Monday, June 21, 2010

Bihun Sup Di Zalieda Cafe..

Salam ptg isnin..Bihun Sup yg dah pun abis diNgap nih aku wat senin mnggu pas..Dah pun jadi T***..Hahhaha..Mula tu igt nak beli jer,tapi cam pham2 la kalu yg beli nih kkadang tu xmenepati selera tekak ngada2 aku ni sgt..Kadang2 tu cabai xsedap la,kuah xsedap la,pastu lak kalu nak bubuh daging,tulang n perut bagai rm pun ++++ la gak(kalu rm+++ n menepati piawaian tekak ngada2 ni den xla kisah kan kan)..
Jadi aku pun merajinkan diri p mrket ari ahad tu,n isnin tu terjadi la bihun Sup nih..Bihun Sup yg aku sllu wat mmg lbh kurang jer ngan resepi kak ida wat,D sbbkan aku nih mls nak taip n nak cepat sbb Anak Daraku sdang tdq(b4 dia bgn kacau2 aku nak menaip),bek aku c/p jer dari blog kak ida..


BIHUN SUP UTARA

UTK SUP
Bahan2
Minyak utk tumis(klu guna cara menumis)
rempah tumis seperti bunga lawang,kulit kayu manis,ketumbar,lada hitam,lada putih,cengkih, rempah ni blh di mesin atau tumis kasar mcm tu pun boleh (ibu tak mesin campak aje dlm minyak mcm tu)
2 labu bawang besar-mesin
6 ulas bawang putih-mesin
2 inci halia-di titik atau mesin
2 batang serai-di titik
1 peket kecil rempah sup adabi(serbuk)
1 kg daging
1/2 kg tulang
1/2 kg perut(jika suka)
air utk merebus dan kuah secukupnya(ibu letak dlm 3 liter utk permulaan kemudian tambah lagi sehingga danging empuk)
garam
perasa
ajishio(serbuk lada hitam)?(Aku tmbah serbuk garam masala)

Cara
Jika dibuat cara menumis-panaskan minyak tumis dulu rempah kasar sekejap kemudian masukkan bahan mesin kacau sikit masukkan rempah sup kacau lagi masukkan serai dan halia kemudian masukkan air kacau jangan bagi bekerak kemudian masukkan daging dan perut.Tutp periuk biarkan ia mendidih baru kacau2 sediki.Masak sehingga daging empuk.Biasanya ambil masa lebih kurang 2jam 1/2 sehingga 3 jam baru kuahnya sedap.
1 bungkus mee hoon direndam bersama 1 sudu besar serbuk kunyit sehingga lembut kemudian tos kan.sementara itu didihkan air utk merebus mee hoon agak2 ajelah air tu sehingga boleh tenggelam.bila air dah mendidih masukkan mee hoon yg telah ditos tadi dan tutup api.kacau 2 sikit bagi mee hoon masak dgn rata biarkan dlm 3 minit agak2 mee hoon masak jgn terlalu lama nanti terlembik.
Tos kan mee hoon sambil dijirus dgn air paip kemudian balik2 kan dan biarkan mee hoon di tos begitu sehingga di hidang.tujuan buat begini supaya mee hoon tak jadi tergumpal dan mudah utk di ambil diceraikan bila nak makan.

Bahan2 Tabur atau lauk
daging dan perut yg telah siap dipotong kecil2(lupa nak cakap masa masak sup tadi daging tak perlu dipotong biarkan besar begitu)
Lobak Masin
Daun Bawng n Daun Sup
Bawang Goreng
Sambal

Bahan sambal
1 cawan serbuk cili babas(Aku lak suka guna cili kering yg d blend)
1 sudu bawang putih dan merah mesin(ambik dr bawang buat kuah sup tadi pun boleh tapi jgn letak halia)
1 cawan air tengok kepekatan juga
100 gm gula melaka @ gula hitam
1 sudu besar asam jawa(dibancuh dgn air tadi)
perasakan dgn garam dan tok aji sikit
minyak utk tumis.

Cara2
panaskan minyak tumis bawang masukkan serbuk cili kacau jgn sampai hangit masukkan air asam jawa gula dan kacau hingga sebati jgn ada yg berketul.biarkan ia pekat kacau2 sikit tapi hati2 sambal ini akan meletup2 mcm masak dodol jadi gunakan api yg pelahan.masak sambal ni ambik masa dlm 15 minit aje(sukatan ini agak banyak jadi pandai2 lah ejas sendiri klu nak masak sikit buat peket kecil serbuk cili pun dah cukup)


Yg nih Bihun Sup yg aku nak bagi kat jiran sebelah(mak cik juma)..Aku bagi byk ckit,coz cucu dia da datang umah dia(kan cuti sek)

Kat bawah nih pic laksa yg makcik juma balas bekas selang sehari dari aku bagi bihun sup nih..Ermm kenyang hubby mkn,coz aku kan xmkan laksa)..

No comments: