Thursday, November 14, 2013

Resepi Nasi Ayam Paling Sedap ^__^

 
Assalamualaikum,selamat ptg..
Pe khabar semua..selamat berpuasa sunat Ashura bgi yg berpuasa ya..InsyaAllah moga segala Amalan kita diterimanya..Arini klo bersedekah mmg byk pahalanya,Antara amalan sunat yg lain tu mndi sunat hari ashura,bkn mandi wajib ja ade yer,hihi..Pkaikan celak pon bgus,utk elakkan kna skit mata..Alhamdulillah ank2 dara n aku sendri mmg pakai celak mekah yg botol tembaga tu..Mmg bagus sbb ade  campuran air zam2.My mom tumbuk sendri..
Plg lawak klmarin bila bgi En lalink bca amalan2 sunat hri ashura nih,bila smpai part no 3,kna gosok kpala ank2 yatim,insyaAllah Allah akn mengangkat darjat kita,pastu hb wat lawak dia kata,xperlah yang gosok kpala abg,abg gosok kpla yang,kita kan sma2 ank yatim,huhu..adoiiila lalink aku ni..hihi..

Erm nasi Ayam mmg antara menu febret en lalink n ank2 aku,byk juga rcp yg dah di try,nih antara yg sedap bgi tekak kmi suami i3..Hb mmg peka sgt klo aku try rcp baru,mkn jerk terus kata nih rcp mna lak,aku pon tnya,erm nape bang,dia kata sedaplah,hihi.Pastu aku pon kta erm yg nih rcp len lak,hihi..Sekbek bini dia rajin try mcm2 rcp kan,hihi
Tapi trus terang ckp la,mmg sdap n da kelainan rcp,nak tau cam  ner sdap n pa kelainan,anda kenalah cuba sendri ya..
Xdan nk snap byk pic n pic asing2 utk sup,sambal n kuah kicap tu,sbb dah nk berbuka..Blk marin dari seberang dah lmbt,trus smp2 umh kalut masak,sekbek ayam dah siap rebus n perap ltak peti ais..

Ok jom tgk rcp..Sblm tu jutaan terima kasih yg xtrhingga wat kak azie yg rajin mncuba pelbagai rcp nasi ayam n share kan rcp yg dia ambil dari kak Nani Rostam..Mekasih yg xterhingga juga wat kak nani selaku Puan punya rcp Asal..Kak Nani skng tgh bercti di london..Tq kak add sy kat fb nun..

Nasi Ayam Paling Sedap

Lauk Ayam:
1 ekor ayam
Halia
Bawang putih
Bawang merah

Bahan perap:
Sos tiram
Kicap cair
Kicap manis
Madu
Minyak bijan

Kisar halia dan bawang putih dan bawang merah. Perap ayam dengan bahan kisar selama 30 minit.

Didihkan air di dalam periuk dan masukkan ayam tadi dan perlahankan api sehingga ayam setengah masak. Selepas itu angkat ayam tadi dan perapkan dengan bahan perap seketika. Gantungkan ayam sekurang kurangnya satu jam.
Goreng ayam secara deep fry atau di dalam periuk yang dalam sehingga minyak menenggelami ayam. Untuk lebih mudah, sangkutkan ayam dengan besi penyangkut ditepi periuk agar mudah mengangkatnya setelah masak. Setelah ayam masak angkat dan gantung untuk toskan minyak. Potong ayam dan hidang.


Nota:
Ayam jangan dipotong, biarkan seekor. Setelah digoreng atau dipanggang barulah dipotong agar ayam masak cantik. Tapi kalau susah untuk menggoreng, bolehlah dipotong 2 atau potong 4 sahaja. 

Saya potong 2 sebab nak menjimatkan minyak semasa menggoreng. Saya lebih suka goreng dari dipanggang. Jadi saya tidak gantung, sejatkan di atas jaringan sehingga betul betul kering airnya.


Nasi Ayam:
Mentega - tak guna
Minyak ayam - saya tambah
Bawang merah
Bawang putih
Halia
2 helai daun pandan
1 helai daun salam (bay leave)
Susu full cream
Serbuk ayam
Garam
Gula
Rempah penumis - bunga lawang, buah pelaga, kulit kayu manis

Basuh beras wangi, tos dan letak dalam rice cooker. 

