Tuesday, August 24, 2010

Apam Lenggang/Apam India


Salam..
Erm ada ka org yg mkn apam lenggang aka apam india nih posa2 cmnih..Kat umah kami jer kut..Nih mlyan tekak yayang ku ittew la..Isteri mithali la katakan,muahhahha..Perasan betoi kan..Tetiba jer hubby request nak mkn apam nih,bila aku tanya nak mkn kuih pa utk brbuka..Seumur hidup xpernah wat pun,mkn yg org len wat tu selalu la..Alhamdulillah hasil prcubaan prtama ku mnjadi,hubby pun ckp mmg jadi mcm dia prnah mkn..Resepi aku intai2 dari My Resepi..



Apam Lenggang
• 1 1/2 cawan tepung beras
• 1/2 cawan tepung gandum
• 1 1/2 sudu kecil yis
• 7-8 sudu besar gula
• 1 cawan air
• 1 cawan santan
• 1 biji telur - untuk mengelakkan melekat pada kuali, jika non stick pan takyah masukpun tak apa
Cara-cara
1. campurkan semua bahan kecuali santan, gaul rata dan perap selama 2-3 jam
2. masukkan santan dan gaul lagi
3. panaskan kuali dan griskan minyak pada kuali, ambil 1 senduk adunan dan lenggangkan seperti membuat kuih ketayap
4. jika memakai non stick pan tak perlula gris minyak,
5. tutup apam lenggang dgn tudung periuk, bakar dengan api perlahan lebih kurang 2- 3 minit, bila dah kekuningan bolehla di keluarkan dari kuali dan di lipat dua
6. selamat mencuba

*Kalu nak wat apam lenggang yg betoi2 cam aci2 india,so kena la tebalkan apam kat tgh,baru la tgh tu nampak bulat jer..

2 comments:

azilah said...

nak buat la apam ni, ari tu Khadijah baru suruh buat, tapi mak dia tak reti. buleh la nak cuba... kalau rajin la... tapi besanya tak rajin. nampaknya kena kirim dia pi duduk ngan mak ngah la buleh makan macam-macam

Zaliedana said...

Try la kak lah,sng ja apam nih..1st time wat pun dah jadi gakla..Nak duk cni blh,tapi nanti dia kena dera jaga Syazana.hahha..