Ermm ayam nih la aku masak sama ari ngan siakap bakar berempah woku tu..MMG SEDAP TAU AYAM NIH..Yerla sume2 mknan dlm blog kak ummi mmg marbeles..Ayam nih pong aku c/p resepi dari blog kak ummi..
Ayam Panggang ala Kenny Rogers
Bahan-bahan:-
• 1 ekor ayam (bersihkan dan tidak perlu dipotong kecil)
Bahan-2 untuk "make up"(perap) ayam : -
• 3 biji bawang besar
• 4 biji bawang putih
• 1 inci halia
• 2 atau 3 sudu besar sos lada hitam
• 2 sudu besar madu
• 1 ketul kiub ayam Knorr
• 2 sudu besar gula pasir- (aku gune gula perang)
• 2 sudu besar herba campuran (aku oregano)
• 1 1/2 sudu teh garam halus
• Sedikit air untuk mengisar kesemua bahan make-up.
• Sedikit mentega
Cara-cara:-
1. Campur kesemua bahan make-up dengan sedikit air dan kisar.
2. Lumurkan keseluruhan bahan tadi diluar dan dalam ayam yang telah dibersihkan.
3. Perap selama 1 1/2 jam.-(*aku perap 3 jam)
4. Sapu sedikit mentega keseluruhan ayam dan bakar/panggang.
5. Bakar selama 1 1/2 jam atau sehingga ayam masak. (Semasa membakar, selepas 1/2 jam pertama, sapukan ayam dengan minyak n campuran rempah yang menitis. Ini supaya ayam tidak terlalu kering. Hidangkan bersama kentang goreng, coleslaw dan kentang putar. )
2 comments:
Ni kena la buat masa besday 12/9 ni, kami nak makan jugak ayam kenny rogers ni he he he.
Kak Lah,raya nih ayam nih xwat kut..Kata nak mai mkn kek ja,ahaksss..Tapi wat bihun Sup kut..Spaghetti sama kalu smpat n rajin,coz xtau lagi blk dri kroh kul bape raya ke2 tu..
Post a Comment