Tuesday, July 10, 2012

Takoyaki Againnnn..^______^



Assalamualaikum...

selamat pagiiiiii semuaaaa..n3 yg pertama dibulan julai,hihi..malas sungguh nk update blog skng nih..Merajinkan diri update pagi nih..Nak kata bz tuh xla juga,tapi malas yg lbh,sbb tuh blog xberupdate,xperlah kan,xde yg nk marah ponnn..Tima kasih wat yg sudi singgah tu ya..pagi nih aiii sajikan ngan menu dari jepun ya..

Dah 3kli dah mnggunakan rcp dri ilhamusafir  nih,rsa cam xpernh letak rcp jer,padahal da letak,adoiiii lupa lak aku..kak Nimmmm aiii da letak dulu rcp nih,lupaaa daaa..NIH  lagi sekali aiii letak yer wat kak nim n mmber bek zmn sek aiii yg nk try wat tuh,kat bwh ni rcp yer ya..kat sini versi wat dolu,hehe..
Tima ksih sekali lagi wat kak madihaa n ilhamusafir diatas rcp nih ya..

Bahan2 Sos 
Takoyaki (boleh juga digunakan untuk Okonomiyaki)
1 cawan sos tomato
1 cawan worcestershire sos
2 cm halia ~ diparut halus
1 ulas bawang putih ~ diparut/tumbuk halus
 ¼ cawan gula

Cara2 Menyediakan Sos
Masukkan semua bahan ke dalam periuk dan dimasak sehingga sos menjadi agak pekat.
Sejukkan sebelum dimasukkan ke dalam botol sos (yang biasa kita letak mayonis yang senang nak picit tu)
Nota dari Ilhamusafir: Untuk pengetahuan tuan tuan dan puan puan sos ni bertahan selama sebulan jika disimpan di dalam peti ais..

Bahan2 Batter Takoyaki
1 cawan tepung gandum
300 ml air (MaDiHaA tambah lagi 50 ml air)
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil garam..
1 biji telur

Bahan2 Isian Takoyaki
Boleh dipelbagaikan isiannya walaupun Takoyaki merujuk kepada Octopus Ball.
Antara bahan2 yang sesuai ialah :
Tuna/Octopus/Isi Udang/Crab fillet (MaDiHaA guna isi udang & Crab fillet)
Daun bawang ~ dipotong halus
Kubis dicincang halus2 (mcm nak buat coleslaw)

Bahan2 Taburan
Serbuk ikan bilis (MaDiHaA tak letak)
Serbuk nori (seaweed)
Katsuoboshi.. (hirisan ikan bonito nipis macam kertas )


Cara2 Memasak Takoyaki
1. Bancuh semua bahan2 batter dengan menggunakan whisker sehingga sebati. Tuangkan ke dalam jug plastik yang sesuai. (supaya mudah nak menuang batter ke acuan nanti) Ketepikan sebentar.
2. Panaskan acuan takoyaki dengan api yang sederhana.  Sapukan sedikit minyak masak dalam setiap lubang acuan.  Bila acuan dah agak panas, tuangkan batter ke setiap lubang acuan sehingga penuh.
3.  Masukkan bahan2 isian (samada isi udang/tuna/ octopus yg telah dipotong kecil/crab stick yg dipotong kecil). Kuantiti isian tu ikut suka.. kalau letak lebih lagi sedap! Kemudian taburkan dengan hirisan daun bawang diikuti dengan kobis yang telah dicincang (MaDiHaA suka sayur banyak!).
4. TIPS MEMBULATKAN TAKOYAKI CARA MaDiHaA : Bila Takoyaki dah nampak beku sikit.. bolehlah dicungkil sedikit menggunakan 2 batang lidi satay supaya kedudukannya menjadi berubah tempat tapi JANGAN TERBALIKKAN terus! Biar kedudukannya macam senget sikit.  Takoyaki pada masa ini akan berbentuk separa bulat dengan keadaan berdiri. Nanti akan nampak dalam acuan ada tempat kosong lagi so tambahkan lagi batter dalam acuan yg nampak kosong tu.. Biar beku sekejap then cungkil lagi Takoyaki & ubah lagi kedudukan.  Bentuk Takoyaki pada masa ni akan jadi 3/4 bulat.. isi lagi bahagian kosong dalam acuan sehingga penuh & terus pusing kedudukan Takoyaki supaya bentuk bulat sepenuhnya berada dibahagian atas & batter yang baru dituang tadi berada dibahagian bawah bermakna bentuk Takoyaki pada masa ini sudah menjadi bulat sepenuhnya.  Lepas beberapa minit.. pusing2kan Takoyaki yang dah berbentuk bulat sepenuhnya  tu supaya garing sekata.  Semasa menunggu garing tu bolehlah ditambahkan sedikit minyak supaya lebih mudah garing.
5. Bila dah cukup garing. Cucuk Takoyaki & susun dalam pinggan hidangan.  Paipkan sos takoyaki & sos mayonis secukupnya. Taburkan dengan nori halus & juga katsuoboshi.  Sedia untuk dihidangkan!




12 comments:

.: wawa :. said...

best nye boleh buat sendiri, boleh letak sos & fish flakes banyak2 =). selalu beli kt jusco je. nak extra kene bayar extra =(

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

bila baca cara nak jadikan takoyaki tu bulat, kagum sungguh akak dengan kerajinan Siti menggolek2nya... sedappppp!

Cendana Kasih said...

Salam...aduh..sukanyer akak makan bebola tako ni... tp beli jer laaa...kalo buat, takde geng nk makan !!

Yana Shaiful said...

sedapnyaaa..dh lama xmkn tako niii sbb x p jj..dh telan air liur kita tgk niiiii hihiii ^^

Yana Shaiful said...
This comment has been removed by the author.
Kak Sam said...

Amboi semalam tayang kat fb, hari ni tayang kat sini. Jelessss akak...

Unknown said...

salam Ct wah bestnya selalu kak nor beli ja takoyaki ni dah ada resepi nnt akak nk try lah copy resepi boleh??

Shahriah Abdullah Novelis said...

As'kum dear mana nak cari katsuboshi tu?? suka betul makan sedap hehehe

Mama Hawa/Mama Nani said...

Salam rindu CT..
CT n baby apa khabar? lama mama tak merayap jln2...

Mmg fav nie takoyaki.. lama betul tak mkn or buat... ngences betul tgk :P

Rohah said...

akak tak pernah makan, jakun sekejap..hhehe..menarik..

Nuwairani said...

ala...kat mana nak cari acuan ni? teringin sangat nak buat sendiri. makan kat sana ri tu tak puas sebab mahal sgt. huhuh

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

TQ dear.. rajin betul makyong ni buat takoyaki... hehe...