Thursday, November 28, 2013

Resepi Kari Daging Ala Indonesia Yg Sedap ^___^


Assalamualaikum n selamat ptg buat semua pengujung DZ..
Hope anda semua sihat2 ajer ya..Tima Kasih byk buat anda semua yg sudi berkunjung Ke DZ ni ya..Walaupon Puan umh jarang2 nk jenguk sini n letak n3 trbaru..Mmg msk setiap ari,,tapiii amat malas nk update blog kesayangan ni,huhu..

Oklah rcp daging nih msk arini,ade la rasa 2ketul,maghrib karang teman en lalink berbuka,baru mkn lagi..
Mmg sedap lah rsa daging ni,xrugii mncuba,ade kelainan sbb letak pistachio tu..salunya badam kisar ke buah keras ke kan..Nih dah semua bhn dah de,trus ja on projek utk menerai arini..
Klmarin ptg uncle yg anta paper tu anta mgguan wanita,bila belek2 ,trus berkenan ngan rcp ni..Trnyata mmg sdap n xrugi mncuba.


Aku mls nak taip dah rcp ni,trus snap pic dri MINGGUAN WANITA ajer,hahha kira okla dri xde kn,hihi..
Salunya utk lauk pauk ni aku mmg xikut btui2 kuantiti,just tgk bhn2 n trus msk men agak2 ja,xla nk timbng2 sukat bagai,klo kek tu mmg kna betui2 lah kan..
ok jom tgk rcp kut ade yg nk menerai..

*Utk jintan tu aku letak jintan manis n jintan putih biji,juga ketumbar biji..sebab kat dlm rcp xde ltak yg srbuk ka biji,pastu jintan xtau mnis ke putih,so aku letak jerk dua2..Kentang tu ikut suka la nk ltak byk mna ya..Pastu tabur bawang goreng,mmg harum wangi sungguh..


Thursday, November 14, 2013

Resepi Nasi Ayam Paling Sedap ^__^

 
Assalamualaikum,selamat ptg..
Pe khabar semua..selamat berpuasa sunat Ashura bgi yg berpuasa ya..InsyaAllah moga segala Amalan kita diterimanya..Arini klo bersedekah mmg byk pahalanya,Antara amalan sunat yg lain tu mndi sunat hari ashura,bkn mandi wajib ja ade yer,hihi..Pkaikan celak pon bgus,utk elakkan kna skit mata..Alhamdulillah ank2 dara n aku sendri mmg pakai celak mekah yg botol tembaga tu..Mmg bagus sbb ade  campuran air zam2.My mom tumbuk sendri..
Plg lawak klmarin bila bgi En lalink bca amalan2 sunat hri ashura nih,bila smpai part no 3,kna gosok kpala ank2 yatim,insyaAllah Allah akn mengangkat darjat kita,pastu hb wat lawak dia kata,xperlah yang gosok kpala abg,abg gosok kpla yang,kita kan sma2 ank yatim,huhu..adoiiila lalink aku ni..hihi..

Erm nasi Ayam mmg antara menu febret en lalink n ank2 aku,byk juga rcp yg dah di try,nih antara yg sedap bgi tekak kmi suami i3..Hb mmg peka sgt klo aku try rcp baru,mkn jerk terus kata nih rcp mna lak,aku pon tnya,erm nape bang,dia kata sedaplah,hihi.Pastu aku pon kta erm yg nih rcp len lak,hihi..Sekbek bini dia rajin try mcm2 rcp kan,hihi
Tapi trus terang ckp la,mmg sdap n da kelainan rcp,nak tau cam  ner sdap n pa kelainan,anda kenalah cuba sendri ya..
Xdan nk snap byk pic n pic asing2 utk sup,sambal n kuah kicap tu,sbb dah nk berbuka..Blk marin dari seberang dah lmbt,trus smp2 umh kalut masak,sekbek ayam dah siap rebus n perap ltak peti ais..

Ok jom tgk rcp..Sblm tu jutaan terima kasih yg xtrhingga wat kak azie yg rajin mncuba pelbagai rcp nasi ayam n share kan rcp yg dia ambil dari kak Nani Rostam..Mekasih yg xterhingga juga wat kak nani selaku Puan punya rcp Asal..Kak Nani skng tgh bercti di london..Tq kak add sy kat fb nun..

