Friday, February 8, 2019

Puding karamel Yg Sedap Giler dan TIPS supaya puding x hanyir



Assalamualaikum dan Selamat pagi hampa..Dah kenyang  bf  ke  tuu..Kami arini masak Nasi lemak Lauk Sambal udang n Ayam Goreng  berempah ..
Lama xbuat nasi lemak ,mula la anak2 bersungut..
Tapi memang berbaloi la masak Nasi lemak  arini..Anak2 pnya la pulun n berselera makan..
Tima kasih kami ucapan kat hampa yg sudi singgah ke DZ ni..Tanpa hampa2 semua kami xmampu nak terus bertahan sampai skang..Walaupon  5 taun kami private  Kan DZ ni,tapi Alhamdulillah  skang masih ada yg sudi singgah..
Kami salunya share kat DZ ni rcp2 yg terbaik n sedap2 yang pernah kami try n error dan  kami RnD.




Wokey arini kami nak share salah 1  rcp puding karamel  fav kami..
Kira menang wajib la buat puding karamel  ni time bln puasa..
Suka sgt dengan rasanya yg lemak manis,lembut tuu.
Doulu2 zaman bujang2 pernah la beli puding ni kat Pasar Ramadhan..
Aduhaii sekali bila mkn rsa n bau telor tu kuat la..Terusla jadi rezeki  Cik Tong..
Ermm  skang ni mana la layan puding karamel beli lagi weh.Aku dah pandai buat dgn sedap,wakakkaa..


Boleh tgk video step by step kat utube channel kami utk hampa yg lbh paham..Jgn Lupa subscribe  sama na..

https://youtu.be/F6hhRonYf-w

Resepi Puding Karamel

Bahan Gula Hangus:

 3/4 Cawan Gula Pasir
11/4 Cawan Air

Cara cara:
Goreng gula hingga perang.
Bila gula cair dan bertukar warna, baru masukkan air.
Masak sehingga menggelegak dan gula hangus menjadi cair semula.
Tutup api dan biarkan sejuk dan disimpan dalam peti ais. Ketepikan..
Air Gula yg telah sejuk,Masukkan ke dalam bekas bekas kecil.

Bahan-Bahan  Puding

  1 Cawan Susu Cair
 3/4 Cawan Air
 1/2 Cawan Susu  Pekat
 3 Bbiji Telur
 1/2Sudu Teh Esen Vanilla 

Buang Lendir yg ada pada telur
Pukul telur tetapi jangan sampai berbuih.
Masukkan semua bahan lain.
Kacau sehingga sebati.
Tuang ke dalam bekas kecil yang telah diisi dengan air gula hangus.

Panaskan periuk pengukus sehingga air mendidih. Kukus selama 15 - 20 minit atau sehingga masak dengan api sederhana.
Sentiasa di lap penutup pengukus supaya permukaan karamel menjadi cantik. Atau dibalut penutup pengukus dengan tuala.
Bila masak, buka tutup pengukus dan biarkan selama 2-3 minit tanpa penutup supaya air permukaan Karamel sedikit kering.
Angkat dan sejukkan. Setelah sejuk, simpan dalam peti ais.
Sedia untuk dinikmati.

*TIPS
 Buang Lendir yg terdapat dekat telur supaya tidak hanyir
Tapis telur yg telah di pukul ke dalam susu supaya  teksture
puding lebih halus..
Kukus dengan api sederhana supaya cantik smooth teksture puding
Gunakan susu pekat jangan gunakan gula supaya adunan puding lebih lemak n halus teksture.


2 comments:

Amie said...

Sedapnya puding karamel. Lama sungguh tak buat ni... terliur pulak tengok di sini.

inahar ali said...

Daapnye puding karamel nih. Dah lama x mamam yg homemade..