
Assalamualaikum,update lagi arini..Besalah line tenet ok n mood pon ok,anak2 tgh tido..Ayam masak bawang berempah resepi dari mamak Haji,yg di korek resepi n diterai test pleh kak wattie..Rajin sungguh kak wattie terai pelbagai menu masakan dari ayam,semua yg aku terai,mmg sedap n memenuhi citarasa tekak kami sekeluarga..
Kebanyakan resepi dari mamak haji,menggunakan serbuk kas kas,oleh sbb kat umh mmg da serbuk nih,so aku pon mmg dah save resepi nih awal2 masa kak wattie post tuh,biasalah kan,kalo dah org penang nih,mestilah xleh lari dari masakan berempah ala2 nasi kandaq tuh,ngee..
Alhamdulillah resepi nih mmg xrugi dicuba,seperti yg dilihat n dijangka,sgt2 sedap n memenuhi selera kami sefamily,yg plg xsangka sekali,nana mkn nasi punyalah byk n siap ratah lak lagi seketui ayam,mmg dia pon dah sebati ngan masakan berempah n sedap sgt lah kat tekak dia kut,dak nih kadang ssh juga nak mkn..Pasnih mmg akan ada siaran ulangan ayam ni,hehe..
Owh ya,utk jintan manis n putih,aku guna yg biji,pastu blend guna blender kering,utk lbh wangi n sedap..
Jutaan terima kasih utk kak wattie n mamak haji ya,moga Allah saja yg membalasnya..Izinkan sy share disini pula ya,wat rujukan diri sendiri,anak2 n teman2..

RESEPI AYAM MASAK BAWANG BEREMPAH.
Resepi-Mamak Haji
Sumber Resepi-Kak Wattie
Masakan untuk 250 -300 orang.(Bahan2 pandai2 agak sendri lah eks..Aku wat 3/4 ekor ayam)
BAHAN-BAHAN:
Ayam 250 ketul dibasuh dan bersihkan.
1 1/2 guni Bawang Merah labu (segundi dlm 5-6 kg)
125gm Serbuk Cili (1/2 pkt dari bungkusan 250m).
50gm Serbuk Jintan Manis ( 1/2 pkt dari bungkusan 100gm)
50gm Serbuk Jintan Putih (1/2 pkt dari bungkusan 100gm)
125gm Rempah Kari (daging) (1/2 pkt dari bungkusan 250gm)
100gm serbuk kas-kas ( 1pkt)
1 botol Sos Tiram (480gm – 500gm).
1 pkt Sos Cili (kimball 500gm).
1 pkt Sos Tomato (kimball 500gm).
6 biji bawang merah labu dikisar halus dan jadikan airnya satu balang pengisar. Boleh tambah sekiranya anda inginkan kuah yang lebih sedikit.
1 cawan pes bawang putih-halia.
2 sudu besar (tbsp) serbuk garam masala atau boleh gunakan kayu manis, buah pelaga, cengkih dan bunga lawang.
4 helai daun pandan dipotong 4 inci sehelai.
3 sudu besar gula pasir.
Garam secukup rasa.
Cili merah dipotong memanjang (hiasan).
Daun Kari (hiasan).
CARA-CARA:
1. kupas bawang merah labu, hiris halus dan goreng. Bila warna bawang bertukar kepada warna perang keluarkan dari kuali dan sejukkan. Bawang goreng tak perlu ranggup agak kering sudah memadai. Minyak bekas gorengan disimpan untuk menumis rempah kelak. Nota: Untuk pengetahuan, sekiranya ingin menghasilkan bawang goreng yang rangup boleh dihasilkan dengan mengeringkan terlebih dahulu hirisan bawang di cahaya matahari dan goreng.
2. Ketulan ayam telah dibasuh, masukkan garam dan serbuk kunyit. Ketulan ayam yang digoreng jangan terlalu masak sehingga garing. Gorengan perlu 3/4 masak kerana 1/4 lagi akan masak semasa masak dengan campuran rempah. Selepas goreng asingkan.
3. Panaskan kuali, dan masukkan minyak bersama dengan minyak gorengan bawang. Bila minyak panas masukkan rempah empt serangkai (sekiranya tidak gunakan garam masala). Masukkan pes halia bawang putih. Bila haruman naik kecilkan api dapur dan masukkan kesemua rempah-rempah di atas. Bila bau rempah mula mengeluarkan haruman masukan air bawang dan besar sedkit api dapur. Bila air bawang bersama rempah mula didih, masukkan sos cili, sos tiram dn sos tomoto.
3. Kecilkan api dapur dan masukkan gula dan garam secukup rasa. Masukan semua ketulan ayam yang telah goreng tadi. Kacau rata untuk kuah rempah bersalut pada ayam goreng. Masukkan bawang goreng dan kacau lagi untuk bawang goreng sebati pada ketulan ayam. Biarkan ayam masak 1/4 bahagian lagi. Ia cuma memerlukan sekitar 10-15 minit saja dengan api yang kecil. Bila wap mula reda, matikan api dapur dan masukkan kedalam tray hidangan.
4. Taburkan cili merah yang dihiris dan juga daun kari di atas hidangan anda.

