Thursday, July 15, 2010

Kuih Lapis Pisang



Salam n slmt mlm..Dah nak kul 12 dah ni..Tapi aku ni xtdq lagi..Bkn pa byk sgt pic yg nak di update,kalu Syazana xtiduq tu,pham2 jerla..Aku lak dari smlm smpai ke rini duk selsema,so nak tdq pun mcm xpuaih ja,tu yg mrajinkan diri update nih..Kuih lapis pisang nih dah kat 3mggu aku wat,tapi aku ni sejak la ni sllu aja lmbat update kan..Hubby aku mkn byk gak,dia pun ckp sedap..Syazana lak bila aku suap,bukan main selera dia mkn..Aku wat half jer dari adunan ni..sbb tu la lapisan yg aku wat nipis jer n dapat pun 5lapisan jer.. Aku c/p jerla resepi yg aku amik dari umah kak ummi ni ya..


KUIH LAPIS PISANG (loyang bulat 7 inci)
Sumber: Aneka Talam dan Kuih Lapis (resepi Kak Liza)(c/p blog kak ummi)

Bahan A:-
• 2 cawan santan (akak guna 1 1/2 kotak santan Ayam Brand + air = 2 cawan)
• 1 cawan tepung gandum
• 1 cawan gula pasir
• 2 sudu makan tepung beras
• 2 sudu makan tepung kastad/jagung (akak guna tepung jagung)
• 1 sudu teh garam
Bahan B:-
• 1 cawan pisang emas/berangan - dilecek
• 1/4 cawan air
• sedikit pewarna kuning (*akak tambah, kalau guna tepung kastad, xyah letak la rasanya)
Bahan C:-
• 1/4 cawan air
• sedikit pewarna merah


Cara Membuat:-
1. Campurkan bahan A hingga sebati. Tapiskan dan bahagikan kepada dua bahagian.
2. Campurkan bahan B dalam satu bahagian dan kacau rata.
3. Satu bahagian lagi dicampurkan dengan bahan C dan kacau rata.
4. Panaskan kukusan. (Sediakan loyang yang digriskan sedikit dengan sedikit minyak. Panaskan sebentar) - *cara ni akak buat sebelum mula melapis.
5. Tuangkan hampir 3/4 cawan adunan pisang (B) dalam loyang dan kukus selama 8 minit.
6. Kemudian lapiskan pula 1/3 adunan merah dan kukus juga selama 8 minit.
7. Buat sehingga siap setiap lapisan dengan bahagian atasnya adalah adunan pian (B).
8. Semasa kukusan akhir, balut penutup kukusan dengan kitchen towel dan kukus lebihkurang 10 - 12 minit.
9. Biar sejuk pada suhu bilik dan barulah dipotong.

Kuih lapis yg aku wat ni,wlpun lapisannya xcun,tapi rasanya mmg marbeless..

No comments: