Thursday, October 20, 2011

Nasi Goreng Kampung&Wantan Goreng

Assalamualaikum

Pagi nih aku sajikan dengan nasi goreng kampung yg membuatkan hubbyku menambah smpai 2pinggan ya,Mmg berbaloi wat nasi goreng nih,sbb hubby aku mkn selicin2 nya..Agak2 sebab apa eks,ermmmm....



Sebab apa lagiiiiiiii,Sebab SEDAP LAH TUUUUU..hihi..


Erm bkn lah nak msk lam lift n tekan butang sendri,atau pas mkn cuci tgn sendri,tapi mmg dah mmg hubby ckp sedap,hahaha..
Hubby aku mmg peminat tegar nasi goreng kampung,kalo g mkn selalu jugalah dia order nasi goreng kampung n selalu jugalah bini dia wat nasi goreng kampung nih,kali ni aku ada add udang kering,haissshhh skng nih semua masakan letak udang kering,sajalah nak pelbagaikan masakan kan,ternyata mmg bertambah sedap..
Pastu bila aku usha2 dapo kak mas,xsangka lak mmg lbh kurng jer resepi kak mas ngan resepi aku,sbb aku nih mls nak taip g dah n nak senang aku copy ajer dari kak mas,Btw tq kak mas ya..

Wantan Goreng nih menu minum ptg klmarin,mmg sedap mkn time panas2,sbb inti nih mmg best,hihi..Tapi bila dah sejuk,kulit wantan nih mmg liat,lagi liat dari kulit popia,huhu..Rasa cam kulit popia lak lagi sedap,rapuh2 gitu..

Nasi Goreng Kampung
Resepi : MasDuniaku


  • 2 cawan nasi sejuk - lerai2kan
  • 1 sudu besar udang kering, rendam kejap dan toskan - ditumbuk
  • 10 biji cili padi - ditumbuk(Aku Letak 4biji ajer)Aku letak juga cili merah yg dihiris)
  • 1 ulas bawang putih - ditumbuk
  • 1 biji bawang merah - ditumbuk
  • 2 biji bawang merah - dihiris
  • 6 batang kacang buncis - dipotong2(Aku letak kubis ajer)
  • 1 biji telur
  • 1 sudu besar Sos tiram maggi
  • sedikit kiub ikan bilis
  • ikan bilis yang digoreng dan ayam goreng dipotong(Aku tambah udang basah juga)
  • sedikit lada sulah aji shio(Aku letak juga sos ikan)
Cara memasak :
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang merah yang dihiris hingga layu dan masukkan bahan tumbuk dan tumis hingga harum. Masukkan kiub ikan bilis dan sos tiram, kacau sebati dan masukkan telur dan biar mengeras sikit , kacau dan gaul bersama bahan2 lain.
  2. Masukkan nasi dan gaul sebati dan terus besarkan api dan gaul pantas. Renjiskan sedikit air panas atas nasi supaya nasi goreng tu tak terlalu kering dan kacau lagi. Masukkan ikan bilis goreng dan ayam goreng yang dipotong dan sebatikan, masukkan lada sulah aji shio, kacau lagi , rasakan dan jika ok boleh tutup api...
Antara bahan2 utk inti wantan,tauhu diracik,bawang besar dicincang,daun bawang dicincang,udang basah,isi ayam,keju cheddar parut,cili merah,carrot diparut,udang kering kisar dan bawang putih,yg xde lam pic telur ayam n tepung jagung ..Semua bahan aku gaul sebati,perasakan dengan garam n sedikit sos tiram,pastu tambah juga serbuk lada sulah n lada hitam,siap ler,pastu leh la bungkus wantan nih..Malas betoi nak taip resepi,sbb aku men campak jer tanpa sukat2..

Jom Jemput mamam,sedap bangat bila dicicah sos gini..

6 comments:

izahdaut said...

wiii rajin tul mak budak ni buat wantan .. salute tul kat ko ct. akak pernah duluuuuuuuuuu buat skali. pastu mcm tak berkenan sebab berminyak. terus tak nah buat. kikiki..

nasi goreng sepnggan. lama dah tak layan nasi goreng kampung. ada kangkung..ada ikan bilis.. fuhh..best

quinnie said...

nasi goreng bila letak udang kering memang lagi sedap jadik nasi nya....kita pun suka...udang tu kan.kalau kita makan mesti lepas tu gatal2 hidung..keekke..tapi kan..pedulikan segala gatal2 itewww...kekekke

fynn said...

akak lapaq la plak tgk nasi goreng neh....huhu...tuh siap ngan wantan....hukksss....

Amie said...

tak tahan tengok wantan tu... bagilah berapa ketul pun,. mesti habis punya, tapi nak buatnya tu....hmmm

tun_telani said...

tun suka makan wantan nih.. tapi kan, aritu tun beli kulit wantan, bila goreng.. ya Allah.. mmg serap minyak dgn hebatnyer.. terus down. tunmmg xleh telan sket kalau minyak2 nih.. nnti nk cari kulit wantan jenama lain pulak.

Nuwairani said...

suke jugak makan wantan goreng. tapi kalau panas2 sedap la kot..kalau dah sejuk, agak liat la..tapi lagi suka makan wantan yang rebus tu. kat sandakan nani tak jumpa lagi kulit wantan. tensen betol la...dah lama nak buat ni...