kira dah lengkaplah,cuma kalo da bendi n telur masin,mesti lagi ummpp..

Xyah letak resepi lah eks..Utk nasi masak jer mcm nasi minyak biasa,cuma add daun pudina,Pastu dalca masak cam besa jer letak kacang dhal..

Tuesday, September 20, 2011

Satay Istimewa Dari Sugawa

Bako2 sate nih projek suka suki aku n hubby cuti weekend bebaru nih,Dah siap perap2 ari jumaat lagi,ari sabtu mlm baru bakar,fuhh mmg sedap n lagi puas hati dari bli ok..Kebetulan ari sabtu ptg g umah adik hubby da open house,dia tapaukan nasi impit n kuah kacang,kiranya mlm tuh kami bako sate nih jerla kat umah..Da juga nasi ayam n spegeti yg dia tapaukan,tapi kami simpan esbok n mkn ari ahad jer,sbb dah xsabar nak merasa sate homemade nih,gpon nak ngetes bako ngan dapo baru sama,ahaks..

Selain dari sate ayam n daging,aku perap juga ayam tandoori n ayam lada hitam..Best2..Ayam tandoori nanti aku tayang eks,aku mkn ngan apa..

Mula2 guna function yg bbq,pastu sengaja lak tuka2 function,set yg fry lak,Best baka ngan dapo nih,mmg cepat n rasa sama jer ngan baka guna arang,berasap juga lah dapo,walaupon dah on penyedut asap..Yg pasti,lepas masak,sng ajer nak cuci,spray cikit,pastu lap ajer,dah bersih..Mmg teruja n jakun abis aku n hubby wat bbq guna dapo nih..Tq sekali lagi utk hubby ya sbb hadiahkan dapo ni..Muahhhhsss..

Bahan-bahan:

Daging N Isi Ayam secukupnya Dipotong kiub
Lidi Sate Secukupnya
Madu Secukup Rasa
Garam Secukup Rasa
Serai n Minyak Utk Merenjis

Bahan Dikisar
Bawang Merah
Bawang Putih
Lengkuas
Halia
Serai
Ketumbar
Jintan Manis
Jintan Putih
Buah Keras
Kunyit Hidup@Serbuk


Caranya:

Gaulkan daging n isi ayam bersama bahan kisar.
Perapkan selama 5 - 6 jam. Aku perap semalaman
Seterlah itu cucuk pada lidi n Boleh lah dibakar diatas bara.
Campur sedikit minyak dengan lebihan dari bahan perapan tadi dan direnjis-renjiskan keatas sate dengan mengunakan serai yg ditik.
Seterlah masak kedua2 belah bahagian,boleh lah diangkat n dihidangkan dengan bahan sampingan seperti timun,bawang,nasi impit n kuah kacang..