Nasi Ayam Paling Sedap

Lauk Ayam:
1 ekor ayam
Halia
Bawang putih
Bawang merah

Bahan perap:
Sos tiram
Kicap cair
Kicap manis
Madu
Minyak bijan

Kisar halia dan bawang putih dan bawang merah. Perap ayam dengan bahan kisar selama 30 minit.

Didihkan air di dalam periuk dan masukkan ayam tadi dan perlahankan api sehingga ayam setengah masak. Selepas itu angkat ayam tadi dan perapkan dengan bahan perap seketika. Gantungkan ayam sekurang kurangnya satu jam.
Goreng ayam secara deep fry atau di dalam periuk yang dalam sehingga minyak menenggelami ayam. Untuk lebih mudah, sangkutkan ayam dengan besi penyangkut ditepi periuk agar mudah mengangkatnya setelah masak. Setelah ayam masak angkat dan gantung untuk toskan minyak. Potong ayam dan hidang.


Nota:
Ayam jangan dipotong, biarkan seekor. Setelah digoreng atau dipanggang barulah dipotong agar ayam masak cantik. Tapi kalau susah untuk menggoreng, bolehlah dipotong 2 atau potong 4 sahaja. 

Saya potong 2 sebab nak menjimatkan minyak semasa menggoreng. Saya lebih suka goreng dari dipanggang. Jadi saya tidak gantung, sejatkan di atas jaringan sehingga betul betul kering airnya.


Nasi Ayam:
Mentega - tak guna
Minyak ayam - saya tambah
Bawang merah
Bawang putih
Halia
2 helai daun pandan
1 helai daun salam (bay leave)
Susu full cream
Serbuk ayam
Garam
Gula
Rempah penumis - bunga lawang, buah pelaga, kulit kayu manis

Basuh beras wangi, tos dan letak dalam rice cooker. 

Di dalam kuali masukkan mentega, tumis bawang putih, bawang merah dan halia yang telah dikisar, bunga lawang, buah pelaga, kayu manis, daun pandan dan daun salam. 

 Setelah naik bau masukkan separuh daripada air rebusan ayam tadi, susu full cream, garam, serbuk ayam dan gula mengikut rasa. 
Biarkan mendidih dan tutup api. Tuang ke dalam beras tadi jika air tidak cukup tambah air biasa dan masak seperti biasa.

Setelah nasi masak, tabur bawang goreng dan daun bawang atau daun sup dan hidang.

Biarkan mendidih dan tutup api. Tuang ke dalam beras tadi jika air tidak cukup tambah air biasa dan masak seperti biasa.

Setelah nasi masak, tabur bawang goreng dan daun bawang atau daun sup dan hidang.

Sambal Cili
5 biji cili padi merah siam - saya guna cili merah
5 ulas bawang putih
2 cm halia - saya tambah
1 sudu teh cuka
1 sudu teh garam 
1 sudu teh gula
1/2 cawan air rebusan ayam - saya tambah
Sos tomota - opsyenal saya tambah

Blend cilipadi merah siam dengan halia dan bawang putih. Masak di dalam kuali. Masukkan gula, garam dan cuka secukup rasa. Tambah sedikit air rebusan ayam. Masak dengan api kecil sehingga likat.  


Sambal Kicap
Air kicap hasil perapan ayam tadi dimasak di dalam kuali sehingga mendidih.  Angkat.


Kuah Sup
Jeruk kubis
Garam
Serbuk ayam
Daun bawang - tabur
Bawang putih goreng - tabur

Separuh air rebusan ayam masak semula dan campurkan jeruk kobis, garam dan serbuk ayam.

Bubuh potongan daun bawang dan bawang putih goreng ketika menghidang.


Sambal Cili
5 biji cili padi merah siam - saya guna cili merah
5 ulas bawang putih
2 cm halia - saya tambah
1 sudu teh cuka
1 sudu teh garam 
1 sudu teh gula
1/2 cawan air rebusan ayam - saya tambah
Sos tomota - opsyenal saya tambah

Blend cilipadi merah siam dengan halia dan bawang putih. Masak di dalam kuali. Masukkan gula, garam dan cuka secukup rasa. Tambah sedikit air rebusan ayam. Masak dengan api kecil sehingga likat.  


