Friday, January 18, 2013

Resepi Ikan Pesmol..


Assalam n Selamat Ptg semua...
Diharap semua pngunjung DZ sihat walafiat ya..Sudah berapa purnama hamba tidak mncoret sesuatu disini,harapan hamba moga kalian2 semua msih igtkan hamba diUtara nih ya..Erm ok x pembuka bicara gittewww eh,ngeeee...
Seperti semua maklum aku telah selamat melahirkan Lagi seorang  puteri sebagai penambah seri bunga ditaman larangan yg dah da 2 bunga,hehehe..
Tanggal 12/12/12 tepat 136Pm,Seorang Angel telah selamat dilahirkan..Alhamdulillah Date yg sgt cantik seperti yg diidamkan oleh aku,hehehe.
Syukur sgt aku n bb Selamat n sihat walafiat..Puteri ke3 kami nih nama Nur Safiyya Aliesya..Moga semua puteri2 aku mmbesar dgn sihat n berjaya didunia jua akhirat.Nti2 aku tayang pic bb safiyya yg makin bam2 tuh eh..

 Rasanya da juga yg tau aku nih xmkn ikan kan,so kat rumah aku mmg jarang sgt msk lauk ikn,hehehe ..Tapi sepanjang berpantang nih mmg salu sgt ler msk ikn,sbb mak aku da temankan aku kat sini,mak aku lak xmkn ayam,huhuJenuh gakla nk msk kan,klo nk selamat msk daging jerklah..
Mcm2 rcp ikn aku dah try sepnjang mak aku kat sini,slh satunya lauk ikan pesmol nih lak..Nih lauk arini wokey..
Tayang2 kat fb tadi,kak noor nak rcp n tnya bila nk update blog,huhu kesian kan kak noor punya pasal ler aku menggigihkan diri update blog rini..(Kak Noor walaupon taip smbil bf kn safiyya tapi demi akak ,sy ttap update kak,hihi)..

Rcp kali nih aku intai2 dari dapo kak nur,yg mmg handal memasak tuh,tq sgt utk kak nur yg mengongsikan rcp nih ya..Juga terima kasih utk chef tersohor kita,dato chef wan utk rcp yg simple n sdp nih..
Rasa ala2 rendang lak kuah nih..best sgt,xrugi mncuba hb n mak aku puji sedap wehhh..
Aku sudah,deme2 lak bila lagi nak try kan,hihi....

 
Ikan Pesmol
~~~~~~~~~

Sumber Resepi:Kak Nuridah Salleh

Bahan-Bahan
~~~~~~~~~~


1 ekor ikan siakap dibersihkan
garam, lada hitam yang baru dikisar
1 batang serai dititik
2 cm lengkuas dititik
10 tangkai cili padi
2 helai daun limau purut
2 helai daun salam
2 cawan santan pekat
air perahan daripada 1 biji limau nipis
gula

Bahan Kisar
~~~~~~~~~


5 tangkai cili merah
10 tangkai cili padi
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
10 biji buah keras
1/2 sudu teh kunyit serbuk
2.5 cm halia


Cara-Cara
~~~~~~~

1. Lumurkan ikan dengan garam dan lada hitam. Goreng ikan dengan
minyak yang penuh sehingga garing.

2. Panaskan 3 sudu minyak masak dan tumis bahan kisar sehingga wangi.

3. Masukkan serai dan lengkuas. Tambah cili padi, daun limau purut dan daun salam.
Kacau rata-rata.

4. Masukkan santan dan renihkan sehingga kuah memekat. Perasakan dengan air limau nipis, garam dan gula.

5. Tuang kuah ke atas ikan goreng dan hidang segera.

 


6 comments:

Amie said...

Dah ligat di dapur ye Dana... mesti rindu nak merempit masak he he hehh jom meriah-meriahkan lagi dunia masakan. Apa pun diharap Dana & baby sihat selalu.

Mas said...

nak try la resepi ikan pesmol ni..
tergoda lak nengoknya...

tun_telani said...

salam kak ct cayang.. rajinnyer laa akak ku sorang ni. ingatkn mak dtg nk tolong2 masak smb tgk cucu. hihi.. sedap nengok ikan ni. tun jarang2 jugak masak ikan, suka makan tp malas nk menyiang, xtahan hanyir dia tu.

Nooriah Abdullah said...

Assalamualaikum Ct, alahai terharu akak ni tau terimakasih banyak2 sudi kongsi resepi ikan yg akak minta tu, insyaallah esuk lusa nak buat lah mmg sedap ni sbb ada santan pekat tu, dan serai segala dah baca resepi tak lah susah sngt kan..

rasanya Ct dah lepas pantang kot kan, boleh lah makan yg lain lagi ni taklah boring sngt makan ikan heee semoga Ct dan baby selamat dan sihat lah no, kalau dok dekat pasti nak pi tengok Ct dan baby tapi apakan daya jauh bebeno ni kena naik belon lagiiii

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

masa mula2 ct update akak dah masuk.. tapi tak sempat nak tinggal komen sbb dah nak balik masa tu.. dah malas nak sign in balik.. hehe..

dah ambik resepi insyaAllah nak cuba juga ni nnt...

Rohah said...

akak pernah dengar resepi ni..compem sedap ada daun limau purut tu kan..