Friday, October 18, 2013

Resepi Pretzel &Caramel Sauce ^____^

Assalamualaikum..Salam Jumaat penghulu hari..
Masih lagi dlm mood raya ke,raya aji sbulan juga cam rya puasa ekks,hehhee..Pas raya nih lemau jerk kan,yerlah byk mkn yg berlemak n berkolestrol bagai,aku lah ittew,hihi..Pas2 raya nih msk sardin,telor ,ikn bilis pula ler,ke wat menu ala kg sambal belacan n ulam2 gittew,sure sodap kan..

Aku yg nak mengarang nih pon dah xde idea,huhu..Dah trsumbat ngan lemak2 daging korban jerk rsa otak aku nih,hahha..mls nak naip pong ya juga,huhuhu..tapi ngenangkan rmaiiiiii sgt mnta rcp pretzel n caramel sos nih,aku gagahkan jugalah nk wat n3 nih..
Yg plgggg aku bengang tuh bila mnta rcp kat FB nun,bila aku lmbt nk ltak rcp mulalah ade yg kta kedekut rcp la n trgedik2 nk rcp dan2 tu juga,mcm la nk wat la tu juga.Adehh igt aku nih di bayar GAJI ke utk letak rcp n wat n3 nih,Suka hati aku la nk letak bila ka xnak share ka woii..
Igt aku nih xde kja lain ka,duk ngadap nset n lappy ja ka..Nih pon bila nk wat n3 kna buka lappy,klo ltak pic ja kat fb guna nset pon xper,SO kpda sesiapa yg berkenaan yg Kalut sgt nk rcp cuba faham ok..Geram lah juga Aku nih bila da yg duk kalutt sgt,dah la siap kta aku nih xmo share rcp n kedekut rcp,huh..

Oklah xmo naip pnjng2 lagi,kang ade lak yg terasa,walaupong aku dah unfren jerk kat fb nun,hahhah..
Pretzel n caramel sauce nih mmg kna ngan tekak kmi seisi family,tmbh2 caramel sos tuh mmg sedap bangat..aku dah 2kli dah wat ..Kalo ade yg nk try ,Jommm zasss tgk rcp jom..

 PRETZEL
by: Beldandy
Sumber Rcp:- Kak Azlita

1 1/2 cawan air suam
1 1/8 sudu teh  yeast (Aku ltak 11/2Sdt)
2 sudu besar gula perang
1/4 sudu teh garam
1 cawan tepung roti(Aku letak Tepung SRF)
3 cawan tepung gandum

Penyediaan
2 cawan air suam
2 sudu besar soda bikarbonate (Aku ltak 1sdu besar soda n 1cwn air suam jerk)
secubit garam
4 sudu besar mentega - di cairkan
Badam cincang - jika suka
sebutir telur - dipukul jika suka



Campurkan yeast dengan 1 1/2 cawan air suam.
Tambahkan gula dan garam. Kacau sehingga larut dan biarkan sehingga yeast mengembang.
Campurkan tepung gandum dan tepung roti dan uli sehingga adunan menjadi doh yg lembut dan kenyal.
Rehatkan doh selama 1/2 jam.

Bila doh telah mengembang, sediakan bahan penyediaan.
Sediakan dulang pembakar dan oleskan dgn butter
Panaskan oven pada suhu 180C
Larutkan soda bikarbonate bersama 2 cawan air suam dan kacau.
Ambil sedikit doh dan roll panjang seperti tali setebal 1/2 inc.
Pintalkan doh dan bentukkan seperti pretzel.
Celupkan pretzel kedalam air soda dan susun atas dulang pembakar
Sapukan telur diatas pretzel dan taburkan badam jika suka.
Biarkan ia naik sekejap dalam 30 minit
Bakar dalam oven yg telah dipanaskan terlebih dahulu, suhu dalam 180°C, selama 15-20min.
Selepas siap bakar, sapukan atasnya dgn sedikit butter supaya kelihatan berkilat
Pretzel sedap di makan bersama caremel
Simpan dalam bekas kedap udara untuk mengekalkan kelembapan.




BUTTERSCOTCH SAUSE

2/3 cawan gula perang
6 sudu besar mentega ~ potong kecil
1/2 cawan corn syrup
secubit garam
1/2 cawan heavy cream / thick cream / whipping cream
Aku Add sedikit asen Butterscoth


Masukkan gula perang, mentega, corn syrup dan garam ke dalam periuk dan masak atas api yang sederhana sehingga gula melarut.
tambahkan thick cream / whipping cream / heavy cream
masak hingga pekat
Sejukkan


9 comments:

Anonymous said...

Wah nak cuba lah..terima kasih sudi berkongsi resepi

Anonymous said...

Wah nak cuba lah..terima kasih sudi berkongsi resepi

Anonymous said...

Wah nak cuba lah..terima kasih sudi berkongsi resepi

Sweet red cherry said...

salam..

wah, cantiknya pretzel..

tun_telani said...

huhu.. saboo kak... mmmg mcm2 ragam kat fb tu. sbb bkn semua yg kenal, ramai yg add sbb kenal kt blog kan :)
semoga makin murah rezeki akk berkongsi resepi nih ^^

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

aduiiihh.. geram tgk pretzel nih... tolonglah bagi kerajinan kat akak mcm kamu juga... fuh fuhh.. t.kasih kongsi resepi...
yg mintak resepi tak sabar2 tu... mcm tak faham kan.. kalau org nak kongsi tu tak payah nak paksa2 org.. sedangkan org lain sanggup pegi kelas berbayar nak dptkan resepi & ilmu... takde pun bising2..dia dahla nak mintak resepi free.. bleh plak tuduh kita kedekut.. kalau kedekut takdenya kita buka blog resepi kan? hehe.. akak plak yg lebih2..

Nomy Ibrahim said...

Tq share resepi sos butterscotch...

Vitamin Sehat Cantik said...

nampak sedappp....terima kasih sudi kongsi resepi

Unknown said...

Saya ni peminat tegar pretzel nak try buat ,terima kasih ngan empunya resepi mohon d copy resepinya.