Akceli mapin yg nana mkn tuh mmg xsedappon,siyes ckp,wat pe nak tipu,sgt berminyak,biasalah kalo yg beli kan,kdng ok..
Mapin yg aku wat nih,msk2 wak klr oven jer,terus bagi nana,habis 1,1 dia mkn,aku ckp kat hubby,bawa la nana msk bilik dulu,dah siap semua,nanti barulah aku bgi dia mkn,sbb xsnap pic lagi,hubby pon bwa dia main golek2 atas kati ngan syifa,pastu nana nangis nak klr,hubby buka pintu,dia mai kat aku mnta mapin nih,duk ckp nak2 n wat muka kesian,aku pon bgi juga lah.Aku siap bakar,dah azan maghrib,nana mkn 6biji,tu pon aku ckp esk pula lah,coz takut lak dia uweekkk,sbb mkn byk..Mmg puas hati tgk dia selera jer mkn,arini pon dia duk ulang mkn lagi..Pasni ummi wat mapin lain plk ya nana cayang..Cite punyalah panjang lebar,k lah layang resepi yg aku copy dri umah tokey main nih ya,tengs utk tokey mapin n ros sbb kongsikan resepi..
MUFFIN PISANG INTI COKLAT
sumber: Ros Jintanmanis
Bahan-bahanya2 cawan tepung gandum
1 1/3 cawan gula
*izah guna 3/4 cawan
2 biji pisang yang ranum
*izah letak 200gm(Aku guna 3biji utk half adunan)
1\2 cawan minyak masak
2 biji telur
1\3 cawan susu segar
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 1/2 sudu kecil baking powder
beberapa titik esen vanila
beberapa ketul coklat dairy milk ( ros guna jenama meiji)(Aku guna cadburry n cok chip)
Cara-caranya
1. Hancurkan pisang dengan menggunakan gelas dan letakkan 1/2 sudu kecil garam.
2. Ayak tepung gandum bersama baking powder dan soda bikarbonat, kemudian pukul telur hingga berbuih baru masukkan gula, pukul lagi hingga kembang.
3. Selepas itu, masukkan pisang dan kacau sebati, kemudian masukkan minyak, dan tepung sedikit demi sedikit, titik kan beberapa esen vanila, akhir sekali masukkan susu segar, masa ni jangan guna mixer ye, guna spatula atau senduk kayu je.
4. Cedokkan adunan tadi didalam papercup muffin ( isikan 3/4 papercup) dan letakkan coklat di tengahnya, bakar pada suhu 170darjah selama 18 ke 20 minit, *izah bakar 25minit, sejukkan atas redai dan tabur sedikit dengan sugar powder. Sedia untuk dihidangkan. Sealmat Mencuba.
Coklat kat dalm tuh xmencair,elok g,bila tergigit jer,mmg terasa coklat ,luar dlm da coklat..
Nih plak,tips dari tokey mapin,aku copy juga,utk renungan n rujukan bersama..
1. Secara umumnya muffin adalah salah satu jenis cupcake. Cupcake ni lagi luas dan merangkumi pelbagai jenis, contoh medeleines pun adalah sejenis cupcake dan mooncakes pun dikatakan dikategorikan di bawah cupcakes. Asalkan ianya berbentuk kek yang dimasak didalam mould kecil, ianya adalah cupcakes.
2. Cara pembikinan membuatkan kita lebih mudah membezakan cc dengan muffin. CC dibuat dengan pelbagai teknik.
Antaranya teknik cream mixture - iaitu menggebukan gula dan butter seterusnya telur.
teknik all in 1 mixture- masukkan semua bahan dan gebukan.
teknik whisked mixture- iaitu dengan wisk kan dulu telur, gula dan kemudian bahan2 lain.
teknik muffin- iaitu mengasingkan bahan kering dan bahan basah kemudian campurkan keduanya.
3. Jadi secara khususnya membuat muffin adalah sangat mudah. Iaitu mengasingkan bahan kering dan basah. Kemudian tuangkan bahan basah ke dalam bahan kering. Gaul.
4. Satu perkara penting untuk mendapatkan muffin yang fluffy gebu dan lembut ialah jangan OVERMIX bahan basah dengan kering. Gaul sekadar sahaja. Biarkan jika adunan nampak tak licin dan adunan nampak berketul2.
Cara saya mudah, saya pastikan bahan2 kering betul2 digaul rata. Kemudian bahan2 basah seperti telur, mentega cair, susu segar, pisang, yogurt dsb digaul sebati. Kemudian curah ke dalam bahan kering dan kaup balik menggunakan spatula. Gaul kurang lebih 1 minit aje. Jangan overmix!
5. Untuk mendapatkan muffin membukit naik, sudukan ke dalam muffin cup 3/4 penuh. Tapi awas tidak semua jenis muffin akan naik membumbung, Ada juge jenis muffin yang akan melimpah ruah. Lain jenis muffin dan adunan, lain result yang dapat. Sebab itulah saya suke mencube pelbagai jenis muffin. Jika dalam resepi ada menyebut sudukan hanya 1/2 adunan bermakna mungkin muffin jenis yang agak cair adunanya.
6. Satu faktor lain membumbung naik atau tidak muffin ini, adalah jenis adunanya. Berdasarkan pengalaman cetek saya membuat muffin ni, jika adunan sedikit pekat, saya suke letakkan adunan agak penuh ke dalam muffin cup. Nanti hasilnya muffin akan naik membumbung cantik. Sebab permukaan muffin mudah kering dan akan membuatkan muffin tidak melimpah.
Muffin yang adunan nya agak cair , mungkin ada keberangkalian akan melimpah jika meletakkan penuh2 ke dalam muffin cup. Mungkin disebabkan permukaannya masih cair basah ia mudah melimpah. *ini adalah berdasarkan pengalaman. Bukan teori sebenar yeee.. hhehe
7. Faktor lain adalah, jangan ketuk atau hentak muffin cup selepas disudukan adunan. Biarkan ada angin2 di dalam adunan itulah yang membuatkan muffin naik membumbung.
8. Faktor lain adalah suhu oven. Ramai juga yang mungkin mengalami masalah muffin tak naik elok kerna suhu oven masing2. Syaa belajar dari sifu kak Nor Secubitgaram yang suhu juga memainkan peranan penting. Kite sendiri kena faham ragam oven masing2 untuk menghasilkan muffin yg elok. Kata kak Nor jika oven menggunakan api atas dan bawah ada 2 cara untuk menentukan yang mana satu lebih elok.
pertama: Bakar muffin 10 minit menggunakan api bawah, kemudian tukar ke api atas dan bawah hinnga masak.
kedua: Bakar muffin menggunakan api atas bawah, kemudian tukar ke api bawah sahaja sehingga masak.
Sila cube yang mana satu elok dengan oven untuk menghasilkan muffin yang cantik.
9. Dah baca semua atas tu kan? Nak bagitau skali lagi, secara khususnya membuat muffin mmg tidak menggunkaan mixer, tidak perlu cream teknik bagai. Hanya menggaulkan bahan basah bersama bahan kering. Tapi kerana kekreatifan kite maka dah banyak variasi muffin yang menggunakan teknik pelbagai. Dan hasilnya sangat memuaskan dan menambah fluffy gebunya sesuatu muffin itu. Satu lagi kalau dibarat muffin ni lebih suke dibakar bogel tanpa cup dan berbentuk cendawan. Satu lagi cadangan hidangan adalah ketika panas2.
10. Penggunaan sesuatu bahan juga menambah kegebuan sesuatu muffin. Jadi kalau nak cube dan nak rasa, bolehlah mengalami pengalaman sendiri menggodek muffin. Okaeyy... ini adalah satu info amatur dari saya. Banyakkkk lagi kena belajarkan. Dan siapa2 jom lah kongsi lagi tips2 membuat muffin ni. Saya memang suke siapa2 sudi share.
10 comments:
tu la budak2 ni mmg tak terjangka selera diorg. sama la budak2 dlm rumah ni tengah tak selera makan nasi. letih nak suruh makan. eee.. masak la lauk sedap2.kunun la sedapkan.. tak mau jugak.. haisshhh..menduga betui.. waaa suke nana ye makan mapin. leh kawan ngan bais la gini. bais tu memang kepantangan nampak mapin. duk ulang je makan.hehe
selamat petang zalienda.....
wah!!!!!!!
gebu2........
agak2 ayu minta sepiring utk minum petang boleh kan???
oh ya, thanks ya syer ttg tips tu......................
horey!!!!!!
bukan setakat nana, auntie tun pun suka jugak nih.. agak2 nana nk kongsi x ngan auntie.. hihi
wahh comel muffin tu bolat-bolat...senang nk ngap...hehe
wah, ader mapin lak kat cni... bestnya...
nana, aunty nak 1 bleh tak???
sedapppnya ader coklat kat dalam... :)
salam ct..
mesti sedap mapin ni kan.. ada coklat pulak tu.. akak pun suka mapin.. lagi2 kalau mkn time suam2 tu.. lagi syok!
talam nangka kat bwh tu.. wahh.. cantik betul! mmg best kan talam tu.. akak pun rasa tak puas mkn ritu.. dpt byk.. tp dok bagi2 sana sini dptlah rasa sikit sorang.. kalau rajin bln puasa boleh buat lagi..
ehh.. TQ yer bagi awards.. ada masa nnt akak angkut..
Salam Ct..waaa ada mapin.. smpt jgk ct nak bermapin..yana ni bleh berpamping dgn damia je laa hikhikk.. nak 4 ketui :=)
perghhhh! mewahnya! siap coklat cadbury lagi tu1
salam kenal....
muffin pisang sememang nye sodap..inti coklat lak..hadoi lg la sodap yer...:)
Assalamualaikum ct...
sedapnya muffin pisang tu ct... ada inti coklat gitu lagi... anak2 mesti suka makan nie kan ct... meh bagi akak seketul muffin tu... sedapnyaa tgk
Post a Comment