Cerita tentang segalanya...Hasil Masakkan Aku,Resepi2 yang aku telah cuba,family Aku dan segalanya di sini❤
Wednesday, June 16, 2010
Strawberry Cheese Cake
Salam..
Uii dlm bln6 ni,nila 1st N3 aku kan..Besa la kan,mood malas nak hapdet dah melanda diriku..Bkn pa slh 1 sbb utamanyer anak daraku ittew la(mcmna la aku nak hapdet,baru mula nak taip,dia pun mula la menyibuk sama..Siang bknnyer dia nak tidur sgt,mlm lak pas dia tidur aku lak yg ngantuk,ahakss)
Sebenaqnyer ikutkan resepi asal letak stoberi,tapi bila aku p bakery xda lak stoberi filling,giant lak stoberi langsung xsegar bugar..So aku pun ganti jer ngan Blueberry filing..
Aku wat kek nih ari khmis ptg,coz ari jumaat tu anak sedara hubby nak mai tdq umah kami,so leh la jamu dia n wak p besday party ari sbtu sama..Aku wat kek nih sbb aku trgoda nampak kak Hana n kak Ummi wat..Gpun baby dlm peyot nipun nak gak merasa ciskek nih kan kan..Tapi yg lawaknyer aku punyer stok biskut xcukup,so aku kisar jerla cornflakes(blh camtu,tu pasal la aku punyer base xlembut,tapi rapuh2 ckit gitu,ahakss..Sbb tu juga la aku xda confident nak wak p besday paty khadijah,takut xda org yg sudi nak mkn)K kat bawah nih resepi yg aku c/p dari umah kak Hana..
Bahan-bahan
Bahan-bahan A
• 250 gm biskut mudah hadam - lebih kurang 200g
• 125 gm mentega tanpa garam - letak 100g
Bahan-bahan B
• 200 ml krim putar(whipping cream)
• 250 gm krim keju
• 165 gm gula kastor - letak 150g
• 1 sudu besar jus lemon
Bahan-bahan C
• 15 gm gelatin halal
• 100ml air
• - campurkan air dgn gelatin atas double boiler dan sejukkan selama 5 minit
Topping
• Strawberry topping secukupnyer
• Jus lemon
• Gula caster
• Sedikit air - hana campur sedikit gelatin 1/2 sudu kecil
Cara-cara
• Hancurkan biskut sehingga jadi serbuk.Sediakan loyang 8cm. *utk resepi nih hana guna loyang swissroll yg kecil atau loyang brownies pong boleh juga. pastikan di alas dengan plastik wrap atau kertas minyak supaya mudah utk dkeluarkan.
• Cairkan mentega. Tuangkan mentega kedlm bekas berisi biskut tadi. Kacau rata.Tekankan adunan biskut ke dalam loyang sehingga menjadi rata dan padat.Sejukkan dlm peti ais selama lebih kurang 30 minit agar ia menjadi keras.
• Pukul krim putar sehingga pekat dan gebu.Ketepikan.
• Pukul krim keju bersama-sama gula dan jus lemon sehingga sebati.Setelah itu masukkan gelatin dan gaul lagi sehingga sebati.
• Kemudian tuangkan bahan ini kedlm bekas yg berisi krim putar tadi dan gaul rata dgn menggunakan whisk.
• Keluarkan adunan biskut dlm peti ais.Tuangkan adunan krim cheese td keatas adunan biskut. Sejukkan di dalam peti ais sekurang2nya 2-3 jam.
• Buat topping dgn mencampurkan bhn topping semua sekali, apabila telah mendidih,tutup api. Sejukkan. (hana buat kaedah double boiler)
• Tuangkan kuah topping hingga habis. Sejukkan semula.
• Potong bar ikut suka dan hidangkan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
susahnya nak buat. Padan la sedap. Hari tu dan kongsi ngan adik ta ja. Habih tak dan tengok.
Erm tu la ritu adk beradik fahmi serbu dulu..Xpa Kak lah,da rezeki InsyaAllah raya nih Ct wat lagi ok..
haha...nasib bek sempat mkn sepotong sesorg...untung smpi penang awal hehe
Ermm tula untungnyer blk awai..
Post a Comment