Sambal Kicap
Air kicap hasil perapan ayam tadi dimasak di dalam kuali sehingga mendidih.  Angkat.


Kuah Sup
Jeruk kubis
Garam
Serbuk ayam
Daun bawang - tabur
Bawang putih goreng - tabur

Separuh air rebusan ayam masak semula dan campurkan jeruk kobis, garam dan serbuk ayam.

Bubuh potongan daun bawang dan bawang putih goreng ketika menghidang.

Tuesday, November 12, 2013

Resepi Nasi Pilau Pakistan Yang Sedap^__^


Asalamualaikum..Ok tghri nih nk update lagi 1 rcp yg rmai sgt duk pm n komen nak kan rcp ni..Nasi Pilau Pakistan Nama Diberi,Rasanya Sgt sdap tidak terkata n hb aku mmg puji abislah ngan rasa nasi nih..Klo Ade yg try n xsedap tu,aku xtau nk kta pa lah ya..maybe taste bud lain2 kan,pastu lak air tgn org xsma n rsa pon tntu berbeza n mungkin juga Hampa xpndai nk Masak,sbb tuh xsedap,Wakakaka hahahah..

Hb aku bkn sng2 nk puji masakkan wife dia ni,walaupon setiap ari ade ja juadah yg aku siapkan,tapi jrg2 dia puji bersungguh2,anak2 lak mmg xmenang tgn aku nak suap,siap merajuk2 lagi sbb aku lmbt suap.huhu yalah nak suap kan 3org trmasuk fiyya tu.Fiyya pon pndai lak lambt aku suap siap nangis tu,bila suap diam,hhaha..Tuh dia penangan nasi Pakistan ni..Terus terang ckp mmg rekemen sgtlah..Aku mmg nk ltk rcp disini sbgai rujukan aku sndri n ank2 masa dpn,sbb takut bila tulis gitu kat kertas leh hilang,mna tau esk2 aku dah xde,ank2 tingin nk mkn blh gak tgk rcp kat sinikan,
B4 nak truskan ke rcp,disini aku ucapkan jutaan trima kasih yg xtrhingga buat Ummi Maria Hakim yg sudi menelefon jauh2 dri UK semata2 nk bgi rcp nih..bkn senang org nk bgi rcp free,siap cll jauh2 lagi..InsyaAllah moga Allah Saja yg mmbalas setiap kebaikkan Ummi n Moga pahala berterusan  utk UMMI n aku juga yg brkongsi rcp ni.. InsyaAllah.Amin3..

Resepi Nasi Pilau Pakistan

Masa nih air rebusan baru mendidih,,Tgk bwang putih tu mmg xbuang kulit ya..

#Sukatan nih utk beras yg sy gunakan 2cawan,klo nk tmbh ke kurang,pndai2 lah agak ya..

Air Rebusan Utk Masak Nasi..
1/2Ekor Ayam dipotong 6bhgian
2Sdb Ketumbar Biji
1/2sdb Lada Itam Biji
1/2Sdb Jintan Manis Biji
1/2Sdb Jintan Putih Biji
Sebuku Bawang Putih dibasuh n diketuk sedikit(Xyah buang Kulit)
2in Halia Diketuk
2Biji Bawang Besar Dipotong 4
2helai Daun Bay
4Sekawan serba sedikit
4Cawan Air

Cara2
Rebus semuanya smp ayam Masak n air berkurangan

,Angkat Ayam,ketepikan.Tapis air rebusan n buang kan semua rempah2 tadi..Air rebusan ni nti kita nk guna utk memasak nasi..Air rebusan ketepikan dlu..kita ke step seterusnya pula..

#Sukatan nih utk beras yg sy gunakan 2cawan,klo nk tmbh ke kurang,pndai2 lah agak ya..

