Wednesday, April 18, 2012

Siakap Kukus Asam Boi.


 Assalamualaikum..

Menu Yg aku masak utk hb terchenta dah kat 2mnggu dah kut,hoho,baru nak tayang..
Mmg sekor nih khas wat laling ku ittew,coz ai xmkn ikn siakap,hohoho..Mmg kenyang lalingku meratah..Lunch sekerat,dinner continue lagi sekerat..Untung dia kan sbb bini dia xmkn ikn,leh dia ngap sorang2,hehe..

Aku tanya dia sedap ke x,sedap katanyer,tapi Yg duk mkn kat kat Pak Husin Tomyam lagi sedap katanyer,huhu...Yerlah aku jawab dah da ajinomoto n penambah perasa,ofcozlah lagi sedap,haha ayat kaver line..Ssh gak nak bagi balance masam,masin segala ikn nih,coz aku xleh rasa kuah yg da ikn nih kan,huhu..Apa pon mmg licin n tinggal tulang tuh kira oklah kan..


 Tq ya kak Hana atas resepi nih,sy letak kat sini pula wat rujukan dilain hari..


Tangan dak nana yg kepochi time ummi nak snap pic,huhu..


RESEPI IKAN KUKUS ASAM BOI
Source: hanamemories.blogspot.com


Bahan-bahan

  • Ikan yang sesuwai utk kukus (siakap, kerapu etc )
  • 1/2 biji bawang besar - hiris
  • 2 ulas bawang putih - ketuk
  • 1-2 batang serai - hiris
  • 1 inci halia - hiris memanjang halus
  • 5 biji asam boi putih atau lebih
  • 1/4 batang carrot - hiris memanjang halus
  • Tomato cherry @ biasa - belah 4
  • Daun ketumbar
  • 1 sudu sos ikan
  • 1 sudu kicap cair
  • 1 sudu sos tiram - (optional)
  • Hirisan limau atau jusnya
  • Cili padi dan cili merah - ikut kepedasan masing2 - hiris@ketuk
  • Garam - jika perlu - hana tak letak sbb sos ikan dah masin.
  • Tepung jagung+air sedikit (jika ingin kuah pekat) - hana tak letak
Cara-cara
  • Rendam asam boi dgn air panas (air paras asam boi,jgn byk sgt) sehingga kembang. Kemudian kikiskan sedikit.
  • Basuh ikan dengan limau kemudian cuci bersih. Letak ke dalam pinggan@mangkuk tahan panas yang sesuai.
  • Susun@taburkan bahan2 lain ke atas ikan.Satukan dalam mangkuk kecil sos ikan, kicap cair, sos tiram, garam jika perlu. Kemudian curahkan ke atas ikan.
  • Akhir sekali masukkan asam boi dengan air rendaman asam boi sekali.
  • Kukus ikan selama 15min atau hingga masak.
  • Angkat dan hidangkan dengan menaburkan daun ketumbar lagi sekali.

10 comments:

Amie said...

Assalamualaikum Dana,
belum pernah cuba resepi ini, tapi pernah tengok di blog Ucu Faridah, memang sungguh menyelerakan!

Sue @ Nenie said...

Salam Kak...sedapnya siakap stim...makan panas2 sedapni

tun_telani said...

wah.. comelnyer serving plate bentuk ikan! utk hasben kak ct. kalau kt umah ni mmg berebut ikan siakap. sedap!

tun_telani said...

** ehh.. nk tulis untung, tertulis utk lak..

Cendana Kasih said...

sedap ni..nk buat la jugak..tunggu ikan masuk dapur dulu...asam boi dah beli semalam...

Mas said...

ct...hubby kak mas tak suka ikan kukus gini..
tu yg jarang buat...
sedappnya tengokk..

Yana Shaiful said...

Feveret yana nii siakap kukus..husben yana plak xsuka sgt versi kukus..suka yg garing2 jer..nnt nk try lah resepi ni pulak..sgt menyelerakan :-)

Nuwairani Ismail said...

salah satu menu yg akan diorder kalau makan di tmpt yg ada serve chinese food. aduh...sedapnya.

hihih...comel je tangan tu..selalunya kalau ada anak kecik mcm tu mesti tangan anaknya glemer masuk blog maknya..hihih

Wattie said...

Salam CT,
Ruginyaaa tak makan ikan siakap, sedap tau, tambah2 masak cam ni. Kalau siakap tu besar, mmg kenyang bebenar makan sekor sorang.....

Diana @ Melley Mey said...

ari tu akak pun perna terliur tgk ikan kukus asam boi... nie tergoda lg tgk kat dapur ct nie... x perna lg cuba kukus bubuh asam boi gini... pasti sedap kan ct..