Nmpak kak ummi cantik nan jelita pos ajer bingka nih,terus jatuh hati pandang pertama,coz mmg semua bahan dah da,cheddar pon mmg da,coz lebihan wat sekut raya ritu,nih pon da berbaki lagi,coz letak cikit jer kan..Aku wat half adunan,pastu letak cheddar 11/2 sdb,pastu add juga serbuk parmesan lam adunan bingka nih..Walla weeeeiii mmg tersangat sodap gilossss ai ckp u....Lemak cis berpadu bersama santan..Tapi aku mkn 2ketui jer mmg rasa muak sgt dah,pastu mmg aku xleh nak mkn dah,tapiii hubby ckp sedap n leh suap wat xtau jer n ckp xmuak..Sapa2 yg xwat lagi mmg rugi gilosss,betoi xtipu,mmg sedap..Tq utk kak liza atas rcp nih n jutaaan tengs juga wat kak ummi,sbb membuat hatiku terbekenan n mencuba bingka sedap ni..
Aku punya bingka xcun,coz potong time suam2,sbb xsabar nak merasa,pastu lak minyak dari inti da meleleh cikit n menyebabkan bingka mnjadi kale kuning,huhu..
BINGKA CHEESE BERLAUK
Resepi: Chef Hanieliza @ Buku 1 Hari 1 Resepi
Sumber Resepi: Kak Ummi @ Home Sweet Home
Bahan A (bancuhan tepung):
- 1 cawan tepung gandum
- 3 sudu makan tepung jagung
- 3 cawan santan (boleh guna 1 cawan susu cair + 2 cawan air) - akak guna santan kotak 1 cawan + 2 cawan air
- 1 sudu garam halus
- 2 biji telor
- 1 sudu teh esen vanila
- 2 sudu makan parutan Cheddar Cheese(Aku add juga 1/2Sdb serbuk parmesan cheese)
- 200 gm daging kisar/cincang
- 2 biji kentang - dipotong dadu
- 1 labu bawang besar - dipotong dadu
- 2 ulas bawang putih - cincang (akak tambah ni)Aku add juga halia
- 1 batang kecil lobak merah - didadu (akak parut halus)
- 1 sudu makan rempah kari (akak letak 2 sudu)
- 2 biji cili merah (dihiris halus)
- 5 tangkai daun sup (dihiris halus)
- 1 pokok daun bawang (dihiris halus)
- 1 sudu makan minyak masak
- garam secukup rasa
Cara-Cara Membuat Bingka:-
- Kacau semua bahan kecuali Cheddar Cheese dan tapiskan ke dalam loyang saiz 8x8 inci yang telah dilenser dengan marjerin.
- Kemudian taburkan Cheddar Cheese tadi.
- Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 180C selama 20 minit dahulu.
- Kemudian keluarkan dan tuangkan inti lauk dan rata-ratakan di permukaan bingka. Bakar lagi selama 30 minit/hingga masak.
- Sejukkan dan taburkan dengan cili merah, daun sup dan daun bawang yang dihiris. Potong dan hidangkan.
Cara Memasak Inti:-
- Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga layu.
- Masukkan daging kisar, kacau rata dan masukkan rempah kari dan kacau rata lagi.
- Masukkan kentang dahulu, diikuti dengan lobak dan garam secukup rasa. Masak hingga daging sedikit kering dan masak elok.
- Seimbangkan rasa dan tutup api. (*kalau terlalu banyak minyak, toskan inti daging sekejap). (akak masukkan sebahagian bahan hirisan semasa membakar, dan sebahagian lagi ditabur semasa menghidang).
7 comments:
adoiiiii........... lemak cheese bergabung dgn lemak santan.. dlm kepala dh kelip2 lampu warning supaya jgn tergoda.. haha.. nasu baik laa tun xmakan daging, kalau x mmg tergoda jugak nih..
Assalamualaikum
wah bingka cheese dah sampai utara yeee... ehheh sdp tu gabungan dua2 belemak ehhehe nak mkn dan nak rasa boleh pastu byk minum ayaq hagat kasi pecah lemak..mmg menarik ank bujang suka kuih2 yg belauk ni
akak pun duk berkira2 nak buat kuih ni. tapi ada dlm esbox nyer mozarila je.. sedap dak? ke lain karang jadi nyer. jadi piza la pulak karang. hehee..
uishh menggoda tau ko ni ct. aiyaakkk nak buat jugakkkk
waduh sedapnya tngk bingka cheese berlauk ni...akak dok berangan nak buat, tapi takde stok cheeselah pulak..masuk listlah dulu....terliur je tngk..
Tergodanya tgk bingka nii..cis plak dh kehabisan stok..msk list dulu :=)
Ina, akak memang dah tergoda dr semalam, ni makinlah tergoda tngok tebalnya daging tu..
nampak sedapppp jer...
erkkk! tun x mkn daging?sejak bila dia vegetarian nih?huh..x caya x caya..haha
sambung lagi...
mana sedap bingka cheese ni dengan apa tuuu...
ermmm..eh lupa...
ala...yang ada atas2 tuu..
ahaaaa....talam keladi ke ekk..yang ada cili2 semua kat atas tu
pnh mkn dak ct?akak cam pnh je tp x pnh wat sendiri..
eh tetiba teringin..heh..
Post a Comment