Wednesday, January 30, 2013

Pau Lembut Resepi Kak Ton&Burger Malaysia.


Assalamualaikum...
Anak2 tido awal mlm nih,so curi masa kejab sambil bf kan fiyya nih utk update blog..Yerlah tumpang mood tgh rajin kan,klo dah mls tuh smp berbulan2 diam jer,hehhe..

Akceli nih menu utk arini,terajin nk update bila kak Sari/Seri Kandi Tanah Jauhar suh letak rcp kat blog,hehe..Bila dah janji mmg wajib ler ditunaikan kan..So KAK SARI,nih la rcp nya..

Aku nih mati2 la duk igt aku prnh letak rcp pau kak ton nih kat blog,rupanya pas check 2,3 kali mmg sah xde lagi letak rcp nih kat blog,huhu...terasa rugi sgt klo x letak kat sini,sbb rcp nih la aku duk gna 3 ke 4 kli dah kut ,tapi yg psti mmg duk gna rcp nih dah lma juga dah msa 1st time Tun Telani share dlu lagi,huhu..nmpk sgt aku nih pelupa kan,huhu..

owh ya b4 terlupa lagi,kali nih selain dri wat pau jnis kukus,aku juga wat pau goreng/bege mesia tuh guna aduanan yg sma jerk..Mmg sdp sgt  i tell uuuuu..

Bege mesia versi letak telur rebus..Nyum2,sdp..teringat lak zaman sek rendah dlu,salu bli kuih bege mesia nih kat dpn sek,letak telo rebus n sambal bilis,adoyaiii sdp betui la kuih kat situ..Skang nih zaman dah canggih,nk rcp pa,semua dihujung jari kan,so tepuk perut,tnya selera,pastu g cari rcp n bli bhn,pastu leh ler godek2,taraaaa siap n ngap,hihi.. 

Terima kasih Tun telani adik mnis sbb mula2 dlu share rcp nih ya..juga utk kak ton terima kasih byk,moga Allah saja yg mmbalasnya..

Jommm zasssss usha rcp wokey,b4 ank2 aku bgn ngigau ke ape ke,huhu..

Pau Lembut
Resepi: kak ton @myr
sumber: tun telani


Bahan-bahan ( 10 biji )
  • 250g (2 1/2 cawan ) tepung pau diayak (pakai tepung gandum pun boleh)- tun guna gandum je
  • 3g (3/4 sudu teh) yis kering
  • 2g (1/2 sudu teh) baking powder
  • 50g (4 sudu makan) gula castor- tun letak 40g
  • 20g (1 sudu makan) lemak sayuran(shortening)
  • 2g (1 sudu teh) bread softener- tun guna bread improver
  • 1/2 cawan air suam

Cara-cara
  1. Satukan tepung, yis, baking powder, bread softener didalam mangkuk adunan.- tun hidupkan dulu yis dgn separuh air sedikit tepung dan sedikit gula
  2. Uli sebati dengan memasukkan air suam sedikit demi sedikit.
  3. Masukkan lemak sayuran, uli lagi sehingga doh tidak melekat/licin
  4. ***Jika menggunakan Bread Maker, masukkan mengikut turutan, air suam, yis, tepung pau, baking powder, gula castor, bread softener dan lemak sayuran kemudian pilih menu dough dan tekan start
  5. Biarkan doh selama 10 minit pada suhu suam.
  6. ***Jika menggunakan Bread maker, biarkan doh didalam bread maker selama 10 minit sahaja, tak perlu tunggu sehingga masa tamat (1 1/2 jam)
  7. Bahagikan doh kepada 10 bahagian
  8. Masukkan inti dan tutup kemas.
  9. Letakkan setiap pau diatas kertas empat segi (2" x 2 ") dan susun didalam pengukus.
  10. ***untuk inti, bolehlah menggunakan inti apa saja, mengikut kesukaan.
  11. Rehatkan pau selama 45 minit didalam kukusan.
  12. Untuk mengukus, didihkan air didalam periuk pengukus. Bila air mendidih, barulah diletakkan kukusan yang berisi pau tadi. Kukus pau selama 10 minit.
  13. ***TIps : Air perlu lah betul2 panas/mendidih untuk mengukus pau bagi mendapatkan pau yg lembut dan gebu.
  14. Selamat mencuba...







5 comments:

tun_telani said...

kak ct cayang.. moga2 xde la semut gigit tun tgh tido mlm ni sbb dgr kak ct ckp manis. hihi...
dh lama xmkn berger malaysia, teringin la pulak.

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Salam, adik Ct yang jelita.. akak keliru dekat sini... "hidupkan dulu yis dgn separuh air sedikit tepung dan sedikit gula" - separuh air tu maknanya 1/4 cwn airlah ya??? tulunnnnn...

Sheila Shafeareen said...

Assalamualaikum ZZ..cantik kuih pau dan beger m;sia tu..suka akk..pernah juga try resepi kak ton ni sdp lembut...sesuai buat bekaln ni...

Amie said...

Comel benau bege mesia tu... kita suka...lagilah kalau dah bubuh telur tu tentu lagi sedap!

Qhaifa Nur said...

sekarang pau yang dijual kat gerai-gerai comel-comel belaka malah warna warni lagi...itu yang teruja nak beli..

burger malaysia ni siap ada telur lagi..sedap rasa