Di dalam kuali masukkan mentega, tumis bawang putih, bawang merah dan halia yang telah dikisar, bunga lawang, buah pelaga, kayu manis, daun pandan dan daun salam. 

 Setelah naik bau masukkan separuh daripada air rebusan ayam tadi, susu full cream, garam, serbuk ayam dan gula mengikut rasa. 
Biarkan mendidih dan tutup api. Tuang ke dalam beras tadi jika air tidak cukup tambah air biasa dan masak seperti biasa.

Setelah nasi masak, tabur bawang goreng dan daun bawang atau daun sup dan hidang.

Biarkan mendidih dan tutup api. Tuang ke dalam beras tadi jika air tidak cukup tambah air biasa dan masak seperti biasa.

Setelah nasi masak, tabur bawang goreng dan daun bawang atau daun sup dan hidang.

Sambal Cili
5 biji cili padi merah siam - saya guna cili merah
5 ulas bawang putih
2 cm halia - saya tambah
1 sudu teh cuka
1 sudu teh garam 
1 sudu teh gula
1/2 cawan air rebusan ayam - saya tambah
Sos tomota - opsyenal saya tambah

Blend cilipadi merah siam dengan halia dan bawang putih. Masak di dalam kuali. Masukkan gula, garam dan cuka secukup rasa. Tambah sedikit air rebusan ayam. Masak dengan api kecil sehingga likat.  


Sambal Kicap
Air kicap hasil perapan ayam tadi dimasak di dalam kuali sehingga mendidih.  Angkat.


Kuah Sup
Jeruk kubis
Garam
Serbuk ayam
Daun bawang - tabur
Bawang putih goreng - tabur

Separuh air rebusan ayam masak semula dan campurkan jeruk kobis, garam dan serbuk ayam.

Bubuh potongan daun bawang dan bawang putih goreng ketika menghidang.


Sambal Cili
5 biji cili padi merah siam - saya guna cili merah
5 ulas bawang putih
2 cm halia - saya tambah
1 sudu teh cuka
1 sudu teh garam 
1 sudu teh gula
1/2 cawan air rebusan ayam - saya tambah
Sos tomota - opsyenal saya tambah

Blend cilipadi merah siam dengan halia dan bawang putih. Masak di dalam kuali. Masukkan gula, garam dan cuka secukup rasa. Tambah sedikit air rebusan ayam. Masak dengan api kecil sehingga likat.  


Sambal Kicap
Air kicap hasil perapan ayam tadi dimasak di dalam kuali sehingga mendidih.  Angkat.


Kuah Sup
Jeruk kubis
Garam
Serbuk ayam
Daun bawang - tabur
Bawang putih goreng - tabur

Separuh air rebusan ayam masak semula dan campurkan jeruk kobis, garam dan serbuk ayam.

Bubuh potongan daun bawang dan bawang putih goreng ketika menghidang.

9 comments:

asyifamustaffa said...

Oh..resepi dri k.azie...ada ambik hri tu.tp x try lg smpi skrng..k,.azie pun kata sedap giler...ni yg lg rasa x sabar nak try ni...

tun_telani said...

tun pon penah save resepi nih.. tp xtau nk gantung2 ayam kat mana..haha.. akk xgantung pon jd plg sedap ye.. resepi nasik tu yg beza dr yg lain tu, ada daun pandan bay leaves ngan susu.. sbb tu kot jd extra sedap kan :)

zila norazila said...

Akk dh try resepi nie..mmg sedap..kna dgn selera kmi.

Amie said...

Cantik rupa paras ayam goreng tu Zalieda, hitam manis berkilat menawan & rupawan.
Memang nasi ayam hidangan yang tak menjemukan, sedap... sedap!

fatimah said...

Assalamualaikum .. Lama dah nak cuba masak sendiri sebab kat kedai macam sedap je.. Thanks yer.. Hehe..

Unknown said...

ummm sedapnye kak... sy mintak copy resepi nie yea...

Fazliana said...

Nampak sedap.. tq atas info ni..

Unknown said...

nmpk sedap ni...kna try ni..tq

rad said...

Nampak sedap ni. Nanti cuba la campur halba kat nasi tu
In shaa Allah wangi sedap bau nasi ayam❤️