Thursday, December 8, 2011

Pau Pelbagai Inti...

Assalamualaikum..
Selamat pagi n salam sejahtera..Adeeiii pagi2 nih kering idea lak nak mengarang..Erm pa lagi eks aku nak ngomel..Erm ekceli dari mgu lps lagi tekak nih nak mkn pau n tpng pau pon dah nak exp dah,(nmpk sgt betapa rajinnya aku nih masak kan)wakakaka,bini sapalah tuh yg malas sgt,smp tepung dah nak exp..Yerla tpng bli 2kg,xkanlah kerap sgt aku nak wat pau kan,kalo tpng gndum mmg cepat ajer abis..

Akceli nih kali kedua aku wat pau dalam mggu nih,yg 1st wat,xnek langsung,walaupon guna yis yg baru dibuka,maybe dah xaktif kut,so mmg kenyanglah cik tong,aku mmg geram n tension sungguh.Klmarin wat lagi ngan yis yg hubby baru beli,alhamdulillah mmg SANGAT2 lembut n gebu gebas..Hubby aku pon puji tau,wahahaha..Hepi sungguh ai,terubat cikit kegeraman aku kat tepung yg xnek tuh..Yg plg watkan aku tension tuh,mggu lpas aku wat roti pon sma juga,habuan cik tong,sbb xnek juga,agaknya 3pek yis yg xbuka tuh mmg dah msk angin kut..

Oklah panjang lak aku taip,padahal xda idea tadi..
Jutaan terima kasih aku nak ucapkan kpd kak izah,sbb rekemen pau ni kat aku,aku pon copy dari dapo dia jer..Kak izah cayang,moga tabah menhadapi dugaan tuh ya,lap uuu kak,muahhh..Tima kasih juga utk kak yani yg sudi berkongsi resepi best nih ya,Moga Allah juga yg dapat membalas budi baik n perkongsian akak ini..

Maaf lah ek kalo da suara2 sumbang yg soksek2 kata pau xcun pon nak tayang juga..Ala xkan nak tayang yg cun jer kan..

Bukti Kukuh yg aku wat 4jenis inti,nanti da yg kata aku ota jer lebih,wakaka..Aku wat inti kentang daging,kelapa,kacang merah n inti coklat nutella.
ISuka sungguh puteri2 aku tuh santap pau yg ummi depa wat nih,agaknyer abb mmg sedap ke,sbb da inti coklat nutella utk depa eks,hihi..

PAU
sumber: kak Yani@myR
Sumber Resepi:Kak Izah
Bahan-bahan ( 8 biji )


300g tepung gandum *kak izah letak 1/2 tepung pau(Aku lak letak tepung pau 200gm,tpng gndum 100gm)
6g baking powder(Aku letak 4gm)
2g garam
162g air suam(Aku letak 155ml,mmg dah ok,bergantung jnis tepung juga lah eks..
6g dry yeast
30g gula halus
18g lemak sayur


Cara-cara


Masukkan tepung, baking powder dan juga garam. kacau biar serata.
Campurkan air, dry yeast dan gula dalam bekas lain. kacau biar gula larut.
Masukkan no.2 ke dalam no.1. Uli sehingga hampir licin.
Masukkan pula lemak sayur. Uli sehingga licin. Buat bentu bulat.
Penaikkan sehingga 2 kali ganda atau 40C selama 30 minit bagi sesiapa di negara sejuk.
Utk uji naik ke tidak..Taburkan sedikit tepung di atas doh. Tekan dengan jari. Kalau tinggal lubang, maknanya doh dah naik.
Tekan-tekan untuk keluarkan angin. Bahagikan kepada 8 bahagian. Buat bentuk bulat. Rehatkan selama 10 minit.
Ambik sebiji doh, canaikan dan letaklah inti ditengahnya. Tutup rapat-rapat.
Bila dah siap isi inti, biarkan dalam 5 minit. Bila dah nampak naik sikit, bolehlah kukus.
Kukus dengan api kuat selama 15~20 minit.. Masa tengah kukus jangan buka penutup kukusan.

8 comments:

CT Delima said...

As'salam CT cayanggg

awat buat pau sikit sangat tu, buat lah lebeh2 senang sikit k.ct nak tumpang makan...hahaha

citer pasal pau ni. rasanya k.ct baru buat sekali kot sejak bukak blog Dapur CT. sebab nya macam kejadian ct ni lah. Dah ok adun bagai nak rak tunggu pun tunggu pau tak nak naik gak..tension betul. last2 kalau teringin nak makan pau tu beli jer yang dalam kukus besor tu abis cerita..hehehe

Tapi bila tengok orang buat pau gebu gebas jeles pulak, nak cuba jugalah nanti hihi

quinnie said...

ct..kita pun buat pau semalam...hehehe..rajin tul macam2 inti dia buat...:)

tun_telani said...

amboi rajinnyer kak ct.. sampai 4 jenis inti.. tun nk 2 bijik! inti nutella ngan kacang ye =)

izahdaut said...

Tq doa2 ct tuk akak. InssyaAllah makin kuat n sihat. Membesar bagai johan. Hehe.. Kan.. Akak suka pau ni. Best lmbut je. Wahh suke banyak jenis inti i likee.. Banyak gile inti. Kaalau beli tu ciput je inti kan.

Wattie said...

Salam CT,
Mmg nampak lembut la pau tu, akak suka yang inti kacang merah, tp kannn selalu beli aja tak pernah try lagi...

Yana Shaiful said...

Salam ct..mcm2 inti ada..yana nk yg inti nutella 2 bijik..i like hihii..
Dah lama yana xmengepau..asyik mengepau hubby jer skg..nk tu nk nii hahaa

EmbunRosaliza said...

sedapnya pau ni buat minum ptg hujan2 ni

Unknown said...

sedapnya pau..suka inti coklat:)