Tuesday, October 11, 2011

Ayam Goreng Berempah Beriani Again..

Sebab menjadi feberet ayam nih,wat lagi utk hidangan lunch arini,pastu gandingkan ngan msk lemak pucuk paku bersama udang,pastu celur bendi,da juga ulam kubis,sambal belacan,tempoyak n cencaluk..
Hubby mkn dengan penuh selera kalo msk gini,sbb mmg feberet dia lah menu2 gini,walaupon simple..Dulu pon pernah wat ayam nih,sbb sedap mestilah di ulangtayang kan..Aku perap pagi tadi 6ketul ayam nih,tadi goreng 3ketul ajer,coz mlm karang xmkn nasi dah,so cukuplah byk tu..kan,Yg lagi 3 tu,esk2 pulak ler,lagi lama perap lagilah sedap..Tima ksh utk kak dayang..Aku copy lagi skali lah resepi nih ya..
Dak ber2 xtido lagi nih,so xleh nak BW..

Masak lemak udang dan pucuk paku,best sgt..


Aku wat sambal belacan,pastu cencaluk n tempoyak cikit,hubby mkn licin semua nih,aku mkn 1 jer bendi,sbb tgk hubby pulun mkn,maybe dahlama aku xwat sambal belacan kut..Sambal belacan mmg wat byk2 seksiap,pastu letak lam bekas tertutup,msk peti ais jer ,yg nih mmg amik cukup2 nak mkn jer..

Nih jer lauk yg aku msk rini,oklah tu,utk mkn berdua jer..

Ayam Goreng Berempah Beriani

bahan-bahan :
  • 1 ekor ayam saiz sederhana (dipotong dan dibersihkan)
  • 2 tangkai daun kari
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 2 sudu besar rempah beriani
  • 1 sudu besar rempah kari ikan
  • 1 sudu besar rempah kari daging
  • 1/2 sudu makan serbuk kunyit
  • 1/2 sudu besar serbuk cili
  • sedikit air sejuk (jika perlu)
  • garam dan gula secukupnya
bahan-bahan kisar :
  • 6 batang serai
  • 6 biji bawang merah
  • 1 inci halia
  • 4 ulas bawang putih
Cara-cara :
  1. Gaulkan ayam bersama semua bahan di atas dan perapkan 1 jam atau semalaman (simpan dalam peti sejuk).
  2. Sediakan minyak untuk goreng terendam. Apabila sudah cukup panas, gorenglah ayam hingga masak keemasan.
  3. Hidangkan bersama nasi putih atau apa-apa sahaja jenis masakan nasi.

11 comments:

Mas said...

sedapnya menu lunch ct...
kena sangat...
menyelerakan betoi kak mas nengoknya...

EmbunRosaliza said...

sedapnya lauk pauk tu ct, rajin msk

Sue @ Nenie said...

Salam Kak..tak tahan betul saya tgk sambal belacan tu...ayam goreng pun sedapppp

Yana Shaiful said...

waaahh..ada ayam goreng laaa.. nak tumpang mkn kat sini lah..:=)

Nuwairani said...

bila tengok bendi kak ct baru teringat yang bendi kite beli hari tu belom dimakan lagi...hadoi..kalau ke pasar mulalah nak beli macam2...tapi tak sempat nak makan pon...

menu2 tu semua memang gandingan ideal betol la...berair dah mulut tengok sambal tu..

Anonymous said...

sedapnye lauk tengahari akak...besh..ngetop!!

LiNa_Pg said...

Aduss terliuq sungguh akak tgk menu lunch CT ni..mau bertambah nasi kalau mkn cenggini

Acik Erna said...

assalam masak lemak pucuk paku dengan udang..sedapnya..kegemaran acik tu..

Unknown said...

waahhh ini memang menu terbaik...ada sambal belacan lagi tu akak suka...ishh terliur pulak dah la belacan terlupa nak bawa blk hari tu...sabar jer la..huhu

Unknown said...

mmg macthinglah...............
awat lambat singgah sini, kalau idah dah tumpang makan tengahari..
heheh

HaSue said...

Akak nak jgak sekorrr...ayam!!



Dah abis ke?



sila buat lg tauuu..tuk akak sorang..




sekor ayam tau!




BUkan seketul..

hahaha...