Bahan2 Utk Nasi
2 Cawan Beras Basmathi  direndam 1jam n ditoskan
21/2Cawan Air Rebusan Tadi
Ayam yg direbus Tadi

1Biji Bawang Besar Dihiris
1/2sdt Ketumbar Serbuk
1/2sdt Garam Masala
1/2sdt Jintan Putih Serbuk
Pes Bawang Putih n Pes Halia (Nih pndai2 agk sendri ya)Rempah 4beradik
Daun Bay
Daun Pandan
Kiub Pati Lembu
Garam/Gula Secukupnya
Mnyak Utk menumis(ummi kta xyah guna mnyak sapi,mmg guna mnyak biasa jerk)
1/2Sdt jintan Putih Biji (yg nih tabur last,msa nasi dah kering)

 Cara2
1.Tumis Bawang Besar yg dihiris smp hitam(tapi bkn hangus ya,ala2 bwang grng gitulah)*Part nih mmg pnting ya,sila jgn mls nak tggu bwang tu hitam gitu..
2.Masukkan rempah 4 beradik,daun bay,daun pandan,pes bwang putih, halia n rempah2..tumis lagi smp garing n naik bau..
3.Masukkan air rebusan,grm gula n ayam,dah mndidih trus tuang ke dlm beras.Atau pon blh juga pas msuk rempah goreng sebentar beras bru msukkkan air,ikut keselesaan msing2 lah ya..
4.Apabila nasi telah kering,gembur2kan n taburkan jintan putih..Aku ltak cikit ja,sbb xnak ank2 pilih2 msa mkn..
5.Siap,Bolehla dihidangkan..




Resepi Kambing Masak Kari Pakistan

Assalam semua..Ade lagi n3 di pagi2 buta nih..rajin sikit arini lagi pon byk sgt rcp yg nak diupdate..baik update jerk tumpng xngantuk lagi ni..
Ok rcp seterusnya nih Resepi kambing yg aku msk mggu lps wat lalink trchenta aku tu..lma dah ummi maria hakem duk suh aku try rcp nih,bru smp seru nk try..Ummi kata utk detail rcp tgk ajer kat blog kak amie...
So nilah hasilnya kari pakistan Ala Zaliedana...Xrugilah msak sbb hb mmg puji melambung n rmai lak yg trjangkit virusnya lps aku msk,rmai lak yg mnta rcp n buat juga..
Mmg sdap sgt lah kari pakistan ni..selalunya rcp2 dari ummi mmg malatopppp lah..
Jom tgk rcp truslah eh..Mek fiyya nih pon dah rengek cikit dah tu,nak susu lah tu..
 
Resepi : Ayam Masak Kari Pakistan
 
Sumber : Ummi Maria Hakem

Bahan-bahan:
1 ekor ayam - potong 16 bahagian (Aku Guna kambing,nak tukar kpda daging pon sdap gak)
4 biji bawang besar - cincang
4 biji tomato merah - cincang
1 sudu makan halia kisar
1 sudu makan bawang putih kisar
1 sudu teh serbuk kunyit
2 sudu makan serbuk cili
1 sudu teh serbuk ketumbar
2 cawan air
garam
1/2 cawan minyak
garam masala - jika suka (tak bubuh pun tidak apa - Amie tidak bubuh)
hirisan cili padi dan daun ketumbar untuk hiasan
Aku Add 2sdb Yogurt Asli seperti saranan Ummi Maria Hakim

Cara:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang besar cincang hingga kekuningan.
2. Masukkan tomato cincang dan teruskan tumisan hingga sebati.
3. Tambahkan halia dan bawang putih kisar, serbuk cili serta serbuk kunyit.
4. Kacau hingga sebati dan masukkan air. Biarkan bahan tumisan masak sehingga bawang dan tomato hancur. (Menurut Kak Maria, menumis bahan ini boleh memakan masa selama 1 jam!)
5. Masukkan ayam dan gaul rata. 
6. Tidak perlu tambah air kerana daging ayam akan mengeluarkan air. Perasakan dengan garam (Amie tambah sedikit serbuk pati ayam).
7. Kacau sebati dan masak sehingga kuah kering. (sebaiknya jangan sampai kering).
8. Hidangkan bersama taburan cili padi hiris dan daun ketumbar.

