Thursday, September 22, 2011

Kuih Lompat Tikam Sagu,Sedapnyerr^_^


Akhirnya dapat juga merasa kuih yg tersangat lah sedapnya nih,lama dah hajat hati nak buat n merasa kesedapan kuih ni,baru lah berkesempatan..Mmg enak bangat..Wat ari selasa lagi,xsempat nak sejuk betoi2 lam peti,aku dah potong,coz terus terang ckp,aku mmg suke yg amat kuih2 lembut yg da sagu bagai..

Bila suap jer,mak aiii sedap nya,suap lagi ahh lazatnya,fuhh nyaman betoi,Mmg sodaplah,xkeras,lembut2 manja n goyang2..Mmg kena ngan selera..Syazana pon komain suke,suap jer nak lagi,suap jer nak lagi,sampai aku kata,uiss nanti2 plak yer sayang,Anak suke,ummi lagilah sukeeee n tersenyum girang..Xtaulah lak eks kut2 org lain try n kata xsedap,nih ikut tekak ai jerlah eks..

Potong xcantik pon hentam jerlah,janji rasanya mmg sedap..Jutaan terima kasih utk alongroz n kak ummi utk resepi nih,aku tempek disini lak,sbg rujukan dimasa akan datang..

KUIH LOMPAT TIKAM SAGU
Resepi: AlongRoz @ HomeKreation
Sumber Resepi:-Kak Ummi

BAHAN-BAHAN: (loyang 9 x 12 in)
  • +/- 400g Sagu(Aku ltk 1cwn utk half adunan)
  • Pewarna Merah
Lapisan Atas:
  • 160 g Tepung Beras
  • 200 ml Santan Paket (*akak guna santan serbuk + 200 ml air)
  • 800ml Air
  • 1 sb Pes Pandan
  • 1 st Air Kapur
  • 1/2 st Garam
Kuah Santan:
  • 200ml Santan Paket (*akak guna santan serbuk + 200 ml air)
  • 250ml Susu Segar
  • 1/4 tsp Garam
Air Gula Merah:
  • 5 sudu besar gula merah (*akak adjust guna gula melaka )
  • 3 sudu besar Gula
  • Daun Pandan

CARA-CARA:
  1. Rendam sagu dgn air & pewarna merah sehingga kembang lebih kurang 10 min.
  2. Letakkan ke dlm bekas casserole & masukkan air secukup nya sehingga sagu terendam (Along lupa nak sukat air tapi agak2 dlm 3/4-1 cwn) (*akak bahagian kepada 2 loyang dan kukus berasingan - setiap satu selama 15 minit sahaja)
  3. Kukus 20 min.
  4. Campurkan kesemua bahan-bahan lapisan atas sehingga sebati. Kacau atas api perlahan sehingga pekat sedikit. Tuangkan ke atas lapisan sagu dan kukus 20 minit/bahagian atas masak elok.
  5. Sejukkan di suhu bilik dan kemudian dlm peti sejuk. Potong dan letak di dalam mangkuk-mangkuk kecil sebelum dituang kuahnya.
  6. Untuk Kuah Santan - Masak santan, susu & garam sehingga mendidih (jgn menggelegak). Sejukkan.
  7. Untuk Air Gula Merah - Masak gula merah, gula putih, sedikit air (biar nnt agak pekat) dan daun pandan hingga mendidih dan gula larut. Sejukkan.
  8. Hidangkan lompat tikam sagu bersama kedua-dua kuah tersebut. ENAAAAKK BANGAATTT!

11 comments:

Rabiatun Adawyah said...

assalamualaikum...sedap, dah try buat, terasa tak puas makan sbb buat 1/2 resipi jer..huhuhu..

Zalieda Zaliedana said...

Kak Tun,
Waalaikumussalam kak..Tuh la mmg sedap kan,rugi toi baru nak wat,sy wat half adunan kira byk juga lah kak,coz family kecik.

Nazrah said...

selalu tengok jer..bila tuan rumah kata sedap..terigin nak cuba

Mas said...

kak mas gak bertangguh2 nak buat ct..
sedappnya...

Nuwairani said...

bestnye! nani tak pandai lagi nak buat ni...nanti akan cuba jugak la...

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

salam CT...
ha kau.. berderet2 n3 dah keluar... ingatkan masih lemau lagi.. hehe... akak masa bln puasa aritu rajin gaklah mengupdate... lepas raya & cuti lama terus je lemauuu.... nasiblah skrg ni dah pulih segala lemau2 badan tu.. hehe...
rajinnya CT.. buat satay, buat apam ladybird, tart bunganyer lagi... mcm2 yg semua best2.... lompat tikam sagu ni pun nampak sedap..

LiNa_Pg said...

adus menggoda sungguh gandingan dua menu yg menjadi peberet akak ni sagu n lompat tikam..

Nadz Nazharzan said...

CT.. tu diaaa... Mood rajin mengupdate dah bertambah tu.. Kak Nadz nak sikit..

Chik Mimi said...

uiks tergoda ni ,kang akak sorang ja yg kena perabih oh tidak

tun_telani said...

uwaaaaaaaaa~~~~~~~~~~ sedapnyer!! terliur!! tp tgh diet.. uhuk uhuk *nangis*

Unknown said...

assalamualaikum..
selamat malam zalienda...
kak ayu singgah malam2 nie..
kita tukar2 juadah ya..
kak ayu hantar rojak asma semangkuk nie.....

suka sangat2 bila masakan dan hasil tangan kita menjadi kan??