Resepi Bubur Ashura/Bubuq Sora Versi Kedah


Assalamualaikum..bersiaran di pagi2 buta..org lain tgh tido,aku lak baru nak update..
Nak wat camner ank2 tido nihla sng nk buka lappy..klo x aku on9 kat fb ke cari rcp guna nset ajer..lappy mmg xbuka..
Nak masuk pic pon jenuh berejam juga kat blog ni,sbb tuh aku agak kemalsan disamping aku nih yg mmg mls dah tu kan,hehe..klo kat fb mmg cpt ja post pic Masakkan aku tu..kdang klo 3kli msk,3kli la ltak pic,tapi klo ade yg mnta rcp tu mmg lmbt juga kdang nk bgi,sbb ssh ar nk copy2 gna nset,kdang tu mls nk taip rcp..Tah la kdang tu xterlayan juga pm2 kat fb yg mnta rcp n tnya itu ini..aku pon xla pndai mna n msih blajaq2 lagi nih,bkn nk nyombong ka nak kdekut rcp ka,tapi kekangan masa pon ya juga..
Kdang tu yg simple2 pon xkanlah nk tnya kan,cer la gugel jerk cari,xyah la nk mnja sgt semua nk disuap..ermm kdang tu pm suh aku translate kan sbb ktanya xbape fhm omputih,huhu aiii pong xla pndai pongg,Ah malas ah nk layan semuanya..smpaikan ade yg aku wat dek jaa..Huhu..Xterlayan weh..
Aku mmg suka ltak pic yg aku msk blh kta setiap ari kat fb,sbbnya sbgai kenangan n tatapan aku n ank2 nnti,kdang xde idea nk msk tgk pic2 lma dah dpt idea,tapi nih smua bnda yg ltak semua nk rcp,ermm penat den..Klo yg mmber2 rapat n kenai mmg aku layan ja,tapi kdang tu tegur sapa pon x,mnta rcp pon ayat komain aih,geram gak kdang,amboii cam kita nih bila ltak pic mmg wajib ltak rcp ja,adakah aku nih dibayaq,huhu..Mcm2 kan manusia ni..
Pnjng lak naip pagi2 buta nih,meh la tgk rcp pula eh..
Tingin nk mkn bubuq sora nih gugel2 ngan nset tgk kat sini,tapi skli tgk rcp utk nk kndri leh la kan 1kg tpung kan..last2 cll mak,mak aku kta kna bgi keras n kurangkan sukatan air dri kuih talam..aku pon agak2 jala wat nih..alhamdulillah mnjadi n sedap pada tekak aku..
Kak Mashitah dah try,anda bila lagi,hihi..

Bubur Ashura/Sora Versi Utara Kedah
Resepinya

bahan:
2 Cwn Tepung Beras
3 cawan santan pekat campur secubit garam
2 1/2 Cwan Air
Gula pasir ikut manis
Gula merah n Nesan/Gula Gerek(Sy letak nesan 2keping n gula merah 2sdu besar)
Kacang Kuda Direbus empuk
Keledek Dipotong Dadu n Direbus Empuk
Kacang Hijau Direbus Empuk
1 Btg jagung
Pisang Raja di potong Dadu msk last
1sudu besar Biji Sagu
Daun Pandan 2 ke 3helai

Bahan2 lain yg anda suka sprti Nangka,Durian ke ok juga..


Time nih xmsak lagi ni,pnat juga nk mngacau tu..

cara:

1.Masak air, daun pandan yg disimpul dgn gula melaka,nisan n gula pasir hingga gula hancur n mndidih.
2.campurkan tepung,air gula n santan kacau sebati .Aku blend jerk
3.Tuang adunan tadi ke dlm periuk@kuali yg sesuai..
4 panaskan dengan api yg perlahan
4. setelah mendidih masukan kesemua bahan2 tadi
5. kacau sehingga pekat dan rasa manisnya kalu keras tambah sedikit air lagi..
6.Bubur yg telah betul2 masak TIDAK MELEKAT d periuk..Klo melekat lagi tu mmg kna kacau lagi ya..
7. Angkat dan tuang dalam loyang , Api jgn dipadamkan smp selesai letak dlm bekas..sejukkan dan potong lah ikut suka.